Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Tuesday, October 23, 2012

THE SELF-OBSESSED TRIVIA 3 - Things you should know about...



Iklan time for AKN.

1. Aku start tulis AKN agak lambat, which is pengakhiran 2008 (lepas berhenti kerja), dan hanya siap pada akhir 2009. Why? Sebab masa time aku bekerja, aku memang tak ada masa walau sekejap untuk dihabiskan menulis novel. Even sometimes Sabtu dan Ahad ada things I had to cover. And now you know why reporters are cranky all the time.

Time kerja memang nampak happy, lagi2 bila jumpa Mamat Khalid, but then you shud see me as I arrived home. This was Shah Alam - KL - Kuala Kangsar - KL - Shah Alam in one day. On a Saturday.
2. Nama Safiah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad, Safiah binti Huyay yang dikatakan keturunan Nabi Musa.

3. Nama Iza aku ambil sempena nama constant roommate aku, Iza. Although, in reality Iza bernama Nurul Izza while Iza dalam AKN mempunyai nama penuh Izaliana. Helmi pulak.... sebab dah lama aku teringin nak tulis novel guna nama Helmi.

4. Nama Roul wujud based on seorang senior masa aku kat UIA yang lebih dikenali dengan gelaran Abang Roul (Dun ask me his real name, I dunno). Cara menyebutnya ialah Roul (Ro-ul, macam sebutan Rul yang lebih accented) dan bukan Ra-ul seperti yang kebanyakan orang sangkakan. Nama Zairul diambil sempena ustaz Bahasa Arab masa aku kat Matrics UIA dulu, sebab itu first time aku jumpa orang nama Zairul dan nama tu macam agak aneh untuk seorang ustaz yang ajar Bahasa Arab. It's like how weird it is to have a US President called Barack Obama, or a novelist with a name as plain as Nurul Syahida. You get my point.

5. If you ask me how to imagine Roul in reality, imagine a shorter Bront Palarae with red hair and speaks with a deep husky Chad Kroeger voice. But if you imagine it too handsomely, you're doing it wrong.



6. Although Safiah ada the same tendency to be sarcastic and "I-told-you-so"-ish as myself in reality, Safiah is NOT me or a story about me. Aku cuma nak tunjuk pada orang, novelis bukanlah spesis jiwang karat dan bermadah setiap masa yang macam orang sangkakan.

7. Kisah Iza dan Hisyam merupakan kisah member aku (bukan Iza) yang fell in love with a douchebag yang tak tahu memilih antara dua. I made it my own to remind people that if there's someone yang buat ko macam their "secret weapon" or their "security/second choice", leave them - even if it hurts you. They're not worth it. How would you know such person? Their tendency to say things like "Awak tak akan faham", "Kalaulah keadaan lebih mudah" or "Susah saya nak explain" when you ask them who you are to them.

8. Jia Huey diambil dari nama ex-office mate aku di CO, Grace. I think she has the prettiest name I have ever heard.

9. Aku banyak dengar lagu Pete Yorn - Scarlett Johanssen, Glen Hansard - Marketa Irglova, dan lagu-lagu Slipknot, Korn, Audioslave, Janis Joplin, Cat Stevens, The Frames dan Van Morrison while writing this book.


10. Cara aku menulis relationship antara Safiah dengan editors di syarikat penerbitannya sama macam relationship aku dengan the staff kat Buku Prima.

11. Nama YM "Izayoi" bermaksud bulan penuh. It is also nama emak kepada titular character of the comic/anime of the same name, Inuyasha, which is anime favourite aku masa kat UIA.



12. Bahasa mandarin yang ada dalam AKN merupakan cara aku mempraktikkan ilmu belajar bahasa mandarin kat UIA aku yang tak seberapa tu, which consists of basic stuff like "Ni zhu zai nar?" and "Ni Jiao shenme ming zi?" Lepas tu aku tak datang kelas lagi dah sebab aku malas pergi kelas malam. Ahahahaha.

13. AKN dapat banyak review yang bagus, tapi masa tu aku tak rasa macam nak celebrate sebab masa tu aku sibuk dengan masalah tadika yang tak selesai dan tengah in the process of filing legal suit. So aku banyak tak jawab SMS orang yang congratulate AKN. And I am sorry for that.

14. Title original AKU KAN NOVELIS yang aku bagi pada Ecah (editor) ialah "Citecinte" sebab orang selalu tanya aku, aku tulis novel cite apa, aku fikri it would be great if aku ada buku yang bertajuk "Citecinte"... like some kind of joke. But then Ecah mintak title lain, so aku bagi a few titles dan dia pilih AKN.    

15. Cara Roul gulung rokok tu based on observation on a former office mate yang memang gulung rokok sendiri.



16. Sekalipun aku guna analogi filem A WALK TO REMEMBER untuk menjelaskan tentang pandangan Safiah tentang Roul, sebenarnya aku tak pernah tengok filem tu. Aku anti filem2 di mana ada kematian dalam percintaan sebab I find it scary. For example, I think ending TITANIC di mana Rose masih ingat pada Jack adalah sangat menakutkan dan ending ROOFTOP PRINCE di mana the king end up without a queen and have to wait hundreds of years to be with his love is extremely horrifying. And don't let me start on A TERRACOTTA WARRIOR dan juga BUTTERFLY LOVERS. Oyh.

17. Istilah "bai" kali pertama aku dengar digunakan oleh geng2 warung mamak and youngsters kat Negeri Sembilan. As in, "Kau bia bona, bai"... and "Kau jangan nak membongak, bai..." I love how they use the word, so I decided to incorporate it.

18. Untuk mendapatkan AKN, anda boleh beli online dengan ejen saya, Abang Long DI ARRAZI (CLICK HERE) . Apa bezaya beli tempat lain dengan Abang Long? You can ask for tandatangan, ucapan khas... I mean, kalau anda belikan buku ini untuk birthday kawan ke ape ke, I can write something special for em. And those kind of stuff.


Monday, October 22, 2012

THE SELF-OBSESSED TRIVIA 2: Things you should know about...


Ye, kali ni trivia tentang PLAIN JANE pulak...

1. Plain Jane merupakan... I don't know, simpulan bahasa? terminologi? yang bermaksud gadis biasa, plain nothing-special girl. Aku tak cipta perkataan ini. Ini memang digunakan dalam bahasa inggeris. Tajuk asal yang aku bagi pada publisher adalah "PLAIN JANE UNTUK MR. DARCY" (alasan? It's a story of a plain girl yang mempersoalkan kenapa in the real world, yang cantik cuma padan dengan yang cantik, as in kenapa tak boleh seorang perempuan yang biasa idamkan rich handsome guys ala Mr. Darcy?). Editor aku pendekkan kepada PLAIN JANE sahaja.



2. Ini buku pertama diedit oleh Siti Aisyah Hussain (Pn. Ecah) yang juga edit buku AKU KAN NOVELIS. Buku pertama aku diedit oleh Norsuraya Desa (Sue).

3. Balkis diambil dari nama Ratu Balqis. I wanted a character yang sederhana sebab aku dah bosan tengok drama yang memaparkan perempuan hodoh atau gemuk. Asal hodoh je mesti pakai spek gedabak & braces. Asal gemuk je, mesti buat perangai makan gelojoh. Menghina betul. Aku tak rasa kat Malaysia ni ramai sangat orang yang hodoh, tapi aku percaya most of us believe that we're just a plain jane. But there were no stories about us normal nothing-special girls. Too much emphasis given to girls who are beautiful and girls who are ugly, walhal kebanyakan gadis di Malaysia average height 153cm, average weight 54kg, average BMI 22 and average IQ of CGPA 2.9.  Why is there no stories about those girls?

4. Nama Zaniel sebenarnya adalah gabungan dua nama yang member aku Iza cadangkan. Aku SMS dia, tanya apa nama yang menampakkan seorang lelaki yang kaya. Dia kata "Zahariman" dan "Daniel". So aku gabungkan kedua2 nama dan automatically dapat idea for his backstory, that Zaniel is short for "Zany Daniel". I didn't like Zaniel in principle sebab aku tak suka watak lelaki kaya or giving ideas to women that their aim in life is marrying a rich guy. But I needed a rich guy in the book to prove a point sebab it's the basis of PJ.

5.  Lilee adalah nama adik sepupu aku, Aklili. Perangai Lilee merupakan gabungan dua junior roommate aku kat Matrics UIA, Brin dan Sarah.

6. Aku menulis PLAIN JANE masa lepas baru habis belajar dan tengah carik kerja.

7. Aku tak minat bola sepak. While writing Balkis' character yang sangat minat bola dan ada very wide knowledge about footballers, aku habiskan masa tengok bola dengan adik2 aku, particularly game Chelsea.



8. Untuk watak Ana dan kawan-kawannya, I tried to reimagine geng2 budak pompuan masa kat UIA dulu.

9. Semua soalan peperiksaan subjek Abnormal Psychology yang ada dalam PJ aku mintak dari Iza, partly sebab dia bekas student Psych and partly sebab dia lecturer (or masih tutor pada waktu itu) di USIM. Tapi menurut Iza, usually Psychology exams dalam multiple choice questions (MCQ) form. Tapi sebab aku perlukan that scene with Balkis cuba nak jawab soalan tapi tak paham soalan, aku mintak Iza sediakan soalan berbentuk esei.



10. Lagu "Menanti Sebuah Jawaban" kumpulan Padi merupakan lagu yang sangat popular pada zaman aku study. It was a go-to song untuk lelaki yang meminati girlfriend orang lain atau pompuan yang dah berpunya untuk sampaikan luahan perasaan diorang.


11. The wheelchair operation was also projek untuk subjek Abnormal Psychology yang dibuat oleh group Iza masa study dulu. Another one of my roommate, Niza/Ika punya projek ialah for OCD, whereby diorang pergi kedai, kemas barang dan susun semua barang obsessively - scaring unknowing customers.

12. Aku gunakan PJ sebagai medium untuk aku jelaskan betapa annoyed-nya aku dengan spesis orang yang suka pura2 tak study so that kalau dia dapat markah tinggi dia boleh kata, "Oh, aku tak study pun!" kenkonon dia bijak, juga annoyance aku terhadap students yang selalu tak puas hati dengan markah diorang dan jumpa lecturer untuk mintak check sekali lagi.

13. Babak Balkis on the phone with Zaniel while talking to Lilee at the same time merupakan antara babak yang paling rumit aku nak tulis dari sudut perkataan yang perlu digunakan dan susunan supaya orang faham apa yang tengah berlaku.

14. Arman was inspired by an Indonesian student my friend was so in love with masa time belajar dulu (different name). He also has a band called, no, not Night In Gales (which is a spaced "Nightingales")... but Eleanor. I think you can actually find them on myspace. I think it would just be cute for watak Balkis to be secretly in love with a foreign dude. It also gave me the excuse to write in Indonesian albeit terribly (masa ni belom jadi translator lagi). Ahahaha.

15. Untuk Zaniel, I had to study tooo many things... like fine dining ettiquette, the way a young CEO would talk, their demeanour, how to play golf, the kind of cars (most of them pakai Perdana atau Japanese cars, weirdly enough, and not the usual Ferrari or European cars people associate with wealthy men. Old rich dude, yes. Young CEOs, no) or places they go. I don't want to write such character again.

16. Untuk mendapatkan PLAIN JANE, try ejen kami Abang Long di ARRAZZI, n u can get signature and special message.


Friday, October 19, 2012

THE SELF-OBSESSED TRIVIA: Things You Should know About...


It's time for iklankan buku lama again!

Trivias:

1. Aku pilih Zulaikha sebagai nama karakter sebab aku nak semua novel aku menggunakan nama-nama wanita terulung dalam Islam atau at least ada sejarah behind the name. In original manuscript, nama panggilan Zulaikha adalah "Laika" instead of "Ika"... just because she was more of a Laika kind of girl instead of an Ika (Like, aku dipanggil "Shai" because I don't look or act like someone who would be called "Ida").

2. Maisarah was my aunt's name. Syazana and Dalilah my cousins.

3. Aku gunakan background student Political Science sebab aku student Political Science masa buku ni ditulis. Semua nama buku rujukan dan kelas tu memang wujud. Tapi I twisted the fact about POLSC is an all-boys club. Kebanyakan students POLSC in reality adalah budak perempuan.



4. Restoran PHASE tak wujud, tapi you can see Restoran PHA-PHA kat Taman Melawati.

5. Ramai mempersoalkan tentang fakta Pyan nak pergi Afghanistan by convoy redah Thailand. This was a fact back in 2002. I had a friend whose cousin tried to do so but failed sebab kena tahan kat border. The idea was to convoy Thailand - Burma - India - Pakistan and Afghanistan. But of course since tak pernah ada sesiapa lepas (at least not that I know of), theory sama ada sampai atau tak ni tak pernah dibuktikan.

6. Pyan was a character by observation. There was a guy in my class yang jarang masuk kelas, selalu datang dengan jeans selekeh, and we called him Marc Anthony behind his back (sebab he has the same defined feature dengan Marc Anthony the singer).



7. Aku menulis novel ni masa era gila dengar lagu Latin. Banyak influenced by the sounds of Ricardo Montaner, Marc Anthony, Juanes (Hipster Shai: I listened to Juanes before Juanes was cool), Armando Manzanero, Olga Tanon, and Christina Aguilera's Latin Album. Hence the sequence with Yusri dan lagu "Tragedy".


8. Ayat "Itu arahan ke permintaan?" yang ditanya Zulaikha pada Pyan was actually a memory I had with a male friend in high school. He was sort of kawan gaduh and my president in a co-curricullum based club. Masa kat sekolah we were both egotistical (who weren't, eyh?) and there was one time he kept pestering me about writing his speech for jamuan persatuan and I was like, "Itu arahan ke permintaan?"... "Dua-dua"... he said. The first time I learn about men's inability to show weakness.

9. My original manuscript ended with "Sufian menoleh sekali lagi" (mukasurat 337 dan ayat ke 9). Then the next page is Epilogue with that dialogue about TAC.
But my editor didn't want it like that, sebab macam tergantung, so dia tambah beberapa perenggan. If you are my constant reader, you would know that I will not say things like "perempuan mudah cair, beb" atau "Aku tahu kau amat mencintaiku". You know how I despise and always avoid using the word "mencintai" That's just not me. Ahahaha.

10. Of course since this was my first novel, banyak yang perlu dipelajari so banyak yang diedit. So other than number (9), other things yang editor ubah ialah gelaran "Laika" kepada "Ika", Nurain (in original mss, Zulaikha yang panggil Nurain as "Ain" dan Pyan yang panggil Nurain "Nur". Tapi dalam manuskrip, editor tukar), Yusrizal (Nama penuh dia Yusrizal dan aku sebut sekali je in original mss. Selebihnya aku guna Yusri. But then it was changed), perkataan crap as in "It's crap" yang ditukar jadi "crab".

11.  Aku jarang promote buku ni sebab aku rasa masa aku tulis ni aku terlalu positif tentang hidup! Sangat positif tentang kehidupan, sangat ambitious tentang love and life in the outside world, sangat percaya dengan happy endings. I haven't since then.

12. Blok F 5.7 adalah nombor bilik aku (except that aku duduk blok E) masa kat UIA (Mahallah Halimah yo). I hated that room sebab tinggi sgt, penat nak panjat tangga and bila dah sampai atas, ko rasa malas nak turun lagi dah. And kalau lori atau apa2 kenderaan berat lalu, ko terasa macam bergoyang. Scary shit.



13. Dr. Badri was Zulaikha's advisor, sbb di UIA dulu pakai sistem advisor. Advisor aku masa belajar adalah Dr. El-Fateh. I dun actually menggunakan khidmatnya as an advisor except untuk tandatangan my add and drop form. I think nobody really does. Ahahahaha. But I was a bit defensive when it comes to him. Having his name with the word "Advisor" on my POLSC form yang dah diluluskan made it feel like the department telling me, "Ko dapat masuk kuliyah ni, ini bapak ko." So bila orang selalu kritik dia, aku rasa macam aku ada tanggungjawab untuk defend. Ahahaha.

Yep. This guy.
14. Perdebatan antara Syaz dan Sarah mengenai "Armando atau Fernando Jose" refers to telenovela "Yo Soy Betty, La Fea" dan "Rosalinda" dan "Dicky Cheung dan Ren Quan" adalah perbandingan dua pelakon ATV yang berlakon dalam drama cina, "Smart Kid", yang juga merupakan hot drama pada tahun 2001.


15. Jika anda belum lagi mendapatkannya, anda boleh membeli SOALNYA HATI dengan ejen saya yang bergaya lagi baik hati DI SINI, DI ARRAZI dan dapatkan tandatangan saya dan ucapan khas...



Wednesday, October 17, 2012

Those Songs... Part II (Working Years)

Minggu lepas lagu2 masa zaman UIA kan... Ha ni lagu era bekerja pulak. Bila aku kata lagu era bekerja, maksud aku lagu2 yang aku dengar masa aku masih lagi bekerja sepenuh masa dengan CO.

(Masukkan penerangan aku yg panjang lebar tentang ofis di sini mengikut sesuka hati anda, sebab aku malas nak tulis)



Lagu ni macam lagu tema tahun 2008. Sebab aku balik kerja naik bas. Dan sambil tunggu bas, aku dengar mp3. And lagu Glen Hansard- Marketa Irglova yang paling banyak dalam mp3 aku. And masa ni era filem "Once". Like semua orang kat ofis cam pernah tengoklah. That's the thing with working in an office that is very cinema and cinematic-centered. Kalau sorang kata filem best, sume org akan tengok so sume org akan tahu citer tu.



Aku bennnnnci gila lagu ni. Benci nak mampos. And aku bagitau member meja sebelah aku, si Wahi, yang aku benci lagu ni. One day, tetibe Wahi cam, "Syahida, aku nak tujukan lagu untuk kau, boleh? Special untuk kau." And then he blasted this song. Kuasam punya makhluk.



Ini lagu alarm clock. Member ku kata, "Kalau ko suka lagu tu, janganlah buat jadi alarm clock. Sebab ko akan benci lagu tu." Tapi somehow, walaupun setiap pagi aku annoyed bila jam berbunyik suh aku bangun, aku tetap tak benci lagu ni. Who can hate Liyana Fizi's voice?



Ini humming-browsing song. Maksudnya, waktu tengah carik bahan nak tulis artikel atau buat kerja profile thingy amende tah aku dah tak ingat, mesti akan hum lagu ni. Sebab seriously memang tak akan berjaya nyanyi dengan suara normal, jadi the best you can do to actually sing the whole song ialah dengan humming. Dan otak rasa lebih segar hum lagu ni sementara buat kerja. (Alasan bohong yang menutup alasan sebenar yang lebih haru dan pilu... ahahaha).



Lagu paling best bila stress dengan kerja. Aku rasa Lan memang diciptakan untuk menjerit setiap masa. Setiap kali dengar lagu ni, teringat ayam rangka pasar rabu kat stadium Shah Alam.



Ya, lagu ini kalau first time dengar, anda pasti akan berkerut dahi dan cam, "What the f-..." Tapi habis je main, suddenly you realise you're humming the tune. Masa ni filem Mendadak Dangdut baru keluar kat wayang dan editor aku macam sangat smitten dengan Titi Kamal so every single freakin day dia akan nyanyi that part, "Lai lai lai lai panggil aku si jablai, abang jarang pulang, aku jarang dibelai..." This is brainwashing song. You can't get it out of your head. And it always reminds me of my editor's morning cologne. It kinda came together in some horrifying harmony.



Dulu meja aku bersambung dengan Wahi, Maria dan Zim. So somehow kitorang akan end up menyanyi sama2 tanpa sebab. Kdg2 dari playlist Wahi (yg lebih contemporary), kdg2 ikut playlist Maria (yg lebih brutal) and kadang2 dr playlist Zim yang range from the most bingit songs to the most classic, cam lagu P. Ramlee... and there was this one time tetibe sume org nyanyi lagu Kg Pening Lalat ni. Entah pesal tah. Most probably sebab tension dgn ade la org tu. Ahahahaha.




Aku selalu dengar lagu2 Pete Yorn dan Scarlett Johansson (yes, THAT Scarlett Johansson) masa era2 aku baru berenti kerja dan habiskan the first two months of my non-working time siapkan AKN. So lagu ni sentiasa mengingatkan aku tentang era2 aku insomnia dan tak cukup tido. Suara Scarlett yang cam serak2 tu menggambarkan mood aku setiap pagi.

Saturday, October 13, 2012

That VP cause I urge you to join...

First thing first. look at the picture below. Ask yourself, "Have I?" If your answer is "No", you still have a few days to do so. Not compulsory though, but would appreciate it if it is passed around. It is one of the causes that I believed in... not that I don't believe in any causes, just... VP sentiasa inform you what they did with the donation they get, through email. And usually they do tremendous jobs. I mean, I don't believe in those "Berhibur sambil beramal" or "Charity Events", those things where the event itself makan banyak duit yang tak perlu dibazirkan.


By the way, Seff inform me on Facebook yang dia baru tengok last year's SAFIYYA feature (yang ada aku dan Damya Hanna) kat TV Suria Singapore.

That's like being told, "Remember that time when you don't have fashion sense (as if I do now) and bloaty face, and you went on TV and you blurt out words like crazy, regret it and hoped that it will never be seen again? Yeah, it's in Singapore now."

Ahahahahahahahahahahahahaha... ha... ha...

Sigh.

Thursday, October 11, 2012

Those songs.... Part I

Aku bukan tak ada kerja. Kerja aku bertimbun. Tapi aku rasa macam:
a) Blog dah lama tak update
b) Blog dah lama tak update
c) I need to look at something that ain't work.

So.
Oh, by the way, minggu lepas, aku dan Shikin (Liza kerja office jadi dia tak dapat join. Meanwhile, Nurul Syahida dan Zara Amani adalah dua insan yang bekerja sesuka hati. Atau nama lainnya, "Career Casanovna". Why Casanovna dan bukan Casanova? Aku ikut Russian punya mufrad muannas, you know, contoh: anak lelaki kepada Ibrahim will be Ibrahimova. Anak perempuan kepada Ibrahim is Ibrahimovna. Kenapa aku kena terangkan sistem yang complicated atas tujuan tak penting ni?

Anyways, kitorang pi jumpa Encik Ali, editor kami, dan katanya, novel trio insya-Allah keluar pada Pesta Buku Antarabangsa bulan empat nanti. Ya, saya tahu agak lambat. Maafkan saya. Nanti kitorang bagi banyak2 freebies eh?

