Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, March 21, 2013

SA1235am

syaitan itu adalah
hasutan
rasa tidak sabar
kemarahan
curiga
kebencian
perli-memerli
kutukan belakang-belakang
pujian depan-depan
gah dengan harta
menjadikan diri mangsa keadaan
meminta simpati yang berlebihan
tidak memahami
tidak menjelaskan
terlalu banyak yang diharamkan
terlalu banyak juga yang dihalalkan

syaitan itu
adalah yang memiliki semuanya
dan bangga memilikinya
"Aku saja yang jahat,
jangan dekat"
"Dia budak baik,
tapi aku cemarkan dengan aktiviti yang sia-sia"

syaitan itu
adalah aku yang tidak dapat mengubah apa-apa maka membiarkan semuanya dan memilih untuk duduk di atas pagar dan meraikan kejahilan sendiri kerana menganggap usaha itu hanya patut dilakukan oleh orang yang mulia tanpa ingin diri sendiri menjadi sebahagian daripadanya.

Shah Alam
12.35am

No comments: