Life is a static bliss....
Ni apehal perempuan ni tiba2 berfalsafah. Dahlah 18 hari tak update blog.
Itu adalah kerana dia terlalu sibuk dengan kerja, seperti biasa yang dia buat sejak empat tahun yang lepas. Orang kata dia terlalu mengejar wang, ada yang kata dia lonely dan perlukan distraction, ada yang kata dia dah tak peduli apa-apa.
Kepala hotaklah tak peduli amende.
Tapi kadang-kadang dalam hidup ni, there are better things left unsaid. It is unwise to actually said things like:
"Shai is working too hard to distract herself from loneliness."
Here's the thing about being a single woman in her late 20s. Working hard doesn't always equal to loneliness. Sometimes we say those words to make it sound dramatic, so it doesn't look that bland when you said, "Oh, aku ada kerja nak dibuat". Wanita bujang akhir 20-an yang bekerja ni, well... at least akulah, bekerja sebab we have to work twice as hard as our married friends. Why? Because there is no actual noktah kepada kerja tu. I know most working mothers would not agree, and akan kata, "Ko hidup single, tak ada responsibility terhadap orang lain", which is actually agak salah sebab being single means that for every stupid decision, kau kena tanggung sensorang.
And anyway, since aku takde tanggungan, might as well spend it finding more money in case tetiba wujudnya tanggungan tambahan tu. We don't actually work to distract from feeling lonely, but we're working to actually get money. Being single is not that psychologically over dramatic, you know.
In saying that, aku tak kata aku tak lonely. Semua orang pun ada masanya akan rasa lonely. Tapi bila ko mati pun ko masuk kubur sensorang gak, so.... Ahahahahaha.
"Shai is working sebab dia dah tak peduli apa-apa."
Kalau aku tak peduli apa-apa, aku akan duduk rumah buat sampah and jadi hoarders macam kat dalam dokumentari channel BIO tu. Sebagai orang Islam, aku rasa saying "Dah tak peduli apa-apa" tu macam some sort of putus asa... and I refuse to condone to that kind of thinking. Ya, aku suka kata "Aku dah tak pedulik dah", tapi bukan tak pedulikkan kehidupan aku, but more like tak pedulikan 'past dramas' yang adakalanya suka menjengah Facebook aku (macam la aku tatau) atau guna orang lain untuk pantau sama ada aku mempunyai kehidupan yang bahagia atau tak.
Dulu yelah, rasa nak tunjuk yang kita ni okay dan bahagia. Sekarang aku dah tak peduli dah. Buat apa aku nak sibuk2 tunjuk kebahagiaan hidup aku kepada orang yang bila difikir balik, hanyalah kisah entah zaman bila yang kalau diingat semula pun, aku dah tak paham kenapa aku stress sangat. Kalau diorang sibuk nak gloat kebahagiaan diorang tu... well, in the words of the wise... "Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya."
Aku bukan tak pedulikan apa-apa. Cuma aku agak kurang interested in trivial things nowadays. And I have not been involved in the many trivial things in life nowadays. I'm not saying that I am free of troubles and woes. Kadang2 rasa senak dengan masalah court yang entah bila nak selesai... kalau orang tu memang appeal, satu hal, kalau dia kalah, dia mungkin bawak to higher court plak...there is no end to it, aku dah naik menyampah memikirkannya. Kadang2 rasa pening menghadap soalan orang tentang bila nak kahwin. Kadang2 risau jugak sebab kerja aku ni bukan satu certainty.... tapi Alhamdulillah, those kind of things masih boleh diuruskan lagi dan aku masih boleh buat lawak. I guess, there is nothing that I have not gone through that I am going through right now. The pain and suffering that I may feel right now, I already felt it before and I am already immune by it. I am well aware of the irony in my life that aku rasa buat masa ni, aku mampu nak letak ke tepi dan buat apa yang lebih penting. Which is, kerja.
"Shai tu gila cari duit."
Taklah sampai gila. Tapi aku berani kata work takes nearly three quarter of my life. Aku ada masa untuk buat dan aku masih ada kekuatan nak buat. Dan aku tak ada those kind of dreams like, "Oh aku nak travel satu dunia" atau "Aku nak pergi mandi semua pantai di dunia sebelum umur aku 60 tahun." Nope. Mungkin masa aku baru nak kenal dunia aku sibuk nak buat semua tu. Sekarang ni apa aku dapat buat, aku buat dan kalau aku tak dapat buat, aku masukkan dalam list of things I wanna do. Tapi kalau tak dapat buat? No biggies. Like, once upon a time aku gila nak bungee jumping. Nowadays, aku rasa cam... aku boleh nikmati alam dengan perlahan2, buat apa aku nak pi nikmati alam dengan terjun daripada tempat tinggi dengan kadar kelajuan yang memungkinkan aku tak nampak apa2 pun?
Apa aku bebel nih?
Oh, ya. Gila cari duit. Aku mencari duit dan aku suka mencari duit dan aku suka bila aku dapat duit dan dapat gembirakan mak ayah dengan duit aku. So screw you, judging scums.
Ahahaha, tetibe je nak marah.
Anyway, updates tentang novel2.
1. SEKOLAH BANYAK PENUNGGU dah ditunda keluar ke bulan Mac. Jangan tanya aku. Benda2 behind the scenes ni memang aku tak berapa nak paham. Tapi untuk yang dah buat pre-order tu, jangan risau. Masih berjalan macam biasa.
2. Novel Trio dengan Liza Nur dan Zara Amani dah finalise tajuk kepada TIGA HATI. Ahahahahaha. Tajuk tu sebenarnya pilihan terakhir kitorang dalam banyak2 tajuk yang kitorang cadangkan kat pihak editor, tapi itu yang pihak editor pilih. Bincang2 nak tukar ke tak, last2 sume malas nak tukar dah. So that's that.
3. AKN2.... the bane of my existence. Aku memang nak siapkan, masalahnya bila dah sampai page yang ke300 lebih ni, suddenly ada lost of interest. Tapi ini memang perkara biasa tentang menulis novel. Kalau kita dah tulis something yang memakan beratus page, by the middle of it, we usually want out atau rasa kita tengah menulis citer tehape-hape. Itu halangan yang kena dihadapi. Tu belum masuk lagi bab editor suka tak suka. Bayangkan ko dah bersusah payah siapkan, editor kata, "Ini tak cukup memuaskan"... maksudnya haruslah kau hadapi manuskrip yang ko dah happily let go itu kembali dan proses rasa nak muntah siapkan itu harus dihadapi lagi.
I think I need a muse.
No comments:
Post a Comment