Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Friday, March 8, 2013

Alkisah Liza Nur, Nurul Syahida & Zara Amani

Masa tu tahun 2010. Berborak-borak dengan si Zara Amani di Yahoo Chat (masa zaman Yahoo Chat masih lagi relevan dan dunia belum lagi ditakluki Mark Zuckerberg). Membebel tentang isu hidup yang entah apa-apa. Tahap bebelan yang agak kronik apatah lagi di kala itu aku masih lagi stressed out dengan kes mahkamah.

Aku kata yang aku pernah terfikir nak bekerjasama dengan orang lain dan hasilkan novel sama-sama tapi setiap kali aku cadagkan kat kawan-kawan, dia orang "Ha"-kan je tapi in the end projek entah ke mana.

"Jom?" ajak si Zara Amani, yang ketika itu baru keluar novel pertama.
"Jom ajak Kak Liza sekali!" ujar Zara Amani lagi. Masa tu aku dan Liza Nur belum pernah berjumpa lagi. Aku tahu buku-bukunya tapi aku tak pernah tengok orangnya. Aku cuma kenal dia melalui gambar-gambar yang orang lain post di Facebook.

Sebelum kehadiran Zara Amani dan Liza Nur, aku macam penulis solo yang walk the earth alone. Geng aku masa tu, Kak Siti (Rosmizah) dah buka publishing house sendiri dan tak lagi bergerak bersama Buku Prima. Bukanlah aku tak rapat dengan penulis lain. Aku rapat jugak dengan para penulis lain, macam (Siti Nur) Dhuha, Kak Sha(hriah Abdullah), Kak Liza (Nazihatul Hanan), Kak Ilah (Ramlah Rashid) dan Cik Ebi (Ebriza Aminudin), tapi taklah sampai call dan borak entah apa-apa sampai pukul lima pagi. Biasanya kalau aku ke majlis-majlis Buku Prima, aku suka berbual dengan para editor dan learn a few things or two about the stuff behind the scenes.

Tapi pada bulan Jun 2010, aku pergi Pesta Buku Selangor. Masa tu AKU KAN NOVELIS masih lagi panas di pasaran. Kat situ aku berkenalan dengan si Zara Amani. Cakaaaaaaaaap tak berhenti-henti. The thing is, sebagai orang yang introverted, aku lebih prefer orang yang bercakap tak berhenti-henti. Tanya kawan aku si Iza. Aku berkawan dengan dia sebab dia boleh bercakap lima enam topik non-stop. It's easier to be friends with these talkative people, because it made it easier for me not to be awkward dan mencari-cari benda nak diperkatakan.

Zara Amani, on the other hand, start rapat dengan Liza Nur bila diorang digandingkan dengan Abang Ramlee Awang Murshid dalam satu event di MPH, Mid Valley even before we met. And somehow, entah macam mana, we just clicked. Cara penulisan kami tak sama langsung. While Liza Nur mempunyai kosa kata dan susunan ayat yang cantik dan narratif yang sangat buat aku jeles (tengoklah susunan ayat aku yang entah apa-apa ni),  Zara Amani pula menulis things as it is tanpa neglect gaya penceritaannya. Liza has the soft and smooth way of telling things, Zara Amani pula mix antara reality and fantasy in a systematic blend.

Aku? Aku langgar semua benda. I write about feces and relationship in one sentence.

Jadi kami bertiga punya gaya yang sangat berbeza tapi somehow kami click. Zara boleh sambung idea yang tersangkut dalam otak kau dan Liza boleh susun jadi something yang more comprehensible. Jadi jika one day, anda membaca prolog dan epilog TIGA HATI, ketahuilah bahawa walaupun TIGA HATI mempunyai tiga cerita berbeza dengan tiga penulisan berbeza, kami bertiga tulis epilog dan prolog bersama-sama. Dua bahagian itu - epilog dan prolog itu merupakan gabungan tulisan ketiga-tiga penulis and we hope that while reading it, you would know who wrote which sentence and which paragraph.

TIGA HATI merupakan hasil perbualan tiga orang novelis ketika mereka bertemu di Majlis Pertemuan/Mesyuarat Novelis Grup Buku Karangkraf. Sementara orang lain semua pergi makan tengah hari sebelum kembali untuk sesi seterusnya, aku, Liza dan Zara lepak di dalam dewan sambil berbincang tentang plot, babak dan susunan.

Novel ni ditulis dari tiga perspektif. Sekalipun epilog dan prolog ditulis bersama-sama, tiga kisah di dalamnya ditulis secara individu. TIGA HATI merupakan kisah tiga strangers yang pernah bertemu tapi tidak berkenalan. Ia kisah kita semua - where sometimes as we wait for the train to come, or as we sat in the train, on our journey, we met a lot of people, but we did not introduce ourselves to them. They're just people, strangers that we are not interested in knowing. Tapi those strangers may share our story and our problems. Mungkin sementara kita sendiri termenung memikirkan masalah kita, mereka juga sedang memikirkan masalah mereka dan sebenarnya berkongsi masalah yang sama.

TIGA HATI adalah kisah strangers. Dan kalau aku tak pergi Pesta Buku Selangor pada Jun 2010 itu, kalau Liza Nur dan Zara Amani tak bertegur sapa ketika bertemu di MPH pada tahun yang sama, we might have been just that. Strangers that shares the same hopes and woes.

Kalau tanya sama ada susah atau tidak nak menulis sebuah novel dengan tiga cerita, aku akan kata susah. Ya, susah - sekiranya anda mempunyai haluan yang berbeza dengan rakan novelis anda. Tapi tidak, tak susah, sekiranya anda punya hala tuju yang sama. It's not about give and take. It's about being at the right place at the right time. And not to meddle. Aku rasa lesson terbaik untuk buat novel secara kerjasama ini ialah untuk tidak masuk campur dalam kisah orang lain. It's the same technique in improv. Kalau orang pertama kata "Aku nak matikan watak ni", jangan kata "No, jangan matikan". You can't control other people's ideas and writing techniques. And that's what we did. We did not control each other's writing, kami tak ganggu idea orang lain and instead menggunakan teknik tu untuk mencantikkan continuity cerita. Adakah kami baik je sepanjang penulisan? Tak jugak. Ada jugak masanya stress and macam nak gaduh - tapi itu partly atas sebab2 ridiculous yang takde kaitan dengan manuskrip. Oh, but we're fine. Ekekekeke.

Maka, 3 HATI pun keluar - consist of tiga cerita : Lea (Mademoiselle), Wulan (Maladies) dan Nini (Madness)... which is sebenarnya antara tajuk2 awal kitorang pilih yang editor tak lepaskan sebab leceh nak sebut dan boleh menyebabkan gangguan dari sudut pemasaran. Ahahahaha.

Kiri sekali tu bahagian belakang, tgh tu tulangnya dan yang kanan tu cover


5 comments:

anak en lee said...

shai...

yg ni dah kuar ke blum?
ko better bgtau aku kalau this novel and novel hantu sekolah tu dah ada kat kedai2 ke blum tau!
kalau tak, aku sentap!
huuuuuuuu...

Shai Kamarudin said...

SBP tu patutnya dah kuar kat kedai. tapi aku tataula kedai amik ke tak. aku rasa sakit hati nak tanya2 atau gi tgk ade ke tak. ahahahaha. 3Hati tu pesta buku nanti ada. enang kata kalau ko nak beli dua2, ko beli jela masa pesta buku. huhuhuh

Anonymous said...

As-salam.
Shai,
hr tu ak pre-order 3hati..nk hbq ja..ak dh dpt jumaat last week. tp xdan bc lagi..xreview lg la ek..ehehheh

regards,
pza.

Zara Amani said...

Tacing ai baca tulisan yuuu.. bwahahahahaaa

khalies said...

3 hati paling sesuai buat drama kat tv. hehe.