Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, January 1, 2011

30 minutes into 2011

TRIVIA:

1. Tepat jam 12 malam, aku telah berjaya untuk tidak menyiapkan novel aku dan secara rasminya memusnahkan azam tahun baru yang aku buat pada 1 Jan 2010. Jadi dengan rasminya, aku berhenti buat azam lagi.

2. Aku hanya mengucapkan selamat tahun baru kepada seorang insan sahaja, iaitu bekas bos aku di Cinema Online, Vinsen, sebab dia ada kat FB Chat pada malam tahun baru.

3.  Aku sambut tahun baru dengan solat istikharah. Bukan nak tunjuk diri alim, tapi aku memerlukan istikharah di kala ini. Sangat sangat emergency oke.

4. Bunyi bunga api kat Shah Alam ni bingit dan mengganggu aku nak menulis novel. Woi! Sudah-sudahla tu. Tuhan tau hari ni 1 Januari. Dia yang cipta bumi. Tak payah sibuk nak kejutkan Dia. Pfft.

5. Aku terpaksa offline FB Chat aku lepas tu sebab aku mula diganggu entah mamat mana tah asik tanya kabar. Sesungguhnya aku kene belajar untuk tak approve org sesuka hati.

6. Malam sebelum tahun baru aku gi makan kat Naluri Cafe. Makan lambchop. Nape aku kene bagitau orang aku pon tak tahu.

7. Novel aku baru sampai page 137. Kenapa? Entah. Idea tak datang.

8. Aku terlalu banyak terjemah sinetron Indonesia pada akhir tahun 2010 dan tidak ada movie review langsung. Mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan kerja freelance yang lebih masyuk.

9. Semua member aku tak ada kat YM. Pehalla korang ni? Aku sangat malas nak buat kerja sekarang ni, aku tengah piker2 nak main L4D2 yang adik aku install kat laptop aku nih. Kang takleh berenti kang susah plak. Tembak Zombie mmg lagi best dari menulis novel. Ia fakta. :P

10. Aku nak tido. Esok nak bangun awal, adik aku balik Ganu.

No comments: