Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Friday, September 21, 2012

Novel yang romantik danyang seram itu... yang bakal keluar itu...

Soalan paling banyak ditanyakan tahun ini berbunyi: "Kak Shai, tak ada novel baru ke tahun ni?"

Maafkan ai, sayang. Nampaknya tahun ni tahun ai honeymoon. Ahahaha. Sebenarnya ada manuskrip yang dah dihantar akhir tahun lepas. Tapi disebabkan ada banyak manuskrip baru yang masuk GBK tahun ni dan Buku Prima nak bagi peluang pada novelis2 baru yang dah lama hantar manuskrip diorang, so manuskrip ai pun kenalah akur pada giliran.

Tapi lepas bertanya pada editor TeenPRIMA Puan Nine yang ohsem dan mendapat confirmation dari Zara Amani dan Liza Nur bahawasanya Encik Ali dah buat decision, haruslah saya umumkan di sini, novel saya keluar tahun depan. Dua buah, yaw. Tahun ni tak ada kan? Ha, tahun depan ai keluar sampai dua. Satu porjek trio wuth Liza Nur dan Zara Amani, satu lagi projek buku seram pertama. Kenapa buku seram? Sebab apa point belajar kat asrama selama lima tahun dan mengalami macam-macam kalau tak dijadikan keuntungan di era kedewasaan? Ahahah.

So, sebab tak boleh nak reveal banyak-banyak, I will reveal that projek trio adalah projek saya dan Liza/Zara  yang menampilkan tiga cerita with our own flavour. Jika anda pernah baca buku saya, Liza Nur dan Zara Amani, you will realise that kami bertiga mempunyai taste yang berbeza-beza dan style yang tak sama langsung. Jadi, all the more reason to buy it? Maybe.

Meanwhile, buku seram pertama saya ituh akan menampilkan stories yang aku alami, yang kawan2 sekolah aku alami dan juga cerita2 yang selama ni you may have heard or you have heard many variations of it. I have decided, I will compile all of it and make it one huge book of hostel horror stories. Kalau berjaya, saya akan sambung part two. Kalau tak, oh well.... life goes on.

Anyways... FREE EXCERPT!

PROJEK TRIO
Kata Wulan, “Kalau saya pilih menu tu, side dishes yang saya akan pilih ialah Garden Pasta Salad,”
“Hmmm... sedap tu.”
“...Mac’n Cheese,”
“Good choice.”
“...dan pilihan sama ada Garlic Potato atau Whipped Potato. Mufin pulak saya pilih mufin vanila.” Sambung Wulan.
“Oh, carbs banyak tu. Pasta salad dah cukup okay. Macaroni and cheese tu lengkapkan karbohidrat tapi kalau ambil potato tu awak dah menambahkan kandungan karbohidrat.” Ujar Neal.
“Carb? What are you? A health-freak wimp? Saya makan apa yang saya nak.” Ujar Wulan.
“Wu, biar saya beritahu. Hidangan sampingan Quarter Meal Kenny Rogers adalah seperti seorang wanita yang sempurna.”
“Kenapa setiap tajuk akan sampai ke topik ni?” tanya Wulan, sekalipun Neal tidak mempedulikan nada sarkastiknya itu.
“Bayangkan ayam tu adalah wanita.”
“Nope, saya tak nak bayangkan.”
“Garden Pasta Salad umpama fikirannya yang bijak. Mac and Cheese adalah tahap sensualitinya,”
“Terima kasih kerana baru saja mengotorkan imejan macaroni dan cheese dalam minda saya.”
“..dan untuk melengkapkan wanita tu, dia perlu menjadi seorang yang manis. Jadi hidangan ketiga yang awak kena pilih untuk melengkapkan hidangan sampingan tu ialah buah-buahan. Maka hidangan tu akan jadi lebih berkhasiat. Sebab tu sebagai seorang wanita, awak dah hampir lengkap. Tapi yang merosakkan perfection awak tu adalah kerana awak pilih garlic potato dan bukan buah-buahan. Instead of being a sweet girl, you became sarcastic.”

PROJEK NOVEL HORROR

Soalan demi soalan bermain di benaknya. Namun satu pun tidak terjawab. Dalam dia memikirkan semua persoalan itu, sedar tidak sedar Haza telah pun tertidur. 
Namun tidur yang diharapkan itu tidak lama. Sekalipun mimpinya terasa panjang, namun tidak sampai sejam selepas dia melelapkan mata, Haza terjaga apabila terdengar sesuatu.
Bunyinya seperti katil berkeriut. 
Bunyinya seperti seseorang sedang duduk di atas katil sambil menggoyangkan kaki.
Krek... krek... krek...
Haza membuat keputusan untuk melelapkan matanya semula apabila dia teringat sesuatu.
Bunyi itu bukan bunyi katil berkeriut. 
Dia pernah terdengar bunyi itu. 
Lebih tiga jam sebelum itu. Di belakang blok B ketika dia sedang menyambut hari jadinya bersama Ema dan Sha.
Krek... krek... krek... 
Seperti...
Seperti ia akan roboh tidak lama lagi.
Sebaik sahaja dia terfikirkannya di dalam otak, jantung Haza kembali berdegup kencang. Begitu kencang sehingga dia terasa seolah-olah degupan itu bergema di seluruh bilik yang sunyi itu. Lantas dia menyentuh dadanya, seolah-olah dengan cara itu jantungnya akan berhenti berdegup dengan begitu kuat.
Krek... krek... krek...
Berbanding dengan Ema dan Sha yang tidur sebelah-menyebelah di bahagian tengah, katil Haza terletak berjauhan dari mereka berdua. Katilnya terletak di sebelah pintu. Oleh sebab yang demikian, dia boleh mendengar bunyi basikal itu dikayuh perlahan-lahan di koridor sehingga ia berhenti di depan pintu.
Tolonglah jangan masuk! Bentak Haza dalam hati.
Dia menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut dalam ketakutan.
Namun beberapa minit selepas itu, tiada bunyi yang kedengaran. Tiada bunyi pintu cuba dibuka atau bunyi tapak kaki masuk ke dalam bilik. Dia tidak pasti sama ada logik untuk hantu tidak memasuki bilik kerana pintu dipalang atau sememangnya nenek tua itu hanya mahu menakutkannya setakat itu sahaja.
Perlahan-lahan Haza menyingkap selimutnya. Tidak banyak, sekadar cukup untuk dia melihat ke luar. 


copied from arlcomics.wordpress.com

2 comments:

MJ said...

tak sabar nak tggu novel baru. kenapa tahun dpn??huuu~ terasa keseraman hostel tu..haihh mmg mengimbau zmn nenek tua dtg menyapu dpn dorm pagi2 bute!

minah said...

owh.. cepatlah novel seram keluar.. ko tau x novel-novel ko yg aku beli x penah ada dalam simpanan.. hilang tanpa kesan.. adik aku bawak g asrama.. lenkali aku nak sorok..