Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, January 28, 2012

Seorang novelis yang tersenyum dan seorang guru veteran yang menunggu isterinya...

Aku berada di Karnival Karangkraf semalam untuk promosi buku-buku siri MCK. Sampai aku hampir terlupa aku ni penulis novel dewasa. Huahahaha.

Tapi aku bukan nak cerita tentang Karnival tu. Anda boleh lihat gambar di FB (ha, sape suruh tak add aku kat FB? Sape suruh? Sape suruh?), tapi tentang dua insan ini...

Kak Sha.
Aku dah lama tak jumpa Kak Sha. Kali terakhir kitorang jumpa ialah pada Pesta Buku Antarabangsa tahun 2010. Lepas tu tak ada lagi. Tak lama lepas tu Kak Sha masuk Masterchef Malaysia, memanglah tak jumpa langsung kan...

Tapi di Karnival, aku dapat lepak dengan dia lepas agak lama. Ha? Apa? Gosip dalam Masterchef? Maaflah, aku memang takde tanya fasal tu, sebab bergosip fasal isu-isu dalam dunia novelis lagi best. Hahahahaha. Tapi berbual dengan Kak Sha, cerita tentang hal-hal peribadi dan apa yang berlaku pada aku dalam beberapa waktu ni memang agak menenangkan. Kak Sha macam that big sister yang dah melalui semua hal. Dia dah alami semua jenis ups and downs dalam dunia ni tapi dia still face it with a big smile on her face and that smile is extremely infectious. Tak pasal-pasal borak sampai dua jam lebih. I mean, Kak Sha memang pendengar yang bagus. When she listens, she looks at you. Pada aku, itu saja cara paling bagus untuk mendengar cerita orang dan sangat susah nak jumpa orang yang macam tu sekarang - the type of people who looked you in the face when you talk to them. SO many people yang bercakap sambil pandang telefon bimbit sekarang ni, spesis Kak Sha ni dah semakin hilang.

Apa yang dia kata pada aku (selain "Kau rasa kau nak popular, kau masuklah American Idol, dek... akak gerenti..." Hahahah), ialah (ini aku rephrase nih), "Apa yang akak belajar selama ni ialah orang yang cantik memang mudah dapat sesuatu dan ada orang yang murah rezekinya, sekejap saja nama dia naik. Tapi jangan rasa down. Kita buat saja apa yang kita nak ikut kemampuan kita."

Bukannya aku tak tahu dan tak sedar hal tu, but it is nice to hear it from someone yang sama-sama rasakan macam aku.

Selain Kak Sha, aku nak cerita fasal seorang lagi insan yang berusia dalam lewat 50-an ke 60-an yang tiba-tiba saja muncul depan booth MCK. Izzati bagi dia pamplet tapi dia kata dia bukan remaja lagi. Izzati kata, "Bagi anak atau cucu ke..." dan dia kata dia tak ada cucu.

Aku tanya dia, "Tak penat ke pegang barang banyak-banyak?"
"Isteri punya ni. Sebagai suami kenalah pegang. Bila kita ucap "Aku terima nikahnya...", ada maksud tersirat dalam ayat tu. Maksudnya, "Aku terima bahawa aku perlu memandu dia ke mana saja dia nak dan tolong pegangkan barang dia apabila dia membeli-belah."

Aku gelak.

Lepas tu dia perkenalkan diri.
Namanya Jalik. Cikgu Jalik. Bekas guru matematik dan sains. Anak-anak murid semua dah besar dan beranak pinak.

"Kalaulah saya ada guru macam cikgu ni. Saya memang teruk matematik dan sains."
"Kau ada anak tak?"
"Saya belum kawin, cikgu,"
"Kalau kau ada anak nanti, panggil aku untuk ajar diorang. Itu pun kalau aku hidup lagi lah."

Dia ceritakan cara dia mengajar. Seorang pelajar pernah terkentut dalam kelas dan dia gunakan contoh kentut tu untuk menerangkan tentang gas, seterusnya bercerita tentang tahi lembu yang diproses menjadi ges etanol.

"Cikgu patut ajar saya dulu. Sesetengah guru tak tahu macam mana nak terangkan sebab2 sesuatu tu berlaku. Otak kiri saya ni lebih..."
"Tak ada istilah otak kiri dan otak kanan ni. Itu semua idea orang barat yang tak ada otak."
"Maksud saya, saya jenis orang yang perlu tahu kenapa sesuatu tu jadi sesuatu. Contohnya, kenapa pie mesti 3.412 dan kenapa mesti jadi formula. Tak ada cikgu pernah jawab soalan saya kenapa pai ialah 3.412."
"Kau ada anak nanti, panggil aku." ujarnya.

Lepas tu kami berbual tentang kejayaan...

"Cikgu tak boleh condemn anak murid. Bukan semua boleh berjaya melalui akademik."
"Betul tu, cikgu."
"Macam Lat. Kan ada cikgu yang dia selalu lukis pakai spek lama tu. Cikgu tu yang discover kebolehan dia."
"Betul. Saya baca, dia kata masa kat sekolah, dia selalu dapat C dalam subjek Arts."
"Ha, memang. Seseorang tu tak semestinya berjaya dalam akademik. Ada pula yang lambat pandai tapi bila sampai suatu masa, dia akan jadi lebih baik dari orang lain. Tak semua orang sama. Tapi cikgu kena sabar. Itu tugas cikgu."
"Human investment."
"Ya, betul tu."

Sebenarnya panjang lagi perbualan kitorang. Tapi Cikgu Jalik tersedar bininya dah hilang dari pentas tempat Karnival buat DIY, dan dia perlu cari bini dia. Dalam masa yang sama, Dato' Ismail Sabri dah sampai untuk majlis pelancaran dan sedang melawat booth satu demi satu. Perbualan terhenti sampai di situ.

Diorang tak faham kenapa aku mesti nak berbual lama dengan Cikgu Jalik. Tapi pada aku sebagai penulis, aku rasa sangat perlu untuk aku dengar kisah orang lain. Aku paling suka berbual dengan orang yang aku tak kenal - nyonya di atas bas, pengawal keselamatan di kilang lama, seorang budak yang keletihan menunggu emaknya bershopping. Semua tu manusia biasa yang kita jarang kisahkan dalam novel sebab kita tak rasa mereka menarik, sebab mereka bukan lelaki kaya yang memandu Ferrari, bukan Maya Karin yang berkain batik atau hero Korea yang ada six pack.

Tapi mereka manusia yang paling banyak pengalaman hidup dan sebenranya kalau anda berbual dengan mereka, suatu masa dahulu, merekalah lelaki kaya berFerrari, merekalah Maya Karin yang seksi dan merekalah hero yang berjuang di Korea.

Tapi anda cuma perlu dengar kisah mereka...

Dan lepas tu aku dapat tahu, Cikgu Jalik adalah bapa saudara kepada novelis Putri Andalas.
"Ooooooo..." kata aku.
"Saya paling suka huruf O." kata Cikgu Jalik. "O tanda faham. Huruf O mendekatkan hubungan antara guru yang mengajar dan murid yang belajar."

9 comments:

Unknown said...

Walau siapapun mereka,mereka ada ceritera berbeza..... Pinjem sket ayat dari doc in da house...hehehe..."In my shoes just to see,what it's like to be me,i'll be you,lets trade shoes,just to see what it be like to,feel your pain,you'll feel mine,we''ll go inside each other's minds,just to see what we find,look a sh*t through each others eyes~beautiful.eminem "....dan syai,saye nak bercerita ni,..."shoutmix free plan is no longer available"...(^_*)..do smtin..TQ kerana mendengar...:)

Shai Kamarudin said...

ahahahahaha, nanti gua tukar sama itu tagboard ye. tgh malas nak menggoogle bendalah tu. tgkla "Related News" sendiri pun tak hapdet2. :P

Unknown said...

HAHAHAHA!!!!
bagos bagos....tu yang wa suke sangat kat lu....jangan burok wa nunggu sudah...dengan ucapan...ku tunggu novelmu..(*_^)hehehehe....

rb said...

aku suke cikgu jalik.suko suko suko....hahaha.buat jadi watak novel ko lah nanti...

aku pun macam ko.kene tahu reason baru bleh terima secara lojik.

im bad in maths sebab aku tak paham kenapa ade pengamiran?mana datang konsep pengamiran tuh? segala bapak formula dalam add maths tuh sumer aku tak paham.

Shai Kamarudin said...

haha itula pasal. org2 spesis budak human sciences mmg perlukan jawapan, sbb otak bebudak human sciences ni sume spesis 2+2=5, so they need reasons for everything BEFORE and not after. After tak penting. hahaha.

Anonymous said...

i ke karnival. dua hari berturut2 semata2 nak cari VN. kalau tau u ada di booth MCK, i singgah minta sign. :)

Anonymous said...

ehh....ada rima. mcm pantun pulak. :)

Shai Kamarudin said...

ahaha, kena jawab dgn rhyme jugak ke?

Oh, mmg ada di booth MCK
tapi insya Allah ada di PWTC, yea?

by the way, dua hari utk carik VN? dapat tak?

pza said...

ak pn suka chegu jalik..ak stuju dgn rb~CJ mmg ptt jd watak [minor pn xpe] dlm novel ko..
btw, formula add mtahs mmg sakitkn ati..mujur lulus je ms SPM dlu..ekekek