1. kalau orang jahat dan orang baik mencari orang yang hilang
orang jahat boleh nampak org yg hilang tu sejauh2 alam. tapi kalau orang baik yang mencari, kat depan mata pun tak nampak.
contoh: KEJORA & BINTANG - Janet dah tiga empat kali jumpa Bintang dan tiga empat kali tangkap Bintang. Kejora tak jumpa2 walaupon dah berkali2 ada babak dia hampir berjumpa. Mana taknya, asik menangis dua puluh empat jam. Mana nak jumpa.
2. Kalau orang jahat nak eavesdropping, dia boleh mendengar perbualan org walaupon di belakang tingkap yang tertutup. Tapi kalau orang baik, org tu belakang dinding pon dia tak dgr apa2.
contoh: SAFA DAN MARWAH - Si Atikah kalau nak menghendap, dia boleh duduk kat kantin dan dengar Safa bagitau rahsia dia pada Marwah padahal orang tu duduk depan kelas. Tapi kalau Atikah tengah buat rancangan jahat, si Safa yang tengah berjalan belakang dia boleh tak dengar apa-apa. Orang baik memang pekak eh?
3. Orang jahat boleh bagi alasan sebodoh alam dan org lain percaya. Tapi bila orang baik kena fitnah, walhal punyela baik sepanjang jalan citer, org lain terus tak percaya pada dia.
Contoh: KEJORA & BINTANG - Si Janet punya alasan bila dia tertangkap punyala mengarut, aku rasa macam pompuan ni mesti bengap gila zaman sekolah dulu. Tapi senang je semua orang maafkan. Kejora kena fitnah sekali je walhal selama ni punyela dia trusted, terus nenek Erlangga tak percayakan dia sampai sakit jantung. Amende jelah.
4. Hal ke-3 itu mungkin disebabkan orang jahat ada banyak alasan (tak kisahlah bangang camana pun) sedangkan watak baik cuma pandai cakap "dengar penjelasan aku." tapi watak hero for sure taknak dengar punyelah.
Contoh: SAFA DAN MARWAH - Alasan Atikah sampai sekarang termasuk:
i. Aku yang temui duit itu, Ham. Aku mahu beritahu sama kamu (bila tertangkap bawak duit curi masuk salon)
ii. Aku cuma mahu berbaik dengan Safa tapi dia yang salah faham. (bila tertangkap memburukkan Safa)
iii. Aku lalu di situ sebab rumah aku ada di situ. (bila orang jumpa ID card dia kat tempat Safa jatuh)
Alasan Safa bila buat salah:
i. Tolong..... tolong dengarin aku, kak....
ii. Kak, bukan itu kak. Dengarin aku dong....
iii. Ibu, bukan itu maksud Safa, bu. Dengarin Safa, bu...
Memang sampai bila2 pun tak ada sapa pedulik, lambat sgt nak explain.
5. watak jahat mesti mekap lebih tebal dari orang baik, sebab dia banyak duit. watak baik biasanya tak secantik watak jahat dan disukai sbb dia sopan santun dan tabah hati. Aku tatau part mana yang dia tabah hati tu sebab kalau ikutkan dari mula sampai abis aku asik tengok watak baik menangis je macam celaka. Pergi selesaikan masalah la, menangis buat apa! Asikla tunggu Baim Wong/Dude Harlino/Rionaldho Stockhorst nak selamatkan.
6. Watak jahat mesti jegilkan mata tanpa sebab sementara watak baik mesti nak menangis setiap lima minit tanpa sebab sambil mengucapkan, "Tuhaaaan, aku harus gimanaaaaa???".
Contoh: INTAN - Setiap episod mesti ada babak Intan menangis sambil kata "Tuhaaaan, aku harus ggimanaaaaaa..." begitu juga dengan CAHAYA, SEKAR, LIONTIN........ senang kata semua cerita yang heroin dia Naysilla Mirdad lah.
7. Watak jahat tak pernah ada penyakit berbahaya tapi watak baik mesti masuk hospital paling kurang sekali. Mungkin watak jahat ni kesihatan dia stabil sebab dia sentiasa ketawa tanpa sebab. Ketawa tu kan ubat.
Contoh: SAFA DAN MARWAH - Safa dah pernah masuk hospital sebab patah tangan, pitam, pengsan, kena langgar kereta, melawat orang2 baik lain yang sakit sementara Atikah tak pernah masuk hospital walaupun sekali. Selama2 dia jadi orang jahat, tak ada sesiapa pernah rompak dia pun.
8. Watak jahat mesti pakai lipstik merah menyala dan watak baik pakai lipgloss warna neutral. konon natural beauty la.
Contoh: SEJUTA CINTA MARSHANDA - Mak Delvin versus Mak (sedara) Chacha. I rest my case. That woman looks so much like Yzma from "The Emperor's New Groove", I nearly choke from drinking at looking at her face.
9. Watak jahat suka cakap sendirian sambil posing dan squinting ala Clint Eastwood, manakala watak baik biasanya bercakap seorang diri dengan tersenyum macam angel.
Contoh: BUKAN DIRIKU - Tak kirelah hensem macam mana pun Bertram Antolin, dia asik squint macam orang sakit mata manakala Baim Wong menggunakan suaranya yang Saif Ali Khan-ish untuk bercakap dengan nada lembut sampai hampir 60% kawan2 aku semuanya dah gila dengan Loki.
Drama melayu dan Filipina toksah gelak2 ingat diorang terlepas. Korang pun sama je klise. Selagi ade la cerita dongeng atau kisah nabi yang boleh korang kerjakan, habis korang jadikan drama. Drama Korea pon sama. Tak habis2 watak "gadis comel kuat makan berjiwa tabah yang berjumpa hero tampan yang sombong dan kaya bagai nak rak". Aku dah naik muak tekak.
rajin gila aku habiskan masa buat benda bodoh ni walhal aku banyak kerja eh?
6 comments:
kak..bukan nak mengampu..I totally agree with you..p mampos sume sinetron tapi baim wong memang ganteng
shai..
aku suka baca!
walaupon ko rasa mcm keje bodoh, tapi sekurang2nya ada info!
especially pd makhluk mcm aku yg mmg TAKKAN dan TAK PERNAH pon nak tgk citer2 sinetron indon ke,pilipina ke,korea ke,jepun ke,cina ke,ape2 la.. (weihh..abis tu aku tgk citer ape?) hahahaha...
ntah, boleh kira baper kali je aku tgk tiwi kat rmh dlm sehari dan kdg2 tak tgk langsung!huhuhuuhu..
baik tido or ngadap novel dr ngadap tiwi yg kdg2 aku pon tatau ape yg cuba disampaikan oleh tuan2 direktor tu! ;p
huuuu.. baim wong tu pon aku tak kenal makhluk ape! huhuhu..keji tak???
ko ada obsession dgn baik wong ke? cuba explain pls.
die cam kene brainwash. ko bayangkan kalau dalam setahun ada lima buah sinetron yang pelakon utamanya Baim Wong dan lima2 sekali aku yang translate. Berapa banyak kali aku tengok muka Baim Wong? Analisis mengatakan aku lebih banyak tengok muka Baim Wong dari muka kawan baik aku sendiri.
Lagipun Baim Wong lahir tarikh yang sama dengan aku. Chemistry kitorang kuat. Hahahahahahahahahahaha.
Omg!! Dia taurus jugak? Pengsan!
yebebeh. hahahahaha
Post a Comment