Dah seminggu lebih tak menulis blog. Minggu lepas demam teruk. Ni baru nak recuperate. Tak tau macam mana boleh demam sampai macam tu sekali. Mungkin tanda-tanda penuaan yang semakin jitu. Dulu kalau demam dua tiga hari dah baik dah, tak payah makan ubat pun tak apa. Sekarang ni demam makan ubat sampai dah nak habis pun seminggu lebih baru nak okay. Tapi kalau bercakap kat telefon, bolehlah dengar suara serak sengau aku masih lagi ada. Sekarang ni pulak dilanda gatal-gatal kat bahagian jari. Jari dah macam kulit katak. Apa sajalah penyakit zaman sekarang ni. (*cue Shai merenung kegatalan di kulit dan berkata, "Ah screw you.")
Tahun baru bermakna kerja makin banyak. Aku try hantar sinopsis untuk filem tapi lepas dapat feedback dari pihak lagi satu yang asyik tanya soalan yang jelas menunjukkan diorang tak baca betul-betul pun sinopsis tu, aku pun memang tak mengharap langsung. Kalau pihak satu tu pun tak baca betul-betul sinopsis tu, aku tak mengharap pun producer akan baca betul-betul. I have been a writer far too long to know when you are not taken seriously to even care to make a statement about something. I just hope one day I would not see my story idea on the silver screen because you know how I feel about plagiarism...
But anyways, movie delusion aside, keindahan menjadi seorang penulis ialah, setiap kali idea anda tidak jadi filem, ia akan menjadi novel. Jadi, alhamdulillah, idea tu aku ubah je jadi novel. Hahaha. Sekarang tengah nak tulis cerita tu dan aku masih tak tahu lagi sama ada it's good enough to be a teen novel or aku jadikan novel dewasa je. Tapi aku memang ada hutang dengan TeenPrima yang aku kena langsaikan. Ni masalahnya banyak sangat berjanji dengan orang. Hahaha. Aku memang tabik dengan penulis yang boleh terus menulis satu ke satu novel, macam Liza atau Dhuha. Sebab setiap kali lepas aku tulis novel, aku rasa macam nak berehat lima tahun baru start yang baru. Motivasi aku ialah cover novel. Setiap kali ada fellow writers yang menulis buku baru dan civer novel diorang keluar, mesti aku rasa jeles dan nak menulis dengan penuh perasaan. Contohnya sekarang ni Liza Nur punya cover untuk novel terbaru dah keluar. Jadi saya pun sedang jeles.
Bukan tak ada novel baru tahun ni. Ada. Ada trionovel dengan Liza dan Zara Amani yang akan keluar masa pesta buku. Tapi novel individu tu yang tak ada. Bukannya apa, tahun lepas aku dah menulis dengan tahap melampau dari biasa. Aku menulis lima karya untuk Projek MCK, and then menulis untuk projek Trio pulak. Cerpen dah memang tertinggal la, tak ada langsung untuk tahun 2011. Maksudnya tahun ni aku tak dapat surat cinta dari DBP menyatakan berapa yang berjaya aku peras dari diorang. Hahaha.
Apa lagi aku nak mengarut? Aku tak ada cita-cita untuk tahun 2012. Penghujung tahun 2011 aku terlalu bahagia sebab semua masalah peribadi aku selesai sendiri, jadi tahun 2012 aku rasa aku cuma nak pastikan aku boleh retain kebahagiaan ini dengan lebih lama. Itu je. I mean, 2011... masuk majalah? Sudah. Masuk TV? Sudah. Masuk online TV? Sudah. Bagi talk dekat budak sekolah? Pun sudah. Apa yang belum cuma empat je:
1. Masuk radio
Aku rasa tak perlu pun ada impian ni.
2. Dapat royalty yang membolehkan aku bayar PTPTN selepuk
Kalau dah pemalas, macam mana nak dapat royalty sebanyak tu?
3. Menang Pullitzer Prize
Menulis untuk local je, tulis plak novel ringan yang susah nak difahami majoriti rakyat Malaysia. Toksah citer Pullitzer, menang Anugerah Berita Harian pun takkan lepas.
4. Kawin
Aku bukan nak jadi klise, tapi kalau aku tak sebut, nanti mak aku risau. Jadi sebagai menghormati wanita yang melahirkan kita, kita sebut jugalah. Anyway, orang kata "Ish, ruginya Lisa Surihani nak kat Yusry KRU." Eh biarlah dia. For the first time in my life aku rasa Lisa Surihani hanyalah manusia biasa. Kalau dia kata dia nak kawin dengan Tengku Ali Negeri Sembilan, baru aku rasa dunia ni tak adil......................... apa topik aku yang sebenarnya?
Anyways, itu jela yang aku nak karutkan buat masa ini. Aku tengah busy membahagikan masa antara menterjemah cerita Indonesia, menulis manuskrip baru, menulis news Korea as if I give a damn dan menulis artikel untuk Tupai.com.my. In between all those things, aku masih lagi promote buku-buku MCK, novel-novel aku yang sedia ada, bersedia untuk promotion novel Trio dan apa-apa saja yang berkenaan dengan wang ringgit.
Tahniah buat rakan-rakan yang akan berkahwin tahun ini, dan buat rakan-rakan yang putus cinta juga pada tahun ini, welcome back. Welcome buat Zara Amani yang dah berhijrah ke dunia hijab, welcome buat tentera-tentera Korea yang masuk Islam selepas belajar cara orang Islam sembahyang, dan bye-bye semua duit aku yang akan terbang ke poket PTPTN. Demyu.
3 comments:
terpaksa akui yang kite rindu+taksabar nak baca novel baru akak! ;)
oh, akak patut berbangga sbb sekarang kita memang dah tak pndang novel-novel kat pasaran kecuali kalau ada nama Nurul Syahida. hahahahha.. ;p
setuju dgn mia kaftiya! ^^,
bontot kembang. abis la... ahahahahaha. thank you guys! ^^
Post a Comment