Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, April 28, 2011

Birthday with the kids



Thank you Fatimah Abdul Mutalib for pickin me up and drive pi Presint 10. You have waited for me to finish my meeting in PWTC even though Tina and Arep were already hungry to the point of oblivion
Thank you Nadiah Azharuddin for the pizza and for turning your house as the location for my birthday celebration. This is the second time you've done that. The first was in 2001 when you were still living in Subang Jaya
Thank you Munira Azman for baking the best thing that comes from my two most favourite thing - strawberry and chocolate and turning it into such a delicacy
Thank you Nurul Dinie Ahmad for being there and always being there whenever I am stressed and needed to go do crazy things like the beach at 5am
Thank you Muhamad Elyas Harun for the lovely pictures
Thank you lil Adam and lil Naurah for singing happy birthday to me and tiup the "invisible" candle

(*oyh, I don't look nice at all in video cameras.)
not feeling well today. sore throat. i blame it on the rain, the ice-blended chocolate I drank and the Tutti Frutti froyo I ate. dat's why agak cranky hari ini.

Monday, April 25, 2011

KL International Bookfair Day 2 & 3

Rasa nak update kelmarin, tapi pergi sambut birthday sampai lupa diri. Nak update semalam, letih sangat sebab dua hari berpoya2. Huahaha. Nak update pagi tadi, kena pergi main "mari-mencari-bos-di-dalam-Giant" pulak dulu and sakit kepala. So sekarang baru boleh update.

Aku suka KLIBF dan aku benci KLIBF.

Apakah maksud itu?
Ha, aku suka KLIBF sebab KLIBF smells like heaven. It smells of fresh new books on discounts. It smells of book-lovers. It smells of writing-colleagues yang susah nak ditemui melainkan bila ada booksigning activity especially colleagues macam Kak Dyza (Ainun), Kak Indah (Hairani), dan Kak Ramlah (Rashid) - veteran writers yang sangat2 aku hormat dan aku anggap macam family. Juga nak jumpa bekas rakan sekufu macam Kak Siti (Rosmizah) yang dah susah nak jumpa sejak tak menulis lagi dengan BP.

KLIBF juga adalah masanya untuk jumpa geng - ya, penulis juga ada geng. Dulu aku tak berapa nak faham sebab aku tak ada geng sendiri especially bila aku memang keluaran BP through and through. Hahahaha. But kat KLIBF dapatla lepak dengan Liza (Nur) dan Shikin (Zara Amani) sambil berbincang cara2 untuk memusnahkan kehidupan orang lain. Haha. Zaman dulu masa KLIBF, aku rajin jalan-jalan dan kacau staf BP. Tapi sejak buku aku dah empat bijik, kadar jalan2 kacau staf BP bekerja dah semakin berkurangan sebab kalau aku pergi merayau nanti pembaca aku telefon dan belasah aku (aku buat cerita separa bohong).

Memula aku cam "Eh, apesal buku aku tak banyak kat atas rak? Macam nak tensen jap, oh tetibe baru sedar buku aku kat tengah2 sebab buku baru, Hahahaha.
Actually tak la bohong sangat. Semalam, aku terlambat sampai. Aku sepatutnya ada di dewan Karangkraf at 10am, tapi komuter bodo lambat sampai. 40 minit aku tunggu kat stesen komuter tu baru sampai. Ko dah tau orang sume nak pergi PWTC, bajet la sikit datang awal. Bijak sifir betulla public transportation kat Malaysia ni. Lepas tu, sebab aku terlambat, aku asik dapat call yang bertanya soalan seperti;

"Ko dah sampai belum? Aku carik kat booth tak ada pon."
"Saya tunggu depan dewan."
"Shai, aku tengok meja kau kosong."

Semua tu salah tren. Mana ada tren lambat 40 minit era ini. Korang ni berfungsi ala era koboi ke apa? Tapi aku masih meminta maaf sebab terlambat. Kalau dah lambat tu, salahkan apa pun, yang lambat sampai kau jugak kan? 


Pastu Mun datang sebab aku dah commission token untuk readers aku. Disebabkan lesen dia dah mati (aku dah umum dalam blog, lebih baik ko pi hidupkan balik lesen ko, mak cik), dia sampai awal dan dihantar oleh Encik Azman. Dia datang untuk hantar token yang aku tempah tu. Disebabkan aku asik dapat call dan SMS tanya aku kat mana, aku tak dapat tunggu Liza sampai macam si Shikin. Lari masuk dewan, duduk je terus kena bebel dengan Fiza sebab lambat sampai. Hahaha, sori Fiza. Aku tak dapat duduk hotel sebab rumah aku kat Selangor je. Kalau aku duduk hotel, mesti aku cepat sampai. Hahahahaha.

Kak Syreen (designer SH, PJ dan AKN), Ecah (editor PJ dan AKN, sekarang editor bahagian buku kanak2 and remaja)
Dengan Liza Nur and Zara Amani. Kalau jumpa je mesti nak memekak. Tak memekak tak sah.
Ramai jugakla yang datang melawat cam Cik Rinn yang selalu review novel aku, cam Zura dan Yati yang senang diajak berburak kat FB, some high school kids dari SMAP Kajang yang terkejut aku dulu SMKA Kuala Selangor (dik, walaupun akak dulu suka mencarut, tapi akak juga boleh bezakan lagu Bayati dan lagu Sika. Hahahaha). Ada beberapa orang yang tersangka Mun adalah aku sebab dia duduk kat kerusi aku, sementara aku lepak kat kerusi Kak Zu untuk berborak dengan Liza yang duduk tempat Shikin dan Shikin yang duduk kat tempat Kak Sue yang dah balik. Sebab tu Kak Sri (Diah) kata kitorang susah nak dijaga. Hahaha.

Lagi satu aku suka KLIBF sebab boleh makan free. Hahaha. Aku tak kira la kalau orang kata aku jakun sebab makan free pon excited tepape. Hei, duit royalty belum dapat, apa saja yang berbentuk free memang best pada pendapat aku. Kak Siti (Rosmizah) bagi free copy buku terbaru dia "& Hari Mencintaiku" yang gila tebal, aku beli buku Liza (Nur) yang terbaru, "Roti Cicah Susu". Then pergi The Mall and mendapati bahawa diorang tengah bagi diskaun gila2. I mean, buku hardcover dijual harga sepuluh hengget. Aku beli buku Philippa Green harga RM8. Gila mengebest.


Bertembung dengan Angah yang mintak sign kat tengah2 jalan. Hahahaha.
Lepas tu walaupun aku sepatutnya jumpa bos petang tu, aku dan Mun terkandas kat The Mall sebab hujan lebat. Lepas tu semua orang duduk kat meja yang disediakan oleh kafe. Kot ye pon, dudukla kat tempat lain. Aku yang nak minum petang tak ada tempat nak duduk. Itu jelah yang aku menyampah dengan KLIBF ni. Crowds. Aku tak kisah orang sesak, cuma aku harap ada toleransi antara semua pihak. Jangan bawak anak kalau tak boleh nak jaga anak elok-elok, nanti banyak benar pengumuman dibuat tentang anak yang hilang. Jangan berdiri kat tengah2 jalan (ini aku pon terbuat jugak sebenarnya) sebab orang ramai berpusu-pusu. Kang ada yang jatuh kena pijak macam Susan dalam Desperate Housewives. Bagilah tempat duduk pada orang yang sepatutnya, ini tak, duduk dalam Ladies Coach pun, orang yang ada anak tak dapat duduk. Letakla anak atas pangku, atau kalau ada dua orang anak, suruhlah kakaknya pangku si adik. Ini dia bagi la anaknya seat sorang satu lepas tu orang tua2 tak dapat duduk. Haduiyai.

Insya Allah, minggu depan kalau aku rajin dan dah maafkan tren, aku akan pergi lagi. Huahahaha.

Sunday, April 17, 2011

Author of Desperation


Writer : Yours truly
Editor: Nor Hawanis 
Graphic: Hazleza Halidi
Price : RM19.90

Nothing scares a writer more than a new book, especially when the former one had a great year. She will start to think too much into it and worry if people don't like it. But Masni gave me a good advice. She said that no matter how it turned out, no matter if people like it or not, no matter what people say, I have to stay true to myself and what I write, and that I should not think about whether people will like it or not.

Which makes me think, maybe that is why certain indie writers/artists/etc prefer to stay underground rather than go mainstream. It is easier when there is no expectation. I think I worry too much now about what people will think, about reviews and stuff when the reason I started writing was to write what I like and what I want to read and to stay true to that and that alone.

I guess it gets to me too much. I used to be JUST a writer. No media promotion whatsoever. My book is known from words of mouth instead of from paper or the TV. But these past couple of months I have been doing lots of that and somehow the idea of trying to please people gets into my head and plays with my mind. I was also nervous because this is the first time I work with another editor. Before this, Ecah edited all my books and she has been doing the 'anything-goes' style (i.e; "...just let Shai do whatever crap she wants with her writing as long as she will not put me into trouble"). This is also the first time my book is under Grup Buku Karangkraf instead of just Buku Prima. It's dealing with the biggies that gets into my head.

I think the moment I turn my blog into my professional blog and my NSK fb into a professional account, I started to realise that my books are actually read and get feedbacks from people in Malaysia, Singapore and Brunei. Oyh, stress alert. Thinking too much. Must eat.

Oh, my interview with Majalah RAPI will be in stores 15 May. Again, I will be attending booksigning on 24th with my dearest sister, Zara Amani and I will be there on 23rd to see my old podnuh-in-crime Kak Siti Rosmizah launch her new book and just check on Dhuha and Liza while I am at it.  

Hey, do you think if I write in the US, Leonardo Dicaprio will read it? Hahahahaha. Berangan.

Thursday, April 14, 2011

Random Writes


Here are rules to abide accepting this award :
1. Post linking back to the person that gave you the award
2. Share 7 random things about yourself
3. Award 15 recently discovered blogs
4. Drop them a note and tell them about it


Ha, Cik Sheeda Minangsawesomaus telah memberikan award ni (hahaha, dah lama tak main mende ni sejak dah tua :P) dan diminta share 7 random things about myself. Tapi sebab aku dah selalu share random things (aku kan nenek segala random things), jadi aku precise-kan random things ini kepada:

7 RANDOM THINGS ABOUT WRITING

1. Kadang2 aku dapat idea time tengah baru nak melelapkan mata.
Malam tadi aku terfikir sesuatu. Aku dah jadi pengulas filem selama 4 tahun tapi aku tak pernah menulis tentang kerjaya tu. Tiba2 benda tu menjadi satu watak, dan satu jalan cerita dan satu dialog muncul dalam kepala otak aku. So aku postpone tidur to another day dan tulis kisah seorang media person yang takutkan komitmen.

2. Kalau aku perhatikan orang sekeliling aku, aku akan buat cerita tentang orang tu dalam otak aku. Itu cara aku untuk tak rasa bosan menunggu.
Aku tidak boleh memandu kereta. Aku rasa jangka hayat aku (dan orang lain) lebih panjang bila aku tak pandai memandu sebab aku tahu cara otak aku yang tak normal ni berfikir dan bertindak. Jadi banyak masa aku dihabiskan di dalam bas atau menunggu bas. Satu-satunya cara yang menyeronokkan untuk aku tunggu bas ialah mencari sasaran untuk aku scrutinise dari atas sampai bawah dan buat kisah tentang orang tu dalam kepala aku. Pernah sekali tu aku nampak seorang perempuan tua bawa seorang budak usia 2 ke 3 tahun jalan di tengah KL tapi budak tu bermata sepet. Jadi aku buat kisah dalam kepala otak aku tentang seorang pengasuh gila yang menculik anak majikannya sebab dia teringin nak anak berbangsa Cina. 

3. Aku suka buat dialog panjang2 sebab sebagai pembaca, aku sendiri tak suka nak baca paragraph yang panjang tentang langit kirmizi dan burung berkicauan. Malas.
Lagipun tulis panjang2 sangat penat okey? Untuk orang yang bekerja buat bende lain, mungkin tak kisah. Tapi aku TAIP review. Aku TAIP cerpen. Aku TAIP terjemahan. Sepanjang hari aku depan laptop, kalau aku kena menaip dengan lebih banyak lagi aku akan muntah. Atau kena Parkinson. Atau kedua-duanya sekali.

4. Cita-cita aku nak tulis kisah seram dan buat game book tapi aku tak pasti rakyat Malaysia dah bersedia dengan kemengarutan tahap dewata raya aku atau belum.
Aku percaya dengan cara Stephen King. Aku suka bila the craziness and the fear comes within someone instead of from the things that scares them. Manusia adalah ketakutan itu sendiri dan aku memang rasa cinta dan takut tu dua perkara yang tidak banyak bezanya. Dua-dua buat jantung berdebar. Hahahahaha. Tapi aku bimbang orang tak faham cara aku bercakap lagi. Aku takut orang salah faham sebab penulisan bukan sesuatu yang ada nada. Aku masih takut kalau apa yang aku tulis dibaca dengan nada yang salah dan menjadikannya fitnah.

5. Aku tak suka writers di-associate dengan perkataan berangan. Aku suka lihat pekerjaan aku sebagai kritikan sosial dan cara untuk aku ketawakan diri sendiri.
Ya, writing is the world of make believe. Tapi penulisan juga adalah cara untuk menyampaikan sesuatu. Ada banyak tanggungjawab menjadi seorang penulis. Kalau tersilap, kena jawab kat depan Tuhan weh. Tapi menulis juga adalah satu cara untuk aku ketawakan misery aku, dan satu cara untuk aku heal. It's my own version of therapy. Ada orang pergi spa, ada orang tulis lagu, ada orang musnahkan kereta ex-boyfriend. Aku menulis. It's the sweetest revenge.

6. Aku rasa penulis paling cool di Malaysia adalah Azizi Abdullah.
Aku suka buku KAWIN KAWIN. Aku rasa ia antara satira terbaik tentang hubungan politik Anwar-Mahathir-Ku Li. Aku rasa Azizi Abdullah sangat cool, sangat sarkastik, sangat sastera dan sangat in-your-face. He's the type of man I want to be with. Hahahaha.

7.  Aku jadi penulis sebab aku tak berjaya jadi setiausaha politik kedutaan Thailand. Kalau aku kerja situ, mesti sekarang aku kerja side by side dengan Encik Suwit Mangkhala yang sangat drop dead gorgeous. 
Seriously, dialah setiausaha politik paling drool-worthy. Mungkin Allah tak nak aku buat dosa mimpikan dia setiap hari. Hahaha. Tapi masa aku kerja dulu, aku ada dua pilihan. Sama ada aku nak ikut laluan penulisan dan creative writing, atau aku nak ikut laluan yang aku pave through dengan belajar Sains Politik. Tapi bapak aku tak bagi aku kerja dengan UNHCR, aku tak dapat PTD dan aku tak berjaya jadi secretary of politics Thai Embassy semata2 sbb aku tak ada lesen memandu (haha, mmg ironik), tapi aku diterima bekerja di sebuah syarikat yang menjadikan aku seorang pengulas. Aku diterima menjadi seorang novelis dan jalan aku dipermudahkan bila aku berhenti kerja dan aku berjumpa dengan orang2 yang terlibat dalam bidang ni dan menerima aku seadanya. So aku rasa Allah dah pave-kan jalan tu untuk aku. Alhamdulillah.

Ha, ok itu je. Aku malas plak nak tag orang. Tengah banyak kerja ni, mengular kejap sebab penat tengok MS Word.

Wednesday, April 13, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair, PWTC

Sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Berikut adalah jadual penulis bertugas. Kepada kawan-kawan yang datang melawat, maafkan saya terlebih dahulu untuk mengatakan bahawa I may be very busy on 24th sebab buku baru keluar and kerja promotion sgt banyak, so kalau nak ajak lunch ke ape ke cari saya on 23rd or 30th, set?

Monday, April 11, 2011

3 Most Annoying...

3 Female Movie Characters yang aku rasa menyemak
i. Megan Fox as what's-her-ass in TRANFORMERS
- I mean, what do I care about a tough chick who paints tattooes on bikes by showing her ass to the camera, eyh?
ii. Gemma Arterton as Tamina in PRINCE OF PERSIA and Io in CLASH OF THE TITANS
- Can you tell me how many annoying pretentiously independent role is she going to take? She is the only thing that tainted PoP and the ultimate menyemak-ness in CotT
iii. Kirsten Dunst as MJ in SPIDERMAN
- How screwed a girl can be if she is captured by three different villains altogether? Is there a mark on her head that says "I AM SHRILLY AND ANNOYING, PLEASE KIDNAP ME"?

3 Most Annoying Food I Have Ever Tasted
i. Spaghetti with Cream Sauce at ICEROOM
- Oh my God. Imagine eating dry spaghetti with that overly thick Campbell's Mushroom Soup with slices of chicken meat. Yes. It feels like eating Slimer in your mouth.
ii. Nasi Goreng Kerabu at RESTORAN PAK MAL
Restoran Pak Mal has the weirdest level of food competency. One day you have all great savoury food, come next day, all of them taste like shit. Nasi kerabu Pak Mal yesterday was extremely berderai, keras and feels like chicken food.
iii. The Most Expensive on the Menu at Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam
It's a spaghetti thingy that can't even stick to your fork. It is so wet that I felt like eating a lubricated noodle.

3 Most Annoying Thing That Can Happen on a Sunday
i. The sound of people mowing lawn
- Why do you even pay people to mow your lawn on a Sunday morning? Can't you ask them to do it on weekdays when they kinda walk around hoping someone would pay them to?
ii. The sound of the reporters on MELODI/DIVA/GALAKSI
- Especially when they ask dumb questions like, "Bila nak berlakon semula?" to a thespian who has quit her acting career to pursue religion. Are you dumb, or are you dumb?
iii. The sound of hammer knocking on the wall
- We used to have this rule where if a neighbour wants to make a noise rearranging stuff or putting stuff on the wall, they should notify and apologise to the other neighbours beforehand. Neighbours nowadays are so lazy to do that. Look, since you don't like to notify us all the noise you're making, I am not gonna notify you when I want to go grunge on my guitar. Deal?

3 Most Annoying Thing on TV
i. Kejora dan Bintang
- They should call it "Janet dan Hanifah" instead, because I think for the most part, they have shown more scenes with the two villains than the titular characters.
ii. Akademi Fantasia
They say stop while you are loved. AF should have stopped when they were on Season 5. If you wanna show some dudes and dudettes singing like they're in a karaoke, please spare us all.
iii. Celebrity Gossips show
We have MELODI, then DIVA, then GALAKSI, then FUHH. How many celebs we have in Malaysia again? Can't you just create one channel for them all and just put everything there like E! did? Then I don't have to bukak channel and tengok cerita Jimmy Shanley yang sama.

Oh by the way, tak elok berbuat aniaya terhadap anak yatim. Bini Jimmy Shanley, suami anda anak yatim piatu, silalah jangan aniaya dia, okay? Do you know how many girls wanted to marry that dude?

Wednesday, April 6, 2011

The Thing about Facebook Contests...

Tahu tak apa yang aku menyampah?

Those VOTE FOR game kat FB. I mean, come onnnnnn. Most of the time the winners of those thing tak worth the win langsung and they win it just because they got more friends. It's like AF on your computer! That's why I never join the contest even if I want the prizes so so much. Dude, I can never win those things. I mean, I have friends but we are all a bunch of people-who-don't-care. Hahaha.

I mean, last time Masni take a beauuuutiful meaningful picture for a contest for IKEA. The contest was to send a picture with IKEA magazine on it. Masni took a picture of her reading the magazine with clutters of mess behind her, signifying of how she needs IKEA to de-clutter. And guess who won it? Some lady (or a dude, I can't really remember) who just paste a picture of the IKEA icon on a picture of a Christmas tree or something (Seriously, it was not great I can't remember), and not very elegantly. The person won just because she had more votes.

Sekarang my dear friend Swee Wei may lose her quest to get into Rain's pants (hahahaha, I was just making that up) because some other chick got more acquaintance. I mean, Swee even forgot to watch Merong Mahawangsa for free just so she can make that umbrella thingy whatever. For free!!!! (okay, I should not exaggerate the free part, we always get to watch a movie for free. Freelance reviewer bonus. What up.)

So it makes me think, sometimes when you have the majority at hand, you kinda win anything just like that. Sometimes, even things that has no quality at all. It's the question between quality and majority. I mean, how many of us listens to Rachael Yamagata and how many fans Britney Spears have? Quality versus Quantity. How many of us watch Liew Seng Tat's "Flower in the Pocket" and how many of us watch Ahmad Idham's "Adnan Sempit"? Quality versus Quantity. How many of us read Children of the Corn and many of us watch Children of the Corn? Quality versus Quantity (serrriously, the movie is so bad and yet so loved. I have no idea why).

Why is it so difficult to find quality and quantity that goes together? Like "Pulp Fiction", or Johnny Depp (except for his Jack Sparrow. Come on man. Three is enough). Or a piece of cake from Secret Recipe?

You know one thing though.... I would like a Quality man that not many women are chasing after. Nope. I don't want Quantity in his resume unless it means the money in the bank and the knowledge in his mind, thank you.

Monday, April 4, 2011

United Eight : Betul atau Tak Betul

Aku pening kepala nak tulis cerita tentang budak2 sekolah menengah rendah. So aku pon tanya la kawan2 lama aku tentang pengalaman diorang (sebab aku rasa aku baik zaman sekolah dulu). Aku tanya Mun dan Mun cerita fasal kawan2 dia yang minat pada senior sekolah. Aku tanya Chaq dan Chaq jawab dengan sangat banyaknya sampai aku kata "KO ni memang remaja bermasalah". Hahaha. Aku tanya Swee Wei, haprak pon dia tak ingat tentang zaman teenagers dia. Then Deqnor jawab;

Oh sebelum tu aku harus bagitau bahawasanya dulu Deqnor adelah sebahagian dari geng aku masa form two. Itu jela tahun aku hidup ber-deng dan aku rasa tak adela mende bangang kitorang buat pon. Cikgu2 je yang overacting lebih. Tapi lepas tu Deqno pi ingat semula semua benda dan inilah bunyinya:


deq_know: ingat tak kita kena embun?
deq_know: dan juga kena jemur?
deq_know: n kita pernah panjat bumbung dewan sekolah
deq_know: kita fly
deq_know: pastu cikgu sapa ntah pernah ckp kat kita mampus lah pmr kamu
deq_know: rasanya itu sbb kita ponteng ada satu event kot
deq_know: zana pernah bawak roller blade pastu kantoi
deq_know: nama kita semua kena black list
deq_know: pastu cikgu sapa ntah nama dia pernah ckp kat aku kalau kamu keluar terus lagi baguslaaa... sbb masa tu aku nk mintak balik rumah (masa tu bkn minggu balik kg)
deq_know: kita pernah kena panggil kat depan perhimpunan pasal masalah disiplin
deq_know: aku rasa sepanjang 3 thn sekolah kat situ takpernah budakperempuan kena panggil depan perhimpunan
deq_know: kita org pertama
deq_know: lepas kena panggil kat depan perhimpunan ada org call norhidayah lain (dia ingatkan itu aku)dan nasihat supaya berkelakuan sopan (kihkih,,,kelakar sungguh)
deq_know: by the way cerita yg kita panjat dewan sekolah tu kita juga ada tulis nama kita kat atas tuh taktau laa ada lagi tak
deq_know: pastu kita juga pernah bermalam kat surau
deq_know: kihkih... kononnya nak study dan terus buat solat hajat
deq_know: hahaha... padahal kat tempat budak lelaki ada bebudak lelaki juga lepak kat situ... maka bermula lah adengan intai mengintai
deq_know: ohh yer... satu asrama pernah keliling sekolah waktu malam
deq_know: tapi tak ingat sbb apa
deq_know: wahh banyak nya nanti dah ingat aku story balik


Okay. Sebenarnya aku tak ingat pun separuh dari apa yang Deqnor cakap ni. Mungkin sebab aku tak join, atau sebab otak aku nak brainwash diri aku sendiri untuk mengatakan aku baik so aku dah tak ingat. Tapi yang pasti aku tak pernah panjat dewan makan tula. Intai budak lelaki tu pon aku rasa aku tak buat jugak sebab aku punya perkembangan towards boy-crazy sangat lambat. Hahaha. Tapi bila Deqnor ingatkan semula zaman form two tu, memang banyak jugaklah benda yang terjadi semata2 sebab kitorang "geng" padahal bende tu innocent je. Kadang2 bukannya buat jahat pun, tapi bila ko berjalan ke sekolah seramai 8 orang dan hampir semuanya singsing lengan, tetibe je cikgu cap ko bermasalah. Padahal aku ni nak tiru tandatangan warden pon takut. Skema mak limah weyh!

Contohnya:

i. Aku pernah kena marah dengan kakak aku sebab dia ingat aku dah "go to the dark side" dengan ada geng sendiri. Kakak aku pengawas sekolah masa tu. Aku tensen gila and tak bercakap dengan dia selama dua minggu.

ii. Kakak2 senior semua pandang serong kat kitorang sebab kitorang ada nama geng. United 8. Bodo je kan nama tu? Tapi diorang pandang serong sebab diorang sangka kitorang nak tiru geng2 bebudak lelaki form three yang gelar diri diorang United Skinhead of 28. Hey. In my defense, kitorang dah create nama tu 2 months before they even became a gang. Stupid gila. Hahaha.

iii. Kena pandang serong lagi sebab masa kitorang main bola tampar, tiba2 student lelaki senior rampas court tu dari kitorang dengan menyerang court masa kitorang tengah main. Pastu akak2 kata kitorang mengada2 and diorang kata aku mengada2 sebab pegi situ semula lepas tu. Padahal masa diorang serang court tu, aku punya beg yang aku sangkut kat tiang tu tertinggal sebab kitorang lari dari situ. Takkan aku nak biarkan je? Dalam beg tu ada pad dan diary aku. Gila ke apa. Lepas tu demi nak menyelamatkan maruah diri aku yang ada dalam beg tu, senior kata aku mengada2. Kecik hati aku tau.

iv. Lepas tu kena kutuk lagi sebab join apa2 competition sebagai geng. Dah tu? Kalau korang taknak join competition tu, kitorang join la. Masuk salah, tak masuk salah. Mengarut betul.

Lepas tu masa form 3 aku pon berhenti dari jadi geng. Lagipun agak leceh untuk aku bergerak sekali 8 orang. Aku bukan ada kesabaran pon nak tunggu semua orang bersiap. Masa form three aku lebih banyak melepak dengan Nad je. Ann dan Tim pun keluar jugak sebab geng tu dah jadi bigger and none of us wanted to be bigger than 8. Ala2 macam Girls Generation la. Hahahahahahahaaha.

Oh, aku saja buat entry ni sebab tetiba aku rasa macam kurang asam je kitorang disalah fahamkan time2 tu. Atau sebenarnya sebab aku tak ada idea nak tulis entry dan kerja aku bertimbun. Hahahaha, cam celaka je kan? Okeylah. Gua ciao.

(aku nak letak gambar tapi aku malas nak scan. hahahah)

Friday, April 1, 2011

Tentang Remaja

I have a new project at hand that I am not sure how to do.

