Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, July 11, 2012

Kisah Bercakap dengan Jin Part 1 (aku plagiarise tajuk siri Tamar Jalis... ahaha)

Atas permintaan ramai (cewah, poyo la ramai... setakat dua tiga orang je...), aku persembahkan kisah....

SERAM DI SMKA.... muahahahaha....
(....................................laaame!!)

Mestilah ada intro dulu. Eh jap... aku kena fikir dulu. Kalau aku tulis nama sekolah aku kat sini, adekah sekolah aku akan saman aku sebab menakut2kan bebudak yang boleh menyebabkan diorang tanak belajar kat sana?Ah mengarutlah. Tapi untuk keselamatan, (macam la org tatau nama sekolah aku apa, walhal aku dah selalu sebut), let's call the school SMKA X. Ahaha.

Okay, so. Aku masuk sekolah tu dari Mac 1996 (kemasukan ketiga) sampaila abis SPM pada Disember 2000. Sekolah aku agak baru gakla time tu. Aku batch ketiga, and masa masuk, sekolah tu mmg masih berbau wangi, cat masih putih bersih dan padang semua masih tandus. Muka semua orang bagaikan malaikat subuh yang sedia untuk menerima ilmu agama dan hidup berdikari. Ten years later however.....

Although harus aku katakan, memang normal untuk sesebuah sekolah berasrama - moreover "Sekolah Agama" ada penunggunya. Apatah lagi kawasan sekolah tu adalah bekas teluk penyamun... okay, ini historically incorrect, tapi anggap jela macam betul - biasela, citer hantu melayu mesti nak kena ada reason... hantu takleh main wujud je tanpa sebab. Case and point, Cerita hantu Razak Mohaideen. Hagaahahahaha.

Ok, but these stories are 137% (gaya Park Seonggwang). Ini benda2 yang berlaku sendiri kat aku. Mak aku tanya apesal aku banyak sangat nampak hantu kat sekolah tu tapi kakak aku (yang juga sekolah di situ dan bernama Intan Mawarni dan disayangi oleh cecikgu) tak pernah. Jawapan aku senang. Aku selalu lepak memalam tak tido. Kakak aku baik lagi skema - pelajar contoh, pengawas asrama dan pengawas sekolah. Hantu tak suka dia.

Hantu suka aku, kah? Edward Cullen?

Sebab aku dah membebel banyak di sini, maka terpaksa la aku jadikan entry ni two parts. So this is part 1.

And kena dijelaskan dulu. ASPURI kitorang terletak kat hujung kawasan sekolah. Sebelah kanannya ada a few gelanggang sepak takraw dan bola tampar, ada sekolah lain plak di pagar sebelah. Belah kiri ialah DM (dewan makan). Belakangnya ada ampaian, and then lepas pagar ada padang kosong dan behind that ada ladang kelapa sawit. Ada dua blok (Wing A dan Wing B) dan dua tingkat (Ground floor, first floor dan second floor). Each floor ada lima buah bilik, sebuah power house, sebuah toilet besar with six cubicles and six shower rooms dan satu lagi tandas kecik with three cubicles and three shower rooms. First floor Wing B ada dorm 15 - 19, wing A ada dorm 26 - 30. Second floor Wing A pulak ada dorm 31 - 35 while Wing B pulak 42 - 46. Jangan tanya pesal no. bilik camtu. Aku malas nak terangkan.

First time aku experience stuff like this adelah pada second year aku kat sana. 1997. Kat dorm 34. Let's call it:

THAT ONE AFTERNOON: A BEASTLY STORY
(tajuk poyo tatahannnnn)

Masa tu aku form 2. Selalu dengar cerita hantu, pernah deal with some hysteria cases (kawan aku yg kena, so of course as a friend, aku pon kena panggil sama dek ustaz) but never actually experienced one meself. Masa tu duduk dorm 34. Oh, aku dengan dorm 34 ni memang macam ada jodoh. Aku duduk dorm 34 masa form 1 dan 2, and then pindah dorm 18 masa form 3(yay, tingkat bawah!), then kena naik balik dorm 32 (demmit) dan mengakhiri tahun last aku di dorm 34 semula (macam celaka tukar no dorm kat cadar tiga kali just to rewrite it back jadi 34).

Masa tu hari Sabtu, baru habis prep pagi. And of course, habis prep pagi means sambung tido ah. Somehow aritu aku sangat sangat letih, so aku tertido dengan penuh jitunya kat atas simen di tepi katil. Which means, aku tido bawah "palang" - which is "taboo" in one way, sbb org kata setan bergayut kat palang, although aku tak sure itu memang betul and ada hadis yang cakap atau just some malay belief. Malas nak google buat research just for the sake of it.

So... Masa tido tu aku mimpi something. Since dah over ten years benda tu happened, aku mmg dah tak ingat isi keseluruhan mimpi tu except that in the final bit of that dream, aku masuk this one room yg ada tirai. Aku tolak tirai tu. Ada satu meja kat tengah bilik and ada kertas atas meja tu. Aku angkat kertas tu dan ada tulisan dengan marker pen kat situ, written (as I remember it correctly):

"Aku tak nak mati kat sini. Kat Sini!" (the last two words were underlined twice). So like any dreams, yur conscience bersuara dan aku terfikir, "Shit (ok, aku tak guna shit pada usia 14 tahun), aku kena bangun. Aku tak nak mati kat sini."

And entah kenapa aku tak boleh bangun. Aku tau aku dah terjaga, tapi badan aku takleh gerak. I know, there's a psychological or medical term for it or something about not being able to get up after a deep sleep. But this is more like aku rasa macam pinned down. I was thinking, "Crap, I am going to die here in my sleep". So I started reciting few surahs, all jumbled up into one and force myself to open my eyes.


That is when I saw it. A brownish furry thing inside my eyelid. It went very fast, macam sekilas, macam something yang running away. Maybe it was just some light tricks you might say. But it was very clear. Selalunya bila kita tutup mata, kita nampak the darkness je inside our eyelid. Tapi ini tak. It was brown and ada rough furs, like some kind of bear or orangutan (although orangutan is not scary).
Masa bukak mata, someone was looking at me. I think it was Kak Mama (a form three senior). Dia cam, "Awak tak apa2 ke?" Aku tatau kenapa. Mungkin aku struggling or mungkin muka aku pecat or whatever. Aku tak pernah tanya. Aku just assume she knows something. Sbb masa aku beritahu dia, dia kata, "Oh awak kena hempap. Biasalah tu. Pi amik air sembahyang."

And that was it. Suka sangat. Hamekkk. Tapi lepas tu aku tak experience apa2 lagi. Sure, a few cases of hysteria happened at the school, but it was a peaceful moment for me - konon join geng, minat senior sekolah yang bernama Azizi yg sgt pandai, kena denda dengan cikgu especially dgn Cikgu Sham, kena denda dengan akak senior especially dengan Kak Ummi. Normal stuff.

Tadi aku terjumpa gambar ni and agak terkejut. die ala2 bentuk ni, tapi kaler coklat dan  muncul sekilas depan mata aku. Ini gambar kat Indonesia. Aku jumpa hantu Indonesia, kah? Hahahaha. (kenapa aku gelak?)
And then there was form three. I don't know idea warden mana untuk letakkan kitorang semua ikut tingkatan, sebab masa tu aku dapat dorm 18 (holler for ketua dorm, Ema!) dan semua orang dalam dorm aku adalah student tingkatan tiga. Aku jugak sedorm dengan kawan baik aku Nad, so of coursela lights off pukul 11.30 mlm, kitorg tido pukul 3 pagi. That's until:

THE TALE OF BOLA-BOLA API
(seriously, this naming stories dengan tajuk gedik ni is starting to be sgt menyeronokkan)

It was 1998. Dorm 18.
Aku rasa hari tu hari Ahad and baru balik ke asrama after cuti. Kalau balik dari rumah, of course la banyak cerita. So, aku dan Nad lepak la depan pintu bilik. Sebenarnya memula aku meneman dia je tengah kapur kasut ke ape tah depan pintu, sebab katil aku memang kat sebelah pintu. Lama2 jadi borak panjang plak dan aku plak join dia lepak depan pintu.

Masa tu dah after 1am. Arahan lights off dah dibagi dan most people mmg dah tido dan dah tutup pintu bilik. Senang kata pintu bilik kitorang je yang masih terbukak sbb ada dua makhluk ni berborak entah apa2 menghadap koridor. Tengah borak2 sambil memandang ke atas menengok bulan dan bilik2 dorm atas (wing A - dorm 31 to 35), tetibe kitorang cam senyap jap (biasela, senyap jap sblm jumpa topik lain nak diborakkan). Masa tengah senyap kejap tulah tetibe aku terpandang something kat floor atas, area 31- 35.

Ada one ball of light, macam besar penumbuk baby, rising up from the ground floor, naik ke atas and then masuk ke area second floor wing A. It kinda melantun2 a few times from the power house area terus masuk ke dalam dorm 34 (which was my dorm back in 1996 and 1997). And then it vanished inside. Masa tu dorm atas tu tak ada orang lagi sebab senior form four masih bercuti PMR (form four masuk a month later than others after PMR result keluar), so the whole block was unoccupied.

Aku pandang Nad. Nad pandang aku. And then dia sengih. You know, the kind of sengih yang menunjukkan ko nervous. Then she asked me while gritting her teeth, "Kau nampak tak apa aku nampak?"
Aku sengih jugak. "Nampak." aku kata.
Kitorang sama2 gelak nervous, bangun, tutup pintu bilik dan naik atas katil terus tido.

** I read that in Japanese folklore, they kinda have this thing called Shito Dama, or a fireball spirit. Dun relate this to that. I'm just sayin. Ni kire cam trivia la ni. "Tahukah anda...."

And that was the first and the last time I saw something that year. It was not much, not until I was in form four and living kat dorm 32. That was the first time I heard something, saw something and touch something.

Semuanya kat dorm 32...

TO BE CONTINUED.... (saspen tak? ahahahahhaa)

11 comments:

Aliesha Kirana said...

suspen gilaaaaaaaaa! sambung kak shai! sambunggg! pleaseee! hehehe.

aranhellstorm said...

Cilaka wa saspen smpi bc pelukbantal...dorm 18 dorm gua tu weh... Nasib dulu takde citer CSI...kehkehkeh

aranhellstorm said...
This comment has been removed by the author.
aranhellstorm said...
This comment has been removed by the author.
nad said...

hahaha peluk bantal pun xyah tulis komen sampai 3 kali kottt..wakaka

Shai Kamarudin said...

tulah tu. aku eksaited ingat ada tiga komen, rupanya sorang je. ahahaha. tapi kan nad, bile piker balik, aku rasa aku yg tanya ko "ko nampak tak apa yg aku nampak" and ko yg jawab "nampak". oh, memori aku makin pudar. noooooo

Eh, ko pon dorm 18 dulu? ko punye katil bukan tepi pintu kan? Sbb kalau itu katil ko aku nak kata, katil ko sucks! ahahahaha.

Sheeda Minhaj said...

esh, takut woo kak, akak tak nightmare ke tiap2 malam....ayik ternmpak bende bukan2 aje..copek ah smbung

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

ade nama aku pulak kat situ.
tamar jalis betol!
hahaha!
alah, dorm 18 tu pon diorg pernah cerita ternampak 'benda' terbang masuk dlm dorm kite.
tp aku buat dek je.
hahaha..
sila bersambung!

Fatin Fadila Fadzil said...

Please sambong lagi!

lee's daughter said...

wehhhhhhh...
nape aku baru nak bace entry ko!!!
huuuu..betapa bz nya aku sampai hari ni baru bace kisah seram ko nih wehhhh..

okeyy..aku pon dorm 18..
dan jgn risau, sbb aku pun tau kesah2 itu dan aku juga salah sorang yg slalu org kejut utk ajak gi toilet!
dan sebenarnya aku pun slalu gak nampak 'bola2 api' tu mase tggu org kat depan toilet yg dihujung blok itu..
tapi...aku tak penah cite ngn org wehhh....

ok..sila sambung!!!
excited mak nyahhhh nak bace!!!
huhuhuhuhuu..

aranhellstorm said...

damn, gajet canggih mak buat hal sampai tekan back 3 kali kira macam post 3 kali rupanya..

apsal wa sebagai pembuka kampung dorm18 tak pernah nampak macam2? adoyai.. bola2 api yang selalu wa nampak dalam gelap, adalah bara rokok yang senior2 dorm gua selalu isap kat tepi katil wa je... heh heh heh

tapi sepanjang sejarah wa dok smka, nampak tak pernah lagi, dengar pernah la..huuuu