Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, March 28, 2011

Walk the Walk and Talk the Talk

To say I had a great time at SMK Convent Klang for their Karnival Bahasa would not be true. I had a wonderful time.

Aku dan Shikin (a.k.a. Zara Amani) terlebih awal sampai ke sekolah tu. Kitorang takut sesat so keluar la pukul 8.30 pagi. Sampai 8.45 pagi dan bila call Nine, rupanya dia belum bertolak pun. Hampeh. Haha. So kitorang pergilah makan dulu.

Sekolah Convent Klang adalah one of those schools yang mana sekolah rendah dan menengahnya bersambung. Jadi kitorang pun pergilah makan nasi lemak kat kantin sekolah rendah tu ditemani hiruk pikuk suara kanak-kanak yang tengah tunggu cikgu panggil untuk kokurikulum. Nasi lemak penyek sekolah rendah, dihidang dengan pinggan plastik kaler merah membuatkan aku nostalgic seketika teringatkan sekolah aku dulu. Masa tu sepinggan nasi lemak baru 30sen (Shikin kata era die dah start nasi lemak 50sen).

Seriously?

Free food! Why didn't we think of that eyh?
Tak lama lepas tu kitorang diperkenalkan dengan Cikgu Sholeha yang menguruskan bengkel tu (she is really really nice). Oh rupanya bengkel penulisan kreatif. Hahahaha (ye, kitorang memang tak tahu kitorang dijemput untuk apa). So untuk kali pertamanya dalam hidup aku, aku memberi nasihat kepada budak2 sekolah menengah macam mana nak menulis dengan kreatif. Sebelum tu si Shikin yang start dulu. Memula nervous kemain, lepas tu bila dah cakap tak reti nak berhenti. Budak ini memang macam ni. Hahahahaha. Tapi kebanyakan soalan ditanya masa Shikin punya slot so it was easier for me. In the end aku kept referring to her sebab it's pointless to say the same thing anyway.

Alhamdulillah, ramai jugak bebudak yang interested in writing dan banyak tanya soalan. If this was 11 years ago (OMG, is that how long I have left school?), mungkin budak2 tak banyak tanya soalan. Most of them tanya macam mana nak buat buku kita tak membosankan (Shai jawab: "Akak pun tak pernah tahu buku akak membosankan atau tak.") dan pernah tak bosan menulis (Shai jawab: "Sebab tulah ada 5 manuskrip terbengkalai dalam laptop akak."................................ aku ni memang tak boleh dijadikan contoh yang baik).


"Yeah, and I told them, go eff off, you mother-effers..."

Kalau dah namanya writer apa lagi yg kitorang akan buat kan?

The mic was blastering all over the hall so I didn't really hear myself talk. I don't even understand what I was blabbering most of the time. I think I just taught them how to lie or something like that.  

Then we had majlis penyampaian hadiah and then pergi ke Pusat Sumber sekolah (wahhh lama gila tak guna perkataan tu) dan tengok rupa library sekolah. They got a lot of books really. Aku ingatkan kitorang akan finish pukul 1, but instead pukul 12 dah selesai. Disebabkan aku janji dengan Ann nak keluar pukul 1, menunggula aku dan Shikin kat kantin sekolah rendah. Datang these few primary school kids yg main dengan anak kucing ni tiba2 ajak kitorg join diorang. One of the kitten tetibe masuk beg aku dan resides there dengan bahagianya while the kids kinda ooh-ed and aah-ed at it. Cute as it was, aku jadi cam confuse seketika dengan suara hiruk pikuk bebudak ni. 


Teringat zaman jadi librarian sekolah...

Antara yang terlibat
Ann came near to one, but we had to wait for Sha (ratu segala kelewatan). Then hantar Shikin to komuter cuz she's going to Singapore dan kitorang terus pi AEON Bukit Tinggi. Mula2 nak pi tengok wayang tapi disebabkan sepanjang bulan lepas aku banyak press preview dan dah tengok hampir all the big movies sementara Sha punye pilihan adalah Merong Mahawangsa dan Rango (aku dah tgk Rango dan aku tak minat nak tengok Merong) and Ann pula dah lama tak pedulik dengan wayang, kitorang pon tak jadi tengok filem. 

Then Sha suggest gi Redbox sementara tunggu Dinie datang. But then Dinie tak jadi datang dan Sha pun lupe bawak kad Redbox die, so scrap that one out too. Akhirnya kitorang just melepak2 borak je, which I think is better. Which reminds me of an advise I used to give to friends:

"If you are out on a blind date and you think it starts to bore you, watch a movie with the guy. Choose the longest duration so you will not come out from the hall too early that you will have a lot of time."


Kenirojesing!

Just like any other female, we went to.... err.... petshop?

Kitorang akhirnya pergi arcade dan main game kat situ. I taught them how to play the drum game and then Sha habiskan masa ketuk beaver. Hahahaha. Balik tu I dead oredi meh....

Friday, March 25, 2011

Update, up to date, up a date, up on a date

I am getting ready for the talk at Sekolah Convent Klang tomorrow............................................................................... okay, I'm just kidding. I think I'm just gonna throw bullets everywhere, as long as I remember not to say SHIT, or more 18SX cusses around. Then gonna have a date with my fellow single friends cawangan Klang. Hahaha.

Finishing up on english subtitles for BUKAN MALIN KUNDANG, that will be shown on ASTRO Citra I don't know when. MALING KUTANG on the other hand will be shown on 31st March. Yes, Maling Kutang, Malin Kundang, seems like I have a theme, eyh?

I'll update you guys about the talk and will tell you guys if there's any news on my new novel.

Monday, March 21, 2011

Adakah anda cukup INSANE IN THE MEMBRANE...

...to become a writer?

1. Pernahkah anda lakukan sesuatu berulang kali atas alasan yang tak berapa normal?
Saya menonton BODY OF LIES berkali-kali sebab Leonardo DiCaprio berjanggut dan memberi salam dan bukan kerana persoalannya tentang apa yang betul dan salah dalam sesebuah covet operation. Saya rasa itu sahajalah waktunya saya akan mendengar Leonardo memberi salam dan kelihatan seperti seorang Islam. What? A girl can dream, can't I?

2. Pernahkah anda bercakap sesuatu kemudian mengubah topik dengan begitu pantas, peluru juga tidak sepantas itu?
Ya. Tapi saya juga boleh terus diam dan tidak mengubah sebarang topik sehingga keadaan menjadi sangat awkward. Malah adakalanya saya bercakap sesuatu, terdiam dan kemudian mengeluarkan telefon bimbit. Adakalanya itu bukan bermakna saya sedang bercakap dengan orang. Adakalanya itu hanyalah saya bercakap sendiri dengan menggunakan application recording untuk menulis novel. I think most of the medias press previews have seen me talking on the phone every morning while waiting for the movie to start. Yes, sometimes I was talking to people, but kekadang that's just me recording storyline.

3. Pernahkah anda terfikir bahawa mungkin anda sebenarnya gila dan semua yang berlaku dalam hidup anda ini hanyalah a figment of your imagination?
Selalu. Saya selalu terfikir mungkin dunia yang saya sedang jalani ini adalah satu delusi dan saya sebenarnya sedang berada di wad gila melakonkan semuanya. Or di rumah nenek saya, di dalam kandang sementara orang kampung baling batu ke arah saya. Who knows?

4. Anda rasa Lewis Carroll adalah raja segala kegilaan?
He's a fucking genius, excuse my French. Carroll genius dalam erti kata banyak perkara - kegilaannya, penciptaan bahasa malah keupayaannya menjual karya seperti Alice in Wonderland yang sebenarnya hanyalah sebuah jurnal mimpi. If you can sell crap to people and make them analyse your crap, you sir, are a fucking genius. Again, excuse my French.

5. Anda pernah mempercayai sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan rupa-rupanya perkara itu tidak pernah wujud?
Saya percaya ada sebuah kereta keluaran Mitsubishi terbaru that is soooooo me, and soooo perfect for my character that I want to buy it by hook or by crook. But yesterday as my mum was talking about cars I realised that kereta Mitsubishi impian saya itu tak pernah wujud, dan ia hanyalah sebahagian daripada scene dalam mimpi saya malam sebelum itu. Bugger.

6. Adakah anda berikan nama kepada semua benda?
Saya rasa semua orang memberikan nama kepada sesuatu yang menjadi milik mereka. Laptop pertama saya bergelar Encik Acer (okay, that wasn't so creative. I just put an Encik in front of its brand). Laptop kedua saya bernama Mr. Vie (hey, penjual tu kata Sony VAIO adalah lebih famous dengan international buyers rather than Malaysian). Gitar saya bernama Glenn (Hansard, bukan Fredly). Dan saya menggelar telefon bimbit saya Two-Face (you should see how terrible it looks. I used to call it The Joker before I replace the name to Two-Face because that suits its ugliness even better)

7. Adakah anda mempunyai imaginary friend?
Nope. I don't go that far, although saya mempunyai satu istilah apabila saya tak ada idea untuk menulis. I call it "Encik Magi Pergi Bercuti di Bali."

8. Adakah anda suka mengumpul?
Banyak. Saya mengumpul buku. Saya mengumpul DVD. Saya mempunyai obsession to update my Flixter with movie reviews dan Facebook with crazy ideas (that is how people have two accounts). Saya obsessed dengan maxi (sebab saya tak suka pakai jeans. To tell you the truth, I don't even like clothes. I must have been a nudist in my past life. Hahahahahaha <- mempercayai reincarnation bukan sesuatu yang patut dilakukan oleh seorang Islam. Amaran).

9. Adakah anda rasa anda patut jadi orang lain?
Tidak. With all my misery and my tortured soul, I love being me. I can't be someone else.

10. Anda rasa...
Sigmund Freud is bull. All his theories are bull. Bull bull bull. Come to think of it, Nietzche juga bull, although I agree with his saying that to live is to suffer but to survive is to find some meaning in the suffering. It's a bit classic realism with a tinge of counter negativity but hey...

*** I have been busy translating dongeng Indonesia for the TV for the past two weeks and I think some of the scripts are seriously inappropriate. For example;
1. When the good witch was turned into a snake, she asked the boy:
"Temukan saya dengan tongkat sakti saya agar saya boleh kembali menjadi manusia."
and when he found it she says:
"Arahkan tongkat itu ke arah saya."

2. The boy starts his adventure with an old man who wants to join him. Upon being told that the White Giant that can help them is cursed to live inside a rock and the only way for them to break the spell is to pee on the rock, they go in search of the rock. Then they saw this one huge rock and the old man said.
"Lekas tanggalkan celanamu!"
What the?

.............................................Am I corrupted in some way?

Saturday, March 19, 2011

Clint Eastwood, Johnny Depp and the Happy 100

HAPPY 100th POST!

Aku telah lama berkecimpung dalam bidang blogging ini.
Aku mula blogging sebelum aku bergelar novelis, walaupun sebenarnya aku telah menulis novel lebih lama dari itu. Blog pertama aku adalah di muzi.net. Aku tak ingat apa alamat blog tu tapi masa tu aku rasa tahun 2001 atau 2002, dan zaman tu semuanya masih hodoh lagi. Aku ada post beberapa sajak dan lepas tu entah apa jadi pun kat blog tu aku dah tak ingat.

Lepas tu aku ada blogdrive. Itu awal tahun 2004. Kat situlah aku jumpa geng blogger aku Masni dan Jis. Lepas tu Masni create bibliophilism untuk buat ulasan buku. Aku dan Jis joined tapi benda tu tak tahan lama sangat. Aku create pulak nurulsyahida di blogdrive untuk memulakan e-novel aku sendiri tapi lepas tu aku malas (haha, best tak alasan aku?).

Then atas ajakan member2 aku yang kata "Blogdrive dah nak mati, baik ko pindah blogspot." aku pun ikut dan mulakan shailaden.blogspot.com. Pada awalnya aku private-kan blog tu atas tujuan mengutuk manusia. Aku tak boleh buat kat blog asal aku sebab semua orang baca. Huahuahua. Tapi lepas tu aku sedar aku tak akan jadi manusia dengan private blog, sebab aku suka menulis dan aku suka bagi orang baca. Kalau aku nak private-kan tulisan aku, baik aku tulis diary ye tak?

Then lama aku tinggalkan blogging sebab aku mengalami sindrom masalah peribadi dan kerjaya yang sangat kronik. Bila AKN keluar, aku buat keputusan untuk renew shailaden, dan dengan itu aku tukar namanya, aku revamp layout-nya dan aku buang semua entry lama dan aku jadikan ia blog rasmi aku sebagai seorang writer. Thus nurulsyahida-thewriter.blogspot.com was born.

So sebenarnya, ini bukanlah entry aku yang ke-100. Ini entry aku yang keseratus sebagai seorang novelis. In reality, aku dah menulis lebih 3000 entry blog dari tahun 2002 sampai sekarang, tak termasuk entry yang aku delete sebab aku rasa kurang appropriate dan juga yang aku delete sebab menyakitkan hati sendiri. Hahahaha.

Aku suka menulis blog. Even pada zaman orang suka lagi tulis note di Facebook, aku still menulis blog. Aku tak suka meluahkan perasaan secara verbal sebab aku tahu kalau aku luahkan, sakit dia stinging. Jadi supaya aku tak merasa bersalah sebab sakitkan hati orang dan agar orang boleh terselamat dari kata-kata aku (paling minimum ayat kuasam aku pernah cakap pada seorang kawan ialah "Aku harap kau mati jelah dari kau cakap kosong ni" dengan penuh serius dan sampai sekarang aku rasa menyesal, so lebih baik aku jangan bercakap).

Oh, malam tadi aku mimpi aku bersekolah di sebuah sekolah yang gila. Siapa yang tak jawab soalan dengan betul mesti dihukum dengan tembak diri sendiri dengan menghalakan pistol ke arah dagu. Aku takut gila nak masuk kelas add math (ya, dalam mimpi tu, itu yang aku fikir). Lepas tu Clint Eastwood (era mude-mudi) datang sebagai seorang cikgu baru yang nak menyelamatkan keadaan, siap dengan topi koboi dia. Tiba-tiba masa seorang kawan kelas aku bunuh diri sebab dia salah jawab (walhal dia paling pandai kat kelas) dan sampai turn aku untuk tembak diri sendiri, tiba-tiba Cikgu Clint Eastwood tu masuk dan bertukar menjadi Johnny Depp (dgn gaya dalam SECRET WINDOW) dan kata "Ini hukuman yang tidak betul!" (ya, Johnny Depp cakap BM).

Lepas tu aku terjaga.

You think having a dream where two of your favourite actors are in it would be a sweet one, don't you? Nope, it was a nightmare.

Yepp yepp, aku mimpi Clint versi ini....
...dan Johnny Depp versi ini, but with black hair.

My heas is not in a safe place, eyh?

Wednesday, March 16, 2011

Tag it and Bag it

Jis tags!

Soalan : Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Membebel di depan laptop tentang Nia Ramadhani yang tak berhenti bercakap sampai penat tangan aku nak menaip. I hate talkies. Aku perlukan spa tangan. Aran suruh masukkan je dalam mesin tebu. Demit. Tapi bunyiknya macam best pun ada jugak.

Soalan : 2 jam yang lalu?
Lihat jawapan di atas dan sedarlah bahawasanya Nia Ramadhani memang bercakap banyak.

Soalan : Minggu lepas?
1. Menyiapkan translations for SME Corp. Ya, jawapan aku semuanya work-related.
2. Pergi seminar Dr Azizan. Dia memang genius marketing lah. Bayangkan macam mana hebatnya seorang manusia tu kalau dia boleh buat anda berlari2 pergi ambil borang untuk sign up program dia yang berharga RM399 hanya kerana dia kata it's a slashed price. Aku tak berlari mahupun ambil borang tu. Aku tak ada duit dan masalah utama aku bukan kewangan. Masalah utama aku ialah aku tak ada life.

Soalan : 3 lagu yang anda boleh dengar berulang-ulang kali?
i. Rachael Yamagata "I Wish You Love" (sebenarnya lagu ni lagu lama yang antara penyanyinya juga adalah Frank Sinatra)
ii. Muse "Unintended"
iii. Kinna Granis version of Bruno Mar's "The Way You Are"

aku selalu dengar lagu sama berulang kali sebab aku tak suka lagu2 zaman sekarang, so I like being stuck in one era of a song. I am a 1940s child stuck in  body of a 28 year old.

Soalan : 3 binatang yang anda tidak suka?
The three things on the poster kesihatan di sekolah-sekolah : LILATI -
LIpas : Si celaka yang tidak musnah dengan nuklear
LAlat : Si celaka yang suka bertelur dalam makanan
TIkus : Si celaka yang buat lubang dalam bahtera Nabi Nuh

Soalan : 5 fakta tentang diri anda
i. Masa tsunami news first keluar kat TV, my first thought was "Takeshi Sorimachi okay tak???"
ii. Thinks that all men are pointless unless they are Muslim, single, have a job and are not victims of credit cards.
iii. I do not like people masuk campur in my relationship with the world and stuff related to that. I am not gossipy like that.
iv. A 1940s child stuck in a 28 year old body. That explains the obsession with anything Clark Gable.
v. A Muslim first, Kamarudin daughter second, and Melayu Minang third. And that sums up my point of view about the world.

Soalan : Tahun depan mungkin anda..
sudah berkahwin............................ hahahahahahahahaha, omigod, even saying it sounds funny. Nah, I may have another novel and a more stable account.

Soalan : Saya tak reti sangat berkata..
apa yang saya maksudkan kepada orang yang saya suka. Sebab tu saya tak pernah berbual mesra dengan orang yang saya admire, tak akan pergi jumpa artis yang saya minat atau pun interview Nik Aziz. I am shy with people I like. Saya lebih suka tunduk dan cari jalan untuk blah awal. Sungguh Isabella Swan perangai itu kan? Tapi belum pernah bercinta dengan vampire lagi. Thank God. Oh, maaf kerana guna reference TWILIGHT. I don't even like the movie or even the book.

Soalan : Saya pandai..
full stop. Saya tak bodoh. Itu maksud saya.

Soalan : Kawan saya..
kebanyakannya berfikiran, bercakap dan loyar buruk seperti saya dan boleh menghabiskan ayat saya. Mungkin sebab Tim, Mun dan Nad sudah menjadi kawan baik saya sejak zaman tak ada boobs sampai sekarang. Hahaha.

Soalan : Saya ada..
the knack to just diam tiba-tiba, a la Miss Beans dalam RANGO dan suka cakap tak habis. Itu diwarisi dari ayah saya. Bila ayat saya tak habis, jangan menyampuk, sebab it's just me thinking the perfect words to say. Bila orang menyampuk, saya withdrawn.

Soalan : Saya seorang..
yang sudah biasa mendapatkan sesuatu dengan susah payah jadi saya tak suka lihat orang yang manja atau sentiasa perlukan bantuan orang. 

Soalan : Adik saya..
adalah dua manusia lelaki yang menjadi kawan bila saya nak bercakap tentang artsy fartsy movies, tapi menjadi lawan bila mereka hancurkan laptop saya.

Soalan : Saya tak pernah bosan dengan..
ikan keli goreng, tempoyak daun ubi kayu dan daun selum. Kalau bagi nasi dengan tiga benda ni dah cukup. Even nasi kosong, daun selum dan sambal belacan pun dah cukup. Saya memang diciptakan Tuhan untuk go auto-pilot kalau tiba-tiba hidup susah. Hahaha.

Soalan : Bilakah kali pertama bercinta..
Saya tak pernah bercinta. As hard as it is to believe, for me, every relationship is crap until the day I get married. In conclusion, saya anggap percintaan yang berakhir dengan perkahwinan sahaja yang betul dan dikira sebagai percintaan, yang lain semuanya error. 

Soalan : Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang saya ialah..
saya bukan dari Pulau Pinang ataupun berketurunan anak mami. Hikayat keluarga saya datang bersama dengan Raja Melewar ke Tanah Melayu dan melalui proses MERANTAU (ye, sila buat lawak Merantau Warrior sekarang). Tiada seorang pun dari mereka terdampar di Pulau Pinang dengan cara apa sekalipun.

Soalan : Saya rindu..
Loloq. Sejak dia pergi, saya tak jumpa lagi lirik lagu yang saya suka. Mungkin masih ada Vincent Fang, tapi dia menulis dalam bahasa mandarin dan saya tidak lagi mendengar lagu Jay Chou.

Soalan : Saya tak sabar..
menunggu royalty buku saya masuk. Saya dengar Alaf writers semua dah dapat payment. Berasap menunggu ni.

Soalan : 5 laman yang selalu saya layari..
Extreme Tracker - making sure I have cleanse my blog against stalkers
Facebook - tempat saya untuk rasa lebih normal bila bekerja sendiri
Blog sendiri - tempat saya meluahkan perasaan
Twitter - tempat saya meluahkan perasaan bila FB dipenuhi orang yang tak faham apa yang saya maksudkan
Flixter - 600 movies reviewed and going. Tidak mencuba menjadi Super Reviewer, tapi sejak saya tidak lagi ada hobi mengumpul barang, saya mahu mengumpul review. (sebenarnya, kalau saya review every single chinese and Hindi movies I watched throughout the years, dah lama saya jadi Super Reviewer) 

Soalan : Anda mahu tag..
tiada sesiapa. 

Tuesday, March 15, 2011

Good versus Evil (Sinetron Style)

Di hari yang mulia ini, dan di ketika saya terlalu banyak menterjemah sinetron Indonesia ke tahap yang membimbangkan (emangnya gue ini udah ga bisa diamankan lagi deh), aku nak kongsi pendapat aku tentang watak baik dan watak jahat dalam sinetron (dengan menggunakan contoh beberapa buah sinetron supaya korang lebih jelas lagi).

