Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Tuesday, March 5, 2013

The reason why I didn't fight for AKN

Bila ditanya kenapa aku tak fight for AKU KAN NOVELIS untuk diadaptasi ke bentuk drama, aku tak tau macam mana aku nak jawab dengan precise dan concise supaya orang betul-betul faham apa yang berada dalam otak aku.

Tapi macam ni saja.

Pada mulanya aku memang cuba untuk fight for it. I thought it was a sign, sebab aku memang tak ada hantar sinopsis kepada editor bila edtor mintak writers yang berminat untuk pergi pitching di ASWARA. Tapi somehow, nama aku masuk ke finalised list. So I thought it may have been a sign that I should do it. And I did.

So I went there (dengan Liza Nur). I went and pitched the novel. Dan produser yang aku approach tu faham apa yang aku nak.

"I understand what you're trying to convey," katanya (dan ya, memang dia cakap english). "This is a chic lit kind of story, like something Meg Ryan would star in." Tepat sekali lagi. Tapi dia sambung, "Let's change this. Make her a blogger and make it so that Roul was in love with her after she gave his sister advice on relationship."

Then I realised something. Aku tak tau macam mana aku nak explain apakah AKN dan siapakan Safiah kepada sesiapa pun dan tak ada sesiapa pun akan faham dan dapat convey siapa Safiah kepada umum (kalau ia diadaptasi). Safiah, as it is, adalah mirror kepada diri aku yang aku tak nak tengok dilakonkan oleh orang lain. Aku tak nak interpretation orang lain atau ada pelakon yang dalam resumenya tertulis yang dia pernah melakonkan watak Safiah.

Safiah pada aku adalah orang yang berada di tengah2. Dia tak alim, tapi dia tak jahat. Dia tak cantik tapi dia tak buruk. Dia tak urban tapi dia tak kekampungan. Dia tak tabah tapi dia jugak tak lemah. Dia buat apa yang dia nak, tapi dia masih ada doubts. Dia tak suka changes tapi dia tak suka status quo. Dia opinionated dan tak ada pendapat dalam masa yang sama. Dia konvensional tapi dia rebel. She is a contradiction, which makes being with Roul - who is also an epitome of contradiction - works. And all of these adalah traits Safiah yang aku tahu dan aku simpan dalam otak. That's how I treat every single characters yang aku cipta - with actual thoughts dan psyche yang aku saja tahu.

In saying this, tak bermakna pun kalau produser tu ambil AKN penyiar akan terima dan novel tu akan diadaptasi. Nope. Banyak novel lain yang turut dipitch dan broadcasters tak akan terima semuanya dan ada saringan yang akan dibuat.

You see, sebagai seorang novelis, aku lengkapkan semuanya dalam otak aku. Tak ada hitam putih dalam karakter yang aku buat. Safiah memang sarcastic, tapi tak bermakna dia akan sentiasa tahu apa nak dikatakan. Roul mungkin gila tapi dia juga berfikir macam manusia biasa dan adakalanya risau kegilaannya akan menyusahkan orang. I don't create them as it is atau macam mana yang aku nak atau orang lain nak. AKu meletakkan diri aku dalam setiap watak, dan cuba memahami cara pemikiran setiap orang - introverts, extroverts, rebels, shy people, old people, young ones, etc etc etc.

Dan aku tak nak semua tu ditafsirkan oleh orang lain. It's a selfish thought, but AKN is a very selfish piece of manuscript. Aku tak kisah dengan buku aku yang lain. But not AKN. Even kalau tetiba aku rasa aku nak buku tu dijadikan drama, aku mungkin akan jadi orang selfish yang akan pilih penerbit (tapi itu tak akan berlaku, sebab aku bukan bestseller author macam Ramlee Awang Murshid. Ahahahaha).

Dan bila aku berdepan dengan producers, baru aku sedar semua ni. Baru aku sedar yang aku tak nak buku aku yang satu ni difilemkan. Bak kata seorang reader yang bernama Aishah Sazali, it's an exclusive book. Aku tak pernah suka dengan sekuel, tapi aku sanggup ubah prinsip just untuk AKN. Bukan sebab buku tu masterpiece ke ape ke (aku belum lagi berjaya memikirkan sesuatu yang boleh aku anggap sebagai masterpiece), tapi buku tu merapatkan aku dengan ramai pembaca dan aku sangat suka the original lovers of AKN - who likes AKN because of the book, not because of something they watched on TV. Aku tak nak buku tu jadi drama sebab tanpa penulisan aku, AKN would be a very linear story. Tak ada apa yang mengagumkan tentang plot AKN. It's about love in a mediocre setting. You have to have an imagination to make it great, and only your mind can make it great, not other people's and certainly not a visual assistance from the television.

"Itu pemikiran yang tak bagus untuk pemasaran," kata seseorang yang aku kenal.
I know. But I've always acted on a hunch. Right one, or wrong one, it doesn't matter. I am sooooo going to regret it in the long run. But then it's my choice.


6 comments:

Nuyue Jannah said...

xyah bagi drama ke filem ke.. nanti ilang original AKN

Eryany said...

Somehow i understand how you feel.. maybe you will regret it one day but if the novel become a movie, maybe you will regret it more.. just do what right for you.. i will always pray that one day you will successful and much more opportunity will come your way

Shai Kamarudin said...

Thank youuuuu Nuyue Jannah & Eryany... aminnnn. Semoga I can write more books yang korang boleh enjoym, n then one day kita pi makan kenny rogers beramai2. weewooo!!

ekabukanmakcikkau. said...

Tolonglah jangan buat drama lagi2 filem ok sebab aku tak nak AKN dipendekkan/dipanjangkan sekalipun. Aku taknak nanti tetiba Aaron Aziz yang jadi Roul huwaaaaa janganlah.. Aku tak boleh imagine mana2 artis yang boleh jadi Roul.. Btw,ni citer betul ke akak? Hihi

Anonymous said...

Please,jangan dinovelkan or difilemkan..semua novel2 akak sgt exclusive..bila baca banyak kali pun tak bosan..

Shai Kamarudin said...

ahahaha rase2nye producer pun tanak filemkan citer yg tak tentu arah ni, sbb tak ikut susunan 3-act mcm karya normal. :P so, no worries! ^^