Anyways, semalam duk dengar lagu-lagu zaman belajar. Tiba-tiba terfikir nak senaraikan semua lagu-lagu tu for reminiscing sake. Inilah antara lagu-lagu yang mewarnai hidup aku zaman UIA dulu. Iza, Chaq, Zeti, Ika, Niza, Kak Mar, Emi (ni sume senarai orang yang pernah satu bilik dengan aku) dan yang lain-lain surely ingat.....................................



Lagu favourite Iza sebenarnya. Aku terpengaruh dengan dia sebab hampir setiap hari dia bukak lagu ni. Ini time Iza selalu ke sana ke mari dengan fail biru dia dan masih pakai spek dan masih lagi suka menggunakan istilah "Apa kes?" bila bercakap. Ahahahaha.



Disebabkan Iza mempengaruhi aku untuk dengar lagu dia, aku cuba mempengaruhi dia dengan lagu favourite aku. Aku tak ingat kenapa ni dulu lagu favourite aku. I think once upon a time aku nak kawin dengan Wes Scantlin. Oh, good times... good times...



Ha, ni memang normal. Semua orang dengar lagu ni pada tahun2 ini. Paling best dengar lagu ni sambil study exam atau buat enam assignments 15 pages each back to back. Duk jerit korus buat hilang stress.



Ya, semua orang tahu lagu ni. Tapi let me tell you, o you students of today yang senang2 boleh download sume mende dan tengok kat Youtube. Pada zaman aku belajar, masa semua benda kat internet menggunakan font Times New Roman, cara anda mendapatkan lagu ini adalah dengan meminjam CD-R berisik lagu. Aku tatau siapa tuan empunya CD sebenar, tapi lagu ni disebarkan dengan cara A pinjamkan CD dia kat B untuk dimasukkan dalam komputer, C burn dari B, D burn dari C dan seterusnya.



Aku biasanya menjengkelkan orang dengan mendengar lagu Jay Chou. Tapi lagu ni satu-satunya lagu Jay Chou yang semua orang boleh accept. Aku tak tahu kenapa. Bila dengar balik, rasanya muzik dia biasa je.



Sebagai pembekal lagu-lagu cina di bilik aku (as in player aku paling banyak lagu cina), aku juga pembekal lagu ni, lagu mandarin yang paling banyak orang amik dari aku sebab lagu METEOR GARDEN.



Aku tak tahu mana Iza dapat, tapi satu hari tu dia balik dengan CD video klip Peterpan. Masa tu aku tak kenal sapa itu Peterpan sebab aku tak suka dengar lagu Indonesia era2 tu, sebab kononnya aku cool. Ahahahaha. Tapi masa tu agak jakun ah, sebab sharing music videos is still a new thing masa tu......... oh My God, bunyik macam aku hidup era Prohibition!



Ini lagu yang aku selalu dengar dalam bas on the way balik ke rumah setiap hari masa aku buat keputusan untuk tak duduk hostel masa amik short sem third year. Kepala hotak bijak punya idea. Aku dah susun jadual aku cantik2 supaya memudahkan kerja balik rumah (walhal makan dua jam perjalanan sekali pergi, semata2 sebab nak jimat takyah bayar hostel), tapi tetibe Rahman Tang ubah jadual ikut suka dia, menyebabkan aku kena bangun awal pagi untuk kejar LRT ke UIA dan sampai umah waktu maghrib. Every single day. Jadi setiap kali aku terdengar lagu ni sekarang, aku boleh terhidu bau ekzos bas Intrakota warna merah tu (sekarang dah tukar ke RapidKL)



Ini lagu favourite Chaq. Sementara orang lain semua dengar player kat komputer, dia duk dengar radio stesyen klasik. Dia la yag ko harapkan kalau nak berduet lagu Bee Gees atau ABBA dalam bilik.



Dulu aku suka buat lawak bangang dengan Julia. Setiap kali nampak dia, I'll be like, "Julia, aku dah cuba dah..." and sambil mengerut dahi dia tanya, "Dah cuba apa?"
And then you'll go, "Ku dah cuba hidup tanpa dirimuuuuuu..." It was such a stupid pun, I think Jue hated it. Ahahahahaha.



Speaking of.... Aku buat lawak bangang yang sama dengan Seff kat UIA. Like, "Hey Sefia!", Seff will be like, "Apa?" and I'll go "Malam ini ku takkan puuuulaaaaangggg..."
Ahahaha, mannn, I was corny.



Mendengar lagu KORN bukan sebab pretentiously ganas. Dengar lagu KORN sebab lagu album ni sangat best. Masa era dengar walkman, inilah lagu yang aku dengar dalam bas supaya aku tak tertidur.............. okeh, aku still tertidur jugak, with Jonathan Davies voice and all. But anyway, kalau korang tengok BLEACH, mesti perasan bahawasanya bahagian langit retak tu sangat sama.



Yeah yeah... I know. It was experimental. I was on that era di mana aku dengar all kinds of music and finding out what kind of music I like (which end up dengan lagu2 era Rat Pack and Doris Day, how ironic). Still, Cypres Hill yo. Gotta admit, it was good. After the first minute, you'll feel like you can go gangsta *gangsta duckface, downward peace*. Ahahahaha.

Tuesday, September 25, 2012

That Profession Everybody Wants but Nobody Understands...

A lot of time, I get emails from people.

No, not asking about writing - where I get ideas or how to develop a plot. Not those stuff. What I mean is people who are not my book readers.

Sometimes I get emails from people asking me about freelancing jobs. How to do it. Mostly in the lines of "It sounds so much fun, working from home and not needing to hear any bullshit from the boss or co-workers."

Yeah, that's the plus side. But I never recommend this kind of job to people. Not because I don't want to share it. But more or less because you're not equipped for it.

I'm not saying that I'm the freelancer extraordinaire. But I have two advantages. First, I am a novelist. It doesn't matter if I'm not a bestselling writer and the royalties aren't that great. I know for a fact, no matter how bad it goes, at least there will be (at least RM150) in the bank account every three months. At least. Does that help me with any bills? No. But anything is better than 0, right? Secondly, I don't spend. I seldom go out. I have no usual fetishes with shoes or clothes or handbags. Yes, I do have to chalk out money for all the bills, give my parents some and at times pay for the family car, but I don't have additional needs. Yes, I only have two pair of shoes. That is because I don't have to go out and also because I find buying shoes a waste of my time. Whether I have money or not, shoes are a waste to me - the time spent looking for one that gives you comfort, the perfect size and the perfect price. I would love it if everybody walks barefooted. The world would be much more beautiful, then.

But I don't encourage everybody to do what I do. Why?

a) It's not a certainty

Well yeah, you argue that even permanent jobs are not a certainty. But you know every month you will be paid the same amount. I have to live a life not knowing whether this month I will get RM3K or no K at all. I can't spend in any way that I like because I'm not sure whether next month they will tell me that they don't need a freelancer anymore. If a company is thinking about cutting cost, who do you think are going to be the first ones to go? Us freelancers, man.

b) Every day is a holiday. Yes. BUT, every day is also working day

A normal human being should have that separation of work and play. They go to an office, they work. They return home, they forget about work and they rest. They take holidays and use it without any worries, knowing that they earned it. Freelancers work where they live. The sofa is my home, my office, my work chair and my bed. I can't tell you how long since I slept in my room, on my bed with a proper pillow. Every single day, the couch becomes my everything. I am an official couch potato, but not in the usual sense of the word. Holiday is the day when there is no work at all for me to do, which means holiday is the day without money. While people relaxes on holiday, work is looming at the back of my head.

c) You can't help but becoming a workaholic

Because work means money. And since I am living in the wealthy country called Malaysia where you have to pay more than a hundred for a good WIFI reception and the cheapest paling cikai local car price is equivalent to my parent's double-storey terrace house price in the 80s (yes, our old house is only around RM30k), you think nothing else but how to get more money. Not for the additional things (I bought a second hand NOKIA phone and have only two pairs of shoes. I am thrifty at best), but for the basic necessities. I went to GIANT recently to buy the basic food source for a week and all of it cost me RM259. To save cost, we all live under one roof, but living together in a house caused the electricity bill (bless you, gracious TNB =_=) of RM500 above per month. And don't let me start on the other things: water bills, ASTRO, internet, bil pembentung - nak berak kat rumah sendiri pun kena bayar, cukai pintu, cukai pendapatan, car insurance, petrol, road tax, car service. Hey, and I am still single. It's not a life for a freelancer.

d) You think you will travel the world and do things because you're not tied to an office, but you will end up getting more and more antisocial

Freelance work is not office work. That you have to understand. It doesn't come when you want it to come. It doesn't start at 9am and ends at 6pm. Sometimes it comes at 3am and will not end until 5pm the next day. You're not paid by the month, you're paid by your work. It means that whether you want to or not, you have to do it. Your time management is all over the place and you will never be free when others are. You can't go to your friend's birthday party because of work. You can't go to the camping trip because work came in the last hour. You have to cancel your gym schedule because you have to finish something by 7pm. You think you can bring your work to play, but then you realised that nobody can work while others play, so you end up telling friends you can't do it and they think you're making up excuses just so you don't have to be in a social event. At first, that was your reason, but as time goes by, it became your excuse because you no longer understand how the society works. Your time frame and theirs gets more different every single day.

e) Marriage becomes the last thing on your mind

Because there are so many things to do and you don't have time to be introduced, to know someone and go out with them, to think whether he's a good catch or not, to even take time to realise whether your heart is lonely or not or if you even have a heart at all.  

Build a business, work in an office, do anything you want. But for your sake and mine, don't make my profession your ambition.

Friday, September 21, 2012

Novel yang romantik danyang seram itu... yang bakal keluar itu...

Soalan paling banyak ditanyakan tahun ini berbunyi: "Kak Shai, tak ada novel baru ke tahun ni?"

Maafkan ai, sayang. Nampaknya tahun ni tahun ai honeymoon. Ahahaha. Sebenarnya ada manuskrip yang dah dihantar akhir tahun lepas. Tapi disebabkan ada banyak manuskrip baru yang masuk GBK tahun ni dan Buku Prima nak bagi peluang pada novelis2 baru yang dah lama hantar manuskrip diorang, so manuskrip ai pun kenalah akur pada giliran.

Tapi lepas bertanya pada editor TeenPRIMA Puan Nine yang ohsem dan mendapat confirmation dari Zara Amani dan Liza Nur bahawasanya Encik Ali dah buat decision, haruslah saya umumkan di sini, novel saya keluar tahun depan. Dua buah, yaw. Tahun ni tak ada kan? Ha, tahun depan ai keluar sampai dua. Satu porjek trio wuth Liza Nur dan Zara Amani, satu lagi projek buku seram pertama. Kenapa buku seram? Sebab apa point belajar kat asrama selama lima tahun dan mengalami macam-macam kalau tak dijadikan keuntungan di era kedewasaan? Ahahah.

So, sebab tak boleh nak reveal banyak-banyak, I will reveal that projek trio adalah projek saya dan Liza/Zara  yang menampilkan tiga cerita with our own flavour. Jika anda pernah baca buku saya, Liza Nur dan Zara Amani, you will realise that kami bertiga mempunyai taste yang berbeza-beza dan style yang tak sama langsung. Jadi, all the more reason to buy it? Maybe.

