Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, July 12, 2012

Siri Bercakap dengan Jin Part 2 (ok, next time aku tak tiru Tamar Jalis lagi)

Apa arituh? Apa citer aku?

(*check balik last entry......) Oh yeah.

So.

Dorm 32. Dunno what the hell is wrong with that place. Seriously dun have a clue. But kat dorm tu je, tiga kali something happened. Most of the time sebab aku yang carik pasal but hey, I am a night person. Masa form four aku memang budak baik (tak ada sape nak puji, tepakse puji sendiri). Tapi aku jugak senior, which means aku banyak kerja sampingan selain belajar (sebab tu la ko punya add math teruk, pompuan). Sebab kerja2 sampingan untuk persatuan tu la akhirnya benda2 ini berlaku. Like that time when I asked for a permission untuk pergi lambat ke musolla untuk solat maghrib...

THE HURT LOCKER
(no, it's not)

Masa tu aku balik lambat dari riadah. Biasanya riadah habis pukul 6 (ke 6.30? Aku dah tak ingat), balik makan, mandi and straight ke musolla untuk solat jemaah Maghrib dan isyak and kuliah Maghrib before 7.15pm. Tapi that day aku gunakan waktu riadah tu untuk buat kerja for PSSGM..... eh jap... sama ada Silat Gayong atau Persatuan Bahasa Arab. Aku tak hengat yang mana satu. Yang aku ingat, aku dengan Tim yang habiskan masa kat bilik komputer mengerjakan benda tu sampai pukul 6.45. And since benda yang kitorang buat tu memang co-curricullum related, exco disiplin pon benarkanlah kitorang keluar lambat sikit dari asrama, around 7.45pm.

Of course la.. kalau ko dibagi kebenaran keluar lambat, ade niat ke nak pi musolla as soon as ko siap mandi? Mestila la tak. So aku siap mandi around 7.15 (masa tu bilik air dah kosong) and balik bilik utk lepak2 until 7.45pm. Of course masa tu semua bilik dah kosong sebab sume orang yang boleh solat dah pi musolla dan sume yang takleh solat dah turun bilik prep for their own activity. Kiranya kat blok tu, aku sensorang jela yg wujud selain drpd Tim kat first floor Wing B. So aku pon lepakla dgn bahagianya, membaca majalah sambil tunggu rambut kering. Memang best duduk waktu maghrib, sunyi je takde suara sesapa. 


But then tetiba aku dengar bunyik something. "Gdung gdung gdung"-ish. Macam bunyik yang akan kuar bila ko cube nak bukak pintu kayu yg berkunci and ko tarik berkali2. Aku assume jela mungkin somewhere in another place in this quiet location, someone is trying to open something. Sambung baca buku.


But then bunyik tu muncul semula. And aku realise that it comes from behind me. Aku terus pandang belakang, ke arah barisan loker yang tutup dinding. 


There is one funny thing about being in a situation yang agak creepy. Unlike dalam filem where the protagonist terus saspen bila dengar something, actually when you are in that situation, your mind kinda shut the whole idea about supernatural entities and start to think logically. Perkara pertama yang aku fikir ialah,


"Bebudak ni mesti simpan kucing lagi dalam loker!" (ada sesetengah student suka sgt amik anak kucing yg diorg jumpa and letak dalam bilik).


Since kitorang mmg saling mempercayai n tak ada sesiapa pun yang mengunci loker diorang, so aku pun bangun and check one by one loker baju yang ada kat situ, thinking that maybe ada kucing yang cuba keluar tapi tak dapat. Tapi tak ada apa-apa. 


Aku sambung baca majalah balik. Jam baru pukul 7.30pm. Ada 15 minit lagi. But then it sounded again. And again otak aku buat its own explanation. I was thinking "Mungkin hanger baju kena tiup angin so it sways dan langgar loker." (aku tau, memang agak dumb untuk fikir benda dalam loker boleh berhayun ditiup angin... kat mana plak datangnya angin?). So aku bukak lagi sekali untuk check whether ada tak orang gantung hanger kat belah dalam pintu loker. Pon tak ada.


Mula rasa curious dan saspen. Tapi masih berdegil tanak keluar dari asrama selagi belum pukul 7.45pm. Then it sounded again. Aku buat tatau. Every four to five seconds bunyik tu keluar and bunyiknya mmg datang dari belakang aku. But then azan maghrib berkumandang. And sepanjang azan tu yang peliknya, bunyik tu tak ada. 


But then, azan pun habis. Aku tadah tangan baca doa lepas azan (baca doa rajin, pi solat jemaah malas. tsk tsk tsk). But then selesai je aku baca doa dan sapu kat muka, I mean as soon as that is over, bunyik tu datang lagi, this time with quite an urgency. 


Masa tu baru otak aku click and fikir yang hal ni bukan hal biasa. So aku bangun, tukar baju, pakai tudung, amik beg dan five minutes after that, aku keluar. Masa aku keluar kat koridor tu, baru aku sedar. Rupa2nya minah Fatimah Abd Mutalib ni dah lama blah pergi musolla. Floor dia dah gelap. Floor lain dah gelap. ground floor pon gelap. Semua orang kat bilik prep tak ada and dah pi musolla sebab Ustaz Ezani ada untuk kuliyah Feqah. Damn gila, aku sorang je rupe2nya dalam asrama yang dah gelap tu and cuma lampu bilik aku je yang menyala. Kuasam btolllll.


But that was not the worst of it. Sebab masa tu belum lagi musim choral speaking. Masa musim choral speaking, aku selalu balik bilik lambat dan selalu terlepas sesi baca Surah Al-Mulk kat dalam bilik. Masa musim choral speaking, aku and bebudak form four yang lain akan berlatih kat ground floor sampai pukul satu dua pagi and usually kalau balik bilik semua orang dah tido.


KISAH KAKI ANNE
(Penat dah nak buat tajuk best)


Masa aku form four, dorm kitorang cuma ada 19 penghuni. Since ada 10 buah katil double decker, ada la satu katil tingkat atas yang tak berpenghuni. Katil tu memang takde sape nak duduk sbb tak best. Dahla sebelah pintu, tingkat atas plak tu. Tapi katil aku pulak terletak kat sebelah katil tu. Aku duduk katil belah bawah (sebab aku senior, suka hati aku nak pilih katil). Sebelah kanan aku barisan loker dan sebelah kiri aku adalah junior aku (aku tak ingat sape). Tapi katil belah atas aku didiami oleh seorang budak junior yang bernama Najihah dan dipanggil Anne.

Malam tu aku balik lambat buat kesekian kalinya. Semua orang pun dah tido. So dengan penuh keletihannya, aku tukar baju dan terus tidor atas katil aku. Toksah citer Surah Al-Mulk la, mandi pun tak.

But then masa tengah tidor tu I had a bad dream. So aku terjaga. Tapi masalahnya walaupun aku terjaga, aku takleh bangun. Sekali lagi, after two years, aku kena tindih lagi. Disebabkan aku terlampau mengantuk, aku cam fikir, "Tindih la, aku dah tak pedulik. Aku nak tido."

But the thing about being pinned down, whether it's due to psychology or a supernatural entity, makin lama ko akan rasa makin berat. That invisible thing that pinned you down felt so heavy that you have trouble breathing. So unless you die of suffocation (exaggerate), you have to fight to get up. You know, if I could sue a ghost for sexual harassment, I would. But you can't.

While in that state, in that suffocating state, weird things happen. Bila kepala aku menoleh ke kiri, aku dengar suara orang baca Quran. Bila aku toleh ke kanan, aku dengar suara orang borak dan gelak2. Kalau aku menghadap tengah, aku dengar both things. So in that moment, aku kumpul semua tenaga yang masih ada dan aku bangun. Aku tau aku tak boleh just force mata untuk bukak. Aku tau kalau nak bangun dan get it over with, aku perlu bangun dan terus berdiri. So, with that thought, aku gather my whole energy dan bangun.

Masa nak bangun tu (aku decide utk bangun dan berdiri kat right side of the bed sebab belah kiri tu tak banyak ruang antara katil aku dengan katil sebelah)... ok, again. Masa nak bangun tu, kaki Anne terjuntai pakai seluar merah (warna dark orangey from the outside corridor light) dari katil atas dan menghalang aku untuk terus berdiri. So dengan semangatnya, aku tepisla kaki tu dengan lengan aku macam ko tepis dahan pokok yang berjuntai. With that, aku terus bangun.

Peace. Tak ada bunyik baca Quran, takde bunyik orang ketawa, tak rasa suffocate lagi. Then aku jalan pusing satu bilik (itu yang aku selalu buat bila aku rasa tak selesa atau lemas), kerling ke arah Anne yang masih tidur kat belah atas katil aku dan terus baring semula atas katil.

Aku baru nak tutup mata when suddenly aku tersedar something. Masa aku kerling Anne yang tengah tidur tu, dia tidur at the far left side of the bed. Maksudnya, dia tidur mengiring sambil peluk bantal dan betul-betul kat bahagian kiri katil dia. So tak logik untuk orang yang mengiring belah kiri boleh menjuntaikan kaki kat bahagian kanan katil. And one more thing.  She was wearing a dark blue track bottom. But the leg yang aku tolak tadi tu pakai seluar warna merah.

Aku rasa mungkin aku terlampau mengantuk dah masa tu so aku tidor je tanpa mencarik jawapan. But I still think about it today. Aku tolak kaki sapa pada tengah malam tahun 1999 di dorm 32?

Pehh, ending cliffhangar la kata hatinya.

But then it was not the end of it. I touched something but I didn't see any actual apparition. Never did until then. Until that one night masa budak junior aku pi tido atas katil aku dan aku terpaksa tido atas katil dia sebelah Arima.

HANTU ARIMA
(aku tak bagi tajuk lain sebab sume orang yang tahu citer ni memang tahu hantu ni dengan nama Arima je, kesian Arima....)

Asrama memang selalu blackout. Sama ada blackout atau takde air. Atau paling best, kedua2nya sekali. Nama je bangunan baru, tapi tahap efektif macam bangunan buruk.

So that day prep malam dibatalkan sebab satu kawasan tu takde letrik. Aku dan bebudak bilik aku habiskan masa berborak2. Disebabkan panas, aku baringla atas simen kat tengah2 antara dua katil junior bilik aku with some other dorm mates. Meanwhile, another junior aku si Arima ada test ke amende tah, jadi dia tak join kitorang and kata dia nak study menggunakan lampu yang datang dari dewan makan (katil dia at the other side tingkap yang menghadap bangunan dewan makan).

The thing about Arima ialah, a) Dia bercermin mata. b) Baju tidornya consist of the top part of baju kurung kedah bunga2 warna pink dipadankan dengan track bottom. c) Dia sentiasa tocang rambut.

Why do I have to tell you all this? Because it's crucial to the story.

Anyways, while kitorang berborak, Arima plak menelungkup atas katil menghadap dewan makan sambil study. Somewhere along that time, dia tertidur dengan spek2 sekali tak sempat bukak. Meanwhile, kitorang yang berborak ni tertido la kat mana kitorang lepak tu. And around 1 or 2am macam tu aku terjaga sebab sakit belakang tido atas simen. Although kitorg mmg tak bukak lampu, lampu koridor kat luar dah menyala, menunjukkan yang electric dah ada balik.

Aku pun bangunlah nak pi tido katil aku. Tapi tengok ada plak orang lain atas katil tu (kes malas nak panjat katil la tu). So sebab malas nak kejutkan budak yang dah tido atas katil aku tu, terpaksa la aku tido atas katil budak tu - yang mana merupakan the top part of katil double decker dan terletak di sebelah katil Arima yang kini dah menelangkup di atas bantal bersama buku dan cermin mata.

Masa tu aku mamai gila sebab baru bangun. Panjat katil dengan rasa tensen and then terus guna selimut minah ni untuk tutup badan and sambung tido. Mengiring ke arah Arima dan tengok dia tidur telungkup depan buku.

But somehow, masa aku dah ready nak tido balik, aku nampak someone, or at least a shadow of someone coming from the lockers. Slowly dia berjalan menuju ke arah Arima kat sebelah aku tu. Masalahnya, while Arima yang sebenar ada kat sebelah aku dan dah lama tertido, rupa yang aku nampak tengah jalan ke arah kitorang ni - in that vague silhouette of light from the corridor,  sama macam Arima. Dia pakai baju yang sama dengan corak bunga yang sama, same height, same track bottom, and walaupun aku tak nampak sgt muka dia, she's wearing spectacles. 


