Aku suka KLIBF dan aku benci KLIBF.
Apakah maksud itu?
Ha, aku suka KLIBF sebab KLIBF smells like heaven. It smells of fresh new books on discounts. It smells of book-lovers. It smells of writing-colleagues yang susah nak ditemui melainkan bila ada booksigning activity especially colleagues macam Kak Dyza (Ainun), Kak Indah (Hairani), dan Kak Ramlah (Rashid) - veteran writers yang sangat2 aku hormat dan aku anggap macam family. Juga nak jumpa bekas rakan sekufu macam Kak Siti (Rosmizah) yang dah susah nak jumpa sejak tak menulis lagi dengan BP.
KLIBF juga adalah masanya untuk jumpa geng - ya, penulis juga ada geng. Dulu aku tak berapa nak faham sebab aku tak ada geng sendiri especially bila aku memang keluaran BP through and through. Hahahaha. But kat KLIBF dapatla lepak dengan Liza (Nur) dan Shikin (Zara Amani) sambil berbincang cara2 untuk memusnahkan kehidupan orang lain. Haha. Zaman dulu masa KLIBF, aku rajin jalan-jalan dan kacau staf BP. Tapi sejak buku aku dah empat bijik, kadar jalan2 kacau staf BP bekerja dah semakin berkurangan sebab kalau aku pergi merayau nanti pembaca aku telefon dan belasah aku (aku buat cerita separa bohong).
Memula aku cam "Eh, apesal buku aku tak banyak kat atas rak? Macam nak tensen jap, oh tetibe baru sedar buku aku kat tengah2 sebab buku baru, Hahahaha. |
Actually tak la bohong sangat. Semalam, aku terlambat sampai. Aku sepatutnya ada di dewan Karangkraf at 10am, tapi komuter bodo lambat sampai. 40 minit aku tunggu kat stesen komuter tu baru sampai. Ko dah tau orang sume nak pergi PWTC, bajet la sikit datang awal. Bijak sifir betulla public transportation kat Malaysia ni. Lepas tu, sebab aku terlambat, aku asik dapat call yang bertanya soalan seperti;
"Ko dah sampai belum? Aku carik kat booth tak ada pon."
"Saya tunggu depan dewan."
"Shai, aku tengok meja kau kosong."
Semua tu salah tren. Mana ada tren lambat 40 minit era ini. Korang ni berfungsi ala era koboi ke apa? Tapi aku masih meminta maaf sebab terlambat. Kalau dah lambat tu, salahkan apa pun, yang lambat sampai kau jugak kan?
Pastu Mun datang sebab aku dah commission token untuk readers aku. Disebabkan lesen dia dah mati (aku dah umum dalam blog, lebih baik ko pi hidupkan balik lesen ko, mak cik), dia sampai awal dan dihantar oleh Encik Azman. Dia datang untuk hantar token yang aku tempah tu. Disebabkan aku asik dapat call dan SMS tanya aku kat mana, aku tak dapat tunggu Liza sampai macam si Shikin. Lari masuk dewan, duduk je terus kena bebel dengan Fiza sebab lambat sampai. Hahaha, sori Fiza. Aku tak dapat duduk hotel sebab rumah aku kat Selangor je. Kalau aku duduk hotel, mesti aku cepat sampai. Hahahahaha.
Kak Syreen (designer SH, PJ dan AKN), Ecah (editor PJ dan AKN, sekarang editor bahagian buku kanak2 and remaja) |
Dengan Liza Nur and Zara Amani. Kalau jumpa je mesti nak memekak. Tak memekak tak sah. |
Ramai jugakla yang datang melawat cam Cik Rinn yang selalu review novel aku, cam Zura dan Yati yang senang diajak berburak kat FB, some high school kids dari SMAP Kajang yang terkejut aku dulu SMKA Kuala Selangor (dik, walaupun akak dulu suka mencarut, tapi akak juga boleh bezakan lagu Bayati dan lagu Sika. Hahahaha). Ada beberapa orang yang tersangka Mun adalah aku sebab dia duduk kat kerusi aku, sementara aku lepak kat kerusi Kak Zu untuk berborak dengan Liza yang duduk tempat Shikin dan Shikin yang duduk kat tempat Kak Sue yang dah balik. Sebab tu Kak Sri (Diah) kata kitorang susah nak dijaga. Hahaha.
Lagi satu aku suka KLIBF sebab boleh makan free. Hahaha. Aku tak kira la kalau orang kata aku jakun sebab makan free pon excited tepape. Hei, duit royalty belum dapat, apa saja yang berbentuk free memang best pada pendapat aku. Kak Siti (Rosmizah) bagi free copy buku terbaru dia "& Hari Mencintaiku" yang gila tebal, aku beli buku Liza (Nur) yang terbaru, "Roti Cicah Susu". Then pergi The Mall and mendapati bahawa diorang tengah bagi diskaun gila2. I mean, buku hardcover dijual harga sepuluh hengget. Aku beli buku Philippa Green harga RM8. Gila mengebest.
Bertembung dengan Angah yang mintak sign kat tengah2 jalan. Hahahaha. |
Lepas tu walaupun aku sepatutnya jumpa bos petang tu, aku dan Mun terkandas kat The Mall sebab hujan lebat. Lepas tu semua orang duduk kat meja yang disediakan oleh kafe. Kot ye pon, dudukla kat tempat lain. Aku yang nak minum petang tak ada tempat nak duduk. Itu jelah yang aku menyampah dengan KLIBF ni. Crowds. Aku tak kisah orang sesak, cuma aku harap ada toleransi antara semua pihak. Jangan bawak anak kalau tak boleh nak jaga anak elok-elok, nanti banyak benar pengumuman dibuat tentang anak yang hilang. Jangan berdiri kat tengah2 jalan (ini aku pon terbuat jugak sebenarnya) sebab orang ramai berpusu-pusu. Kang ada yang jatuh kena pijak macam Susan dalam Desperate Housewives. Bagilah tempat duduk pada orang yang sepatutnya, ini tak, duduk dalam Ladies Coach pun, orang yang ada anak tak dapat duduk. Letakla anak atas pangku, atau kalau ada dua orang anak, suruhlah kakaknya pangku si adik. Ini dia bagi la anaknya seat sorang satu lepas tu orang tua2 tak dapat duduk. Haduiyai.
4 comments:
datang KLIBF hari ahad waktu akak buat booksigning...saya masuk dewan, nampak akak..saya pegi beli buku kejap jeh..dah bayar, dtg balik kat meja, akak dah balik.....warghhhhhhh!!!sedey gile babeng..ni sume salah abang saya, si tukang hantar ke LRT(die boleh tidur dulu plak)..kalo tak dapat dtg awal jumpe akak..hesh!
laaa yeke? sebenarnya, akak pi sign buku kat tgh2 area pentas tu kejap sbb diorg nak bagi laluan untuk writers pukul satu. dulu boleh lepak lama2 tapi skrg, pukul satu je dah kene blah dah, kalau stay tatau nak duk mana. hahahaha. biasenye dulu leh stay sampai petang tp skrg kene bagi jalan, sbb tu akak bangun pi sign buku kat tgh2 dunia. akakaka. next time la, mana tau tahun depan keluar buku baru kot (rajinnya aku nak tulis tetiap tahun. :P)
adik sheeda : lenkali awk tahan je si shai tu kat tgh2 jln mcm akak sambil menjerit nama beliau, pastu sila berteleku (btol ke perkataan ni) di tgh2 dewan spt gmbr di atas semata2 nak suh beliau sign novel... hahaha...
shai : woiitt shai!ko bukan 'bertembung' ngn aku ye..
aku mmg ber'intend' dtg ke pwtc itu utk mtk sign buku ko, sbb takmo aku terjah ke rmh en kama di jalan gobek ok!!! ;pp
namun, aku rasa tetap gak kene gi jalan gobek utk sign 2 lagik novel ko yg aku baru teringat nak beli sbb dulu2 tak jmpe! tp ko dah merayo2 gi mkn free ngn munn! huhuuhuu..
kak shai:VIVA FOR NEXT YEAR...hip2 Hurray!!buat je buku bnyak2
kak cik angah:saya simpan pesanan akak di dalam kpale otak dan jiwa saya
Post a Comment