Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, July 28, 2012

Kecik, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti, 9-5, Freelancer

Block tahun akhir aku kat UIA dulu. Block C


Since I am bored out of my wits, let's write.


Masa aku kecik2...
Aku tak pose. Noktah.

Masa aku sekolah rendah...
Here's the thing about being a second child. You're always trying hard to impress and your older sister is always a line you wanna cross. So kalau "Masa darjah satu kaklong puasa penuh", of course aku nak puasa penuh. Heck, I would puasa until hari raya if I could just so I would break her record. 

Jika anda mahu anak anda berpuasa penuh, banding2kan mereka. Hahahaha.

Tapi itu tak bermakna saya seorang budak yang baik when it comes to bersahur. Bila masa bersahur, I'm a total bitch. Makdik (which is mak sedara aku, yang dipanggil Makdik sebab she's the younger of the twin... I also have a Makkak) aku pernah kata, "Setiap kali aku tengok mak korang ni layan korang makan, aku memang rasa nak bagi penampar je sorang-sorang."

But makdik aku tak perlu penampar kitorang, sebab ayah aku ada untuk melakukan hal tersebut. You see, kalau mak aku layankan, bapak aku tukang tampor. Kalau bapak aku layankan, mak aku tukang tampor. Sistem good cop-bad cop ini tak pernah ada perbezaannya so bila dah besar kitorang tatau siapa yang kitorang lebih sayang sebab dua2nya kaki melayan dan kaki penampor. Hahah.

Masa aku sekolah menengah...
Aku tak pernah sahur kat DM. Why? Sebab trying untuk bangun, cuci muka (at least), menutup aurat, turun dari asrama tiga tingkat, berjalan ke dewan makan dan beratur untuk amik makanan sahur is futile and tiring. Lebih futile lagi apabila apa yang diserve di dewan makan tu adalah makanan yang sesuai untuk convict di ADX Florence Supermax Facility (sila google utk keterangan lanjut). Kalau masakan normal ialah sup sayur yang boleh bertukar menjadi jus sayur dengan sekali picit, bayangkan lauk itu pada pukul tiga pagi.......

Jadi selalunya aku bersahur dalam bilik. Biasanya dengan biskut dan air kosong atau biskut dengan air milo sejuk yang serbuknya berbijik2 terapung atas air (I swear to God, kids are so lucky they have Milo Freeze these days). Kalau Masitah pulak, mesti makan Maggi mee-in-my-mug (oh rindunya aku dgn brand tu) sejuk yang lembik tak lembik keras tak keras. Takyah kesiankan, sebab she loves it. Even kalau ada air panas pon dia lebih prefer makan macam tu. 

Masa form two, diorang buat sistem di mana setiap bangku dan meja dah ditetapkan and you have to get eight people to eat with you sepanjang Ramadhan. Kiranya cam dah setkan meja untuk lapan orang dan lapan orang tula jadi berbuka buddies. Ini supaya memudahkan semua orang untuk dapat duduk semeja, kalau tak mesti ada yang tak dapat duduk. And that was how geng United Eight (aku, Mas, Dinie, Ayim, Tim, Ann, Deqno, Zana) terbentuk. Betapa alimnya sesebuah geng itu apabila ia terbentuk di bulan Ramadhan. Kalau nak salahkan orang yang menyebabkan geng2 sebegini terbentuk, salahkan senior yang buat sistem ni dulu. Hahahaha.

Nasib baik masa form four and form five bulan puasa dan raya masa cuti sekolah. Tak payah pening piker pasal sahur dan berbuka.

Tapi bila terawikh tu memang akan buat 20 la. Kalau buat lapan nanti kena pandang slack dengan senior (tak ikhlas betul buat tarawikh zaman tu, habis sume pahala). Tapi moreh la paling best especially kalau moreh dapat bubur pulut hitam. Wawee junior juice.

Masa aku di UIA
Aku ingat masa duduk blok B dengan Iza, Ika dan Niza. Dalam pukul 11 malam macam tu, kitorang akan pergi kafe Mahallah Maryam untuk beli empat bungkus nasi kosong, telur dadar dengan tomyam campur atau sup tulang. Kitorang akan simpan untuk dijadikan sahur supaya tak payah keluar bilik pagi2 buta tu. Kalau berbuka tu sukati mak bapak korangla nak makan apa pon.

Tapi one day, semua orang tak bangun. Dalam pukul lapan pagi, kitorang semua berdiri depan cubicle masing2 dan merenung ke arah yang sama - bungkusan nasi, telur dadar dan sup/tomyam yang tak dimakan. Perut berbunyik2, bukan sahaja kerana lapar tapi kerana rasa kecik ati tak dapat makan makanan yang dah dibeli dengan usaha pukul 11 malam. Semua orang, dengan muka sayu berkata, "Nasik.....", knowing that even pada waktu berbuka pun, semua makanan tu still akan jadi basi.

Orang kata bubur free yang dibagi kat Masjid UIA tu sedap. I wouldn't know. Tak pernah hingin nak berjalan jauh sampai ke sana bila surau kat sebelah blok je. Yang aku tahu, kalau nak beli makanan berbuka kat Suka2 Catering (diorang bukak bisnes kat Mahallah Hafsah zaman aku dulu), sila lakukannya pada jam 3.30 petang bila kafe tu start bukak. Sebab kalau anda pergi lepas pukul enam, memang tinggal tray jela.

Aku tak penah amik gamba dalam opis. Tapi aku saja nak tunjuk kat korang meja aku... meja coklat yang ada pashmina coklat covering the chair tu. Wahaha.

Masa kerja
Masa aku kerja 9-5 dengan Cinema Online.... ok, more like 9.30-6, kitorang memang dapat balik awal. Masuk kerja time biasa, work through lunch hour while Non-Muslim employees gi makan dan balik awal. Kira cam kelebihan utk kitorang la, sbb yg bukan Muslim kena balik normal hour.

Masalahnya? Balik awal di CO adalah pukul 5 petang. Masalahnya? Orang opis lain sume balik pukul 4.30ptg. Masalahnya? Opis kitorang betul2 depan LDP. Area LRT Kelana Jaya tu. Area jem 24/7 tu. So kalau balik pukul 5 petang pun, hati anda akan ranap bila turun dari opis dah nampak jem depan mata. Tak kire la macam mana aku berusaha pun, aku still sampai rumah jam lapan atau sembilan malam. So, one day, I had enough. I decided untuk berbuka di opis dan keluar pada pukul lapan malam. Itu pun akan sampai umah pada jam sebelas malam. The first time I did that, editor aku tanya pesal aku tak balik umah lagi which I said, "Keje pointless." and he laughed and said, "Figured that out eyh?"

I must have looked extremely stupid trying to have a normal berbuka time.

Tapi yang bestnya masa tak boleh pose. There was one time aku punya time of the month sama dengan Maria. So she gave me coklat Tim Tam and kitorang makan dengan penuh gembiranya sambil buat keje, siap buat discussion tentang perbezaan Tim Tam Malaysia dengan Tim Tam Australia. Tak ada sebarang kekangan di CO. Nobody will give you the stink eye if you eat in front of people since 65% of the employees there are Non-Muslims anyway. So you just do. At least it's not as bad as my editor. Upon knowing that aku dalam keadaan tak boleh pose, dia ajak gi makan kat luar lepas Press Preview. Adakah kau cuba untuk membuatkan aku bersiar2 di dalam van mayat?

Oh, and di bulan puasa jugalah aku pergi press preview pertama aku (before that was a gala premiere, so tak dikira)... filem MAMMA MIA.

Kenapa aku tak berbuka kat restoran berhampiran? Apa yang halal kat situ? Restoran mamak amendetah namanya tu tak sedap. Tak pernah aku jumpa restoran mamak yang tak sedap. Tapi rupa2nya wujud di Kelana Jaya. Kalau restoran boleh berubah menjadi workshop repair keta, ketahuilah bahawasanya memang tak sedap.

Masa bekerja sebagai freelancer
Aku co-cook lauk sahur dan aku juga co-cook waktu berbuka. Setiap kali orang lain bising pasal lauk masin atau masakan tak sedap, baru aku paham perasaan mak aku. Memang rasa nak belasah muka masing-masing. Nothing worse than memasak sepenuh hati and then have people say things like, "Lauk ni?" 

2 comments:

Anonymous said...

I can not thank you adequately for the posts on your web site. I know you'd put a lot of time and effort into them and hope you know how much I appreciate it. I hope I'll do exactly the same for someone else at some point.

Liza @ Adzriel AB said...

senyum sorang2 akak membacanya.. nice story dear..