Maafkan saya sebab dah lama tak apdet blog.
Macam biasa, trivia self-obsessed. Untuk baca trivia buku2 yang sebelum ini, you can click this, and this, and this, and that, and this, and that,
i. AKU KELIRU tak ada dalam aku punya perancangan untuk publish. I had several other manuscripts and ideas in queue, and writing a sequel is none of them. Tapi sebab ramai pembaca email aku dan mintak supaya kisah Roul dan Safiah disambung, dan actually senang sangat nak put on my Safiah & Roul hat, I did it. But like I told you guys dalam post sebelum ini, nak yakinkan publisher untuk keluarkan sekuel kepada buku yang takla dalam senarai bestseller, bukan benda senang.
ii. Seperti yang dah pun diketahui, kali ni aku ketengahkan Masni, tapi Masni dah memang ada sejak AKU KAN NOVELIS. Zaniel pulak dari novel PLAIN JANE. Yang lain-lain cam biasa. Ada watak2 lain yang aku amik dari nama orang yang aku kenal (Masni is my longest blogger friend who is now studying in Japan; Iza is my roomy-BFF kat UIA; Jis is also a long-time blogger friend; Arfah adalah ex-officemate masa kerja kat CO; Roul adalah nama gelaran seorang senior kat UIA dan nama penuh dia Zairul adalah nama ustaz Bahasa Arab kat Matrics UIA; Kirby adalah nama bapak sedara aku...by marriage I mean... I do not have any English blood in me; Ashiqin atau Sha adalah senior aku kat SMKAKS; Shasha adalah sepupu kepada sepupu aku, dan King is her husband and Juxta Art really does exist and you can check them out here https://www.facebook.com/JuxtaART), tapi ada jugak nama-nama yang aku main letak je, like Jane, Eloise, Badariah, Hasrin dan Encik Saleh.
Chaq and I in 2005... on the way to Archery Tournament, by which I mean, lepak makan gula-gula while orang lain memanah |
Iza and I in 2006. Sorang grad Psychology, sorang grad Political Science. Sorang jadi lecturer Psychology, sorang buat entah apa-apa entah untuk hidup |
Masni and Jis. 2006. Kawan lepak waktu malam kalau ada Frinjan atau those kind of artsy fartsy thing. Ahahaha. |
My monster bag, yang aku tempah dari Juxta Arts. Yes, they take orders like this. |
iv. Perbualan menggunakan Bahasa Kantonis antara Jane dan Eloise is courtesy of my former CO colleague, Wai Ting... aku juga guna nama dia untuk watak colleague Wulan dalam 3 HATI.
v. I got question on why Badariah sangat busuk hati, sebab aku tak explain langsung apa yang dia tak puas hati dengan Masni. Sebenarnya selama aku hidup, aku tak tau apa punca orang busuk hati. Badariah reminds me of someone yang aku pernah jumpa zaman aku kerja dengan CO dulu. Masa tu aku pergi shooting location filem (aku tatau apa jadi kat filem tu. macam tak akan keluar sampai bila-bila je). Antara pelakon yang ada kat location termasuk Yasmin Hani, Rusdi Ramly dan Lana Nordin. This one reporter (I won't say from which publication) sangat benci dengan Lana Nordin that I don't really understand why. Masa tu Lana Nordin was not that famous, dan I know she was trying hard to be nice to everybody, that setiap kali orang interview Yasmin Hani, dia akan mencelah dan bergurau sikit2, which to me, is not a sign of menggedik, but just someone who wants to fit in and show how friendly they are. Tapi entah kenapa, this one female reporter hated her so much, she kept telling us that Lana Nordin gedik, Lana Nordin perasan, Lana Nordin this and that, and saja2 langgar minah tu when she was walking. All the while, Lana cam just senyap dan tak fight back. She looked confused as to why she was treated that way. Which to me, adalah sangat ridiculous, since I was there in every interview, and Lana did nothing wrong at all. It was the female reporter who was exaggerating. So even nowadays, when I saw bad reports about Lana Nordin, I'll be like, "Oh come on. She is not that bad. Don't just make up stuff about her because she is sexy!" and then aku akan teringat about that one female reporter and her treatment of Lana. So, yes. I don't understand why people are being assholes to other people sometimes. And Badariah is like that. Maybe being a bully makes them cool? Maybe they want to fit in? Maybe their life is so miserable that they want to make life miserable for someone else who looks like they are not that miserable?
Kisah Masni juga adalah based pada kisah dua member aku. Diorang tak saling mengenali, tapi kisah diorang seakan sama - which is isu dengan rakan sekerja yang talam dua muka dan kaki bodek.
vi. As you all know, I really hate kisah orang kaya-raya bercinta dengan orang miskin. Senang kata, I hate anything that involves lelaki kaya-raya. Tapi since Zaniel was from buku aku yang kedua, PLAIN JANE dan aku cipta dia sebagai orang kaya dalam novel tu to prove a point about Balkis, I can't actually 'de-wealth' dia.
Bas RapidKL.... the bane of my existence |
viii. Perbualan Zaniel dengan Masni pasal WWF/WWE adalah disebabkan sehari sebelum tu aku tengok The Rock's return to the match and rasa nostalgic (aku dulu kaki tengok wrestling.... aku pun tatau kenapa... but era The Rock/StoneCold/Triple H was awesome). Dream team WWF aku ialah Chris Jericho dan Hardy Boyz, by the way. Ahahahaha.
because Jericho was awesome. and he wore pants. |
x. Manuskrip asal ada lebih 800 pages, termasuk a few bit where aku share writing tips (sebab ramai membebel kat internet kata "Tajuk novel, AKU KAN NOVELIS, tapi takde langsung tips penulisan..."). Kali ni aku buat tips penulisan, tapi sebab dah panjang sangat, semua tu aku terpaksa buang. Aku kena buang lebih 150 pages wooo. Ingat senang ke. ahahahaha.
xi. AKU KELIRU ni marks the third time aku mintak cover colour kuning tapi dapat yang tak berapa nak kuning. Aku mintak kuning untuk VALENTINA NERVOSA dapat biru. Aku mintak kuning untuk 3 HATI dapat krim. Aku mintak kuning untuk AKU KELIRU, dapat beige-ish raibow-ish paint color (I love it though, so I am not complaining). Pastu arituh ada novel baru orang lain keluar cover warna kuning yang aku nak, aku cam, "Heyy!!!"...... ahahahahaha, jeles.
xii. Tajuk AKU KELIRU tu an afterthought. Aku tulis citer ni takde tajuk, pastu aku bagi entah apa jela tajuk kat editor aku. Mujur dia memiliki kesabaran.
Scumbag InDesign CS5.5...... |
xiv. Aku tak berniat pun nak buat Chaq menyanyi lagu "Money, Money, Money" masa tunggu Safiah dalam kereta. Tapi aku tengah dengar lagu tu masa tengah menulis scene tu (and the real Chaq pun memang suka dengar lagu-lagu retro)
xv. Untuk mendapatkan AKU KELIRU, sila PM ejen saya Abang Long untuk dapatkan tandatangan berserta exclusive magnet.