The only difference is that walaupun dia pon bertocang macam Arima, tocang tu tak macam orang biasa, Tocang tu tegak, as if someone invisible is holding it behind her. Slowly but steadily dia approach Arima (masa ni aku kecikkan mata aku supaya tak nampak sgt macam aku berjaga, but still watching, half sleepy half calmly horrified... I dunno how to explain the feeling). And then dengan suara Arima, dia cakap,


"Arima, jomlah temankan kita pergi toilet."


Kalau nak kata apa perasaan aku masa tu, susah aku nak explain. It's not actual scared. I know this is not human, but somehow I don't actually put the word "ghost" inside my head. It's like one part of my brain is saying "Ini bukan Arima. Arima kat sebelah ko" and another part is saying, "But this is not a person." No part of the brain wants to say, "U-huh. Memang hantu." 


Tapi still, bila dia cakap macam tu, terus terdetik dalam otak aku, "Arima tido. Kalau die kejutkan Arima and Arima tak bangun, nanti dia pusing ke arah aku plak dan ajak aku plak pi toilet!" Adakah aku nak pergi toilet dengan makhluk bukan Arima dengan tocang tegak ni? Hell, no. 


So with that thought, aku pejam mata and slowly aku pusing ke arah lain. Memang gila slow punye pusing, in the back of my head aku piker aku takleh buat bising walau a little creaking sound pon or that thing will turn to me. Jadi pergerakan aku sangat slow, sampai aku sendiri tak rasa aku bergerak. After what feels like ages, aku akhirnya berjaya pusing 180 darjah and terus tido. Jangan tanya camna aku boleh terus tido. I guess, it's survival instinct. Sleep is safe.


Oh, and masa tu jugak aku takleh solat. But awal subuh tu aku terjaga sekejap sebab dorm aku agak bising. Si Arima punya spek hilang and diorang sume duk tolong carikkan sebab nak gi musolla. It was ridiculous, sebab Arima memang tertido pakai spek. Tanpa memikirkan apa2, aku tertido balik. The next time aku terjaga semula, bilik bising lagi sebab diorang sume dah balik dari musolla. Then tetiba si Arima jumpa cermin mata dia. 


Atas katil kosong sebelah pintu. Katil yang memang tak pernah ada sesiapa tido sebab ahli bilik cuma 19 orang.


So I told her the story, of what I saw the night before. And then we made a joke that maybe sebab Arima tak nak bangun temankan benda tu gi toilet, dia curik spek Arima and letak atas katil yang takde orang tu sambil kata, "Padan muka. Besok pegi la solat takde spek!"


That was in dorm 32. Then in 2000, masa aku form five, two things happened. Both masa dengan Tim.


BILIK RIADAH


It didn't happen kat dorm this time. Dorm 34 was kinda safe.
It happened in this one room yang seingat aku dipanggil sebagai bilik rehlah. Bilik ni dulu part of stor barang2 rasanya. But then it was changed into a play room. Kot ko nak baca majalah, novel, main board games atau congkak, sume benda ada dalam bilik tu la.

Masa tu aku dengan Tim tak boleh solat. And tak ada kuliah ustaz kat musolla, so semua yang uzur tak perlu pergi sana. Usually kitorang akan buat aktiviti untuk mereka yang tak boleh solat di bilik prep but aku tak ingat kenapa, that time kitorang tak buat. So aku dan Tim yang kebosanan decided untuk pi bilik rehlah untuk main congkak. Pada waktu maghrib. Dalam keadaan uzur.

Kitorang berdua je masa tu, main congkak dengan jayanya. Dalam the first game, Tim menang jalan tapi aku menang rumah. Tim ada satu lubang kosong. So kitorang mainla untuk second round, Tim dengan satu lubang congkak kosong while aku ada lebih.

Tapi yang peliknya, masa kitorang tengah isi semula lubang tu, Tim ada baki enam biji guli, tapi aku cuma ada lebih sebiji guli je, walhal kalau dia ada enam lebih, maksudnya aku mesti ada dua biji guli. So kitorang carikla kat sekeliling, kot2 ada guli yang tercicir. Tapi carik punya carik, tak ada. So kitorang pun amikla sebijik guli dari bekas untuk tambah yang hilang tu.

Main semula. This time aku menang rumah dan menang jalan, Tim masih lost satu lubang. So kitorang isik la semula untuk third round. Tapi this time around, sekali lagi guli tak cukup. Aku ada tujuh biji guli tapi Tim tak ada baki guli. Sebijik guli lagi hilang. Carik lagi sekali kat sekeliling kitorang tapi tak ada.

Amik lagi sebijik dari bekas guli. Main congkak third round. Kali ni Tim menang rumah. Aku lost satu lubang tapi menang jalan. Masukkan lagi guli dalam setiap lubang. And for the third time around, guli tak cukup. Ada sebijik yang hilang. Tak pernah dua bijik atau tiga bijik. Just sebijik je hilang.

Pada time tu la, Tim stop aku dari terus mencari. Dia pandang dengan aku dan kata, "Dia nak main sama la tu. Jomlah."

Aku tak perlu tanya siapa "dia". Kat SMKA X, kau tak perlu tanya siapa "dia". Kau tau, bila orang kata "dia", kena paham2 jela. Kecik ke, besar ke, rambut panjang ke, budak ke, or just a small thing floating ke, sume tu "dia". So kitorang bangun, kemas barang dan papan congkak tanpa mengatakan apa-apa dan terus blah dari bilik tu, join semua orang kat bilik prep semula.

But actually that happened later that year. It happened after one incident.


THAT TIME WHEN I GOT SLAPPED BY SOMETHING  


Masa tu kat musolla waktu lepas maghrib. Masa tu jugak blackout. Tapi walaupun blackout, semua orang masih duduk dalam musolla untuk tunggu arahan seterusnya.


Suddenly member aku sentuh aku. Dia kata kepala dia sakit dan rasa macam "benda" tu datang balik. Member aku ni memang dulu pernah ada kes histeria. Dah lama dia pulih. Tapi dia jugak someone yang prone to migraine. Aku tanya sama ada dia migraine. Dia kata tak rasa macam sakit kepala sebab migraine. It feels like sakit kepala sebab something else.


Sudahhhh...


Tapi sebagai seseorang yang berusia 17 tahun dan pernah menolong member tu masa dia form one, ko rasa maybe you're mature enough to help her. Lagipun dia kata dia tak nak kecoh2 sebab tengah blackout and semua orang sibuk dgn hal masing2. Dia kata it's not that serious. Tapi dia still hulur lengan dia, sebab dia kata dia "rasa" kat situ.


Remembering what we did last time that happened, aku picit ibu jari dia. Aku tanya rasa apa2 tak? Dia geleng. So aku terus urut tangan dia sambil baca tiga qul dalam satu nafas macam yang pernah Ustaz Kama ajar. Aku urut dari pergelangan tangan sampai ke pelipat lengan.

But then bila sampai pada pelipat, it happened. Something like an electric shock. Pernah tak masa tangan korang basah, korang dengan bijaknya cuba tutup suis lampu and letrik suis tu menangkap? Macam tu la rasanya.

So aku quickly tarik balik tangan aku, just like what you would do kalau kena letrik. Aku tanya dia, "Ada something kat pelipat ko ni ke? I mean as in, ada serangga hinggap ke, atau somehow masa aku pegang tu dia memang tengah kena electric shock ke (ya, soklan bodoh, but try kena electric shock masa pegang something yang tak ada letrik, of course ko akan tanya soklan bodo tu). Dia kata tak ada. Dia tanya kenapa aku tanya. Aku kata sebab aku rasa macam kena renjatan tadi. Dia kata, "Kat situlah yang aku rasa something."

But then aku urut je kepala dia macam biasa dan prep tak jadi dibuat sebab masih blackout. So kitorang semua balik asrama. Nothing happened really. No nightmares, no ghost, no nothing. A peaceful sleep.

Until I wake up the next day and saw something on my face. Kat belah kiri. Ada tiga garisan berwarna merah kat pipi aku. It's like if you touch your face dengan jari.... or more correctly, macam kena tampar. It's not your usual calar thing - sangat common dalam kehidupan di asrama untuk suddenly ada calar kat belakang badan yang ko tatau dari mana datangnya. This one was dark red. Tiga kesan garisan warna merah  gelap kat pipi aku yang tak rasa sakit atau anything but it totally scarred half the left side of my face.

Bila orang tanya, aku tatau nak jawab apa. And at first it was only red. The next day it turned into bluish green. But still takde rasa apa. Masa tu aku tanak gi sekolah sebab memang jelas sangat. Tapi Cikgu Sham datang sickbay dan suruh aku pergi kelas jugak sebab dia kata aku tak demam pun dan dia nak buat kelas Akaun time kelas cikgu lain yang pergi kursus.

So aku pergi la jugak ke sekolah. Aku ingat masa tu. Ahmad budak kelas aku ni pandang aku, pandang kesan kat muka aku. Dia signal dengan tangannya kat pipi dia sendiri dan tanya, "Benda tu eh?" Aku just angguk walaupun aku pon tak sure. Ustaz Ghazali kata bukan. Dia kata maybe ada serangga gigit yang aku tak perasan. Tapi Ustazah Mahfuzah yang nampak parut tu terus tarik tangan aku masuk bilik PK HEM dan jumpa Ustaz Aini. Aku ingat benda pertama yang Ustazah Mahfuzah cakap.

"Ustaz, saya nak cakap pasal kes benda2 ghaib ni. Dah teruk sangat sekarang ni." sambil dia menggunakan aku sebagai Exhibit A.


Cis.


Ustaz Aini pandang aku. And then after a few perbualan yang aku tak berminat nak dengar, diorang decided untuk buat majlis baca yasin dan solat hajat. Jadi, wahai sahabat2 satu sekolah, kalau korang nak tau kenapa ada bacaan yasin tak pasal2 ada sekali tu, ha, aku la pasalnya tu. Hahaha.


Kalau korang tak caya, tengok gambo nih.....


Belah kanan muka aku ada parut. Sorry gambar tak jelas sbb aku cuba sedaya upaya cover that part dr nampak time2 nih. But it was a three line. "Tiga line" ah. Samseng. Ahahahahaha.
Cikgu Sham kata, "Kesian, kurang seribu" (maksudnya, hantaran kahwin aku kurang seribu sebab muka berparut). Parut tu amik masa dalam dua ke tiga tahun nak hilang tapi alhamdulillah hilang. 


Jangan salah sangka. Aku tak akan sekali2 buat statement "Aku kena tampar dengan hantu sebab memandai2 nak halau dia dari member aku". That sounds a bit too much even for me. Even saying it feel absolutely ridiculous. Tapi aku sentiasa anggap it's a kind of a mystery. I like that. I like that once upon a time, something mysterious happened to my face and nobody was able to give me any answer.


But then, my family always joke about it, saying stuff like, "Memangla dia macam tu, sebab tu dia kena tampar dengan hantu" atau "Kakngah kau lagi terer. Hantu tampar dia." But then, that's my family. They are never serious.......... except that my dad kinda give me air yang dah ditawar dek seorang ustaz after that, just in case.  


And that was my horror experience.


Oh ada satu lagi, but this is quite funny sebenarnya. 


NAD DAN KUCING


One night lepas prep and supper, aku dengan Nad lepak kat belakang koridor blok A, menghadap dewan makan. Masa tu dewan makan dah gelap and semua orang kat dorm memasing. Entah apesal tah kitorang pi duk lepak belakang blok pon, tatau. Kalau dah namanya nak borak, kat mana2 pon jadi.


So tengah borak-borak tu, ada sekor kucing kelabu belang2 lalu. So I remembered something and gitau Nad,
"Nad, aku ada baca yang bila kucing mengiau, maksudnya dia nampak orang kena seksa kat neraka."
"Oooo." kata Nad. Aku sambung lagi,
"Sama ada itu, ataupun diorang mengiau sebab nampak hantu."
Elok2 je aku habis sebut perkataan hantu, kucing tu pandang kitorang.


"Miau."


Nad menjerit bagai nak rak dan terus lari dari situ. Aku pon lari jugak ikut dia sebab aku tanak kena tinggal sensorang dengan kucing tu.


Hampeh. 

11 comments:

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

hahaha!!
siot, aku tersengih lps bace kisah nad dan kucing tu.
aku tgh bayangkan korang lari camne.
haha!
btw, mmg kes kena cakar/slap tu dah jd common thing.
aku n AQ sendiri pon dulu masa dorm 18 pernah kena.
tp more to kena cakar la.
nasib baik hilang dgn pantas.
tp gambo ko tu aku x jelas sgt dgn pipi ko tu, aku curious more on the black shadow dlm gambo tu.
creepy? errkk..
haha!
bila dah habis skola ni barulah terasa mcm horror gile rupenye skola kite tu.
n luckily we survived!
hahaha! :P

amy roslan said...

kak syai actually remember all those small details. luckily saya budak harian tak dudok asrama hehe!

Shai Kamarudin said...

ema - mmg horror yg sesungguhnya. bila piker balik, pasrah betul kite2 ni duduk skolah tu lima tahun, dgn takde airnye, dgn blackout memanjang, dgn hantu pelbagai bentuk. walaupon begitu, takde kisah aku yg boleh melawan citer Cha dgn pocong masa minggu SPM atau kisah Haza (korang sekali ke?) dgn makcik bawak basikal waktu malam tu. yg tu mmg kaw2 punye. Ha, yg AQ kena tu dia ada tunjuk kat aku. panjang ke bawah kat blakang dia. dahla kulit dia putih.

Amy - ha'ah, mmg ingat gila sbb berulang kali diceritakan. asal jumpa kengkawan lama je, mesti bukak citer hantu asrama nih. ahaha

ery nur said...

hehehe.. gelak part hantu arima...

"kalau arima x bangun nanti dia ajak aku pula p toilet" ...

y lain seram gak..

CariNur said...

huhuuh...bc kisah syai ni...tingat lak kisah2 ms dok hostel dl...mmg biasakan kisah cenggini klu dok hostel.

Nurarima said...

betul kak shai..saya ingt lagi cermin mata cari tak jumpa. cari dr lps solat subuh sampai nak pegi sekolah pagi2 tu. then jumpa kt katil kosong tu..mmg misteri..lps akk citer kes mlm tu..ya Allah mengucap panjang..nasib baik aku tak bangun malam tu..

aminsaid said...

huhu.. bile dah abis skola bace balik cite ko rase cam seram plak kat asrama dulu.. dah la mmg slalu kuar magrib lambat samaada tanpa kebenaran mahupun dengan kebenaran.. heran eh kite ade rase takut, tp berani jgk nak lambat2.. huhu.. bile kuar bilik tgk xde org dah kt asramsa, baru la jalan laju2 nak tuurun tangga.. dorm 35 dah la ujung2.. syukur dah abis skola baru ko buat entry ni.. hohoho..

Farah Jasni said...

seriously dorm 32 bnyak misteri nusantara? Hmmm,aku dok dorm 32 masa form 1 and form 2..,sblm pindah dorm 16 masa form 3..(unless susunan dorm dah tukar lepas aku keluar dari SMKA lah..). Tak ada ingat pape yg berlaku dalam dorm,or aku yg in denial state tak nak ingat ke..hahaha.. kat dorm 16 ada la gak. but anyway, cerita ko mmg buat bulu roma aku tegak hokay.. Tapi camana pon,mmg miss the moments kat SMKAKS.. hehehe.. :)

missfauzani said...

adekah saya pon duduk dorm 32 gak mase tu??hehehe...knp sy mcm x igt bnd2 ni???hahaha

Anonymous said...

Kak Shai.. tau x kita baca entri ni tgh mlm sambil baring atas toto depan tv.. kononnya mlm ni nk tdo depan tv lah.. baru separuh jalan cerita, kita terus angkat bantal dgn selimut masuk bilik baring sebelah mak.. sampai part arima tu, kita stop baca kejap, baca ayat kursi lepas tu baru sambung baca balik.. ahahaha..

Shai Kamarudin said...

ahahaha... ha kalau rasa nak best lagi, baring atas toto tgk anime "Yami Shibai". Rasa hidup agak surealistik buat seketika.