Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, August 8, 2012

That post Mia asked of me...



Sebenarnya dah beberapa kali dah aku buat percubaan untuk tulis mende nih seperti yang diminta oleh Cik Mia (Kaftiya). Entah kenapa setiap kali aku tulis aku decided bahawasanya esei tentang diri sendiri ini sangat suck kerana sangat self-oriented (macam la selama ni tulisan aku tak self-oriented kan... kata hatinya macam selfless ah. Ahaha).

Tapi sebab aku baik dan mencarik alasan untuk tangguh dulu tulis novel, maka dengan ini aku pun buatlah. Apa dia soalan tadi?

MACAM MANA AKU JADI PENULIS
(opening montage: lagu "Coming Undone" oleh kumpulan KORN, konon2nya macam aku ni wanita ganas ah, dengar lagu nu metal...)

Aku start menulis sejak aku boleh menulis. Which is darjah satu. Kenapa darjah satu? Sebab aku tak tadika, therefore hanya mula pandai membaca ketika darjah satu. Darjah dua aku dah start buat series of dialogues antara watak bernama Imran dengan Laila. Masa darjah empat aku buat cerita pertama aku yang bertajuk FIONA, based on that 4U2C song. Jangan tanya apa ceritanya. Aku tak hengat. Kalau aku jumpa skrip tu, aku bakar je. Hahahahaha. Laaameee-oo!

Aku rasa memang dari kecik aku nak jadi penulis. Mak aku suka bercerita dan biasanya dia suka merosakkan legenda melayu sesuka hati dia. Contohnya, masa aku masih budak2 lagi, mak aku ajar bahawasanya mak si Pekan dan Melor tu sangat pentingkan diri semata2 tak dapat makan telur tembakul. Mak aku juga kata, mak si Tanggang sangat tak pandai sebab sumpah anak dia jadi batu sedangkan dia miskin. Sepatutnya dia sumpah Tanggang jadi emas..................
Selain itu bapak aku juga seorang yang suka membaca. Jika anda add saya di FB, you will see that I have one album that shows the book collection kat rumah aku. Bapak aku seorang avid reader dan dia lebih suka belikan kitorang buku daripada mainan.

Oh ya, mak saudara aku juga seorang penulis bernama Siti Rosnah Hj Ahmad. Tapi kami jarang berjumpa. I think like, once every full moon or dalam bahasa melayunya, sepuluh tahun sekali baru jumpa. So mungkin kami kongsi bakat yang sama tapi mak teh aku tak mempengaruhi aku dalam bidang ni.

Kat sekolah menengah pun, macam biasalah. Asrama tu undang2nya pelik. Kadang2 boleh baca novel, tapi tahun depan kata tak boleh pulak. So akhirnya aku pun buatlah novel sendiri dan bagi member2 baca dan suruh diorang komen kat bahagian belakang tu. The first one I did was in form three. Kisah tentang seorang minah kaya yang lari dari rumahnya dan berpura2 menjadi lelaki dan tinggal dengan seorang mamat yang duduk rumah setinggan kat KL... aku tak akan ubah jadi novel sebab a) tak logik untuk orang perempuan menyamar jadi lelaki tapi lelaki lain tak perasan. b) tak ada moral value. Duduk serumah tanpa ikatan... like I would educate people to do that! It was called "Helmi Helena". Oh, tajuk itu sungguh 1990s, kan? Wakakaka.

Aku terus menulis macam tu. Tulis dalam buku, bagi orang baca, suruh orang komen.

Masa sekolah rendah, aku tak berani nak cakap aku nak jadi penulis sebab sume orang pun kata nak jadi arkitek atau doktor. Aku ikut jela orang lain (budak2 memang macam ni). Tapi kat sekolah menengah, aku dah tetapkan. Cita-cita aku cuma ada dua. Sama ada jadi penulis atau penganalisa politik. That explains the Political Science in UIA.

Habis sekolah, aku start menulis cerpen untuk majalah. Dulu ada satu majalah namanya SITI. Tak lama pun in circulation. Tapi aku pernah hantar cerpen kat diorang and diorang keluarkan. Tajuknya ialah "Warkah Untuk Ustaz" (still, lame title), which aku persembahkan dalam bentuk surat - it was like three to four letters written by a girl yang dulunya troublesome dan telah dibetulkan oleh seorang ustaz muda and bila dia masuk universiti, dia terus tulis surat untuk ustaz tu utk cerita masalah dan ustaz tu balas. But the last letter she wrote, she told him that she is in love with him. Ustaz tu tak reply so dia tulis surat lagi sekali mintak penjelasan. Which in the end, the ustaz' wife send her a letter saying that ustaz dah tiga bulan meninggal and all this while bini dia yang balas surat tu sebab he was worried about the girl.

Oh sangat cheesy, kan? But it was my first published piece and I am very proud of it. Tapi sayangnya majalah tu hilang dan aku tak ada copy. Tapi aku ingat it was keluaran Ogos 2001.

Right after that aku tulis cerpen untuk majalah MUSLIMAH, bertajuk "Monolog Rambut Kerinting Aku" about a guy yang tak sabar tunggu saatnya untuk jumpa minah yang dia minat kat sekolah dulu lepas lima tahun terpisah. Then I sent satu manuskrip novel ke RHYTHM PUBLISHER. Diorang hantar surat kata akan publish but akhirnya takde kabar berita. And then aku hantar ke Alaf21, but this time aku hantar separa manuskrip je. Kisah tentang seorang perempuan yang perlu mulakan semula semuanya lepas dia mengkhianati kawan baiknya, only to meet a devil-may-care guy yang lebih interested untuk buli dia. He thinks she's mysterious, with her secrets and her loneliness. She thinks he's mysterious, with his bad attitude and nonsensical mood. Alaf tak bagi respon apa2, so aku lupakan terus impian tu.

A year later, seorang lelaki telefon aku dan perkenalkan dirinya sebagai Mohd Ali. Aku ingat sangat perbualan tu.
"Awak pernah hantar manuskrip ke Alaf kan?"
"Haaaa.........."
"Tak ingat eh?"
"Hahaha. Ha'ah. Saya banyak sangat hantar manuskrip tapi tak ada jawapan."
"Masa hantar dulu tu Alaf reject kan?"
"Tak tau. Tak dapat respon apa pon."
"Tak ada? Ha, ni saya beritahu ni. Diorang reject cerita awak. Tapi saya ni editor Alaf. Saya baru pindah ke penerbitan baru. Namanya Buku Prima. Jadi saya bawak sekali manuskrip awak. Awak ada cerita, tapi saya nak awak kembangkan lagi boleh? Sikit sangat ni."
(Aku tak beritahu dia manuskrip tu cuma setengah je.)
"Ha, okeh."

Setahun lepas tu baru aku hantar sebab aku sangat gila-gila busy. You would think someone who wanted to be a novelist all her life, she would jump on the chance to do it, kan? Tak. Boleh plak tunggu setahun baru nak hantar. Aku rasa sejak itulah Encik Ali dah paham bahawasanya aku bakal menjadi seorang novelis yang tak pernah ikut deadline. It was published in 2007 and entitled "Soalnya Hati". But being the first novel, memang banyak hack and slashes. Sebenarnya chapter second last sebelum bahagian TAC tu aku cuma tulis sampai bahagian Pyan menoleh ke belakang lepas Zulaikha baca nota tu,.. and then straight to the epilogue about the TAC. Tapi editor aku, Sue tambah the whole dialogue about "Perempuan mesti cair" tu.

Habis je belajar, I had two ways to go. I could be a writer or I could find jobs related to my degree. Tapi aku rasa memang rezeki aku kat sini. Bapak aku tak benarkan aku kerja kat UNHCR walaupun aku dapat tawaran untuk kerja sana. Aku tak dapat kerja kat kedutaan Thailand sebab takde lesen memandu, dan PTD.... ah, toksah citer pasal PTD. The worst you could do is stuck kat interview after exam and PAC. Akulah tu. Do I want to go do it all over again? NO way. I am not gonna spend my time writing and then lari 2.5 km dalam masa lima minit (ke seploh minit? aku tak hengat) dan travel sampai ke Kluang la bagai and ace all those critical thinking and problem solving exercise just untuk stuck kat interview just because I suck at talking face to face with three old men.

But aku dapat kerja kat TIMES (the book store). Aku dapat kerja management kat POPULAR (the book store) dan aku dapat kerja dengan Cinema Online, the latter I accept. It was admin work, until Marcel and Zee kick me to editorial (at first, you will think "I was promoted to editorial...." until you actually do work in editorial.... then you kinda wish you're back in admin). But it opens doors to a whole lot more. It sharpens my pace, my vocab, my patience that after a year, aku resign and dengan mudah dapat kerja freelance. Which means, I have more time for writing.

Tapi kalau tanya kenapa aku nak jadi penulis, jawapannya mudah. The first time aku betul-betul serius nak menulis ialah bila aku mula bosan. Aku perempuan biasa. Aku tak pandai sangat tapi aku tak bodoh. Aku bukan gadis kampung yang tabah mahupun wanita kaya yang independent. Tapi tak ada  watak novel yang aku boleh relate to. Or at least, tak ada yang aku jumpa. I though that I want to write. I want to write about me and people like me. Sebab sepanjang aku hidup, orang macam aku la yang paling banyak aku jumpa.

Aku tak pernah rasa aku artsy atau ada the best grammar. Nope. I have a lot of vocab but I'm not really good dalam membezakan dari dengan daripada, adalah dan ialah, menghadiahkan dan menghadiahi. Apa yang aku boleh buat ialah make up stories - watching people and making up background stories about them. Apa yang aku pandai buat ialah make fun of misery and make fun of myself. And enjoy horror stories. If I was a better speaker, I would have become a stand-up comedienne rather than a writer. I mean, aku lebih enjoy baca autobiografi Tina Fey rather than Patricia Cornwall's. And I will always pick Stephen King rather than Sophie Kinsella.

Apa yang buat aku nak jadi penulis ialah knowing that all these deep dark thoughts of mine can be read and enjoyed by people. Aku paling suka bila orang tulis email kat aku and kata "Bila akak cakap pasal spesis student kat universiti tu, saya rasa macam akak baca fikiran saya!" I like the fact that I say things that other people think but keep to themselves.  I like the fact that I touched their hearts, and telling them "Hei, bukan awak je yang buat. Semua orang yang putus cinta akan stalk FB ex diorang. Semua yang angau bercinta akan fikir dia je yang betul. Bukan awak je yang ada kawan annoying yang suka berlagak konon2 dia tak study apa2 tapi dapat markah tinggi, sebab orang macam tu memang ada kat mana-mana dan mereka akan terus jadi annoying in so many ways. Bukan awak je yang tahu pedihnya kematian. We're all in this together."

So.... Mia? Puas hati? Hahahaha.

3 comments:

mia kaftiya said...

sangat! Puas. Hati. *tarik nafas lega* so begitu;ah kisahnya kak shai jadi penulis yeah? hahaha...

Shai Kamarudin said...

best tak? best tak? miahahahaha

Kak H said...

kagum!

baca kisah saya pula di http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/01/segmen-miakaftiya-kenapa-aku-pilih.html :') mohon doa.