1. kalau orang jahat dan orang baik mencari orang yang hilang
orang jahat boleh nampak org yg hilang tu sejauh2 alam. tapi kalau orang baik yang mencari, kat depan mata pun tak nampak.
contoh: KEJORA & BINTANG - Janet dah tiga empat kali jumpa Bintang dan tiga empat kali tangkap Bintang. Kejora tak jumpa2 walaupon dah berkali2 ada babak dia hampir berjumpa. Mana taknya, asik menangis dua puluh empat jam. Mana nak jumpa.

2. Kalau orang jahat nak eavesdropping, dia boleh mendengar perbualan org walaupon di belakang tingkap yang tertutup. Tapi kalau orang baik, org tu belakang dinding pon dia tak dgr apa2.
contoh: SAFA DAN MARWAH - Si Atikah kalau nak menghendap, dia boleh duduk kat kantin dan dengar Safa bagitau rahsia dia pada Marwah padahal orang tu duduk depan kelas. Tapi kalau Atikah tengah buat rancangan jahat, si Safa yang tengah berjalan belakang dia boleh tak dengar apa-apa. Orang baik memang pekak eh?

3. Orang jahat boleh bagi alasan sebodoh alam dan org lain percaya. Tapi bila orang baik kena fitnah, walhal punyela baik sepanjang jalan citer, org lain terus tak percaya pada dia.
Contoh: KEJORA & BINTANG - Si Janet punya alasan bila dia tertangkap punyala mengarut, aku rasa macam pompuan ni mesti bengap gila zaman sekolah dulu. Tapi senang je semua orang maafkan. Kejora kena fitnah sekali je walhal selama ni punyela dia trusted, terus nenek Erlangga tak percayakan dia sampai sakit jantung. Amende jelah.

4. Hal ke-3 itu mungkin disebabkan orang jahat ada banyak alasan (tak kisahlah bangang camana pun) sedangkan watak baik cuma pandai cakap "dengar penjelasan aku." tapi watak hero for sure taknak dengar punyelah.
Contoh: SAFA DAN MARWAH - Alasan Atikah sampai sekarang termasuk:
i. Aku yang temui duit itu, Ham. Aku mahu beritahu sama kamu (bila tertangkap bawak duit curi masuk salon)
ii. Aku cuma mahu berbaik dengan Safa tapi dia yang salah faham. (bila tertangkap memburukkan Safa)
iii. Aku lalu di situ sebab rumah aku ada di situ. (bila orang jumpa ID card dia kat tempat Safa jatuh)
Alasan Safa bila buat salah:
i. Tolong..... tolong dengarin aku, kak....
ii. Kak, bukan itu kak. Dengarin aku dong....
iii. Ibu, bukan itu maksud Safa, bu. Dengarin Safa, bu...
Memang sampai bila2 pun tak ada sapa pedulik, lambat sgt nak explain.

5. watak jahat mesti mekap lebih tebal dari orang baik, sebab dia banyak duit. watak baik biasanya tak secantik watak jahat dan disukai sbb dia sopan santun dan tabah hati. Aku tatau part mana yang dia tabah hati tu sebab kalau ikutkan dari mula sampai abis aku asik tengok watak baik menangis je macam celaka. Pergi selesaikan masalah la, menangis buat apa! Asikla tunggu Baim Wong/Dude Harlino/Rionaldho Stockhorst nak selamatkan.

6. Watak jahat mesti jegilkan mata tanpa sebab sementara watak baik mesti nak menangis setiap lima minit tanpa sebab sambil mengucapkan, "Tuhaaaan, aku harus gimanaaaaa???".
Contoh: INTAN - Setiap episod mesti ada babak Intan menangis sambil kata "Tuhaaaan, aku harus ggimanaaaaaa..." begitu juga dengan CAHAYA, SEKAR, LIONTIN........ senang kata semua cerita yang heroin dia Naysilla Mirdad lah.

7. Watak jahat tak pernah ada penyakit berbahaya tapi watak baik mesti masuk hospital paling kurang sekali. Mungkin watak jahat ni kesihatan dia stabil sebab dia sentiasa ketawa tanpa sebab. Ketawa tu kan ubat.
Contoh: SAFA DAN MARWAH - Safa dah pernah masuk hospital sebab patah tangan, pitam, pengsan, kena langgar kereta, melawat orang2 baik lain yang sakit sementara Atikah tak pernah masuk hospital walaupun sekali. Selama2 dia jadi orang jahat, tak ada sesiapa pernah rompak dia pun.

8. Watak jahat mesti pakai lipstik merah menyala dan watak baik pakai lipgloss warna neutral. konon natural beauty la.
Contoh: SEJUTA CINTA MARSHANDA - Mak Delvin versus Mak (sedara) Chacha. I rest my case. That woman looks so much like Yzma from "The Emperor's New Groove", I nearly choke from drinking at looking at her face.

9. Watak jahat suka cakap sendirian sambil posing dan squinting ala Clint Eastwood, manakala watak baik biasanya bercakap seorang diri dengan tersenyum macam angel.
Contoh: BUKAN DIRIKU - Tak kirelah hensem macam mana pun Bertram Antolin, dia asik squint macam orang sakit mata manakala Baim Wong menggunakan suaranya yang Saif Ali Khan-ish untuk bercakap dengan nada lembut sampai hampir 60% kawan2 aku semuanya dah gila dengan Loki.

Drama melayu dan Filipina toksah gelak2 ingat diorang terlepas. Korang pun sama je klise. Selagi ade la cerita dongeng atau kisah nabi yang boleh korang kerjakan, habis korang jadikan drama. Drama Korea pon sama. Tak habis2 watak "gadis comel kuat makan berjiwa tabah yang berjumpa hero tampan yang sombong dan kaya bagai nak rak". Aku dah naik muak tekak.

rajin gila aku habiskan masa buat benda bodoh ni walhal aku banyak kerja eh?

Monday, March 14, 2011

The Interview


Okay, memandangkan aku lupa nak beritahu bila interview aku keluar arituh, (and sebenarnya diorang pon lupa nak bagitau aku bile mende tu keluar), so I took the liberty to upload it. I wanna use a better way to record this thing but it seems that I do not have the proper recording software for tonton.com.my (where you can actually watch this show dengan penuh... kat sini you just see me because I am selfish that way. Hahahaha).

Actually the interview was done awal last month. They called me while I was on my way to CO. Mula2 tak perasan interview dengan siapa, I thought it was just a magazine. I didn't realise it was a TV-Magazine. SAFIYYA pun bukan show yang dah lama macam NONA - but I like the fact that they show young Muslim women at work, which validates the fact that I AM INDEED STILL A YOUNG WOMAN. Hahahardihar.

Oh, kalau nampak aku gemuk dalam video ni, sila sedar bahawa camera adds ten pounds, dicampur the fact that aku mmg dah berisik sikit dari dulu sebab aku sudah less sengsara. Hahaha.

Oh the fact that they said Syahida 28 tahun when I am actually 27 is because I said I'm 28. Saya memang dari dulu kira umur saya mengikut tahun baru instead of my birthday. It makes me less stressed out about masa. That is why I don't wear a watch. I believe if I accept things that I can't change (like the clock), I will be more happy about my life.

Oh this interview was done pada jam 1 tengah hari, so if you see me squinting or macam tak keruan, it's the heat, I tell you.

Wednesday, March 9, 2011

COVER NOVEL DAH KELUAR!!!!


Haha, sebenarnya dari semalam nak write sth under this title, tapi sebab lepas post the picture in the FB sume org start tanya, I didn't get the chance to explain it.

VN telah ditulis oleh yours truly, first time edited by Anis dan first time designed by Leza. Dua novel sebelum ni (PJ dan AKN) diedit oleh Puan Ecah the newlywed , SH oleh Sue while all my novel sebelum ni didesign oleh Kak Syreen. Why am I telling you all these? Sebab mereka2 inilah yang melayankan kerenahku yang cam celaka ni, menulis dengan cara yang tak konvensional dengan memeningkan kepala para editorku itu, dan meminta design yang boleh buat orang bagi aku jari tengah. Hahahaha.

Design VN kali ni aku betul-betul mintak specific masa jumpa Kak Syreen dulu. Since se designed all of my books, I asked her for "Yellow cover with blue items" and bagi contoh Cecelia Ahern's books to her. Tak lama lepas tu Anis sms and tanya sekali lagi apa yang aku nak. So I said, 

"Something macam buku Cecelia Ahern, seorang perempuan yang pegang blue origami lilies." 

I cringed masa Anis kata dah siap and boleh tengok, but sangat sangat sangat bersyukur sebab itu turns out like this. I am so happy to see a girl on the cover with origami flowers (although bukan lilies but what the heck, no biggie). So, Cik Leza, ailebiu lah!

VN is written at the most sembab time of my life - filled with melancholy of seeing the world around me evolves, melihat orang yang aku satukan akhirnya berkahwin, dan kawan yang dulu anak cuma satu, sekarang dah dua sementara aku masih di takuk lama picking up pieces, dealing with new life and a court case. So whenever you are reading it, plese be reminded that I was really in a dark place of a time masa tu. Hahahaha.  

I made this because I thought to myself I do not want to sit and weep about myself. I wanna get revenge and make money out of it. Thus.... this is for all the girls (and guys) out there yg telah berdepan dengan pelbagai jenis lahanat dan manusia jahanam dalam hidup. :P

Novel ni akan keluar bulan empat nanti, and I will update you guys about it from time to time kalau tetibe ada penukaran ke apa ke. But for now, enjoy the cover. Hahaha.

Monday, March 7, 2011

Bagaikan Pungguk Rindukan Bulan...

...begitu jugalah perasaan aku menunggu novel terbaru aku yang akan keluar April ini. Tapi masalahnya dengan pungguk (atau dalam englishnya ialah OWL - no, bukan series of examination seperti yang diambil oleh Harry Potter, harap maklum), ia tidak pernah dapat maklum balas dari bulan - mungkin kerana ia tidak diciptakan Tuhan dengan akal untuk menyedari bahawa bulan itu satu entiti yang berbeza dan sekiranya bulan menjawab panggilannya, maka akan ada lubang yang amat besar di atas bumi berbentuk separa bulatan.........

................oooookay, maafkan pencarutan yang berlaku di atas.

Dan dengan demikian aku menunggu saatnya novel aku dikeluarkan, kerana seorang novelis seperti aku yang bekerja di rumah dan mempunyai rangkaian sosial yang banyak sedikit dari ulat dalam batu hanya mempunyai tiga jenis keterujaan dalam hidupnya dalam setahun, yakni:

i. Novel terbaru keluar
ii. Royalti yang banyak
iii. Ulasan yang baik

Maaf, jika anda tidak nampak perkataan 'sesi bertemu peminat' di dalam senarai ini. Bukan saya tidak suka bertemu peminat, masalahnya perkataan peminat itu adalah terlalu besar untuk seorang penulis. Bagi aku, aku hanya mempunyai pembaca. Kalau aku mula menggunakan perkataan peminat, haruslah anda menggelengkan kepala dan mengatakan, "Shit, Shai is starting to become pompous and insufferable."

i. Novel terbaru keluar
Perasaan mengambil novel terbaru anda di pejabat penerbitan adalah bersamaan dengan perasaan anda apabila buku Stephen King (atau siapa saja penulis kegemaran anda, sila isi tempat tidak kosong dengan jawapan yang sesuai) yang terbaru keluar. Bezanya, anda tidak minta diri sendiri tapi nama anda tertulis di atas buku tersebut, lengkap dengan cerita yang anda reka dan tiada siapa di dunia boleh mempertikaikannya kerana suka hati akulah nak tulis apa. Kalau aku nak bunuh hero ke, nak cacatkan heroin ke, aku ada hak.

ii. Royalti yang banyak
Baiklah, mungkin itu satu exaggeration. Tapi alhamdulillah sepanjang keterlibatan..... heh? PENGLIBATAN aku dalam bidang ni, tak pernah lagilah aku makan pasir. Walaupun aku tak sehebat sesetengah novelis yang boleh goyang kaki dan beli banglo hasil penjualan novel (jangan tanya aku siapa, aku main teka je, hahaha), tapi sekurang-kurangnya aku tidak kelihatan seperti watak dalam Penarek Becha.

iii. Ulasan yang baik
Alhamdulillah, sepanjang aku menulis belum pernah lagi karya aku dikira mengarut atau tidak logik oleh pengulas. Susah nak difahami, mungkin, sebab aku menggunakan analogi pop-culture yang kadang-kadang bukan sesuatu yang random di Malaysia, tapi mengarut? Belum pernah lagi. Membaca ulasan pembaca menjadi hobi aku di waktu lapang. Ya, aku antara manusia yang banyak Google nama sendiri.

Kalau nak dirumuskan novel aku yang seterusnya tentang apa, ia adalah tentang the abnormalities of a normal life. Kalau anda rasa macam tak berapa faham apa maksud aku, memang itu yang cuba aku capai. Hahahaha. Ia bukan tentang pengalaman aku secara total, tapi point of view aku tentang pengalaman putus cinta, putus cinta lagi, dan tidak pasti kalau putus cinta lagi. Wahahahaha.

Cukuplah aku membebel hari ni. Nanti bila cover design novel dah keluar, aku publish ye?

Thursday, March 3, 2011

Aktiviti Pada Bulan March

1. Kerja

2. Kerja

3. Kerja

4. Kerja

5. Tidur

6. Selesaikan masalah orang

7. Kerja

8. Joging

9. Meeting

10. Kerja.

Best kan jadual aku?