...begitu jugalah perasaan aku menunggu novel terbaru aku yang akan keluar April ini. Tapi masalahnya dengan pungguk (atau dalam englishnya ialah OWL - no, bukan series of examination seperti yang diambil oleh Harry Potter, harap maklum), ia tidak pernah dapat maklum balas dari bulan - mungkin kerana ia tidak diciptakan Tuhan dengan akal untuk menyedari bahawa bulan itu satu entiti yang berbeza dan sekiranya bulan menjawab panggilannya, maka akan ada lubang yang amat besar di atas bumi berbentuk separa bulatan.........
................oooookay, maafkan pencarutan yang berlaku di atas.
Dan dengan demikian aku menunggu saatnya novel aku dikeluarkan, kerana seorang novelis seperti aku yang bekerja di rumah dan mempunyai rangkaian sosial yang banyak sedikit dari ulat dalam batu hanya mempunyai tiga jenis keterujaan dalam hidupnya dalam setahun, yakni:
i. Novel terbaru keluar
ii. Royalti yang banyak
iii. Ulasan yang baik
Maaf, jika anda tidak nampak perkataan 'sesi bertemu peminat' di dalam senarai ini. Bukan saya tidak suka bertemu peminat, masalahnya perkataan peminat itu adalah terlalu besar untuk seorang penulis. Bagi aku, aku hanya mempunyai pembaca. Kalau aku mula menggunakan perkataan peminat, haruslah anda menggelengkan kepala dan mengatakan, "Shit, Shai is starting to become pompous and insufferable."
i. Novel terbaru keluar
Perasaan mengambil novel terbaru anda di pejabat penerbitan adalah bersamaan dengan perasaan anda apabila buku Stephen King (atau siapa saja penulis kegemaran anda, sila isi tempat tidak kosong dengan jawapan yang sesuai) yang terbaru keluar. Bezanya, anda tidak minta diri sendiri tapi nama anda tertulis di atas buku tersebut, lengkap dengan cerita yang anda reka dan tiada siapa di dunia boleh mempertikaikannya kerana suka hati akulah nak tulis apa. Kalau aku nak bunuh hero ke, nak cacatkan heroin ke, aku ada hak.
ii. Royalti yang banyak
Baiklah, mungkin itu satu exaggeration. Tapi alhamdulillah sepanjang keterlibatan..... heh? PENGLIBATAN aku dalam bidang ni, tak pernah lagilah aku makan pasir. Walaupun aku tak sehebat sesetengah novelis yang boleh goyang kaki dan beli banglo hasil penjualan novel (jangan tanya aku siapa, aku main teka je, hahaha), tapi sekurang-kurangnya aku tidak kelihatan seperti watak dalam Penarek Becha.
iii. Ulasan yang baik
Alhamdulillah, sepanjang aku menulis belum pernah lagi karya aku dikira mengarut atau tidak logik oleh pengulas. Susah nak difahami, mungkin, sebab aku menggunakan analogi pop-culture yang kadang-kadang bukan sesuatu yang random di Malaysia, tapi mengarut? Belum pernah lagi. Membaca ulasan pembaca menjadi hobi aku di waktu lapang. Ya, aku antara manusia yang banyak Google nama sendiri.
Kalau nak dirumuskan novel aku yang seterusnya tentang apa, ia adalah tentang the abnormalities of a normal life. Kalau anda rasa macam tak berapa faham apa maksud aku, memang itu yang cuba aku capai. Hahahaha. Ia bukan tentang pengalaman aku secara total, tapi point of view aku tentang pengalaman putus cinta, putus cinta lagi, dan tidak pasti kalau putus cinta lagi. Wahahahaha.
Cukuplah aku membebel hari ni. Nanti bila cover design novel dah keluar, aku publish ye?
7 comments:
waaa....akhirnya saye jumpe jgk....
saye suke n minat giler dgn novel awk
good job n keep it up,k !
BTW, are u a translator cos i also doing translation now.
Suke dapat jumpe blog awk..xtau nk express cmne....hihi
can't wait for the novel. ^_^
go kak..bende pertama yg sye nak ialah..kedai2 buku di Malaysia ni ade jual novel bru tu sbb kalau tak,,sye bakar je kedai buku tuh..cept2 publish the cover....hoben daro hoben!
Yana - translator jugak? weeeee! thanks for liking my book! ^^
Anisz - bulan depan! bulan depan! :D
Sheeda - oh, akak daridulu teringin nak bakar kedai buku! Nanti kita buat angry mob sesama dan pegi bakar ye? ^^
beb!
aku akan pastikan kali ni aku gi rmh ko kat jln gobek tu pas aku men badminton kat dewan jenjarum sek 11 tu, utk suh ko sign aka tenyeh novel baru ko tu (yg bakal kuar dan bakal aku beli!) huhuhu...
aku akan pastikan jugak aku bwk Aku Kan Novelis! itu ye! huahuahua...
tetapi, sila bgtau aku sekiranya aku masih boleh dapatkan plain jane ngn soalnya hati itu di mana2 ye! (apa kate ko print khas utk aku???) hahahahhaha...
sila lempang aku berkali2... ;p
tak sabo aku nak tggu novel ko kuar agar aku dpt terkekek2 spt org gila di dlm bas!huhuhuhu...
sila bgtau segera bila ia akan muncul!
** tajuknya apo wahai cik shai??
cant wait to buy ur book. Act im doing degree in translation, x abes pun lgik...hikhik...
Angah, aku sendiri pon tak pernah main badminton kat dewan jejarum tu. banyak sgt jejaka bertandang di situ, sebagai seorg wanita suchi saya malu. hahahaha (aku tipu).
Tajuk die aku blom confirm btol2 dgn publisher, nanti dah kuar aku publish sini eh.
Yana- ooo goodla for u. i was a polsc student dulu, so i start from below in trans
Post a Comment