Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Friday, September 14, 2012

Pretty Ugly

Dah lama aku tak dengar isu cantik atau tak sebab dah lama aku bolayan subjek tu. But two days ago, member aku tanya pasal isu tu.

Isu apa?
If the world rate you on your looks.

To some extent, yes. Because as much as pretty people hate it when we said, "Kau cantik, senang dapat apa-apa," it still is true. Aku dah selalu berada di keliling ramai pompuan cantik dan tengok lelaki buat keje2 bangang untuk tarik perhatian diorang. Ada sorang tu siap tak belajar dan serenade member aku dengan gitar thru phone walhal esok ada exam penting, tak ke bangang?

But suatu masa dulu, sebagai perempuan biasa yang tak membuatkan orang lelaki menoleh untuk kali kedua bila ternampak aku, mungkin aku mudah terkesan bila dibanding-bandingkan dengan kawan yang lebih cantik. Itu dulu. Sekarang ni, it doesn't matter to me. Being a writer really made the difference sebab kalau kau cantik macam angel tapi tulisan kau crap, kau masih dianggap writer yang crap. Kalau kau engineer yang cantik, mungkin engineer lain masih layankan kau walaupun kau crap. Kalau kau cikgu yang cantik, bebudak lelaki masih suka nak ngorat2 kau walaupun ko ajar entah apa-apa. Tapi kau tetap tak boleh menjadi penulis kalau kau tak ada bakat. Sebab buku tak menipu. Buku tak visualise wajah kau tapi apa yang kau fikir.

But anyway. Aku ada sebuah kisah yang berlaku masa aku di sekolah menengah dulu. Kisah ni aku jadikan aku punya "Text book sedar diri". Sebab setiap kali aku cam terasa nak berlagak atau memperkotak-katikkan orang lain, atau perasan diri "the great writer" and all that shit, aku akan ingat semula apa yang berlaku kat sekolah menengah dulu untuk sedar diri. Aku ingat dulu, ada orang beritahu aku yang Allahyarham Ustaz Asri RABBANI pernah kata setiap kali dia rasa proud atau berlagak, dia akan cuci toilet - reminding himself yang sehebat mana pun dia, dia masih kena cuci taik sendiri (sth like that la, aku paraphrasing je ni).

Ini kira aku punya version of cuci toilet.

Masa aku tingkatan empat, (or senang kata masa aku sekolah menengah), aku budak perempuan yang tak ada apa-apa. Kurus kedengking tahap papan, kulit gelap yang dienhance kegelapannya disebabkan selalu kena berjemur, sarkastik, dan mempunyai sense of fashion yang sungguhla tepape (tudung keras, selekup tebal, baju gedebeh, seluar gedebeh, kasut second hand). Aku bukan macam Pa'ah yang cute, ramah dan likeable. Aku bukan macam Ismah yang cantik. Aku bukan macam Masitah yang have that boyish charm. Aku cukup skema untuk ikut peraturan dan enjoy being the wallflower yang tak ada sesiapa nampak atau peduli bila diorang lalu.

Anyway, penerangan kat atas ni tak membawa kepada kisah dramatik apa pun untuk cerita yang seterusnya. Aku cuma nak kata, aku sedar aku bukan sesiapa. Aku dah accept sejak usia tu lagi yang aku tak akan jadi someone yang diingati kerana rupanya. Tapi it's different when we realise it ourselves, than having people tell it to us. So aku agak terkejut that particular day. Aku tengah on the way nak pergi kantin. Masa tu waktu co-cu. I just got a new pair of shoes dari makcik aku, berwarna coklat. Cantik. Import dari US. Tengah berjalan ke kantin tu tetiba ada budak laki sorang ni yang cakap,

"Cantik kasut."
Aku senyum jela. Aku tak tau nama budak tu. Tapi aku tahu dia budak junior form three.
Then dia sambung.
"Sayangnya, tuan empunya kasut pulak buruk."

Macam PANGGGG satu kat muka. Sapa mangkuk sial ni, yang aku tak tahu pun namanya, tetibe je buat statement maha dahsyat, the cruellest thing you can ever say to a girl. I mean, even pada waktu di mana aku sedar aku memang bukan minah yang cantik pon, that hurts. Masa tu rasa macam nak menangis kot.

And then masuk UIA pulak, menggemuk dengan jayanya sampai orang kata "Shai, gemuknya kau!" Pastu berkawan baik pulak dengan Iza dan Chaq yang memang jadi rebutan ramai. Kalau nak kira penurunan self-esteem ikut statistik, memang dah menjunam tembus melebihi graf horizontal.

But that was then. This is now. Sekarang bila teringat semula, aku rasa bagus jugak ada orang tak berperi kemanusiaan cakap macam tu kat aku. At least, statement tu TAK menjadikan aku spesis wanita yang rasa terover best sangat bila dipikat. Statement tu jugak aku jadikan the official statement that makes Shai sedar diri. I mean, kadang-kadang bila rasa terlebih bangga bila orang puji hasil kerja aku, atau excited bila orang puji gamba yang sebenarnya dienhance sikit oleh mekap (dengan the right mekap, keldai juga boleh jadi Miss World), aku cuma perlu ingat bahawasanya aku adalah that girl - the girl yang suatu masa dulu kasutnya lebih cantik dari mukanya. Ahahaha.

What I'm saying right now is, Tuhan tak jadikan orang tu untuk diukur dari sudut rupa parasnya. "Allah tu indah dan suka yang indah" tak refer to rupa paras orang. Cantik padaNya means akhlak, budi, iman, taqwa seseorang tu. Kalau orang tu solatnya cukup, tutur katanya lemah lembut, tak menilai orang lain, sedar kekurangan diri, tak sarcastic (sbb tu aku blom bleh masuk list ni. hahaha), cuba menjadi manusia yang terbaik, itulah yang paling indah. Kalau ada sepuluh orang lelaki kejar kau tapi Allah tak pandang kau sikit pun, apa pun tak guna.

So to all of my friends, adik2 yang rasa low self-esteem sebab rupa paras, ingatlah seperti yang dikatakan oleh Encik Saharil of saharil.com, "Jenazah perempuan cantik yang dikafankan dan dilihat dari jauh, nampak macam ulat." Jenazah pompuan tak cantik pun akan nampak macam ulat. Semua jenazah yang dikafankan dari jauh nampak macam ulat regardless dulu ko Miss Universe atau Betty La Fea pre-makeover. A time will come when looks tak memainkan peranan apa-apa pun dalam kehidupan anda. So, jangan salahkan fortune orang yang cantik atau kutuk diorang sebab diorang cantik. Ff you're not pretty, be happy, be proud and find your skill, find the thing that will increase your confidence and make you feel beautiful. I've found mine.

Of course, memang added bonus la kalau ko cantik. But don't make it your only virtue.

14 comments:

aranhellstorm said...

Hahaha wa boroi wa ok... Anyway ada ko ingat nama budak tu? Mana tau boleh pulangkan blk ayat dia semula... Hehe

Sashikala Mariesoosay said...

Teringat zaman sekolah saya haizzz...:( touched..! I had gone through it too, in same form 4 hehe! But Lady Shai(thats how i refer u in my heart), the writing talent that u have and the way u narrate or interpret something in ur own funny way....makes u so special and genuine. NOT EVERYone(writer)are having that talent like you..i m so proud that i got to know you and communicating with you.

si ngokngek said...

entry yg sgt membantu.haha
low self-esteem sebab rupa paras mmg susah nk dapat confident tu!but usaha usaha..haha

anak en lee said...

ok..shai..
aku setuju ngn entry ko ni!
be proud of urself, rite!
ye!!! itu benar!!! =)

btw,nape laa ko x ingat nama bdk hampagas tu, kalu tak, boleh aku tolong bagi sebijik kat dia! cehhhh...

** bile aku nak kurusssss ni weihhh!! huuuu... =(

Anonymous said...

kite share eh!! hehe,

Shai Kamarudin said...

Ahahah entah, dah tak ingat dah muka budak tu. Ciri yang diingati cuma kecik, berkulit gelap dan banyak jerawat - ciri semua orang di SMKA pada waktu itu. Senang kata, walaupun dia kutuk aku buruk, aku pon tak ingat muka dia atau tau nama dia sbb dia tak popular. Win-win. Or lose-lose. Ahahaha.

fatirah said...

nice entry!~ big clap.. :)

Zara Amani said...

saya setuju dengan entry ini!

Sheeda Minhaj said...

sarcastic is beautiful lah kak shai!..love it!

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

Ff tu mende?
fara fauzana ke?
satu mende ko tertinggal, ko x masukkan statement "aku x setinggi model mcm Ema", barulah lengkap entri kau ni.
hahaha :P

Shai Kamarudin said...

aku saje je tak letak. aku tanak ko angkuh nanti. ahahahah

minah said...

hahaha..

Anonymous said...

ok i like u.thats all

Shai Kamarudin said...

why, thank you anonymous. :D