Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, January 10, 2011

Di mana PLAIN JANE?

Masalah menulis aku nombor satu ialah mood.

Mood menulis aku datang dengan statement royalti.

Ya, memang menulis itu satu passion dan hobi. Tapi bila anda bekerja bebas, passion dan hobi anda akan tertumpu kepada statement yang anda dapat setiap 3 bulan itu. Sama macam orang kerja di pejabat. Kalau gaji mereka RM1000 bila mereka ada sarjana, anda tidak boleh meminta mereka membuat kerja-kerja tambahan secara percuma. Anda akan mendapat hasil kerja yang sama nilainya dengan RM1000.

Bila statement sampai dan tidak menunjukkan jumlah yang baik, sebagai seorang penulis anda tidak ada semangat nak menulis. Buat apa? Baik buat kerja bebas lain yang sah-sah akan memberikan anda wang dari mengerjakan sesuatu yang tak pasti kan? (huh, kerja selalu siap lambat ada hati nak membebel.)

Kemudian mood datang kembali bila ramai yang bertanya tentang novel terbaru.

Senang kata, tenaga aku adalah pembaca, dan kryptonite aku adalah komen tentang buku yang tidak ada di pasaran - yang mana aku rasa menjadi penyebab kenapa statement royalty aku menunjukkan jumlah yang (tidak) tertera di atasnya.

Contohnya, aku periksa ONLINE STORE MPH. Aku taip nama aku. Senarai online store MPH hanya mengeluarkan tajuk SOALNYA HATI dan AKU KAN NOVELIS, seolah-olah aku tidak pernah menulis PLAIN JANE.

PLAIN JANE menjadi masalah besar bagi aku. Ramai yang bertanya tentang Plain Jane dan betapa susahnya mereka nak menemui tajuk tu di kedai buku. Lalu aku bertemu dengan pekedai yang aku kenali di PKNS dan aku tahu dia selalu menjual buku aku. Belum sempat aku tanya pada Mak Cik Kamsiah, dia tanya pada aku, "Tak ada buku lain ke yang keluar selain Soalnya Hati?"
"Ada dua, mak cik. Mak cik tak dapat ke?"
"Tak, diorang hantar buku-buku yang ada dekat display tu jela. Mak cik tak tau buku apa yang terbaru, jadi apa yang diorang hantar, itu jela yang mak cik jual."


Aku terkejut, walhal masa tu buku aku yang ketiga baru tiga bulan masuk pasaran. Maksudnya, masa PLAIN JANE baru keluar, mak cik Kamsiah tak dapat buku tu, dan masa AKU KAN NOVELIS baru keluar pun hal yang sama juga?

Susah untuk aku terangkan pada pembaca bila mereka tanya mana PLAIN JANE. Kalau soalan itu ditanyakan masa buku tu dah dua tahun keluar mungkin aku boleh jawab susah nak jumpa di pasaran sebab dah lama. Tapi soalan mana PLAIN JANE ni dah ditanya sejak buku tu baru keluar pada tahun 2008. Kalau memang tak laku, aku boleh accept. Tapi kalau aku kumpul soalan mana PLAIN JANE ni dari tahun 2008 sampai sekarang, aku rasa cukup dah untuk buat PLAIN JANE dicetak lagi sekali. Dan kalau aku nak promosikan PLAIN JANE, bergunakah kalau ia masih tak dipamerkan di kedai buku?

Aku pun letih juga nak meminta pembaca lakukan perkara yang sama yakni pergi cakap sendiri dengan orang kedai yang mereka nak PLAIN JANE sebab aku juga seorang pembaca dan aku tahu corak pembaca ni macam mana. Kalau aku nak sesebuah buku tu, dan aku tak jumpa buku tu, aku akan tanya orang kedai. Orang kedai akan cari dan kata buku tu tak ada atau dah habis. Lepas tu aku akan beli buku lain. Sekalipun aku nak berfikiran romantik bahawa orang ke kedai buku atas tujuan nak beli PLAIN JANE and kalau tak ada diorang akan buat demonstrasi besar2an dalam kedai, hakikatnya tidak.

Kalaupun aku kata aku NAKKKKK juga PLAIN JANE, dan aku beritahu orang kedai, orang kedai tu cuma pekerja biasa. Kalau aku pekerja biasa, aku tak ada tekak nak pedulik sama ada buku tu ada atau tak, asalkan gaji aku berbayar tiap bulan. Pedulik apa kalau kedai tu maju ke tak ke, bukannya aku yang kaya, betul tak? (macam tulah pemikiran bebudak lepasan SPM yang kerja di kedai buku). Lagipun apa ke hal aku nak peduli pasal sebijik buku bila aku jual beribu-ribu buah buku yang lain, kan?

(Mungkin aku patut sasarkan Kalashnikov di dahi pengurus kedai?)

Jadi bagaimana PLAIN JANE nak terjual?

Soalan Chaq semalam:
"Buku ko laris sangat ke sampai aku tak jumpa kat mana-mana kedai?"
"Pfft. I wish."


Aku tak kisah jadi cult writer. Aku suka jadi penulis yang tidak begitu difahami atau diminati umum. Ia buat aku rasa macam Jennifer Elster dan bukan Michael Bay. Hahahahahaha. Tapi biarlah ia kerana pengikut aku memang sedikit, bukan disedikitkan.

Aku juga dah jadi macam fellow writer yang lain, penulis pesta buku. Buku hanya boleh  dijumpai di pesta buku. Kasihan kami ini.

5 comments:

Sheeda Minhaj said...

Dun worry kak...sye tetap support akak....you're my favourita d'amor writer in da world..keep up a good work..nak berjye mstilah bnyak rintangan kan...takpe2...buku akulah novelis saya crik mcm org sewel tak jumpe kat kedai tp sye sanggup beli online..sume nyer demi akak...gambate!!

en lee's daughter said...

salam shy!

ko tau.. aku pon sebenarnya tak jumpe plain jane tu kat shah alam tau.. seriuss...

sebab tu aku tatau pon psl citer tu! aku mmg nak tnya ko..
rupe2nya dah ade org tnya dan ko dah pon jwb!
huuuuhh... dorang tak print (btol ke ayat aku ni? print?) lagik ke?
ke mmg dia tak anto kat shah alam??

shai said...

Thank you muchos muchos sheeda (^o^)/

Ade print, cuma tak dijumpai. hahahaha.

Anonymous said...

Masa mula2 carik buku PJ nie punya lah susah..rasa semua bookstore area klng dan shah alam saya pergi tapi harem xada..nak give up gak la time tu..last2 decide g mph dekat sunway o mid (xingat) and finally,ado pon ko buku..itu cerita 3 tahun lepas..

Shai Kamarudin said...

ha, masa tu penulisnya sendiri penat dah membebel dgn publisher, kenapa buku takde kat kedai. pastu publisher jawab, bukan bestseller, so dah redha tak tanya lagi. ahahaha. itu pun cerita 3 tahun lepas :P