Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, July 28, 2012

Kecik, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti, 9-5, Freelancer

Block tahun akhir aku kat UIA dulu. Block C


Since I am bored out of my wits, let's write.


Masa aku kecik2...
Aku tak pose. Noktah.

Masa aku sekolah rendah...
Here's the thing about being a second child. You're always trying hard to impress and your older sister is always a line you wanna cross. So kalau "Masa darjah satu kaklong puasa penuh", of course aku nak puasa penuh. Heck, I would puasa until hari raya if I could just so I would break her record. 

Jika anda mahu anak anda berpuasa penuh, banding2kan mereka. Hahahaha.

Tapi itu tak bermakna saya seorang budak yang baik when it comes to bersahur. Bila masa bersahur, I'm a total bitch. Makdik (which is mak sedara aku, yang dipanggil Makdik sebab she's the younger of the twin... I also have a Makkak) aku pernah kata, "Setiap kali aku tengok mak korang ni layan korang makan, aku memang rasa nak bagi penampar je sorang-sorang."

But makdik aku tak perlu penampar kitorang, sebab ayah aku ada untuk melakukan hal tersebut. You see, kalau mak aku layankan, bapak aku tukang tampor. Kalau bapak aku layankan, mak aku tukang tampor. Sistem good cop-bad cop ini tak pernah ada perbezaannya so bila dah besar kitorang tatau siapa yang kitorang lebih sayang sebab dua2nya kaki melayan dan kaki penampor. Hahah.

Masa aku sekolah menengah...
Aku tak pernah sahur kat DM. Why? Sebab trying untuk bangun, cuci muka (at least), menutup aurat, turun dari asrama tiga tingkat, berjalan ke dewan makan dan beratur untuk amik makanan sahur is futile and tiring. Lebih futile lagi apabila apa yang diserve di dewan makan tu adalah makanan yang sesuai untuk convict di ADX Florence Supermax Facility (sila google utk keterangan lanjut). Kalau masakan normal ialah sup sayur yang boleh bertukar menjadi jus sayur dengan sekali picit, bayangkan lauk itu pada pukul tiga pagi.......

Jadi selalunya aku bersahur dalam bilik. Biasanya dengan biskut dan air kosong atau biskut dengan air milo sejuk yang serbuknya berbijik2 terapung atas air (I swear to God, kids are so lucky they have Milo Freeze these days). Kalau Masitah pulak, mesti makan Maggi mee-in-my-mug (oh rindunya aku dgn brand tu) sejuk yang lembik tak lembik keras tak keras. Takyah kesiankan, sebab she loves it. Even kalau ada air panas pon dia lebih prefer makan macam tu. 

Masa form two, diorang buat sistem di mana setiap bangku dan meja dah ditetapkan and you have to get eight people to eat with you sepanjang Ramadhan. Kiranya cam dah setkan meja untuk lapan orang dan lapan orang tula jadi berbuka buddies. Ini supaya memudahkan semua orang untuk dapat duduk semeja, kalau tak mesti ada yang tak dapat duduk. And that was how geng United Eight (aku, Mas, Dinie, Ayim, Tim, Ann, Deqno, Zana) terbentuk. Betapa alimnya sesebuah geng itu apabila ia terbentuk di bulan Ramadhan. Kalau nak salahkan orang yang menyebabkan geng2 sebegini terbentuk, salahkan senior yang buat sistem ni dulu. Hahahaha.

Nasib baik masa form four and form five bulan puasa dan raya masa cuti sekolah. Tak payah pening piker pasal sahur dan berbuka.

Tapi bila terawikh tu memang akan buat 20 la. Kalau buat lapan nanti kena pandang slack dengan senior (tak ikhlas betul buat tarawikh zaman tu, habis sume pahala). Tapi moreh la paling best especially kalau moreh dapat bubur pulut hitam. Wawee junior juice.

Masa aku di UIA
Aku ingat masa duduk blok B dengan Iza, Ika dan Niza. Dalam pukul 11 malam macam tu, kitorang akan pergi kafe Mahallah Maryam untuk beli empat bungkus nasi kosong, telur dadar dengan tomyam campur atau sup tulang. Kitorang akan simpan untuk dijadikan sahur supaya tak payah keluar bilik pagi2 buta tu. Kalau berbuka tu sukati mak bapak korangla nak makan apa pon.

Tapi one day, semua orang tak bangun. Dalam pukul lapan pagi, kitorang semua berdiri depan cubicle masing2 dan merenung ke arah yang sama - bungkusan nasi, telur dadar dan sup/tomyam yang tak dimakan. Perut berbunyik2, bukan sahaja kerana lapar tapi kerana rasa kecik ati tak dapat makan makanan yang dah dibeli dengan usaha pukul 11 malam. Semua orang, dengan muka sayu berkata, "Nasik.....", knowing that even pada waktu berbuka pun, semua makanan tu still akan jadi basi.

Orang kata bubur free yang dibagi kat Masjid UIA tu sedap. I wouldn't know. Tak pernah hingin nak berjalan jauh sampai ke sana bila surau kat sebelah blok je. Yang aku tahu, kalau nak beli makanan berbuka kat Suka2 Catering (diorang bukak bisnes kat Mahallah Hafsah zaman aku dulu), sila lakukannya pada jam 3.30 petang bila kafe tu start bukak. Sebab kalau anda pergi lepas pukul enam, memang tinggal tray jela.

Aku tak penah amik gamba dalam opis. Tapi aku saja nak tunjuk kat korang meja aku... meja coklat yang ada pashmina coklat covering the chair tu. Wahaha.

Masa kerja
Masa aku kerja 9-5 dengan Cinema Online.... ok, more like 9.30-6, kitorang memang dapat balik awal. Masuk kerja time biasa, work through lunch hour while Non-Muslim employees gi makan dan balik awal. Kira cam kelebihan utk kitorang la, sbb yg bukan Muslim kena balik normal hour.

Masalahnya? Balik awal di CO adalah pukul 5 petang. Masalahnya? Orang opis lain sume balik pukul 4.30ptg. Masalahnya? Opis kitorang betul2 depan LDP. Area LRT Kelana Jaya tu. Area jem 24/7 tu. So kalau balik pukul 5 petang pun, hati anda akan ranap bila turun dari opis dah nampak jem depan mata. Tak kire la macam mana aku berusaha pun, aku still sampai rumah jam lapan atau sembilan malam. So, one day, I had enough. I decided untuk berbuka di opis dan keluar pada pukul lapan malam. Itu pun akan sampai umah pada jam sebelas malam. The first time I did that, editor aku tanya pesal aku tak balik umah lagi which I said, "Keje pointless." and he laughed and said, "Figured that out eyh?"

I must have looked extremely stupid trying to have a normal berbuka time.

Tapi yang bestnya masa tak boleh pose. There was one time aku punya time of the month sama dengan Maria. So she gave me coklat Tim Tam and kitorang makan dengan penuh gembiranya sambil buat keje, siap buat discussion tentang perbezaan Tim Tam Malaysia dengan Tim Tam Australia. Tak ada sebarang kekangan di CO. Nobody will give you the stink eye if you eat in front of people since 65% of the employees there are Non-Muslims anyway. So you just do. At least it's not as bad as my editor. Upon knowing that aku dalam keadaan tak boleh pose, dia ajak gi makan kat luar lepas Press Preview. Adakah kau cuba untuk membuatkan aku bersiar2 di dalam van mayat?

Oh, and di bulan puasa jugalah aku pergi press preview pertama aku (before that was a gala premiere, so tak dikira)... filem MAMMA MIA.

Kenapa aku tak berbuka kat restoran berhampiran? Apa yang halal kat situ? Restoran mamak amendetah namanya tu tak sedap. Tak pernah aku jumpa restoran mamak yang tak sedap. Tapi rupa2nya wujud di Kelana Jaya. Kalau restoran boleh berubah menjadi workshop repair keta, ketahuilah bahawasanya memang tak sedap.

Masa bekerja sebagai freelancer
Aku co-cook lauk sahur dan aku juga co-cook waktu berbuka. Setiap kali orang lain bising pasal lauk masin atau masakan tak sedap, baru aku paham perasaan mak aku. Memang rasa nak belasah muka masing-masing. Nothing worse than memasak sepenuh hati and then have people say things like, "Lauk ni?" 

Friday, July 27, 2012

Of nightmares and dreams...

I have been trying to update my blog sejak minggu lepas. Tapi sepanjang Ramadhan ni memang banyak kerja. Novel masih tak bergerak2 dari the last chapter I wrote. Bukannya apa. The last time I read it I felt like I just wrote 300 pages worth of crap. I can't sell that to people. Nabi tak ajar jual benda tak berkualiti pada orang. Berdosa. Hahahaha. (Alasan baru aku kenapa novel belum siap sangat Islamik, kan?). Tak lama lepas tu aku demam plak. Ni masih lagi dalam keadaan demam, selsema tahap sesak nafas masuk dalam mimpi.

In a topic of dream... bila aku demam, usually I get nightmares. So, last night, aku mimpi aku ada dalam this very white very clean institution ala2 scentific research punya institution and then people kept whispering here and there saying that Baim Wong is dead. Someone told me that a bunch of stars have been rounded up inside an elevator and was shot dead. The last one was a group of stars, Baim Wong, Marshanda, Agnes Monica, SISTAR's Hyo-rin and BoA. They said that Baim and Marshanda was already shot.

I went, "Maksud kau, Baim Wong dah tak ada lagi?"
She went, "Yeah."

And somehow I felt extremely forlorn at the thought that he is gone.
So I went there and saw a miserable looking Yoo Jae-suk (yes, you already know that in dreams, nothing makes sense). And he came towards me, saying in Korean (and somehow I understand) that he was asked to choose to shoot a star. It was "Shoot a star, or we'll shoot them all." I asked him who did he shot? He pointed at a dead Hyo-rin. He said he had no choice but to do it. I asked him how many celebrities had been killed. He said "More than 500".

And then another elevator door opens, and I saw Adibah Noor and her minions in white mask. She looked at me and went, "Jangan masuk campur atau awaklah yang kena lepas ni."...............................

..........................................................Aaaanyways.
(I actually understand the root of this dream. I have spent so many hours writing articles and news about Korean stars and translating a lot of Indonesian sinetron lately. Dun ask me about the Adibah Noor part, I seriously don't know.)

Actually, kalau ikut tradisi, biasanya dalam bulan Ramadhan aku akan update blog setiap hari. I have been doing that since 2004 in my old blog. Tapi tataulah kenapa tahun ni aku busy sangat sampai tak sempat nak buat semua tu. Lagipun hidup aku asik dipenuhi dengan menaip, I just can't bear do it for free. Haha.

I will try update more. But for now...

1. Aku dah beli baju raya. Sehelai beli online, lagi dua helai beli kat Alam Sentral. Masalah utama raya dah selesai (I'm seriously against shopping during Ramadhan)
2. Aku mungkin tak ada kasut raya. Atau mungkin takde kasut langsung. Ini disebabkan aku memang selalu beli dua pasang kasut dan pakai sampai haus atau koyak, baru beli baru. So kasut aku dah haus tapi aku tak jumpa keinginan nak beli kasut. I hate shoes. The world will be better off with everybody berkaki ayam ke mana2.
3. Impian sejak dua tahun lepas untuk buat kad raya eksklusif ditangguhkan sekali lagi. Buat kad, mahal. Setem hantar kad, mahal. Tahap peduli manusia terhadap kad raya, zero. Just bayangkan gini je. If aku ada kad raya eksklusif, it will look like the cover of AKN. Imagine some witty speech inside it and a chibi drawing. There. Now you will have my kad raya in your head.
4. Aku hanya akan buat popia horlicks raya ni. Masih belum beli oven baru.
5. Keputusan kes mahkamah kitorang akan keluar 31 Julai ni. Harap korang dapat doakan kejayaan kitorang dalam kes ni supaya aku boleh menarik nafas lega dan do other things that I have been postponing because of it - like migrating or opening  a bookstore or accepting a proposal and getting married. (The latter, I guess might have been withdrawn. Time and tide waits for no man, aye?)

Anyways, it is never too late to wish everybody a Sweet Holy Ramadhan. Semoga semua charitable deeds bulan ni akan menular ke bulan2 yang lain juga.

NEXT ENTRY: Kenangan puasa... Isn't that too cliché? Oh well, I love reminiscing anyways... (anyways, I have to stop using the word cliché. Last month, I saw a televised interview where a drama director used that word, and I now realised that, "Gracious! Saying cliché is now too cliché."

Wednesday, July 18, 2012

Don't feed my annoyance. Feed a Family this Ramadan!

Don't you LOVE Ramadan?

I LOVE it! It's the month where my patience are heighten to a new level, automatically. There is something in the Ramadan's air that kinda make you less annoyed with the world.....


.... except the constant lagu raya playing on the radio and in the mall, the crowd in the mall, crowds and bazaar Ramadan. I do hate bazaar Ramadan. You can find the harmony among Muslims there and also the bad things people do - like membazir, charging too much for a stale piece of murtabak, and people pretending to be crippled to get sadaqah. Seriously, they are the worst. If you are an able-bodied man, work, son. Don't pretend to be blind. You are tainting and victimising the disabled community.

But still... I love the month. I am more forgiving (because getting angry is wasting the fat energy I am holding on to) and less mouthy about stuff. If there is a time for you to make a confession or a secret that will make me mad, spill it during Ramadan. You know I will not be able to cuss you.

But anyway, what I am trying to write here is not about me (or the calmer version of me), but of a charity. Kak Eton sent me an email about this and I think it's a great thing to add to the holy month. No need for me to explain. Let's just read it, aye?

Just click on it for a larger size, yea? If I make this bigger, it will eat the page up.

Women of Today

Women of today are supernatural, I tell you.

They work by day, they take care of their kids and husband. Then they make macaroons on weekends, sew shoes for their kids, have hobbies in arts and crafts, build online businesses, exercise so not to lose to slimmer women, learn how to bake stuff with french names, continue their studies, learn beading, design tudungs, open stalls selling creative collectibles...............................................

The more I meet the women of today, the more proud I am of their achievements.

And the more scared I am to be female. Seriously. I feel useless with what little knowledge I have about being a perfect woman. It's like I'm back to the Regency Era where women must have "the eloquence with the pianoforte, extensive readings, knowledge of the arts whilst having the ability to enchant men with their gentle female whims...".... while I act like the scullery maid with Cockney accent.

Thank God I can use "I'm a novelist" as an excuse not to achieve such heights. I'm a novelist. I need my messy miserable artsy fartsy 18th CE peasant look.....

.......alasan pemalas.


Thursday, July 12, 2012

Siri Bercakap dengan Jin Part 2 (ok, next time aku tak tiru Tamar Jalis lagi)

Apa arituh? Apa citer aku?

(*check balik last entry......) Oh yeah.

So.

Dorm 32. Dunno what the hell is wrong with that place. Seriously dun have a clue. But kat dorm tu je, tiga kali something happened. Most of the time sebab aku yang carik pasal but hey, I am a night person. Masa form four aku memang budak baik (tak ada sape nak puji, tepakse puji sendiri). Tapi aku jugak senior, which means aku banyak kerja sampingan selain belajar (sebab tu la ko punya add math teruk, pompuan). Sebab kerja2 sampingan untuk persatuan tu la akhirnya benda2 ini berlaku. Like that time when I asked for a permission untuk pergi lambat ke musolla untuk solat maghrib...

THE HURT LOCKER
(no, it's not)

Masa tu aku balik lambat dari riadah. Biasanya riadah habis pukul 6 (ke 6.30? Aku dah tak ingat), balik makan, mandi and straight ke musolla untuk solat jemaah Maghrib dan isyak and kuliah Maghrib before 7.15pm. Tapi that day aku gunakan waktu riadah tu untuk buat kerja for PSSGM..... eh jap... sama ada Silat Gayong atau Persatuan Bahasa Arab. Aku tak hengat yang mana satu. Yang aku ingat, aku dengan Tim yang habiskan masa kat bilik komputer mengerjakan benda tu sampai pukul 6.45. And since benda yang kitorang buat tu memang co-curricullum related, exco disiplin pon benarkanlah kitorang keluar lambat sikit dari asrama, around 7.45pm.

Of course la.. kalau ko dibagi kebenaran keluar lambat, ade niat ke nak pi musolla as soon as ko siap mandi? Mestila la tak. So aku siap mandi around 7.15 (masa tu bilik air dah kosong) and balik bilik utk lepak2 until 7.45pm. Of course masa tu semua bilik dah kosong sebab sume orang yang boleh solat dah pi musolla dan sume yang takleh solat dah turun bilik prep for their own activity. Kiranya kat blok tu, aku sensorang jela yg wujud selain drpd Tim kat first floor Wing B. So aku pon lepakla dgn bahagianya, membaca majalah sambil tunggu rambut kering. Memang best duduk waktu maghrib, sunyi je takde suara sesapa. 


But then tetiba aku dengar bunyik something. "Gdung gdung gdung"-ish. Macam bunyik yang akan kuar bila ko cube nak bukak pintu kayu yg berkunci and ko tarik berkali2. Aku assume jela mungkin somewhere in another place in this quiet location, someone is trying to open something. Sambung baca buku.


But then bunyik tu muncul semula. And aku realise that it comes from behind me. Aku terus pandang belakang, ke arah barisan loker yang tutup dinding. 


There is one funny thing about being in a situation yang agak creepy. Unlike dalam filem where the protagonist terus saspen bila dengar something, actually when you are in that situation, your mind kinda shut the whole idea about supernatural entities and start to think logically. Perkara pertama yang aku fikir ialah,


"Bebudak ni mesti simpan kucing lagi dalam loker!" (ada sesetengah student suka sgt amik anak kucing yg diorg jumpa and letak dalam bilik).


Since kitorang mmg saling mempercayai n tak ada sesiapa pun yang mengunci loker diorang, so aku pun bangun and check one by one loker baju yang ada kat situ, thinking that maybe ada kucing yang cuba keluar tapi tak dapat. Tapi tak ada apa-apa. 


Aku sambung baca majalah balik. Jam baru pukul 7.30pm. Ada 15 minit lagi. But then it sounded again. And again otak aku buat its own explanation. I was thinking "Mungkin hanger baju kena tiup angin so it sways dan langgar loker." (aku tau, memang agak dumb untuk fikir benda dalam loker boleh berhayun ditiup angin... kat mana plak datangnya angin?). So aku bukak lagi sekali untuk check whether ada tak orang gantung hanger kat belah dalam pintu loker. Pon tak ada.


Mula rasa curious dan saspen. Tapi masih berdegil tanak keluar dari asrama selagi belum pukul 7.45pm. Then it sounded again. Aku buat tatau. Every four to five seconds bunyik tu keluar and bunyiknya mmg datang dari belakang aku. But then azan maghrib berkumandang. And sepanjang azan tu yang peliknya, bunyik tu tak ada. 


But then, azan pun habis. Aku tadah tangan baca doa lepas azan (baca doa rajin, pi solat jemaah malas. tsk tsk tsk). But then selesai je aku baca doa dan sapu kat muka, I mean as soon as that is over, bunyik tu datang lagi, this time with quite an urgency. 


Masa tu baru otak aku click and fikir yang hal ni bukan hal biasa. So aku bangun, tukar baju, pakai tudung, amik beg dan five minutes after that, aku keluar. Masa aku keluar kat koridor tu, baru aku sedar. Rupa2nya minah Fatimah Abd Mutalib ni dah lama blah pergi musolla. Floor dia dah gelap. Floor lain dah gelap. ground floor pon gelap. Semua orang kat bilik prep tak ada and dah pi musolla sebab Ustaz Ezani ada untuk kuliyah Feqah. Damn gila, aku sorang je rupe2nya dalam asrama yang dah gelap tu and cuma lampu bilik aku je yang menyala. Kuasam btolllll.


But that was not the worst of it. Sebab masa tu belum lagi musim choral speaking. Masa musim choral speaking, aku selalu balik bilik lambat dan selalu terlepas sesi baca Surah Al-Mulk kat dalam bilik. Masa musim choral speaking, aku and bebudak form four yang lain akan berlatih kat ground floor sampai pukul satu dua pagi and usually kalau balik bilik semua orang dah tido.


KISAH KAKI ANNE
(Penat dah nak buat tajuk best)


Masa aku form four, dorm kitorang cuma ada 19 penghuni. Since ada 10 buah katil double decker, ada la satu katil tingkat atas yang tak berpenghuni. Katil tu memang takde sape nak duduk sbb tak best. Dahla sebelah pintu, tingkat atas plak tu. Tapi katil aku pulak terletak kat sebelah katil tu. Aku duduk katil belah bawah (sebab aku senior, suka hati aku nak pilih katil). Sebelah kanan aku barisan loker dan sebelah kiri aku adalah junior aku (aku tak ingat sape). Tapi katil belah atas aku didiami oleh seorang budak junior yang bernama Najihah dan dipanggil Anne.

Malam tu aku balik lambat buat kesekian kalinya. Semua orang pun dah tido. So dengan penuh keletihannya, aku tukar baju dan terus tidor atas katil aku. Toksah citer Surah Al-Mulk la, mandi pun tak.

But then masa tengah tidor tu I had a bad dream. So aku terjaga. Tapi masalahnya walaupun aku terjaga, aku takleh bangun. Sekali lagi, after two years, aku kena tindih lagi. Disebabkan aku terlampau mengantuk, aku cam fikir, "Tindih la, aku dah tak pedulik. Aku nak tido."

But the thing about being pinned down, whether it's due to psychology or a supernatural entity, makin lama ko akan rasa makin berat. That invisible thing that pinned you down felt so heavy that you have trouble breathing. So unless you die of suffocation (exaggerate), you have to fight to get up. You know, if I could sue a ghost for sexual harassment, I would. But you can't.

While in that state, in that suffocating state, weird things happen. Bila kepala aku menoleh ke kiri, aku dengar suara orang baca Quran. Bila aku toleh ke kanan, aku dengar suara orang borak dan gelak2. Kalau aku menghadap tengah, aku dengar both things. So in that moment, aku kumpul semua tenaga yang masih ada dan aku bangun. Aku tau aku tak boleh just force mata untuk bukak. Aku tau kalau nak bangun dan get it over with, aku perlu bangun dan terus berdiri. So, with that thought, aku gather my whole energy dan bangun.

Masa nak bangun tu (aku decide utk bangun dan berdiri kat right side of the bed sebab belah kiri tu tak banyak ruang antara katil aku dengan katil sebelah)... ok, again. Masa nak bangun tu, kaki Anne terjuntai pakai seluar merah (warna dark orangey from the outside corridor light) dari katil atas dan menghalang aku untuk terus berdiri. So dengan semangatnya, aku tepisla kaki tu dengan lengan aku macam ko tepis dahan pokok yang berjuntai. With that, aku terus bangun.

Peace. Tak ada bunyik baca Quran, takde bunyik orang ketawa, tak rasa suffocate lagi. Then aku jalan pusing satu bilik (itu yang aku selalu buat bila aku rasa tak selesa atau lemas), kerling ke arah Anne yang masih tidur kat belah atas katil aku dan terus baring semula atas katil.

Aku baru nak tutup mata when suddenly aku tersedar something. Masa aku kerling Anne yang tengah tidur tu, dia tidur at the far left side of the bed. Maksudnya, dia tidur mengiring sambil peluk bantal dan betul-betul kat bahagian kiri katil dia. So tak logik untuk orang yang mengiring belah kiri boleh menjuntaikan kaki kat bahagian kanan katil. And one more thing.  She was wearing a dark blue track bottom. But the leg yang aku tolak tadi tu pakai seluar warna merah.

Aku rasa mungkin aku terlampau mengantuk dah masa tu so aku tidor je tanpa mencarik jawapan. But I still think about it today. Aku tolak kaki sapa pada tengah malam tahun 1999 di dorm 32?

Pehh, ending cliffhangar la kata hatinya.

But then it was not the end of it. I touched something but I didn't see any actual apparition. Never did until then. Until that one night masa budak junior aku pi tido atas katil aku dan aku terpaksa tido atas katil dia sebelah Arima.

HANTU ARIMA
(aku tak bagi tajuk lain sebab sume orang yang tahu citer ni memang tahu hantu ni dengan nama Arima je, kesian Arima....)

Asrama memang selalu blackout. Sama ada blackout atau takde air. Atau paling best, kedua2nya sekali. Nama je bangunan baru, tapi tahap efektif macam bangunan buruk.

So that day prep malam dibatalkan sebab satu kawasan tu takde letrik. Aku dan bebudak bilik aku habiskan masa berborak2. Disebabkan panas, aku baringla atas simen kat tengah2 antara dua katil junior bilik aku with some other dorm mates. Meanwhile, another junior aku si Arima ada test ke amende tah, jadi dia tak join kitorang and kata dia nak study menggunakan lampu yang datang dari dewan makan (katil dia at the other side tingkap yang menghadap bangunan dewan makan).

The thing about Arima ialah, a) Dia bercermin mata. b) Baju tidornya consist of the top part of baju kurung kedah bunga2 warna pink dipadankan dengan track bottom. c) Dia sentiasa tocang rambut.

Why do I have to tell you all this? Because it's crucial to the story.

Anyways, while kitorang berborak, Arima plak menelungkup atas katil menghadap dewan makan sambil study. Somewhere along that time, dia tertidur dengan spek2 sekali tak sempat bukak. Meanwhile, kitorang yang berborak ni tertido la kat mana kitorang lepak tu. And around 1 or 2am macam tu aku terjaga sebab sakit belakang tido atas simen. Although kitorg mmg tak bukak lampu, lampu koridor kat luar dah menyala, menunjukkan yang electric dah ada balik.

Aku pun bangunlah nak pi tido katil aku. Tapi tengok ada plak orang lain atas katil tu (kes malas nak panjat katil la tu). So sebab malas nak kejutkan budak yang dah tido atas katil aku tu, terpaksa la aku tido atas katil budak tu - yang mana merupakan the top part of katil double decker dan terletak di sebelah katil Arima yang kini dah menelangkup di atas bantal bersama buku dan cermin mata.

Masa tu aku mamai gila sebab baru bangun. Panjat katil dengan rasa tensen and then terus guna selimut minah ni untuk tutup badan and sambung tido. Mengiring ke arah Arima dan tengok dia tidur telungkup depan buku.

But somehow, masa aku dah ready nak tido balik, aku nampak someone, or at least a shadow of someone coming from the lockers. Slowly dia berjalan menuju ke arah Arima kat sebelah aku tu. Masalahnya, while Arima yang sebenar ada kat sebelah aku dan dah lama tertido, rupa yang aku nampak tengah jalan ke arah kitorang ni - in that vague silhouette of light from the corridor,  sama macam Arima. Dia pakai baju yang sama dengan corak bunga yang sama, same height, same track bottom, and walaupun aku tak nampak sgt muka dia, she's wearing spectacles. 


The only difference is that walaupun dia pon bertocang macam Arima, tocang tu tak macam orang biasa, Tocang tu tegak, as if someone invisible is holding it behind her. Slowly but steadily dia approach Arima (masa ni aku kecikkan mata aku supaya tak nampak sgt macam aku berjaga, but still watching, half sleepy half calmly horrified... I dunno how to explain the feeling). And then dengan suara Arima, dia cakap,


"Arima, jomlah temankan kita pergi toilet."


Kalau nak kata apa perasaan aku masa tu, susah aku nak explain. It's not actual scared. I know this is not human, but somehow I don't actually put the word "ghost" inside my head. It's like one part of my brain is saying "Ini bukan Arima. Arima kat sebelah ko" and another part is saying, "But this is not a person." No part of the brain wants to say, "U-huh. Memang hantu." 


Tapi still, bila dia cakap macam tu, terus terdetik dalam otak aku, "Arima tido. Kalau die kejutkan Arima and Arima tak bangun, nanti dia pusing ke arah aku plak dan ajak aku plak pi toilet!" Adakah aku nak pergi toilet dengan makhluk bukan Arima dengan tocang tegak ni? Hell, no. 


So with that thought, aku pejam mata and slowly aku pusing ke arah lain. Memang gila slow punye pusing, in the back of my head aku piker aku takleh buat bising walau a little creaking sound pon or that thing will turn to me. Jadi pergerakan aku sangat slow, sampai aku sendiri tak rasa aku bergerak. After what feels like ages, aku akhirnya berjaya pusing 180 darjah and terus tido. Jangan tanya camna aku boleh terus tido. I guess, it's survival instinct. Sleep is safe.


Oh, and masa tu jugak aku takleh solat. But awal subuh tu aku terjaga sekejap sebab dorm aku agak bising. Si Arima punya spek hilang and diorang sume duk tolong carikkan sebab nak gi musolla. It was ridiculous, sebab Arima memang tertido pakai spek. Tanpa memikirkan apa2, aku tertido balik. The next time aku terjaga semula, bilik bising lagi sebab diorang sume dah balik dari musolla. Then tetiba si Arima jumpa cermin mata dia. 


Atas katil kosong sebelah pintu. Katil yang memang tak pernah ada sesiapa tido sebab ahli bilik cuma 19 orang.


So I told her the story, of what I saw the night before. And then we made a joke that maybe sebab Arima tak nak bangun temankan benda tu gi toilet, dia curik spek Arima and letak atas katil yang takde orang tu sambil kata, "Padan muka. Besok pegi la solat takde spek!"


That was in dorm 32. Then in 2000, masa aku form five, two things happened. Both masa dengan Tim.


BILIK RIADAH


It didn't happen kat dorm this time. Dorm 34 was kinda safe.
It happened in this one room yang seingat aku dipanggil sebagai bilik rehlah. Bilik ni dulu part of stor barang2 rasanya. But then it was changed into a play room. Kot ko nak baca majalah, novel, main board games atau congkak, sume benda ada dalam bilik tu la.

Masa tu aku dengan Tim tak boleh solat. And tak ada kuliah ustaz kat musolla, so semua yang uzur tak perlu pergi sana. Usually kitorang akan buat aktiviti untuk mereka yang tak boleh solat di bilik prep but aku tak ingat kenapa, that time kitorang tak buat. So aku dan Tim yang kebosanan decided untuk pi bilik rehlah untuk main congkak. Pada waktu maghrib. Dalam keadaan uzur.

Kitorang berdua je masa tu, main congkak dengan jayanya. Dalam the first game, Tim menang jalan tapi aku menang rumah. Tim ada satu lubang kosong. So kitorang mainla untuk second round, Tim dengan satu lubang congkak kosong while aku ada lebih.

