Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, January 1, 2011

Survey yang sungguh panjang

Aku rasa aku pernah buat tag ni. But what the hell...

1. Anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang ?
Karipap kentang!!!! Sardin makan dengan nasik ah. Atau roti. Bukan goreng minyak dengan dough karipap. No no no.

2. Anda lebih suka air kelapa atau air tebu ?
Oh masih tak boleh buat pilihan. Air tebu sangat sedap diminum pada waktu malam atau masa haus. Air kelapa memang sangat sedap bila dicampur aiskrim. Air tebu dan air kelapa umpama Leonardo DiCaprio dan Benjamin Bratt. Saya tak tahu nak pilih mana satu. Hahahaha.

3. Apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang ?
Entah, saya tak fikir ia ada kena-mengena. Ada kena-mengena ke? Saya hanya tumbuh jerawat bila saya period, atau bila saya guna krim muka SAFI. Kurang hasam betul krim muka tu, amat tak sesuai dengan kulit aiiiiii....

4. Anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yang macam mane ?
Dulu saya minat lelaki hidung mancung sebab terpengaruh dengan Bollywood. Lepas tu saya minat lelaki mata sepet sebab banyak sangat tengok drama TVB. Lepas tu saya gila dengan lelaki rambut panjang disebabkan Antonio Banderas. Pastu saya sangat gilakan Englishmen sebab banyak sangat baca Jane Austen. Lepas tu saya obsessed dengan lelaki yang original and funny, bila saya dah jadi writer. Kalau digabungkan the whole dynamic of my favourite guys sepanjang saya hidup, ia akan membentuk Saif Ali Khan : berhidung mancung, bermata sepet, berambut panjang, berbahasa Inggeris ala British dan original. Hahahaha.

5. Apakah perkara yang wajib anda buat sebelum tido?
Mula-mula saya check Facebook. Lepas tu saya menulis sambil chat di YM sampai member chat itu akan tanya, "Pesal ko tak tido lagi ni?" Kenapa perlu tanya soalan itu? Tahukah anda saya memang tak tido malam kalau saya tak paksa diri sendiri tido? Bukankah saya ini Batman merangkap Presiden Fellowship of the Insomnias? Lepas tu saya terpiker "Oh, belum solat Isyak." lalu saya pun solat Isyak. Best kan?

6. Andaikan ada orang menghina ahli keluarge anda. apakah yang anda akan buat ?
Saya hina mereka kembali dalam novel saya. Abadi di dalam penulisan. Pen is mightier than your filthy mouth. Full stop.

7. Adakah anda akan tolong kawan anda yang dalam kesusahan walaupun dia pernah khianati anda ?
Depends pada degree of betrayal. 
i. Kutuk belakang2 - Masih boleh dibantu
ii. Fitnah yang menyebabkan semua orang benci - Masih boleh bantu
iii. Fitnah hingga menyebabkan maruah saya jatuh - Dibantu hanya untuk spite the person
Tapi saya masih akan bantu. If you know me really well, you will know I have two kinds of "assisting" (*muka angel sambil tiup kuku*)

8. Andaikan besok hari terakhir anda hidup. Apakah perkara yang anda ingin buat sebelum mati?
Pastikan semua dokumen mengenai insuran Takaful & Etiqa, investment, nombor akaun bank, KWSP, semuanya diletakkan dalam satu tempat supaya mak dan ayah boleh dapatkan. Dan memberitahu orang yang saya cintai bahawa saya mencintainya. Hahahahahahhahahahahaha. Sila tolong sampaikan pesan itu kepada Leonardo DiCaprio ya?

9. Adakah anda akan pilih orang yang anda cintai atau orang yang anda sayangi sebagai pasangan hidup ?
Ini teori saya tentang hidup. Kau cintalah orang bagai nak rak, pastu ko kahwin dengan dia, cinta ko yg sanggup meredah lautan api tu hanya akan bertahan sampai tiga tahun yang pertama je. The rest of your life will be based by rasa sayang and survival. Mungkin anda rasa saya akan kata, "Oh, pilihlah orang yang kau sayang je." Wrong. Saya akan kata LOVE has so many interpretation, and I choose the interpretation that cinta ke sayang ke benci ke, kalau dah jodoh, teori haprak pon takleh pakai. Korang suke hati la nak romantik tahap gajah sekalipun, aku pendulik happpe

10. Apakah yang membuatkan anda bersemangat untuk hidup sampai sekarang?
Doing it one day at a time. Saya tak fikir masa depan saya akan jadi apa, ataupun apa yang patut saya ubah pada masa lalu. Saya hanya hidup hari ini dengan memikirkan petang karang atau malam karang mungkin saya dilanggar lori. Jadi saya jarang plan ahead. Sebab tu novel selalu tak siap ikut deadline (ni memang alasan untuk editor je nih).

11. Andaikan masa dapat diputarkan balik, apakah yang anda ingin betolkan?
Banyak sangat yang saya nak putar balik, tapi buat apa nak putar balik? Nanti tak belajar apa-apa. Contohnya, kalau saya tak melawan dulu, mungkin sekarang gaji saya naik. Tapi sebab saya suka membuat penentangan secara kendiri terhadap organisasi sosial, saya kini bekerja dengan penuh leisure di rumah. Hahahahaha (apa punye pengajaran ko ajar orang ni?)

12. Adakah anda akan give up jika perkara yang anda lakukan asyik gagal?
Saya give up dengan apa-apa yang melibatkan otak kiri saya. Matematik, add math, sains, biologi, malah usaha membuat kek cantik2. Bagi saya rupa tak penting, yang penting isik sedap. Kalau ko buat muffin siap ada lukisan Mona Lisa tapi rasa gula je, muffinnya tawar hebeh pon buat apa?..................okey, dah terkeluar topik

13. Adakah anda akan memaafkan orang yang telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda ?
Dulu saya hanya forgive dan saya tak forget. Sejak dah tua ni, saya mengikuti teori penyembur serangga je. Let Bygones be Bygones. Ridsect be Ridsect. Shieldtox be Shieldtox. Fumakilla be Fumakilla. FYI, Bygone is the best aerosol spray to kill roaches. I once killed five in one night. Rasa macam Clint Eastwood dalam filem koboi.

14. Andaikan kawan anda menghidap penyakit berjangkit. Adakah anda akan masih bekawan dengan dia?
Saya tak ada masalah. Masalahnya ialah kdg2 orang yang kena penyakit berjangkit tu yang rasa saya tak patut berkawan dengan diorang. Jadi kalau saya terhegeh2 nak berkawan dengan orang yang tanak berkawan, apa point? (ni apa nada emosional dengan scene rhetoric ni?)

15. Sesetengah orang mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan. Apa pandangan anda ?
Namanya pun budak-budak. Kita dulu pun pernah jadi budak-budak jugak. Saya faham perasaan orang tua saya bila saya mengamuk tak nak pergi sekolah sebab tak siap kerja rumah. Things happen. Hahaha.

5 comments:

nad said...

memang budak2 menyusahkan..tapi siape yg x penah menyusahkan org tua masa dia kecik2 kan? kui kui kui..

p/s woi, aku lapar karipap kentang + keledek!! sume ko punye pasal haha

anak uncle lee said...

dear shy,

happy new year!
may Allah bless u always!

may your novel akan kluar lagik!
bleh aku beli lagik, even yg dulu pnye ko tak sign2 lagik la kannn! ;p

mmg bdk2 nyusahkan semua org..tap, itu laa bdk2..kalu tak dia takleh dikategorikan sbg bdk2 kan.. =)

moga pd thn baru ini juga aku akan dpt invitation wedding card drpd NURUL SYAHIDA KAMARUDDIN...
hehehehehehe...ameeennnnn...

Shai Kamarudin said...

nad - hahaha, ape plak salah aku. aku dah berkurun tak makan karipap.

Angah - oh terima kasih. kalau bukan kad aku, kad kau, ye tak? amiiiin. hahahaha

mia kaftiya said...

kak.. ape yg akak tulis dlm novel sme je mcm akak sehari-harian. eh kejap.

gaya penulisan akak dlm novel sme je mcm "luar" novel.
hehe.. like it!.

cepat sikit siapkan novel bru ye. x sabo nk bce nih!.

Shai Kamarudin said...

oh jangan risau. ada 3 bab je lagi. lepas tu nangis kejap sbb mungkin tak cukup mukasurat. pastu cuba cukupkan mukasurat sambil membebel sendiri. pastu hantar publisher. :P