Do you know when I was 14, I already wrote a novel for my friends to read but it's not a novel for kids or for teens. In saying this, I mean that even at that age I don't write for the proper audience. So I guess writing for teens (or tweens to be exact - the age where Hannah Montana and Lizzie McGuire would be more of a choice in TV-land) would be a challenge in its own self. I mean at the age of 15 I was reading HAMKA, so...

Sekarang ni aku tengah exercise Stephen King's advice. He said that a good writer must love to read and write. Which is true, because a writer who doesn't really like to read (not just books, I mean...) will not be able to research stuff. Of course I am a reader. I got that from both mum and dad. Mak aku memang suka membaca sastera dan buku TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK yang aku baca bukan versi baru yang ditulis semula dalam BM ye, budak-budak. Mak aku paksa aku baca versi asal - the first edition of the book, which is in old Indonesian. Buku tu ex-boyfriend dia bagi, so banyakla hasil2 contengan di mana boyfriendnya letak footnote. Cis, betapa bapak aku tak suka dengan buku tu disebabkan hal tersebut.

Bapak aku juga a reader. Come to think about it, bapak aku seorang reader yang lebih tegar dari mak aku. Kalau aku pergi kedai buku, biasanya aku akan belikan bapak aku buku. Buat masa ni penulis feveret bapak aku ialah Dr Aidh Abdullah Al-Qarni (from the "La Tahzan" franchise). Aku fikir once aku dah ada rumah sendiri, aku akan buat one room for my parents visits yang penuh dengan buku.

Aku cerita amende sebenarnya ni?

Oh, buku remaja.
Aku dah lama tak jadi remaja. Hahaha. Aku hidup di era di mana semua orang letak z di belakang setiap sukukata (eg: Azku suzka mazkan nasi la bazda!"). Aku tak begitu memahami remaja di era "jewww, keww, manew adewwww". Dunia kita dah berbeza. Dunia remaja aku tak ada Facebook. Dunia remaja aku masih lagi naif dan tidak perlu bersaing telefon bimbit siapa lebih canggih. Dunia remaja aku semua perempuan nak jadi boyish dan semua lelaki nak gaya rambut macam Leon Lai atau Nick Carter. Dunia remaja aku berlatarkan muzik Backstreet Boys dan N'sync. Dunia remaja aku makan roti Mewah sapu kaya. Dunia remaja aku semua orang chat guna mIRC. Dunia remaja aku tiada gadis umur 13 tahun posing depan laptop sambil pout bibir dan tampal jadi gambar profile facebook untuk semua paedophile tengok dan puaskan diri.

Euwwwww... budak2, stop taking gross pictures for perverts!

Jadi zaman remaja aku dah lama berakhir. Aku baru sedar betapa jauhnya aku dengan zaman tu masa meeting dengan Karangkraf semalam, masa Kak Siti cerita tentang zaman sekolah di mana dia meletakkan mercun di depan bilik asrama.

Masa aku remaja, aku simpan gambar Osama bin Laden celah meja. Masa tu kes 9/11 masih jauh lagi dari berlaku.
Masa aku remaja, aku bercakap tentang politik perpecahan Team A dan Team B sementara orang lain bercerita tentang siapa suka siapa.
Masa aku remaja, aku tidak sedar aku meminati kawan baik aku sendiri dan aku ambil masa tujuh tahun untuk memahami perasaan aku.
Masa aku remaja, aku pegang banyak jawatan yang aku tidak fikir aku mampu lakukan.
Masa aku remaja, ideologi aku tentang politik amat kuat. Setiap hari aku berdebat mempertahankan bendera hijau pada era bendera hijau itu sukar ditemui.
Masa aku remaja, aku suka menulis skrip untuk pertandingan pantomime sekolah.
Masa aku remaja, aku minat senior aku yang genius dan sampai sekarang aku ingat tarikh lahir dia. Hahaha.
Masa aku remaja, aku bertemu dengan kawan-kawan karib aku dunia dan akhirat. Dan aku rasa dalam semua perkara yang berlaku dalam usia remaja - finding your true best friends is the best thing that can ever happen in your life.

Being 15? That was 13 years ago, man!