Tapi yang peliknya, masa kitorang tengah isi semula lubang tu, Tim ada baki enam biji guli, tapi aku cuma ada lebih sebiji guli je, walhal kalau dia ada enam lebih, maksudnya aku mesti ada dua biji guli. So kitorang carikla kat sekeliling, kot2 ada guli yang tercicir. Tapi carik punya carik, tak ada. So kitorang pun amikla sebijik guli dari bekas untuk tambah yang hilang tu.

Main semula. This time aku menang rumah dan menang jalan, Tim masih lost satu lubang. So kitorang isik la semula untuk third round. Tapi this time around, sekali lagi guli tak cukup. Aku ada tujuh biji guli tapi Tim tak ada baki guli. Sebijik guli lagi hilang. Carik lagi sekali kat sekeliling kitorang tapi tak ada.

Amik lagi sebijik dari bekas guli. Main congkak third round. Kali ni Tim menang rumah. Aku lost satu lubang tapi menang jalan. Masukkan lagi guli dalam setiap lubang. And for the third time around, guli tak cukup. Ada sebijik yang hilang. Tak pernah dua bijik atau tiga bijik. Just sebijik je hilang.

Pada time tu la, Tim stop aku dari terus mencari. Dia pandang dengan aku dan kata, "Dia nak main sama la tu. Jomlah."

Aku tak perlu tanya siapa "dia". Kat SMKA X, kau tak perlu tanya siapa "dia". Kau tau, bila orang kata "dia", kena paham2 jela. Kecik ke, besar ke, rambut panjang ke, budak ke, or just a small thing floating ke, sume tu "dia". So kitorang bangun, kemas barang dan papan congkak tanpa mengatakan apa-apa dan terus blah dari bilik tu, join semua orang kat bilik prep semula.

But actually that happened later that year. It happened after one incident.


THAT TIME WHEN I GOT SLAPPED BY SOMETHING  


Masa tu kat musolla waktu lepas maghrib. Masa tu jugak blackout. Tapi walaupun blackout, semua orang masih duduk dalam musolla untuk tunggu arahan seterusnya.


Suddenly member aku sentuh aku. Dia kata kepala dia sakit dan rasa macam "benda" tu datang balik. Member aku ni memang dulu pernah ada kes histeria. Dah lama dia pulih. Tapi dia jugak someone yang prone to migraine. Aku tanya sama ada dia migraine. Dia kata tak rasa macam sakit kepala sebab migraine. It feels like sakit kepala sebab something else.


Sudahhhh...


Tapi sebagai seseorang yang berusia 17 tahun dan pernah menolong member tu masa dia form one, ko rasa maybe you're mature enough to help her. Lagipun dia kata dia tak nak kecoh2 sebab tengah blackout and semua orang sibuk dgn hal masing2. Dia kata it's not that serious. Tapi dia still hulur lengan dia, sebab dia kata dia "rasa" kat situ.


Remembering what we did last time that happened, aku picit ibu jari dia. Aku tanya rasa apa2 tak? Dia geleng. So aku terus urut tangan dia sambil baca tiga qul dalam satu nafas macam yang pernah Ustaz Kama ajar. Aku urut dari pergelangan tangan sampai ke pelipat lengan.

But then bila sampai pada pelipat, it happened. Something like an electric shock. Pernah tak masa tangan korang basah, korang dengan bijaknya cuba tutup suis lampu and letrik suis tu menangkap? Macam tu la rasanya.

So aku quickly tarik balik tangan aku, just like what you would do kalau kena letrik. Aku tanya dia, "Ada something kat pelipat ko ni ke? I mean as in, ada serangga hinggap ke, atau somehow masa aku pegang tu dia memang tengah kena electric shock ke (ya, soklan bodoh, but try kena electric shock masa pegang something yang tak ada letrik, of course ko akan tanya soklan bodo tu). Dia kata tak ada. Dia tanya kenapa aku tanya. Aku kata sebab aku rasa macam kena renjatan tadi. Dia kata, "Kat situlah yang aku rasa something."

But then aku urut je kepala dia macam biasa dan prep tak jadi dibuat sebab masih blackout. So kitorang semua balik asrama. Nothing happened really. No nightmares, no ghost, no nothing. A peaceful sleep.

Until I wake up the next day and saw something on my face. Kat belah kiri. Ada tiga garisan berwarna merah kat pipi aku. It's like if you touch your face dengan jari.... or more correctly, macam kena tampar. It's not your usual calar thing - sangat common dalam kehidupan di asrama untuk suddenly ada calar kat belakang badan yang ko tatau dari mana datangnya. This one was dark red. Tiga kesan garisan warna merah  gelap kat pipi aku yang tak rasa sakit atau anything but it totally scarred half the left side of my face.

Bila orang tanya, aku tatau nak jawab apa. And at first it was only red. The next day it turned into bluish green. But still takde rasa apa. Masa tu aku tanak gi sekolah sebab memang jelas sangat. Tapi Cikgu Sham datang sickbay dan suruh aku pergi kelas jugak sebab dia kata aku tak demam pun dan dia nak buat kelas Akaun time kelas cikgu lain yang pergi kursus.

So aku pergi la jugak ke sekolah. Aku ingat masa tu. Ahmad budak kelas aku ni pandang aku, pandang kesan kat muka aku. Dia signal dengan tangannya kat pipi dia sendiri dan tanya, "Benda tu eh?" Aku just angguk walaupun aku pon tak sure. Ustaz Ghazali kata bukan. Dia kata maybe ada serangga gigit yang aku tak perasan. Tapi Ustazah Mahfuzah yang nampak parut tu terus tarik tangan aku masuk bilik PK HEM dan jumpa Ustaz Aini. Aku ingat benda pertama yang Ustazah Mahfuzah cakap.

"Ustaz, saya nak cakap pasal kes benda2 ghaib ni. Dah teruk sangat sekarang ni." sambil dia menggunakan aku sebagai Exhibit A.


Cis.


Ustaz Aini pandang aku. And then after a few perbualan yang aku tak berminat nak dengar, diorang decided untuk buat majlis baca yasin dan solat hajat. Jadi, wahai sahabat2 satu sekolah, kalau korang nak tau kenapa ada bacaan yasin tak pasal2 ada sekali tu, ha, aku la pasalnya tu. Hahaha.


Kalau korang tak caya, tengok gambo nih.....


Belah kanan muka aku ada parut. Sorry gambar tak jelas sbb aku cuba sedaya upaya cover that part dr nampak time2 nih. But it was a three line. "Tiga line" ah. Samseng. Ahahahahaha.
Cikgu Sham kata, "Kesian, kurang seribu" (maksudnya, hantaran kahwin aku kurang seribu sebab muka berparut). Parut tu amik masa dalam dua ke tiga tahun nak hilang tapi alhamdulillah hilang. 


Jangan salah sangka. Aku tak akan sekali2 buat statement "Aku kena tampar dengan hantu sebab memandai2 nak halau dia dari member aku". That sounds a bit too much even for me. Even saying it feel absolutely ridiculous. Tapi aku sentiasa anggap it's a kind of a mystery. I like that. I like that once upon a time, something mysterious happened to my face and nobody was able to give me any answer.


But then, my family always joke about it, saying stuff like, "Memangla dia macam tu, sebab tu dia kena tampar dengan hantu" atau "Kakngah kau lagi terer. Hantu tampar dia." But then, that's my family. They are never serious.......... except that my dad kinda give me air yang dah ditawar dek seorang ustaz after that, just in case.  


And that was my horror experience.


Oh ada satu lagi, but this is quite funny sebenarnya. 


NAD DAN KUCING


One night lepas prep and supper, aku dengan Nad lepak kat belakang koridor blok A, menghadap dewan makan. Masa tu dewan makan dah gelap and semua orang kat dorm memasing. Entah apesal tah kitorang pi duk lepak belakang blok pon, tatau. Kalau dah namanya nak borak, kat mana2 pon jadi.


So tengah borak-borak tu, ada sekor kucing kelabu belang2 lalu. So I remembered something and gitau Nad,
"Nad, aku ada baca yang bila kucing mengiau, maksudnya dia nampak orang kena seksa kat neraka."
"Oooo." kata Nad. Aku sambung lagi,
"Sama ada itu, ataupun diorang mengiau sebab nampak hantu."
Elok2 je aku habis sebut perkataan hantu, kucing tu pandang kitorang.


"Miau."


Nad menjerit bagai nak rak dan terus lari dari situ. Aku pon lari jugak ikut dia sebab aku tanak kena tinggal sensorang dengan kucing tu.


Hampeh. 

Wednesday, July 11, 2012

Kisah Bercakap dengan Jin Part 1 (aku plagiarise tajuk siri Tamar Jalis... ahaha)

Atas permintaan ramai (cewah, poyo la ramai... setakat dua tiga orang je...), aku persembahkan kisah....

SERAM DI SMKA.... muahahahaha....
(....................................laaame!!)

Mestilah ada intro dulu. Eh jap... aku kena fikir dulu. Kalau aku tulis nama sekolah aku kat sini, adekah sekolah aku akan saman aku sebab menakut2kan bebudak yang boleh menyebabkan diorang tanak belajar kat sana?Ah mengarutlah. Tapi untuk keselamatan, (macam la org tatau nama sekolah aku apa, walhal aku dah selalu sebut), let's call the school SMKA X. Ahaha.

Okay, so. Aku masuk sekolah tu dari Mac 1996 (kemasukan ketiga) sampaila abis SPM pada Disember 2000. Sekolah aku agak baru gakla time tu. Aku batch ketiga, and masa masuk, sekolah tu mmg masih berbau wangi, cat masih putih bersih dan padang semua masih tandus. Muka semua orang bagaikan malaikat subuh yang sedia untuk menerima ilmu agama dan hidup berdikari. Ten years later however.....

Although harus aku katakan, memang normal untuk sesebuah sekolah berasrama - moreover "Sekolah Agama" ada penunggunya. Apatah lagi kawasan sekolah tu adalah bekas teluk penyamun... okay, ini historically incorrect, tapi anggap jela macam betul - biasela, citer hantu melayu mesti nak kena ada reason... hantu takleh main wujud je tanpa sebab. Case and point, Cerita hantu Razak Mohaideen. Hagaahahahaha.

Ok, but these stories are 137% (gaya Park Seonggwang). Ini benda2 yang berlaku sendiri kat aku. Mak aku tanya apesal aku banyak sangat nampak hantu kat sekolah tu tapi kakak aku (yang juga sekolah di situ dan bernama Intan Mawarni dan disayangi oleh cecikgu) tak pernah. Jawapan aku senang. Aku selalu lepak memalam tak tido. Kakak aku baik lagi skema - pelajar contoh, pengawas asrama dan pengawas sekolah. Hantu tak suka dia.

Hantu suka aku, kah? Edward Cullen?

Sebab aku dah membebel banyak di sini, maka terpaksa la aku jadikan entry ni two parts. So this is part 1.

And kena dijelaskan dulu. ASPURI kitorang terletak kat hujung kawasan sekolah. Sebelah kanannya ada a few gelanggang sepak takraw dan bola tampar, ada sekolah lain plak di pagar sebelah. Belah kiri ialah DM (dewan makan). Belakangnya ada ampaian, and then lepas pagar ada padang kosong dan behind that ada ladang kelapa sawit. Ada dua blok (Wing A dan Wing B) dan dua tingkat (Ground floor, first floor dan second floor). Each floor ada lima buah bilik, sebuah power house, sebuah toilet besar with six cubicles and six shower rooms dan satu lagi tandas kecik with three cubicles and three shower rooms. First floor Wing B ada dorm 15 - 19, wing A ada dorm 26 - 30. Second floor Wing A pulak ada dorm 31 - 35 while Wing B pulak 42 - 46. Jangan tanya pesal no. bilik camtu. Aku malas nak terangkan.

First time aku experience stuff like this adelah pada second year aku kat sana. 1997. Kat dorm 34. Let's call it:

THAT ONE AFTERNOON: A BEASTLY STORY
(tajuk poyo tatahannnnn)

Masa tu aku form 2. Selalu dengar cerita hantu, pernah deal with some hysteria cases (kawan aku yg kena, so of course as a friend, aku pon kena panggil sama dek ustaz) but never actually experienced one meself. Masa tu duduk dorm 34. Oh, aku dengan dorm 34 ni memang macam ada jodoh. Aku duduk dorm 34 masa form 1 dan 2, and then pindah dorm 18 masa form 3(yay, tingkat bawah!), then kena naik balik dorm 32 (demmit) dan mengakhiri tahun last aku di dorm 34 semula (macam celaka tukar no dorm kat cadar tiga kali just to rewrite it back jadi 34).

Masa tu hari Sabtu, baru habis prep pagi. And of course, habis prep pagi means sambung tido ah. Somehow aritu aku sangat sangat letih, so aku tertido dengan penuh jitunya kat atas simen di tepi katil. Which means, aku tido bawah "palang" - which is "taboo" in one way, sbb org kata setan bergayut kat palang, although aku tak sure itu memang betul and ada hadis yang cakap atau just some malay belief. Malas nak google buat research just for the sake of it.

So... Masa tido tu aku mimpi something. Since dah over ten years benda tu happened, aku mmg dah tak ingat isi keseluruhan mimpi tu except that in the final bit of that dream, aku masuk this one room yg ada tirai. Aku tolak tirai tu. Ada satu meja kat tengah bilik and ada kertas atas meja tu. Aku angkat kertas tu dan ada tulisan dengan marker pen kat situ, written (as I remember it correctly):

"Aku tak nak mati kat sini. Kat Sini!" (the last two words were underlined twice). So like any dreams, yur conscience bersuara dan aku terfikir, "Shit (ok, aku tak guna shit pada usia 14 tahun), aku kena bangun. Aku tak nak mati kat sini."

And entah kenapa aku tak boleh bangun. Aku tau aku dah terjaga, tapi badan aku takleh gerak. I know, there's a psychological or medical term for it or something about not being able to get up after a deep sleep. But this is more like aku rasa macam pinned down. I was thinking, "Crap, I am going to die here in my sleep". So I started reciting few surahs, all jumbled up into one and force myself to open my eyes.


That is when I saw it. A brownish furry thing inside my eyelid. It went very fast, macam sekilas, macam something yang running away. Maybe it was just some light tricks you might say. But it was very clear. Selalunya bila kita tutup mata, kita nampak the darkness je inside our eyelid. Tapi ini tak. It was brown and ada rough furs, like some kind of bear or orangutan (although orangutan is not scary).
Masa bukak mata, someone was looking at me. I think it was Kak Mama (a form three senior). Dia cam, "Awak tak apa2 ke?" Aku tatau kenapa. Mungkin aku struggling or mungkin muka aku pecat or whatever. Aku tak pernah tanya. Aku just assume she knows something. Sbb masa aku beritahu dia, dia kata, "Oh awak kena hempap. Biasalah tu. Pi amik air sembahyang."

And that was it. Suka sangat. Hamekkk. Tapi lepas tu aku tak experience apa2 lagi. Sure, a few cases of hysteria happened at the school, but it was a peaceful moment for me - konon join geng, minat senior sekolah yang bernama Azizi yg sgt pandai, kena denda dengan cikgu especially dgn Cikgu Sham, kena denda dengan akak senior especially dengan Kak Ummi. Normal stuff.

Tadi aku terjumpa gambar ni and agak terkejut. die ala2 bentuk ni, tapi kaler coklat dan  muncul sekilas depan mata aku. Ini gambar kat Indonesia. Aku jumpa hantu Indonesia, kah? Hahahaha. (kenapa aku gelak?)
And then there was form three. I don't know idea warden mana untuk letakkan kitorang semua ikut tingkatan, sebab masa tu aku dapat dorm 18 (holler for ketua dorm, Ema!) dan semua orang dalam dorm aku adalah student tingkatan tiga. Aku jugak sedorm dengan kawan baik aku Nad, so of coursela lights off pukul 11.30 mlm, kitorg tido pukul 3 pagi. That's until:

THE TALE OF BOLA-BOLA API
(seriously, this naming stories dengan tajuk gedik ni is starting to be sgt menyeronokkan)

It was 1998. Dorm 18.
Aku rasa hari tu hari Ahad and baru balik ke asrama after cuti. Kalau balik dari rumah, of course la banyak cerita. So, aku dan Nad lepak la depan pintu bilik. Sebenarnya memula aku meneman dia je tengah kapur kasut ke ape tah depan pintu, sebab katil aku memang kat sebelah pintu. Lama2 jadi borak panjang plak dan aku plak join dia lepak depan pintu.

Masa tu dah after 1am. Arahan lights off dah dibagi dan most people mmg dah tido dan dah tutup pintu bilik. Senang kata pintu bilik kitorang je yang masih terbukak sbb ada dua makhluk ni berborak entah apa2 menghadap koridor. Tengah borak2 sambil memandang ke atas menengok bulan dan bilik2 dorm atas (wing A - dorm 31 to 35), tetibe kitorang cam senyap jap (biasela, senyap jap sblm jumpa topik lain nak diborakkan). Masa tengah senyap kejap tulah tetibe aku terpandang something kat floor atas, area 31- 35.

Ada one ball of light, macam besar penumbuk baby, rising up from the ground floor, naik ke atas and then masuk ke area second floor wing A. It kinda melantun2 a few times from the power house area terus masuk ke dalam dorm 34 (which was my dorm back in 1996 and 1997). And then it vanished inside. Masa tu dorm atas tu tak ada orang lagi sebab senior form four masih bercuti PMR (form four masuk a month later than others after PMR result keluar), so the whole block was unoccupied.

Aku pandang Nad. Nad pandang aku. And then dia sengih. You know, the kind of sengih yang menunjukkan ko nervous. Then she asked me while gritting her teeth, "Kau nampak tak apa aku nampak?"
Aku sengih jugak. "Nampak." aku kata.
Kitorang sama2 gelak nervous, bangun, tutup pintu bilik dan naik atas katil terus tido.

** I read that in Japanese folklore, they kinda have this thing called Shito Dama, or a fireball spirit. Dun relate this to that. I'm just sayin. Ni kire cam trivia la ni. "Tahukah anda...."

And that was the first and the last time I saw something that year. It was not much, not until I was in form four and living kat dorm 32. That was the first time I heard something, saw something and touch something.

Semuanya kat dorm 32...

TO BE CONTINUED.... (saspen tak? ahahahahhaa)

Monday, July 9, 2012

I HATE THESE WOMEN Part 1

Aku suka filem seram. I think my kind of sport is showing filem seram kat member2 dan ketawa bila diorang menjerit. However, despite the fact that biasanya aku tak mudah ditakutkan dengan watak2 klise filem seram (seriously, tak payah kot nak melambai2 ke depan sambil bergerak ke tepi macam ketam... udah basi, tau nggak?), I have my exemptions.

These are some scary characters yang orang lain tak paham kenapa aku mesti takut, tapi aku still takut. You see, I have my reasons why I hate them with all my guts.

The crazy Rattle Rattle lady


Aku bennnnnci gila dengan pompuan ni.
A. Sebab she's the epitome of a nightmare.
Sometimes bila kita tidor and dalam mimpi kita, we saw some weird scary looking thing and then right then and there in that dream kita terpiker, "Oh, shit. She is going to chase me. I just know it. This ain't a dream. this is a nightmare" and lepas kita piker je, menda pelik tu akan kejar kita sampai la kita terbangun dari tidur, all sweaty and scared beyond all reason. Yes, she is that. And since I always have those kind of nightmare, she freaks the hell out of me. See that face. How can you not be freaked out by that?
B. Her famous words is "Just because."
Dalam citer ni, bila mangsa dia tanya dia kenapa dia asik kejar pompuan tu, dia jawab "Just because." I frikken hate these kind of ghosts. I hate something yang tak ada reason. Anything or anybody that does things for no reason is scarier than murderers with intention. That is why for me, the Columbine shooting is scarier than let's say, Ed Gein, and the Suicide Club in Japan is scarier than wars.

Saeki Kayako


I hate crawling ghosts. Aku rasa aku dah selalu citer benda ni. Tapi masa aku kecik2 dulu, aku pernah demam panas. Masa tengah demam tu, aku delirious and saw kartun gambar penagih dadah baju belang2 lukisan IMUDA crawling down tannga rumah aku. Since then, I hate things that crawls... except babies. Saeki Kayako adalah one of the prominent figures in the scary crawling business. =_=
Tapi sekarang kalau ada lagi hantu yang merangkak, aku akan tutup TV. Bukan sebab takut, tapi sebab menyampah tengok copycats.

The grinning crazy girl in Insidious


Other than crawling creepy things, aku juga benci satu perbuatan ini. MENYERINGAI. Aku tak suka perkataan menyeringai dan apa saja yang menyeringai. Tersengih is just tersengih. Tapi menyeringai is a kind of a sadistic version of tersengih. The thing about grinning is... it means anything. A frown means you're doing something from anger. A grin means you're doing something out of craziness. See that face? She might not just shoot you. She may shoot you, then stab you with a screwdriver, set your cat on fire, skin you alive and make a purse out of it. And then sit down with your corpse and watch WHEEL OF FORTUNE on TV.
Aku tak kisah tengok INSIDIOUS banyak2 kali. Tapi aku tak akan pandang bahagian this girl and her other crazy grinning twin sister. Nnnnope.

The ghost lady looking for her kid


Aku masih membenci adik aku sebab made me watch/read this. You see, filem hantu Korea tak menakutkan, malah menjengkelkan (aku tengok THE CAT dan THE TALE OF TWO SISTERS sampai tertido). But this webtoon.....
A story. Masa aku kat SMKAKS dulu, one night, aku terjaga dari tidur and saw this one girl datang ke arah antara katil aku dan junior bilik aku si Arima dalam gelap. Rupa dia macam Arima, except the fact that masa tu Arima tengah tidur kat katil sebelah aku. Selain itu jugeeee, dia pakai baju tidur yang sama dengan Arima, seluar tidor yang sama dengan Arima dan bertocang macam Arima. Tapi bezanya, tocangnya menegak, as if something invisible is holding it behind her. Dia datang dekat dengan Arima dan dengan suara yang sama macam Arima, she said, "Arima, temankan kita pergi toilet."
Masa tu, aku terfikir, "Kalau Arima tak bangun-bangun, mesti dia akan pusing ke arah aku dan ajak aku pulak pergi toilet. Baik aku pura2 tidor." So, dengan perlahan2, aku pusingkan badan aku ke arah lain.
So, in this webtoon, the ghost tanya the girl "Kau nampak anak aku tak?". Budak pompuan yang ketakutan tu just main tuding je jari dia ke arah mana tah dan hantu tu pergi ke arah yang ditunjukkan. Before the scariest shit occurred yang membuatkan aku terlompat dari sofa, the girl was thinking one thing. "Kalau benda tu tak jumpa anak dia, mesti dia akan datang balik kat aku. Baik aku lari."
The same dialogue in that webtoon reminded me of what I was thinking back in 1999 when I was in dorm 34 di ASPURI, SMKAKS - when that Arima-looking girl was asking Arima untuk temankan dia pergi toilet.

The Visitor bloody woman


She is not THAT scary sebenarnya. Aku just agak overwhelmed by the fact that bentuk rumah budak perempuan yang diganggunya macam rumah aku. Bila lokasi cerita hantu tu menyerupai bentuk rumah anda, you know you are going to think that THAT is going to happen at your own house too.
Stupid bloody woman.

Friday, July 6, 2012

Things I remember and faces I don't...



Semalam aku berbual dengan seorang teman lama yang sudah lama tidak ku temui................................

Pehh, ayat diari apehal.

Semalam, lepas lama tak bukak Yahoo chat, member tempat keje lama tegur aku, nak gitau something. Rupa2nya dia dah nak blah dari kampeni lama tu. Pastu burak2, terceritalah kisah2 lama masa aku keje kat sana. 

And then suddenly I realised that it has been four years already since I left the place. Aku still rasa macam baru lagi aku kerja kat sana. Baru lagi aku pi interview sambil bawak buku Soalnya Hati (ye, bila ko kata ko novelis, usually interviewer nak tengok buku ko. So setiap kali aku gi interview, aku bawak buku aku. I don't anymore, since aku dah tak gi interview keje lagi). Aku rasa baru sangat lagi aku nangis dalam toilet sebab penat. Baru lagi aku berlari2 pakai kasut tumit tinggi dari press conference Hotel Istana, naik LRT, turun LRT, lari ke komuter, naik dan turun komuter, lari lagi sampai Mid Valley untuk pegi press preview. Aku rasa macam baru kelmarin aku jumpa Farid Kamil sambil piker dalam hati, "Muka kau lagi. Tak kisahlah kalau ko hensem pon, boring tau tak?"

Pastu burak2 lagi dengan member nak blah ni, aku sedar something. Semua orang yang aku sebut namanya dan yang dah blah dari situ, mostly aku dah tak ingat mukanya. Aku ingat semuanya - semua kisah kat sana. Wahi yang tujukan dan mainkan lagu "Toyol" sekuat2 hati dalam opis sebab aku kata aku benci lagu tu. Penny yang sentiasa makan Kinder Bueno setiap pagi. Zim yang express everything only with his thumb and saying "Cool". Maria and her cool t-shirts, with her ringtone yang main lagu Sesame's Street. Zee's mobile phone yang berbunyi "Correct correct correct" (or at least I think that was what it said). Roy yang ada zombie-apocalypse stock of Toblerone. Bailah and Arfah yang very Kpop-Jpop expert. Kak Mai yang keep on screaming "Chin Vin!!!" bila nak bercakap dengan bos. Swee Wei yang sentiasa panic tak tau nak buat apa but ended up always doing the most genius thing. Lunch maggi dengan Kak Ani.

But then aku realise that I remember every single thing about these people - how Mei Fong once drew a barcode behind Vinsen's head to resemble Agent 47 from the movie "Hitman". How Marcel loves to order Big Mac with coke - no ice. How you only see Firdaus, Verat and Juliana on first floor during their meeting day during those days when the company rent two office spaces - but somehow these faces are lost from your head. I remember their voices, the way they talk and even how to spell their name, but somehow (unless they are those people who I still talk to outside the office now, like Adam, Swee Wei or Maria) their faces have become a blur. I remember siapa yang ada tattoo, siapa yang pakai the coolest sneakers, siapa yang drive a Persona, siapa yang tinggal di Palm Spring, but I can't really remember how they look like.

I really am good with the littlest details - my friends can attest to that. People are surprised to know that  I can remember what they say 20 years ago. But I am really bad at remembering faces. If you ask me to write ten things a person from my past said, I can give you twenty. But if you put five pictures and ask me to tell you which one that person is, I may show you the wrong picture (it gets worse since aku jarang baca newsfeed and tak bukak FB page org lain unless they're in my starred list).

That is why as a writer, I seldom write how a person looks like. I seldom characterise their features, how big their eyes are, do they have a small button nose or a long witch-like, do they have dimples. But I am good at developing their attitude. I can write a character who swears a lot, or like to rub his/her head when angry, or talks fast when they're panic, or always have a chewing gum in their back pocket. Because that's how I remember a person. By their words and their traits. Never by their face. 

So you may be handsome, with the dreamy quality of Matthew Macfadyen and the sharp gaze of Rupert Penry Jones... but if you spit while you talk and say the dumbest thing ever, that is all I will remember you by.

Monday, July 2, 2012

Saya kini Novelis yang ada Ejen. Ha. Ha. Ha.

Alhamdulillah.

Aku rasa sangat sangat sangat lega. Blessed even. Satu masalah hidup dah selesai.

Apakah masalah hidup itu?
Masalah hidup utama aku (takdela masalah mana pun) ialah tak memiliki waktu untuk jual buku aku sendiri. Judul2 lama memang susah nak jumpa kat kedai dan susah nak beli online. Dan ramai yang hantar email nak mintak beli dari aku sendiri sebab alang2 beli online, lebih baik ada tandatangan novelis. Aku jadi agak kecewa sebab aku memang nak buat, tapi aku tak ada masa. Jual online means maintaining a site or at least available untuk berurusan dengan readers. It means that aku perlu berurusan dengan pihak Karangkraf untuk buat order, ambil pesanan, packaging dan berurusan dengan pejabat pos. Since tak ada satu pun bahagian hidup aku yang ada sense of stability (I'm a freelancer. It's another word for "commitment-phobic"), such routine memang tak akan dapat dilaksanakan dan hanya akan membuat aku kehilangan readers yang bakal mengatakan "Kak Shai ni hampeh!"

Tapi Alhamdulillah, semalam masa melawat Liza (Nur), Kak Durrah (Fatiha) dan Iffa (Zalia) kat Pesta Buku Selangor, muncul seorang lelaki yang bercahaya, penuh karisma dan disinari kemilau bintang Cassiopeia (okay, aku exaggerate je lebih) yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang Long.

So anyway, Abang Long atau nama sebenarnya En. Feroz memang dah lama berkecimpung dalam bidang penjualan buku secara online (dan juga produk2 lain) apatah lagi menjual buku2 novelis terkenal. Kiranya aku ni tersangkut dalam senarai bukan sebab aku terkenal, tapi sebab aku duduk Shah Alam dan dekat dengan Karangkraf (aku dah kata, Shah Alam ni lucky charm aku. Jangan suruh aku pindah!). Waahahaha.

Apa yang membuatkan dia unik ialah kalau beli buku secara online dengan Abang Long, anda boleh mendapatkan tandatangan penulis. Even kalau korang nak suruh penulis bagi ucapan panjang2 atau dedicate buku tu kepada someone, special someone, really special someone pon bollleyyyyy. Matlamatnya mudah - Yakni untuk mempermudahkan pembelian secara online dan anda akan dapat special message from the writer. Baekkkk, aku bukanlah Park Yoo-chun atau G-Dragon yang kalau mati tandatangannya akan bernilai jutaan ringgit, tapi kire boleh la kan? :P

But anyways, aku sangat bersyukur sebab aku memang perlukan ejen untuk jual buku2 aku. I tried influencing some of my friends to do so, tapi memang tak ado makno la kengkawan aku nak buat. Hahaha. Peluang yang datang ni memang tepat pada masanya dan aku bersyukur sangat-sangat.

THEREFORE,...

Kini kalau korang nak beli SOALNYA HATI, PLAIN JANE, AKU KAN NOVELIS, VALENTINA NERVOSA, atau siri MCK, boleh dapatkan di SINI!!! Tak ada bezanya dengan anda beli novel tu dari saya sebab Abang Long adalah ejen saya - which means, bila anda buat order dengan dia, kami akan liaise untuk hantarkannya pada anda! Satisfaction guaranteed!

Pesan SOALNYA HATI DI SINI
Pesan PLAIN JANE DI SINI
Pesan AKU KAN NOVELIS DI SINI
Pesan VALENTINA NERVOSA DI SINI

Aku lupa nak masukkan MCK plak. Akan ku lakukan nanti!