Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Tuesday, January 17, 2012

Anda cuma perlu sedikit dramatik...


Aku akan bertugas di booth MCK pada 27 Januari (Jumaat) dari sepuluh pagi sampai aku hilang tenaga. Akan ada contest diadakan dan sekiranya anda inginkan hadiah eksklusif (pehh, bunyik macam la boleh jual kat ebay) daripada saya, jangan lupa datang dan jawab soalan kuiz atau kalau malu, bawaklah adik anda yang berusia 10 - 15 tahun untuk jawab kuiz tu. (Pssttt... soalan tak susah. Anda cuma perlu sedikit dramatik sahaja).

Aku belum tahu lagi siapa yang akan bertugas pada hari yang sama kecuali Kak As (Asnidar).
Kalau rasa macam tak nampak booth tu, saya akan memakai baju moden fesyen bunga hati yang berwarna merah dan hitam.... (jangan percaya, ini cuma dialog Sabariah dalam citer "Ibu Mertuaku")

No comments: