Percubaan Tugiman untuk jeleskan semua orang dengan menjadi orang pertama di Malaysia dapat ambil gambar dengan Maher Zain memang berjaya. Mentang2 kerja LCCT... |
Dulu masa kawan aku di-stalk (kawan di sini merujuk kepada Iza), aku kata, "Peh, seronoknya ko ada stalker." Aku gurau je. Aku bukan berharap.
Sebab stalker adalah golongan manusia paling annoying dalam dunia. Di negara barat, stalker adalah satu masalah besar yang membolehkan seseorang ke mahkamah dan mendapatkan restraining order. Stalker juga boleh mencapai tahap psiko sehingga menyebabkan peristiwa2 berikut:
a) Stalker pelakon Jodie Foster, John W. Hinckley menulis surat kepada Jodie Foster bahawasanya demi membuktikan cintanya kepada Foster, dia akan dedicate-kan percubaan membunuh presiden ketika itu, Ronald Reagan.
b) Stalker John Lennon, Mark David Chapman telah menembaknya tiga kali di depan pintu rumahnya.
Di Malaysia, istilah stalking digunakan dengan sewenang-wenangnya (seperti mana istilah plagiarism - di Malaysia, plagiarism dianggap sebagai 'sharing is caring'. Otak ko.). Stalking di Malaysia biasanya adalah perkataan untuk menggambarkan seorang manusia yang asyik mengikuti anda dalam pelbagai bentuk.
a) Stalker blog.
Sahabat seblogging (apakah perkataan itu, novelis?) aku mengalami masalah ini apabila seorang wanita yang mempunyai masalah psikologi yang mendalam asyik mengendap blognya untuk mencari gaduh dengannya, sehingga menyebabkan sahabat aku ini terpaksa bertukar blog dan block IP address berkali-kali. Mesej aku untuk perempuan itu, "Woman, less time stalking, more time moving forward is good for you."
b) Stalker facebook
Orang yang asyik check facebook anda, gambar2 anda, dan cuba add rakan2 anda dan bertanya kepada mereka tentang diri anda. Kemudian berkali-kali menghantar mesej kepada anda menggambarkan akan kehidupan di mana anda yang akan mengejarnya. Dude, once and for all, I am not interested.
c) Stalker novel
Percubaan mengenali diri anda dengan membaca semua buku-buku anda dan menganggap itulah diri anda yang sebenarnya. Kemudian cuba menjadikan dirinya seperti semua hero dalam buku anda. Dude, if I like you, it's sweet. But if I don't, it's just creepy. Why can't you just be like all the other funny guys who asked me to put my phone number in their book. They laugh, I laugh, I sign their book and that's the end of it.
d) Stalker otak
When I was studying, there was this girl who stalks me for my notes. Tiap2 hari datang ke bilik untuk pinjam nota, tiap2 hari telefon cellphone gua tanpa henti dan tercegat depan bilik pada jam 8 pagi untuk meminjam nota. That's even creepier than any other ype of stalking, I tell you.
e) Serial stalker
Stalker yang stalk apa saja dan sesiapa saja sehingga mendapat perhatian.
Apa saja dalam fikiran anda, sila luahkannya. More talk, less stalk. Sila beri kami mengerti apa yang anda mahu, dan kita bincangkannya dengan baik-baik. Sila jangan buat kami rasa sexually harrassed. Thank you.
2 comments:
pergh..
tapi aku rasa in my case, the more she talk, the more she stalk. haha!
because she's a psycho, that woman. she has that number 5 issue from my other blog. hahaha
Post a Comment