Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Saturday, February 4, 2012

Seram cara saya

       Haza tidak tahu jam berapa dia telah tertidur. Sebaik sahaja dia sampai ke katilnya, Haza terus berbaring dan cuba melelapkan mata. Memang susah hendak memaksa diri tidur apatah lagi apabila otaknya terus memainkan peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi. Dia tidak mahu memikirkannya, tetapi ada satu bahagian dalam otaknya yang terus-menerus bertanyakan soalan itu.
Siapa nenek itu?
Adakah mereka akan bertembung dengannya lagi?
Adakah memang benar perkara tadi terjadi atau dia hanya bermimpi?
Soalan demi soalan bermain di benaknya. Namun satu pun tidak terjawab. Dalam dia memikirkan semua persoalan itu, sedar tidak sedar Haza telah pun tertidur.
Namun tidur yang diharapkan itu tidak lama. Sekalipun mimpinya terasa panjang, namun tidak sampai sejam selepas dia melelapkan mata, Haza terjaga apabila terdengar sesuatu.
Bunyinya seperti katil berkeriut.
Bunyinya seperti seseorang sedang duduk di atas katil sambil menggoyangkan kaki.
Krek... krek... krek...
Haza membuat keputusan untuk melelapkan matanya semula apabila dia teringat sesuatu.
Bunyi itu bukan bunyi katil berkeriut.
Dia pernah terdengar bunyi itu.
Lebih tiga jam sebelum itu. Di belakang blok B ketika dia sedang menyambut hari jadinya bersama Ema dan Sha.
Krek... krek... krek... 
Seperti...
Seperti ia akan roboh tidak lama lagi.
Sebaik sahaja dia terfikirkannya di dalam otak, jantung Haza kembali berdegup kencang. Begitu kencang sehingga dia terasa seolah-olah degupan itu bergema di seluruh bilik yang sunyi itu. Lantas dia menyentuh dadanya, seolah-olah dengan cara itu jantungnya akan berhenti berdegup dengan begitu kuat.
Krek... krek... krek...
Berbanding dengan Ema dan Sha yang tidur sebelah-menyebelah di bahagian tengah, katil Haza terletak berjauhan dari mereka berdua. Katilnya terletak di sebelah pintu. Oleh sebab yang demikian, dia boleh mendengar bunyi basikal itu dikayuh perlahan-lahan di koridor sehingga ia berhenti di depan pintu.
Tolonglah jangan masuk! Bentak Haza dalam hati.
Dia menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut dalam ketakutan.

**My first foray into horror writing. Tak taulah lepas ke tak nih untuk di-publish.