Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, April 14, 2011

Random Writes


Here are rules to abide accepting this award :
1. Post linking back to the person that gave you the award
2. Share 7 random things about yourself
3. Award 15 recently discovered blogs
4. Drop them a note and tell them about it


Ha, Cik Sheeda Minangsawesomaus telah memberikan award ni (hahaha, dah lama tak main mende ni sejak dah tua :P) dan diminta share 7 random things about myself. Tapi sebab aku dah selalu share random things (aku kan nenek segala random things), jadi aku precise-kan random things ini kepada:

7 RANDOM THINGS ABOUT WRITING

1. Kadang2 aku dapat idea time tengah baru nak melelapkan mata.
Malam tadi aku terfikir sesuatu. Aku dah jadi pengulas filem selama 4 tahun tapi aku tak pernah menulis tentang kerjaya tu. Tiba2 benda tu menjadi satu watak, dan satu jalan cerita dan satu dialog muncul dalam kepala otak aku. So aku postpone tidur to another day dan tulis kisah seorang media person yang takutkan komitmen.

2. Kalau aku perhatikan orang sekeliling aku, aku akan buat cerita tentang orang tu dalam otak aku. Itu cara aku untuk tak rasa bosan menunggu.
Aku tidak boleh memandu kereta. Aku rasa jangka hayat aku (dan orang lain) lebih panjang bila aku tak pandai memandu sebab aku tahu cara otak aku yang tak normal ni berfikir dan bertindak. Jadi banyak masa aku dihabiskan di dalam bas atau menunggu bas. Satu-satunya cara yang menyeronokkan untuk aku tunggu bas ialah mencari sasaran untuk aku scrutinise dari atas sampai bawah dan buat kisah tentang orang tu dalam kepala aku. Pernah sekali tu aku nampak seorang perempuan tua bawa seorang budak usia 2 ke 3 tahun jalan di tengah KL tapi budak tu bermata sepet. Jadi aku buat kisah dalam kepala otak aku tentang seorang pengasuh gila yang menculik anak majikannya sebab dia teringin nak anak berbangsa Cina. 

3. Aku suka buat dialog panjang2 sebab sebagai pembaca, aku sendiri tak suka nak baca paragraph yang panjang tentang langit kirmizi dan burung berkicauan. Malas.
Lagipun tulis panjang2 sangat penat okey? Untuk orang yang bekerja buat bende lain, mungkin tak kisah. Tapi aku TAIP review. Aku TAIP cerpen. Aku TAIP terjemahan. Sepanjang hari aku depan laptop, kalau aku kena menaip dengan lebih banyak lagi aku akan muntah. Atau kena Parkinson. Atau kedua-duanya sekali.

4. Cita-cita aku nak tulis kisah seram dan buat game book tapi aku tak pasti rakyat Malaysia dah bersedia dengan kemengarutan tahap dewata raya aku atau belum.
Aku percaya dengan cara Stephen King. Aku suka bila the craziness and the fear comes within someone instead of from the things that scares them. Manusia adalah ketakutan itu sendiri dan aku memang rasa cinta dan takut tu dua perkara yang tidak banyak bezanya. Dua-dua buat jantung berdebar. Hahahahaha. Tapi aku bimbang orang tak faham cara aku bercakap lagi. Aku takut orang salah faham sebab penulisan bukan sesuatu yang ada nada. Aku masih takut kalau apa yang aku tulis dibaca dengan nada yang salah dan menjadikannya fitnah.

5. Aku tak suka writers di-associate dengan perkataan berangan. Aku suka lihat pekerjaan aku sebagai kritikan sosial dan cara untuk aku ketawakan diri sendiri.
Ya, writing is the world of make believe. Tapi penulisan juga adalah cara untuk menyampaikan sesuatu. Ada banyak tanggungjawab menjadi seorang penulis. Kalau tersilap, kena jawab kat depan Tuhan weh. Tapi menulis juga adalah satu cara untuk aku ketawakan misery aku, dan satu cara untuk aku heal. It's my own version of therapy. Ada orang pergi spa, ada orang tulis lagu, ada orang musnahkan kereta ex-boyfriend. Aku menulis. It's the sweetest revenge.

6. Aku rasa penulis paling cool di Malaysia adalah Azizi Abdullah.
Aku suka buku KAWIN KAWIN. Aku rasa ia antara satira terbaik tentang hubungan politik Anwar-Mahathir-Ku Li. Aku rasa Azizi Abdullah sangat cool, sangat sarkastik, sangat sastera dan sangat in-your-face. He's the type of man I want to be with. Hahahaha.

7.  Aku jadi penulis sebab aku tak berjaya jadi setiausaha politik kedutaan Thailand. Kalau aku kerja situ, mesti sekarang aku kerja side by side dengan Encik Suwit Mangkhala yang sangat drop dead gorgeous. 
Seriously, dialah setiausaha politik paling drool-worthy. Mungkin Allah tak nak aku buat dosa mimpikan dia setiap hari. Hahaha. Tapi masa aku kerja dulu, aku ada dua pilihan. Sama ada aku nak ikut laluan penulisan dan creative writing, atau aku nak ikut laluan yang aku pave through dengan belajar Sains Politik. Tapi bapak aku tak bagi aku kerja dengan UNHCR, aku tak dapat PTD dan aku tak berjaya jadi secretary of politics Thai Embassy semata2 sbb aku tak ada lesen memandu (haha, mmg ironik), tapi aku diterima bekerja di sebuah syarikat yang menjadikan aku seorang pengulas. Aku diterima menjadi seorang novelis dan jalan aku dipermudahkan bila aku berhenti kerja dan aku berjumpa dengan orang2 yang terlibat dalam bidang ni dan menerima aku seadanya. So aku rasa Allah dah pave-kan jalan tu untuk aku. Alhamdulillah.

Ha, ok itu je. Aku malas plak nak tag orang. Tengah banyak kerja ni, mengular kejap sebab penat tengok MS Word.

No comments: