Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, April 4, 2011

United Eight : Betul atau Tak Betul

Aku pening kepala nak tulis cerita tentang budak2 sekolah menengah rendah. So aku pon tanya la kawan2 lama aku tentang pengalaman diorang (sebab aku rasa aku baik zaman sekolah dulu). Aku tanya Mun dan Mun cerita fasal kawan2 dia yang minat pada senior sekolah. Aku tanya Chaq dan Chaq jawab dengan sangat banyaknya sampai aku kata "KO ni memang remaja bermasalah". Hahaha. Aku tanya Swee Wei, haprak pon dia tak ingat tentang zaman teenagers dia. Then Deqnor jawab;

Oh sebelum tu aku harus bagitau bahawasanya dulu Deqnor adelah sebahagian dari geng aku masa form two. Itu jela tahun aku hidup ber-deng dan aku rasa tak adela mende bangang kitorang buat pon. Cikgu2 je yang overacting lebih. Tapi lepas tu Deqno pi ingat semula semua benda dan inilah bunyinya:


deq_know: ingat tak kita kena embun?
deq_know: dan juga kena jemur?
deq_know: n kita pernah panjat bumbung dewan sekolah
deq_know: kita fly
deq_know: pastu cikgu sapa ntah pernah ckp kat kita mampus lah pmr kamu
deq_know: rasanya itu sbb kita ponteng ada satu event kot
deq_know: zana pernah bawak roller blade pastu kantoi
deq_know: nama kita semua kena black list
deq_know: pastu cikgu sapa ntah nama dia pernah ckp kat aku kalau kamu keluar terus lagi baguslaaa... sbb masa tu aku nk mintak balik rumah (masa tu bkn minggu balik kg)
deq_know: kita pernah kena panggil kat depan perhimpunan pasal masalah disiplin
deq_know: aku rasa sepanjang 3 thn sekolah kat situ takpernah budakperempuan kena panggil depan perhimpunan
deq_know: kita org pertama
deq_know: lepas kena panggil kat depan perhimpunan ada org call norhidayah lain (dia ingatkan itu aku)dan nasihat supaya berkelakuan sopan (kihkih,,,kelakar sungguh)
deq_know: by the way cerita yg kita panjat dewan sekolah tu kita juga ada tulis nama kita kat atas tuh taktau laa ada lagi tak
deq_know: pastu kita juga pernah bermalam kat surau
deq_know: kihkih... kononnya nak study dan terus buat solat hajat
deq_know: hahaha... padahal kat tempat budak lelaki ada bebudak lelaki juga lepak kat situ... maka bermula lah adengan intai mengintai
deq_know: ohh yer... satu asrama pernah keliling sekolah waktu malam
deq_know: tapi tak ingat sbb apa
deq_know: wahh banyak nya nanti dah ingat aku story balik


Okay. Sebenarnya aku tak ingat pun separuh dari apa yang Deqnor cakap ni. Mungkin sebab aku tak join, atau sebab otak aku nak brainwash diri aku sendiri untuk mengatakan aku baik so aku dah tak ingat. Tapi yang pasti aku tak pernah panjat dewan makan tula. Intai budak lelaki tu pon aku rasa aku tak buat jugak sebab aku punya perkembangan towards boy-crazy sangat lambat. Hahaha. Tapi bila Deqnor ingatkan semula zaman form two tu, memang banyak jugaklah benda yang terjadi semata2 sebab kitorang "geng" padahal bende tu innocent je. Kadang2 bukannya buat jahat pun, tapi bila ko berjalan ke sekolah seramai 8 orang dan hampir semuanya singsing lengan, tetibe je cikgu cap ko bermasalah. Padahal aku ni nak tiru tandatangan warden pon takut. Skema mak limah weyh!

Contohnya:

i. Aku pernah kena marah dengan kakak aku sebab dia ingat aku dah "go to the dark side" dengan ada geng sendiri. Kakak aku pengawas sekolah masa tu. Aku tensen gila and tak bercakap dengan dia selama dua minggu.

ii. Kakak2 senior semua pandang serong kat kitorang sebab kitorang ada nama geng. United 8. Bodo je kan nama tu? Tapi diorang pandang serong sebab diorang sangka kitorang nak tiru geng2 bebudak lelaki form three yang gelar diri diorang United Skinhead of 28. Hey. In my defense, kitorang dah create nama tu 2 months before they even became a gang. Stupid gila. Hahaha.

iii. Kena pandang serong lagi sebab masa kitorang main bola tampar, tiba2 student lelaki senior rampas court tu dari kitorang dengan menyerang court masa kitorang tengah main. Pastu akak2 kata kitorang mengada2 and diorang kata aku mengada2 sebab pegi situ semula lepas tu. Padahal masa diorang serang court tu, aku punya beg yang aku sangkut kat tiang tu tertinggal sebab kitorang lari dari situ. Takkan aku nak biarkan je? Dalam beg tu ada pad dan diary aku. Gila ke apa. Lepas tu demi nak menyelamatkan maruah diri aku yang ada dalam beg tu, senior kata aku mengada2. Kecik hati aku tau.

iv. Lepas tu kena kutuk lagi sebab join apa2 competition sebagai geng. Dah tu? Kalau korang taknak join competition tu, kitorang join la. Masuk salah, tak masuk salah. Mengarut betul.

Lepas tu masa form 3 aku pon berhenti dari jadi geng. Lagipun agak leceh untuk aku bergerak sekali 8 orang. Aku bukan ada kesabaran pon nak tunggu semua orang bersiap. Masa form three aku lebih banyak melepak dengan Nad je. Ann dan Tim pun keluar jugak sebab geng tu dah jadi bigger and none of us wanted to be bigger than 8. Ala2 macam Girls Generation la. Hahahahahahahaaha.

Oh, aku saja buat entry ni sebab tetiba aku rasa macam kurang asam je kitorang disalah fahamkan time2 tu. Atau sebenarnya sebab aku tak ada idea nak tulis entry dan kerja aku bertimbun. Hahahaha, cam celaka je kan? Okeylah. Gua ciao.

(aku nak letak gambar tapi aku malas nak scan. hahahah)

8 comments:

Cik AnGaH said...

hahaha..
shai..ala, biasa laa mase2 zaman2 remaja + zaman2 skolah..
semua kenangan terindah beb!!! ;p

kalau tak wat something (baca:keje menyalahi rules skolah,asrama ke), maka nnti takde plak kenangan yg nk diingat kannnn..

gille tak bessttt kalo skema gille masa skolah weih! huhuhu..
nway...memang bessttt masa zaman2 skolah kan!!

** weihh..nape aku pon tetibe teringat2 zaman dulu2 ni mcm ko weih!hahahahahaha...

Sheeda Minhaj said...

Ha..hah..haha..kak,semua orang sama je kot sebab saya dulu pun ade gak menubuhkan geng ni tapi macam akak jugak, kitorang saje2 je nak namekan pakatan bersekutu kitorang tu sebab biasalah tyme tuh kan budak2 lagi, so kira cam nak create satu memory lah, dan disebabkan kebanyakan ahli geng kami tuh mereka2 yang kuat makan dan bersaiz paling koman pun XL (dan adelah sesetengah ahli geng nyamuk yang bersaiz L dan M), kitorang namakan geng kitorang GENG BAS...see? name pun dah cam tah apa-apa je tapi ada gak senior yang terlebih bijak ingat kitorang tubuhkan GENG BAS ni sebab nak jadi taiko versi pompuan kat sekolah..hanya sebab jalan ramai2 g prep...susah lah diorang ni, jalan sorang2 kata kita budak psiko pulak..hahha...by the way, saya dah lapan puluh kali tawaf kedai buku...sodih botul tak jumpo lagilah Valentina Nervosa..arghhhhhhhhhh..tensen!

nad said...

ahahaha aku ingat aku kene marah ngan kak mid sbb period lama sgt...nak buat cemana,dah aku subur..sampai lepas kawen pun period aku 12-13 hari :p

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

hahaha..
ok ape name geng korg dulu.
xdelah sounds gediks pon.
:P

btw, sejak bile mak limah jadi skema?

Shai Kamarudin said...

Angah - hahaha, tapi kalau sume org jadi jahat kat sekolah, tak best citer ngan org.... cam sama je klise citernye. wakakakaka. sbb tu aku pure2 baik.

Sheeda - kire cam Geng Bas Sekolah minus orang jahat la? hahaha. Oh, VN keluar 14 April, tp better dapatkan kat pesta buku, dpt diskaun. ngeee

nad - hahaha, kesian junior kan? senang jadi sasaran kene marah.

ema - aku tau la ko n aza dulu kan geng "marijuana".... just cruisin and cruisin ala Bob Marley. ekekeke

Sheeda Minhaj said...

oh yeah!24 april? confirm..jumpe akak kat sne..ambik2 gambo skali..ahaks!

nadiatulraihan said...

haha..aku rs kite penah bincgkan isu ms di uia...
ape yg deqnor cakap, aku rs aku tak penah join, intai bdk laki pon aku tak minat smpai la skang..takde keje nk mingintai...
mmg patot aku kuar dr ue

Shai Kamarudin said...

ahahaha, yg keluar masa tu ko aku n tim. pastu masing2 buat hal sendiri plak tuh. wakakakaka