Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, October 4, 2010

(Bukan Danny) X-Factor

Seorang artis di TV bercakap tentang cuba mencari cara untuk disukai.

Antaranya dengan mengubah gayanya, kerana selepas 10 tahun dia masih belum sepopular yang sepatutnya.

Saya rasa ada antara mereka tidak faham apakah itu X-Factor, dan cuba mencarinya.

X merujuk kepada sesuatu yang tidak diketahui, atau apa yang orang Perancis katakan sebagai "je ne sais quois". Dari sudut istilahnya, X ialah sesuatu yang anda tidak akan temui kerana jika anda tidak memilikinya, anda masih tidak akan memilikinya. X adalah misteri.
(macam dalam filemla, kalau anda ada peminat misteri, kan namanya jadi Mr. X)

Adibah Noor bukanlah wanita paling seksi di dunia, tapi dia masih terkenal kerana faktor X.
Idayu yang memiliki suara yang sama dahsyatnya tidak mendapat perhatian Malaysia sebegitu kerana ketiadaan faktor X itu.

Fasha Sandha akan berbuat apa saja untuk kelihatan baik tetapi masih akan dibenci kerana Faktor X.
Manakala artis-artis lain yang membuat kesalahan yang sama tidak menerima kebencian yang sama bukan kerana wartawan, tetapi kerana ketiadaan Faktor X. Maksudnya, tidak kiralah perbuatan bodoh apa pun yang mereka lakukan, tiada siapa peduli.

Paris Hilton seorang yang mengarut tapi anda masih nak baca berita mengenainya kerana Faktor X.
Nicky Hilton adiknya tidak ada Faktor X yang sama jadi perceraiannya tidak dipedulikan sesiapa.

Ia dipanggil X-Factor kerana tiada siapa boleh menentukan apakah punca mereka terkenal itu. Ia bukan satu elemen yang sama. Ia sama seperti bakat untuk menjual, atau keupayaan seseorang menundukkan lelaki sekalipun tanpa elemen seksual.

Bukan, ia juga bukan santau.

Faktor X dipanggil X kerana anda tidak mempunyai satu sebab untuknya.

Kerana itu, berhentilah mencuba kerana sekiranya anda tidak ada faktor X itu, anda tidak akan memilikinya sampai bila-bila tak kiralah sesedap nama pun lagu anda, suara anda, atau wajah anda.

It's a cruel cruel world, I know. Live and learn.

2 comments:

Anonymous said...

t's such a important site. fanciful, acutely intriguing!!!

-------

[url=http://oponymozgowe.pl]Opony[/url]
[url=http://pozycjonowanie.lagata.pl]Pozycjonowanie[/url]

[url=http://katalogstron.com/s310/opony/opony[/url]

Agata Borowska said...

Jestem pod wrażeniem. Bardzo ciekawie napisany artykuł.