Ye, kali ni trivia tentang PLAIN JANE pulak...
1. Plain Jane merupakan... I don't know, simpulan bahasa? terminologi? yang bermaksud gadis biasa, plain nothing-special girl. Aku tak cipta perkataan ini. Ini memang digunakan dalam bahasa inggeris. Tajuk asal yang aku bagi pada publisher adalah "PLAIN JANE UNTUK MR. DARCY" (alasan? It's a story of a plain girl yang mempersoalkan kenapa in the real world, yang cantik cuma padan dengan yang cantik, as in kenapa tak boleh seorang perempuan yang biasa idamkan rich handsome guys ala Mr. Darcy?). Editor aku pendekkan kepada PLAIN JANE sahaja.
2. Ini buku pertama diedit oleh Siti Aisyah Hussain (Pn. Ecah) yang juga edit buku AKU KAN NOVELIS. Buku pertama aku diedit oleh Norsuraya Desa (Sue).
3. Balkis diambil dari nama Ratu Balqis. I wanted a character yang sederhana sebab aku dah bosan tengok drama yang memaparkan perempuan hodoh atau gemuk. Asal hodoh je mesti pakai spek gedabak & braces. Asal gemuk je, mesti buat perangai makan gelojoh. Menghina betul. Aku tak rasa kat Malaysia ni ramai sangat orang yang hodoh, tapi aku percaya most of us believe that we're just a plain jane. But there were no stories about us normal nothing-special girls. Too much emphasis given to girls who are beautiful and girls who are ugly, walhal kebanyakan gadis di Malaysia average height 153cm, average weight 54kg, average BMI 22 and average IQ of CGPA 2.9. Why is there no stories about those girls?
4. Nama Zaniel sebenarnya adalah gabungan dua nama yang member aku Iza cadangkan. Aku SMS dia, tanya apa nama yang menampakkan seorang lelaki yang kaya. Dia kata "Zahariman" dan "Daniel". So aku gabungkan kedua2 nama dan automatically dapat idea for his backstory, that Zaniel is short for "Zany Daniel". I didn't like Zaniel in principle sebab aku tak suka watak lelaki kaya or giving ideas to women that their aim in life is marrying a rich guy. But I needed a rich guy in the book to prove a point sebab it's the basis of PJ.
5. Lilee adalah nama adik sepupu aku, Aklili. Perangai Lilee merupakan gabungan dua junior roommate aku kat Matrics UIA, Brin dan Sarah.
6. Aku menulis PLAIN JANE masa lepas baru habis belajar dan tengah carik kerja.
7. Aku tak minat bola sepak. While writing Balkis' character yang sangat minat bola dan ada very wide knowledge about footballers, aku habiskan masa tengok bola dengan adik2 aku, particularly game Chelsea.
8. Untuk watak Ana dan kawan-kawannya, I tried to reimagine geng2 budak pompuan masa kat UIA dulu.
9. Semua soalan peperiksaan subjek Abnormal Psychology yang ada dalam PJ aku mintak dari Iza, partly sebab dia bekas student Psych and partly sebab dia lecturer (or masih tutor pada waktu itu) di USIM. Tapi menurut Iza, usually Psychology exams dalam multiple choice questions (MCQ) form. Tapi sebab aku perlukan that scene with Balkis cuba nak jawab soalan tapi tak paham soalan, aku mintak Iza sediakan soalan berbentuk esei.
10. Lagu "Menanti Sebuah Jawaban" kumpulan Padi merupakan lagu yang sangat popular pada zaman aku study. It was a go-to song untuk lelaki yang meminati girlfriend orang lain atau pompuan yang dah berpunya untuk sampaikan luahan perasaan diorang.
11. The wheelchair operation was also projek untuk subjek Abnormal Psychology yang dibuat oleh group Iza masa study dulu. Another one of my roommate, Niza/Ika punya projek ialah for OCD, whereby diorang pergi kedai, kemas barang dan susun semua barang obsessively - scaring unknowing customers.
12. Aku gunakan PJ sebagai medium untuk aku jelaskan betapa annoyed-nya aku dengan spesis orang yang suka pura2 tak study so that kalau dia dapat markah tinggi dia boleh kata, "Oh, aku tak study pun!" kenkonon dia bijak, juga annoyance aku terhadap students yang selalu tak puas hati dengan markah diorang dan jumpa lecturer untuk mintak check sekali lagi.
13. Babak Balkis on the phone with Zaniel while talking to Lilee at the same time merupakan antara babak yang paling rumit aku nak tulis dari sudut perkataan yang perlu digunakan dan susunan supaya orang faham apa yang tengah berlaku.
14. Arman was inspired by an Indonesian student my friend was so in love with masa time belajar dulu (different name). He also has a band called, no, not Night In Gales (which is a spaced "Nightingales")... but Eleanor. I think you can actually find them on myspace. I think it would just be cute for watak Balkis to be secretly in love with a foreign dude. It also gave me the excuse to write in Indonesian albeit terribly (masa ni belom jadi translator lagi). Ahahaha.
15. Untuk Zaniel, I had to study tooo many things... like fine dining ettiquette, the way a young CEO would talk, their demeanour, how to play golf, the kind of cars (most of them pakai Perdana atau Japanese cars, weirdly enough, and not the usual Ferrari or European cars people associate with wealthy men. Old rich dude, yes. Young CEOs, no) or places they go. I don't want to write such character again.
16. Untuk mendapatkan PLAIN JANE, try ejen kami Abang Long di ARRAZZI, n u can get signature and special message.
6 comments:
hii... bila masa mula2 baca buku ni, saya tak tahu pun yang awak budak UIA but when the scene berubah ke cafe dan kelasnya, somehow i knew the scene is based on UIA dan awak adalah student UIA.. hahaha. sekarang ini saya hanya baca buku awak je ni yang tak sabar nak tunggu buku awak yang seterusnya keluar.. Good Luck
Thank youuuuu ^^. Alumni? Kuliyyah apa?
Insya-Allah akan keluar April tahun depan :D
setuju dgn kenyataan no.12. saya ade kwn yg mcm ni, 'aku tak stdy lg ni weh' or 'eiii,aku tak suka subjek ni!' but end up result die gempak je. haishh..saya siap sound die lg..haha..papepon, die ttp kwn saye..ecehh..
ye.. alumni.. hehehee AIKOL. pasti beli kalau buku awak keluar nanti
Kak shai watak apis milo pulak based on sape?hihihi
Tak apis milo tak dapat lawan pyan...
Berat rasa hati nak baca mula2..tapi cuba jugak...sebab tak minat dengan situasi Balkis.tapi tulah realiti...haila...akhirnya khatam jugak novel ni...
Post a Comment