Tapi sebagai anak kedua, there is something about that fact yang membuatkan aku - sekalipun takut dengan ayah - masih cuba untuk menduga tahap amukannya, partly sebab anak kedua memang ada that sense of trying to attract their parents. Yes, huge attention issue especially when the first born was a girl, so I'm like the been-there-done-that. Sebab tulah aku menjadi anak perempuannya yang paling menguji kesabaran. Aku tahu betapa susahnya untuk seorang ayah menahan diri daripada merotan anak perempuan, tapi aku memang biasa kena. Hahahahaha. Ya, aku yang carik pasal, so no sweat.
Tapi dalam masa yang sama aku juga sangat admire ayah. Aku admire his love for my mum sampai sanggup tinggalkan Jakarta sekalipun tinggal exam seciput lagi sebelum dia akan dapat degree (sekalipun nowadays aku akan kata "bapak aku menggatal nak kahwin masa tu"). Aku admire his taste for knowledge dalam semua hal (ada tak orang lain study bil eletrik TNB sampai boleh explain tentang rotation meter?). Aku admire his crude jokes. Aku juga admire the fact that he can say almost all absurd things you can possibly think of (macam menyamakan kereta Proton Saga dengan perempuan jalang - "Cantik di luar, buruk di dalam".)
Semalam aku temankan ayah pergi TNB. Ayah memang ada masalah pendengaran sekarang ni, jadi sekalipun dia cuma nak tanya soalan je kat kaunter perkhidmatan, aku kena ikut sekali just in case dia tak dengar atau tak dapat teka mulut pegawai perkhidmatan tu (ya, my dad now reads mouth). Tapi masalahnya aku memang tak faham apa masalah sebenar bapak aku dengan bil letrik rumah kitorang yang cuba dia jelaskan pada pegawai tu. Nasib baik dia berjaya guess apa yang pegawai tu cakap.
Sepanjang dalam perjalanan balik, bapak aku cerita fasal meter rotation kat aku. Okay, biasanya aku memang dengar je suma citer dia, tapi kalau ada satu topik yang paling tak menarik minat aku selain matematik, adalah topik bekalan letrik rumah aku. Lepas tu singgah stesen minyak dan beli cendol kat Seksyen 9. Ayah terbaca pasal baucer RM100 yang kerajaan Selangor nak bagi pada warga tua dan terus excited.
Balik rumah je ayah bukak cerita fasal bil letrik lagi pada mak. Ayah kata bil letrik rumah meningkat sebab muka kakak aku bercahaya (maksudnya ialah kakak aku selalu tertidur dengan laptop dia masih menyala kat depan mata, jadi dalam gelap cuma nampak muka dia je yang bercahaya.). Lepas tu dia kata dia nak daftar Twitter (aku dan mak gelak guling2 mendengar kenyataan rasmi lelaki yang tidak tech-savvy ini) dan nak buat novel bertajuk "SENJA DI JAKARTA".
"Dulu aku pernah tulis sikit. Tapi mungkin sebab aku bercita-cita nak tulis novel yang kontroversi, jadi anai-anai makan manuskrip aku." kata ayah pada mak.
Aku cerita kat ayah pasal the whole last Friday punya case (argh, sangat susah nak menceritakannya bila aku tak boleh bercerita betul-betul kat blog). Aku rasa dalam banyak-banyak benda yang bapak aku bangga dengan aku, ini kali pertama aku tengok muka dia bangga gila, macam seolah2 aku baru menang Pullitzer Prize. Aku rasa kebanggaan bapak aku, ialah bila anaknya menerima ancaman dalam hidup atas nama kerjaya. Dia tak berhenti-henti bincang pasal benda tu dan baca email bos aku berkali-kali seolah-olah dalam email tu bos aku nak bagi aku anugerah insan cemerlang. 4 tahun aku bekerja di syarikat tu, ini kali pertama bapak aku rasa macam kerja aku ni sangat worth my time. Hahahaha. I mean, ada artikel kecik kat dalam majalah RAPI bulan ni pasal buku aku pun tak berjaya membuatkan bapak aku sebangga kes Jumaat lepas.
Bila mengenangkan balik yang benda macam tu yang buat bapak aku bangga dengan aku, aku rasa macam patutlah ada skru yang tercabut dalam otak anak2 dia.
Ya, sepanjang hari semalam aku habiskan menemankan ayah membuat kerja-kerja hariannya. Pergi bayar bil, study bil letrik, pergi isik minyak, pergi beli kuih. Tapi aku rasa ayah sangat enjoy buat kerja-kerja mundane tu. Dia enjoy merokok kat luar rumah sambil termenung tengok pokok jambu. Dia enjoy baca semua buku yang ada kat rumah aku, sampai ke pamplet GIANT pun dia study bagai nak rak. Dia enjoy mengancam nyawa kucing aku dan ketawakan Phibun bila mangkuk ayun tu larikan diri dari dia.
I always thought my father wanted to be a professor or a writer (based on how he always talk about writing a book and stuff). But instead, he just love to be a father.
Happy Father's Day, Ayah. You are the only father for me, in this world and HereAfter.
5 comments:
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah
sweet.
i love the last sentence.
That's the sweetest, funniest thing. Lovely read. :)
well written to express how u feel for ur father, nothing mushy yet touche. ;)
ps: aku slalu skeri nak komen kat sini, taku2 writer akan correct my grammar or spelling. tsk tsk.
ganas tapi sweet
~Like~
serius best!! especially yg psl threaten nyawa Phibun tu!
Hahaha:DD
Post a Comment