Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, June 4, 2011

The trans, the rev, the shorties and the long-one

Ini cara terbaru untuk update aktiviti diri sendiri. Semalam sempat la berbual kejap je dengan Shikin (Zara Amani). Budak baru habis belajar sekarang sudah kerja sambil hiking tiap malam. Amatlah susah untuk mengetahui update dirinya. Apatah lagi Cik Liza yang jarang dapat berbual.

Jadi mari kita update status diri melalui kerja.

TRANSLATIONS
Buat masa ni dah sampai ke episod 196. Nak start on episod 197 tapi macam rasa nak merangkak ke ruang tamu dan tengok TV saja. Usaha membuat terjemahan untuk cerita Indonesia ini dah menjadikan aku robotik, tanpa perasaan atau usaha untuk mencari di mana rasionalnya setiap babak dalam cerita. TV Al-Hijrah is airing PARA PENCARI TUHAN. Impian translation aku sebenarnya adalah untuk menterjemah PPT. PPT adalah show berdakwah yang bagus dan sangat basic, tapi dibuat dengan cara yang sangat menghiburkan. Aku rasa perasaan menterjemah PPT pasti sama macam masa aku terjemah "Flag of Truth" untuk Astro Oasis masa bulan puasa lepas. Rasa macam ada sense of existence - macam dah berbuat pahala sebab memudahkan saudara seagama untuk memahami cerita zaman Khulafa Ar-Rashidin.

NEWS AND REVIEWING
Selasa pi tengok "X-Men: First Class", Jumaat pi tengok "Super 8". Company tengah busy dengan Movie Carnival kat IPC Mall so mungkin sebab tu sampai ada dua press preview aku gantikan untuk minggu ni. Sejak menulis gosip Korea, aku juga dah jadi robotik. I love some Korean variety shows, tapi aku memang sangat anti-girl group. Especially the new ones yang lagu tak seberapa, tapi tarian dan pakaian macam minta diri dirogol. It's like, what is the point of your so-called feminisme if Korean young girls are taught to wear porno costumes and to act cute and dumb just to entertain people? Aku tak nak persoalkan tentang kumpulan K-pop fake kat Malaysia ni sebab semua orang pon panggil diorang fake. I am just saying, SNSD restarted the wave again by being just cute. 3 years later, the new ones are becoming fake cute and more annoying. 
Sekalipun aku macam memuji SNSD, ketahuilah bahawasanya aku memang tak minat girl group Korea dan pakaian baru diorang pun menjadi subject of my scrutiny. Nyanyi je tak boleh ke? Kenapa nak jadi poster girl for lonely old men around the world? It's creeping me out.

CERPEN
Ya Allah, dah berkurun tak tulis kot. Aku rasa segan nak jumpa Kak Eton...

NOVEL
Janjinya adalah untuk siapkan pada bulan Ogos, tapi disebabkan kesibukan masing2, aku tak tahu bila agaknya nak betul2 selesai. But anyway. Ini excerpt:

                  Lif tersebut ditutup dan kembali melakukan tugasnya untuk menghantar Wulan ke lobi sementara pemuda itu menekan butang P ke parkir.
                        Pemuda itu menoleh sejenak ke arah Wulan dan memberikannya sekuntum senyuman. Wulan membalasnya dengan senyuman yang pendek. Dia tidak punya keinginan untuk berbual tatkala ini.
                        “I guess you are ballsy.” Ujar lelaki itu dengan perlahan tanpa memandang Wulan.
                        “Hmm?” Wulan tidak pasti dia mendengar dengan betul atau memang itu yang lelaki itu ucapkan.
                        “I said, I guess you are ball-sy.” Ujar lelaki itu lagi, menekan perkataan ‘ball’ dan ‘sy’ itu.
                        “Excuse me?” Wulan merasa agak terganggu.
                        Lelaki itu ketawa rendah apabila menyedari Wulan tidak memahami jenakanya. Dia menudingkan jarinya ke arah beg Wulan di mana stress ball itu masih elok diam.
                        “Ada bola atas beg awak.” Ujarnya, menjelaskan keadaan.
                        Wulan mengekori arah jari lelaki itu dan menyedari kebodohannya sendiri.
                        “Oh! Tadi atas meja. Macam mana boleh...” Wulan tidak menghabiskan kata-katanya tetapi terus mengambil bola tersebut dan memasukkan ke dalam beg tangannya.
                        “Stress ball eh?” tanya pemuda itu. Wulan tersenyum mengangguk.
                        “Tell me about it. Masa pertama kali saya bekerja kat sini, saya pun ada stress ball jugak.” Jelas lelaki itu tanpa diminta. Jelas sekali dia seorang yang mesra sekalipun gayanya tidak menunjukkan dia seorang pemuda yang sedemikian.
                        “It was black with a smiley face on it. Sentiasa tersenyum memandang saya bila saya stress dengan kerja yang banyak, as if it was mocking me.” Ujar pemuda itu lagi.
                        “Buat awak rasa nak remukkan senyuman atas stress ball tu?” tanya Wulan.
                        Lelaki itu ketawa.
                        “EXACTLY.” Ujarnya dengan begitu ghairah sambil mengangkat keningnya. Ada lesung pipit di pipinya apabila dia tersenyum nakal. Matanya turut tersenyum dengan sendirinya apabila bibirnya mengukir senyuman itu, melahirkan garisan halus yang muncul di hujung mata.
                        Entah kenapa Wulan terbayangkan lelaki ini pasti manja dengan ibunya.
                        Lif berhenti apabila sampai di lobi dan membukakan pintunya.
                        “Saya pergi dulu.” Ujar Wulan, memberikan senyuman yang lebih ikhlas daripada yang tadi. Lelaki itu memberikan tabik hormat dengan tangannya yang memegang kot. Kot tersebut menggelongsor ke pelipat sikunya apabila dia berbuat demikian.
                        Wulan melangkah pergi. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi tahu nama lelaki itu. Namun apabila dia menoleh, pintu lif sudah pun ditutup.
                        “Takpelah.” Ujar Wulan pada dirinya sendiri. Dia meneruskan langkahnya. Dia harus segera ke stesen LRT KLCC sebelum tren terakhir meninggalkan stesen. Peristiwa stress ball itu berlalu dari fikirannya dengan pantas. 

3 comments:

fadlin zalnas said...

wulan???
nk baca lg!! >_<

Shai Kamarudin said...

ahaha, nantikannnnn. yg ni kalau nak keluar kene tunggu liza nur and zara amani sekali

fadlin zalnas said...

ahaha. okeh2.
*waiting~