Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Tuesday, February 26, 2013

TRIHEART - Tiga Hati, Tiga Otak, Tiga Wanita Tak Betul

Ha? Apa? Novel baru? Ya, expect this daripada seorang novelis yang dah setahun setengah tak keluarkan buku baru. Belum keluar SBP dah keluar yang ni... (itu bukan salah aku, aku tak ada kuasa terhadap apa yang akan dicetak dulu. Ahahaha). Tapi kot2 ada yang salah faham and fikir, "Mana aci, Shai keluar buku sekaligus...", let me say that novel yang ni dah ditulis pada akhir tahun 2011 manakala yang satu lagi pertengahan 2011. Buku ni dah tunggu queue agak lama, ok? Penulis dia ikat perut sementara menunggu. Ahahaha.

Aku tak nak cerita panjang-panjang, sebab tak ada siapa nak baca rantings aku kat sini. Kita teruskan dengan...

Tajuk: 3 Hati
Penulis: Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani
Harga:RM 27.90
ISBN: 9789670535128
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 6 Mac 2013
Terbitan: Buku Prima

 “Saya macam rumput. Tak kira seberapa banyak saya dipijak, saya takkan mudah mati.”
LIZA NUR

“Virus flu tu tak nampak dek mata pun kan? Tapi kalau masuk dalam badan, kita demam sampai tak boleh bangun. I nak jadi that virus.”
    NURUL SYAHIDA

“Aku bukan manusia sempurna yang layak meminta. Aku manusia yang mencari ketidaksempurnaanku disempurnakan.”
  ZARA AMANI

Baik, sedikit teaser buat anda dari karya NS (sebab aku tak ada hak nak keluarkan ZA atau LN punya excerpt):

            “Miss, you might think I’m corny, but in reality corny is the new suave,” ujar lelaki itu.
            “Really? Corny is the new suave? Sejak bila ayat menggelikan jadi sesuatu yang terkini? Adakah saya dah balik ke era 80-an?” Wulan sarkastik.
            “Percayalah cakap saya. Hari ni awak rasa saya corny dan tak cukup kreatif. Tapi lama-lama awak tak boleh buang ayat-ayat corny saya ni dari otak awak. Orang perempuan selalu kata diaorang tak layan klise, tapi berapa ramai perempuan yang masih mengharapkan Aaron Aziz jadi suami diaorang? And let me tell you, Aaron Aziz got nothing on me,” ujar lelaki itu dengan yakin.


2 comments:

themoonshadowz said...

pas darini,kompem aku suram selagi x dapat novel ni...warghhhhh...at last,apa yg dinanti,muncul juga....yezzzzz....

Shai Kamarudin said...

hahaha jangan suram2. bacalah SEKOLAH BANYAK PENUNGGU Sementara tu... (sempat iklan. ahahaha)