Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Sunday, October 24, 2010

It's not that hard of a word...

Aku tengok "British Next Top Model". Para peserta saling bergaduh hanya kerana sebab-sebab yang kecil dan biasanya tidak munasabah.

Ia mengingatkan aku kepada seorang kawan yang berkata bahawa dia tidak suka berkawan dengan budak perempuan sebab mereka sangat bitchy dan sebab tu dia banyak berkawan dengan orang lelaki.

Aku tidak bersetuju mahupun tidak tidak bersetuju (hahaha, go figure). Sebab aku rasa sebagai perempuan, kita dilahirkan dengan perasaan yang lebih dan adakalanya ia tertunjuk. Adakalanya orang yang rasa mereka tidak bitchy itu lebih bitchy (because if you're not bitchy, you won't be calling others a bitch, right?).

(Ni ape asik cakap pasal being bitchy ni? It's not even a good word).

Apa pun... pada aku pergaduhan sesama perempuan ni memang biasa sebab kita ni mudah terasa. It's just that sometimes you just have to learn when to shut your mouth. Ada sesetengah orang tak tahu bila masanya untuk shut their mouth itu. Itu yang membawa kepada permasalahan utama yang membawa kepada jeritan dan tangisan.

Saya tak kata saya seorang yang cool dan composed sebab adakalanya saya juga tidak tahu bila masa nak shut my mouth (biasanya ia berlaku apabila saya memang saja nak cari gaduh). Tapi saya pandai satu perkara. It has two words and starts with M and ends with F.

Ya, MINTA MAAF.

Sebenarnya kalau kita semua rajin meminta maaf (dan ikhlas melakukannya, bukan semata-mata saying sorry because the argument bores you), kita tak perlu bertekak dengan lebih panjang sementara orang lelaki menonton dengan penuh asyik. Tapi masalah kita ialah kita tidak suka meminta maaf. Adakalanya kita buat pelbagai perkara untuk memastikan orang itu tidak membenci kita, tetapi tidak sekali pun kita menyebut perkataan maaf.

Susah sangatkah meminta maaf? Kalau kita membiasakan diri meminta maaf, mungkin orang tidak akan rasa terlalu jengkel dengan kita. Kalau lelaki itu meminta maaf atas kesalahannya dan tidak cuba melakukan pelbagai perkara lain untuk menebusnya semata-mata dia tidak mahu menyebut perkataan itu, mungkin saya dah lama lupakan apa saja yang telah berlaku dan kita tak perlu merasa kecil hati. Kalau syarikat itu mengatakan maaf, mungkin kami tidak akan cuba menyamannya. Kalau perempuan itu mengatakan maaf kerana telah buat saya sakit hati, mungkin saya tidak akan simpan dalam hati saya.

Tapi keegoan kita sentiasa membuatkan kita tidak mahu menyebutnya. Kita mencuba pelbagai perkara untuk menyedapkan hati kita, atau adakalanya menyerang orang yang kita sakiti daripada menyebut maaf itu sendiri.
Sebenarnya, kalau kita semua pandai meminta maaf, banyak dendam boleh ditinggalkan, banyak luka yang boleh diubati, banyak kesedihan yang boleh dilupakan.

Kata Elton John, "Sorry seems to be the hardest words". Kerana maaf itu tanda seseorang itu melepaskan keegoan. Ia tanda seseorang itu mampu meletakkan orang lain di atas dan merendahkan dirinya.

Alangkah indahnya dunia kalau kita sering bermaafan dan tidak hanya menantikan Hari Raya untuk melakukannya?

Jadi, just say you're sorry. And mean it. We're bound to repeat it because we're only human but at least in that person's memory, you did put your ego down once. And that's all there is to it.

No comments: