Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, June 6, 2011

Marrying Gambit

Aku jarang nak bercerita tentang perkara peribadi sangat kat blog ni, tapi sekali-sekala, apedehalnye jah (aku kesian dgn mak Nabil yang dah menjadi sebahagian daripada made-up words anaknya)...

Suatu hari aku berborak dengan Mun yang mengatakan bahawasanya:
"Shai, aku tak pernah terbayang lelaki macam mana kau akan kawin. Aku boleh bayangkan orang lain akan kawin dengan orang yang macam mana, tapi aku tak boleh bayangkan lelaki yang sesuai dengan kau."

Aku gelak.

Lalu aku pun ceritalah pada Tim.
"Aku selalu bayangkan Mun marrying someone yang dalam bidang business, atau mungkin engineering. Aku boleh bayangkan kau kahwin dengan penceramah bebas atau pakar motivasi ala2 Ustazah Gelang Banyak (itu gelaran aku untuk Ustazah Nor Bahyah) dengan hasben dia. Tapi Mun kata dia tak terbayang aku akan kahwin dengan siapa."

Tim gelak.

Aku sambung.
"Aku macam nak rasa bangga sebab macam aku ni sangat unik sampai tak ada sesiapa yang sesuai. Tapi dalam masa yang sama aku jugak rasa risau mendengarnya."

Tim gelak lagi. Lepas tu aku harap dia sambung dengan something yang reassuring. Tapi dia kata.
"Ha'ahlah, Shai. Bila kau cakap apa yang Mun cakap tu, baru aku sedar, aku memang tak terbayang kau akan kahwin dengan lelaki macam mana."

Adakah aku patut risau?

Dinie kata.
"Tulah. Betul jugak. Nak kata kau ni serius, memang kau serius. Nak kata kau lawak, kau lawak jugak."

Lepas tu Dinie sambung.
"Aku rasa kau akan jadi macam aku dengan laki aku. Kau akan kahwin dengan lelaki yang tak sama macam kau."

Aku sebenarnya tak rasa reassured langsung. Mungkin aku sesuai dengan mutan, macam Havoc atau Gambit............................................................. ye, entry ni saja2 je terpengaruh dengan cerita X-Men. Tapi aku rasa Gambit memang sesuai dijadikan hasben. Dia pandai memasak dan pandai main card. Boleh layan bapak aku main Blackjack halal (suka hati aku je menghalalkan Blackjack). Dia juga mempunyai tongkat yang panjang untuk digunakan untuk jolok buah cempedak di luar pagar. Haha. Lagipun nama dia Remy LeBeau. Gila karat ah nama Shai LeBeau.... macam adik beradik Shia LeBeouff.

Aku still rasa Gambit versi filem sangat tak best dan merosakkan Gambit.

Maaflah, orang yang tengah tunggu kerja masuk memang macam ni. Aku tak tau apa yang cuma aku sampaikan.


6 comments:

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

hahaha!!
mati2 aku igtkan Gambit Abdullah.
kalu yg itu mmg muntah hijaula aku gamaknya.
haha...
xpe, sesekali mmg ko kene luahkan sesuatu yg peribadi mcm ni kat blog.
huhu.. jgn tensi2 sgt ye.

fatin itu saya said...

aku pun igt gambit yg buat vclip prima tuh..muahahaa..

tapi, aku pun sama la. suka gambit. of all the character xmen. tp katun xmen paling2 best ar. komik nye pun...

movie yg b4 this asik2 wolverine je alpha male.bosan. tp yg kali ni mcm best.tp blom tgk.

eh.aku nak gambit jugak la.camne niii

Shai Kamarudin said...

ema - wahahaha, takde makne Gambit Abdullah. Kalau aku nak kawin dgn lelaki melayu, biarlah yang tahu agama, bukan yg menghasilkan video klip haramjadah.

fatin - tula. sgt hating X-Men sbb merosakkan ke-cool-an Gambit. Tapi X-Men: First Class mmg mengebest. tidak syak lagi. rasa macam bolehla maafkan kesalahan diorg sbb memusnahkan gambit dulu. huhuhu

Zara Amani said...

Kak! Orang pun suka gila dengan Gambit kot!!! Hahahaha

Shai Kamarudin said...

Ish sibuk je, hahahahahaha.

dinie t^Ikhlas said...

Heeee...pendek kan cite.... Sampai masenye ..sure ko tahu..cume mmg kene usaha..keh keh keh