Meanwhile, buku seram pertama saya ituh akan menampilkan stories yang aku alami, yang kawan2 sekolah aku alami dan juga cerita2 yang selama ni you may have heard or you have heard many variations of it. I have decided, I will compile all of it and make it one huge book of hostel horror stories. Kalau berjaya, saya akan sambung part two. Kalau tak, oh well.... life goes on.

Anyways... FREE EXCERPT!

PROJEK TRIO
Kata Wulan, “Kalau saya pilih menu tu, side dishes yang saya akan pilih ialah Garden Pasta Salad,”
“Hmmm... sedap tu.”
“...Mac’n Cheese,”
“Good choice.”
“...dan pilihan sama ada Garlic Potato atau Whipped Potato. Mufin pulak saya pilih mufin vanila.” Sambung Wulan.
“Oh, carbs banyak tu. Pasta salad dah cukup okay. Macaroni and cheese tu lengkapkan karbohidrat tapi kalau ambil potato tu awak dah menambahkan kandungan karbohidrat.” Ujar Neal.
“Carb? What are you? A health-freak wimp? Saya makan apa yang saya nak.” Ujar Wulan.
“Wu, biar saya beritahu. Hidangan sampingan Quarter Meal Kenny Rogers adalah seperti seorang wanita yang sempurna.”
“Kenapa setiap tajuk akan sampai ke topik ni?” tanya Wulan, sekalipun Neal tidak mempedulikan nada sarkastiknya itu.
“Bayangkan ayam tu adalah wanita.”
“Nope, saya tak nak bayangkan.”
“Garden Pasta Salad umpama fikirannya yang bijak. Mac and Cheese adalah tahap sensualitinya,”
“Terima kasih kerana baru saja mengotorkan imejan macaroni dan cheese dalam minda saya.”
“..dan untuk melengkapkan wanita tu, dia perlu menjadi seorang yang manis. Jadi hidangan ketiga yang awak kena pilih untuk melengkapkan hidangan sampingan tu ialah buah-buahan. Maka hidangan tu akan jadi lebih berkhasiat. Sebab tu sebagai seorang wanita, awak dah hampir lengkap. Tapi yang merosakkan perfection awak tu adalah kerana awak pilih garlic potato dan bukan buah-buahan. Instead of being a sweet girl, you became sarcastic.”

PROJEK NOVEL HORROR

Soalan demi soalan bermain di benaknya. Namun satu pun tidak terjawab. Dalam dia memikirkan semua persoalan itu, sedar tidak sedar Haza telah pun tertidur. 
Namun tidur yang diharapkan itu tidak lama. Sekalipun mimpinya terasa panjang, namun tidak sampai sejam selepas dia melelapkan mata, Haza terjaga apabila terdengar sesuatu.
Bunyinya seperti katil berkeriut. 
Bunyinya seperti seseorang sedang duduk di atas katil sambil menggoyangkan kaki.
Krek... krek... krek...
Haza membuat keputusan untuk melelapkan matanya semula apabila dia teringat sesuatu.
Bunyi itu bukan bunyi katil berkeriut. 
Dia pernah terdengar bunyi itu. 
Lebih tiga jam sebelum itu. Di belakang blok B ketika dia sedang menyambut hari jadinya bersama Ema dan Sha.
Krek... krek... krek... 
Seperti...
Seperti ia akan roboh tidak lama lagi.
Sebaik sahaja dia terfikirkannya di dalam otak, jantung Haza kembali berdegup kencang. Begitu kencang sehingga dia terasa seolah-olah degupan itu bergema di seluruh bilik yang sunyi itu. Lantas dia menyentuh dadanya, seolah-olah dengan cara itu jantungnya akan berhenti berdegup dengan begitu kuat.
Krek... krek... krek...
Berbanding dengan Ema dan Sha yang tidur sebelah-menyebelah di bahagian tengah, katil Haza terletak berjauhan dari mereka berdua. Katilnya terletak di sebelah pintu. Oleh sebab yang demikian, dia boleh mendengar bunyi basikal itu dikayuh perlahan-lahan di koridor sehingga ia berhenti di depan pintu.
Tolonglah jangan masuk! Bentak Haza dalam hati.
Dia menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut dalam ketakutan.
Namun beberapa minit selepas itu, tiada bunyi yang kedengaran. Tiada bunyi pintu cuba dibuka atau bunyi tapak kaki masuk ke dalam bilik. Dia tidak pasti sama ada logik untuk hantu tidak memasuki bilik kerana pintu dipalang atau sememangnya nenek tua itu hanya mahu menakutkannya setakat itu sahaja.
Perlahan-lahan Haza menyingkap selimutnya. Tidak banyak, sekadar cukup untuk dia melihat ke luar. 


copied from arlcomics.wordpress.com

Friday, September 14, 2012

Pretty Ugly

Dah lama aku tak dengar isu cantik atau tak sebab dah lama aku bolayan subjek tu. But two days ago, member aku tanya pasal isu tu.

Isu apa?
If the world rate you on your looks.

To some extent, yes. Because as much as pretty people hate it when we said, "Kau cantik, senang dapat apa-apa," it still is true. Aku dah selalu berada di keliling ramai pompuan cantik dan tengok lelaki buat keje2 bangang untuk tarik perhatian diorang. Ada sorang tu siap tak belajar dan serenade member aku dengan gitar thru phone walhal esok ada exam penting, tak ke bangang?

But suatu masa dulu, sebagai perempuan biasa yang tak membuatkan orang lelaki menoleh untuk kali kedua bila ternampak aku, mungkin aku mudah terkesan bila dibanding-bandingkan dengan kawan yang lebih cantik. Itu dulu. Sekarang ni, it doesn't matter to me. Being a writer really made the difference sebab kalau kau cantik macam angel tapi tulisan kau crap, kau masih dianggap writer yang crap. Kalau kau engineer yang cantik, mungkin engineer lain masih layankan kau walaupun kau crap. Kalau kau cikgu yang cantik, bebudak lelaki masih suka nak ngorat2 kau walaupun ko ajar entah apa-apa. Tapi kau tetap tak boleh menjadi penulis kalau kau tak ada bakat. Sebab buku tak menipu. Buku tak visualise wajah kau tapi apa yang kau fikir.

But anyway. Aku ada sebuah kisah yang berlaku masa aku di sekolah menengah dulu. Kisah ni aku jadikan aku punya "Text book sedar diri". Sebab setiap kali aku cam terasa nak berlagak atau memperkotak-katikkan orang lain, atau perasan diri "the great writer" and all that shit, aku akan ingat semula apa yang berlaku kat sekolah menengah dulu untuk sedar diri. Aku ingat dulu, ada orang beritahu aku yang Allahyarham Ustaz Asri RABBANI pernah kata setiap kali dia rasa proud atau berlagak, dia akan cuci toilet - reminding himself yang sehebat mana pun dia, dia masih kena cuci taik sendiri (sth like that la, aku paraphrasing je ni).

Ini kira aku punya version of cuci toilet.

Masa aku tingkatan empat, (or senang kata masa aku sekolah menengah), aku budak perempuan yang tak ada apa-apa. Kurus kedengking tahap papan, kulit gelap yang dienhance kegelapannya disebabkan selalu kena berjemur, sarkastik, dan mempunyai sense of fashion yang sungguhla tepape (tudung keras, selekup tebal, baju gedebeh, seluar gedebeh, kasut second hand). Aku bukan macam Pa'ah yang cute, ramah dan likeable. Aku bukan macam Ismah yang cantik. Aku bukan macam Masitah yang have that boyish charm. Aku cukup skema untuk ikut peraturan dan enjoy being the wallflower yang tak ada sesiapa nampak atau peduli bila diorang lalu.

Anyway, penerangan kat atas ni tak membawa kepada kisah dramatik apa pun untuk cerita yang seterusnya. Aku cuma nak kata, aku sedar aku bukan sesiapa. Aku dah accept sejak usia tu lagi yang aku tak akan jadi someone yang diingati kerana rupanya. Tapi it's different when we realise it ourselves, than having people tell it to us. So aku agak terkejut that particular day. Aku tengah on the way nak pergi kantin. Masa tu waktu co-cu. I just got a new pair of shoes dari makcik aku, berwarna coklat. Cantik. Import dari US. Tengah berjalan ke kantin tu tetiba ada budak laki sorang ni yang cakap,

"Cantik kasut."
Aku senyum jela. Aku tak tau nama budak tu. Tapi aku tahu dia budak junior form three.
Then dia sambung.
"Sayangnya, tuan empunya kasut pulak buruk."

Macam PANGGGG satu kat muka. Sapa mangkuk sial ni, yang aku tak tahu pun namanya, tetibe je buat statement maha dahsyat, the cruellest thing you can ever say to a girl. I mean, even pada waktu di mana aku sedar aku memang bukan minah yang cantik pon, that hurts. Masa tu rasa macam nak menangis kot.

And then masuk UIA pulak, menggemuk dengan jayanya sampai orang kata "Shai, gemuknya kau!" Pastu berkawan baik pulak dengan Iza dan Chaq yang memang jadi rebutan ramai. Kalau nak kira penurunan self-esteem ikut statistik, memang dah menjunam tembus melebihi graf horizontal.

But that was then. This is now. Sekarang bila teringat semula, aku rasa bagus jugak ada orang tak berperi kemanusiaan cakap macam tu kat aku. At least, statement tu TAK menjadikan aku spesis wanita yang rasa terover best sangat bila dipikat. Statement tu jugak aku jadikan the official statement that makes Shai sedar diri. I mean, kadang-kadang bila rasa terlebih bangga bila orang puji hasil kerja aku, atau excited bila orang puji gamba yang sebenarnya dienhance sikit oleh mekap (dengan the right mekap, keldai juga boleh jadi Miss World), aku cuma perlu ingat bahawasanya aku adalah that girl - the girl yang suatu masa dulu kasutnya lebih cantik dari mukanya. Ahahaha.

What I'm saying right now is, Tuhan tak jadikan orang tu untuk diukur dari sudut rupa parasnya. "Allah tu indah dan suka yang indah" tak refer to rupa paras orang. Cantik padaNya means akhlak, budi, iman, taqwa seseorang tu. Kalau orang tu solatnya cukup, tutur katanya lemah lembut, tak menilai orang lain, sedar kekurangan diri, tak sarcastic (sbb tu aku blom bleh masuk list ni. hahaha), cuba menjadi manusia yang terbaik, itulah yang paling indah. Kalau ada sepuluh orang lelaki kejar kau tapi Allah tak pandang kau sikit pun, apa pun tak guna.

So to all of my friends, adik2 yang rasa low self-esteem sebab rupa paras, ingatlah seperti yang dikatakan oleh Encik Saharil of saharil.com, "Jenazah perempuan cantik yang dikafankan dan dilihat dari jauh, nampak macam ulat." Jenazah pompuan tak cantik pun akan nampak macam ulat. Semua jenazah yang dikafankan dari jauh nampak macam ulat regardless dulu ko Miss Universe atau Betty La Fea pre-makeover. A time will come when looks tak memainkan peranan apa-apa pun dalam kehidupan anda. So, jangan salahkan fortune orang yang cantik atau kutuk diorang sebab diorang cantik. Ff you're not pretty, be happy, be proud and find your skill, find the thing that will increase your confidence and make you feel beautiful. I've found mine.

Of course, memang added bonus la kalau ko cantik. But don't make it your only virtue.