Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, March 16, 2011

Tag it and Bag it

Jis tags!

Soalan : Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Membebel di depan laptop tentang Nia Ramadhani yang tak berhenti bercakap sampai penat tangan aku nak menaip. I hate talkies. Aku perlukan spa tangan. Aran suruh masukkan je dalam mesin tebu. Demit. Tapi bunyiknya macam best pun ada jugak.

Soalan : 2 jam yang lalu?
Lihat jawapan di atas dan sedarlah bahawasanya Nia Ramadhani memang bercakap banyak.

Soalan : Minggu lepas?
1. Menyiapkan translations for SME Corp. Ya, jawapan aku semuanya work-related.
2. Pergi seminar Dr Azizan. Dia memang genius marketing lah. Bayangkan macam mana hebatnya seorang manusia tu kalau dia boleh buat anda berlari2 pergi ambil borang untuk sign up program dia yang berharga RM399 hanya kerana dia kata it's a slashed price. Aku tak berlari mahupun ambil borang tu. Aku tak ada duit dan masalah utama aku bukan kewangan. Masalah utama aku ialah aku tak ada life.

Soalan : 3 lagu yang anda boleh dengar berulang-ulang kali?
i. Rachael Yamagata "I Wish You Love" (sebenarnya lagu ni lagu lama yang antara penyanyinya juga adalah Frank Sinatra)
ii. Muse "Unintended"
iii. Kinna Granis version of Bruno Mar's "The Way You Are"

aku selalu dengar lagu sama berulang kali sebab aku tak suka lagu2 zaman sekarang, so I like being stuck in one era of a song. I am a 1940s child stuck in  body of a 28 year old.

Soalan : 3 binatang yang anda tidak suka?
The three things on the poster kesihatan di sekolah-sekolah : LILATI -
LIpas : Si celaka yang tidak musnah dengan nuklear
LAlat : Si celaka yang suka bertelur dalam makanan
TIkus : Si celaka yang buat lubang dalam bahtera Nabi Nuh

Soalan : 5 fakta tentang diri anda
i. Masa tsunami news first keluar kat TV, my first thought was "Takeshi Sorimachi okay tak???"
ii. Thinks that all men are pointless unless they are Muslim, single, have a job and are not victims of credit cards.
iii. I do not like people masuk campur in my relationship with the world and stuff related to that. I am not gossipy like that.
iv. A 1940s child stuck in a 28 year old body. That explains the obsession with anything Clark Gable.
v. A Muslim first, Kamarudin daughter second, and Melayu Minang third. And that sums up my point of view about the world.

Soalan : Tahun depan mungkin anda..
sudah berkahwin............................ hahahahahahahahaha, omigod, even saying it sounds funny. Nah, I may have another novel and a more stable account.

Soalan : Saya tak reti sangat berkata..
apa yang saya maksudkan kepada orang yang saya suka. Sebab tu saya tak pernah berbual mesra dengan orang yang saya admire, tak akan pergi jumpa artis yang saya minat atau pun interview Nik Aziz. I am shy with people I like. Saya lebih suka tunduk dan cari jalan untuk blah awal. Sungguh Isabella Swan perangai itu kan? Tapi belum pernah bercinta dengan vampire lagi. Thank God. Oh, maaf kerana guna reference TWILIGHT. I don't even like the movie or even the book.

Soalan : Saya pandai..
full stop. Saya tak bodoh. Itu maksud saya.

Soalan : Kawan saya..
kebanyakannya berfikiran, bercakap dan loyar buruk seperti saya dan boleh menghabiskan ayat saya. Mungkin sebab Tim, Mun dan Nad sudah menjadi kawan baik saya sejak zaman tak ada boobs sampai sekarang. Hahaha.

Soalan : Saya ada..
the knack to just diam tiba-tiba, a la Miss Beans dalam RANGO dan suka cakap tak habis. Itu diwarisi dari ayah saya. Bila ayat saya tak habis, jangan menyampuk, sebab it's just me thinking the perfect words to say. Bila orang menyampuk, saya withdrawn.

Soalan : Saya seorang..
yang sudah biasa mendapatkan sesuatu dengan susah payah jadi saya tak suka lihat orang yang manja atau sentiasa perlukan bantuan orang. 

Soalan : Adik saya..
adalah dua manusia lelaki yang menjadi kawan bila saya nak bercakap tentang artsy fartsy movies, tapi menjadi lawan bila mereka hancurkan laptop saya.

Soalan : Saya tak pernah bosan dengan..
ikan keli goreng, tempoyak daun ubi kayu dan daun selum. Kalau bagi nasi dengan tiga benda ni dah cukup. Even nasi kosong, daun selum dan sambal belacan pun dah cukup. Saya memang diciptakan Tuhan untuk go auto-pilot kalau tiba-tiba hidup susah. Hahaha.

Soalan : Bilakah kali pertama bercinta..
Saya tak pernah bercinta. As hard as it is to believe, for me, every relationship is crap until the day I get married. In conclusion, saya anggap percintaan yang berakhir dengan perkahwinan sahaja yang betul dan dikira sebagai percintaan, yang lain semuanya error. 

Soalan : Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang saya ialah..
saya bukan dari Pulau Pinang ataupun berketurunan anak mami. Hikayat keluarga saya datang bersama dengan Raja Melewar ke Tanah Melayu dan melalui proses MERANTAU (ye, sila buat lawak Merantau Warrior sekarang). Tiada seorang pun dari mereka terdampar di Pulau Pinang dengan cara apa sekalipun.

Soalan : Saya rindu..
Loloq. Sejak dia pergi, saya tak jumpa lagi lirik lagu yang saya suka. Mungkin masih ada Vincent Fang, tapi dia menulis dalam bahasa mandarin dan saya tidak lagi mendengar lagu Jay Chou.

Soalan : Saya tak sabar..
menunggu royalty buku saya masuk. Saya dengar Alaf writers semua dah dapat payment. Berasap menunggu ni.

Soalan : 5 laman yang selalu saya layari..
Extreme Tracker - making sure I have cleanse my blog against stalkers
Facebook - tempat saya untuk rasa lebih normal bila bekerja sendiri
Blog sendiri - tempat saya meluahkan perasaan
Twitter - tempat saya meluahkan perasaan bila FB dipenuhi orang yang tak faham apa yang saya maksudkan
Flixter - 600 movies reviewed and going. Tidak mencuba menjadi Super Reviewer, tapi sejak saya tidak lagi ada hobi mengumpul barang, saya mahu mengumpul review. (sebenarnya, kalau saya review every single chinese and Hindi movies I watched throughout the years, dah lama saya jadi Super Reviewer) 

Soalan : Anda mahu tag..
tiada sesiapa. 

2 comments: