Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, February 22, 2012

Semalam kami ke Buku Prima...

...kenapa? Sebab Cik Shikin (a.k.a. Zara Amani) mahu menghendap editor (Encik Ali) dan graphic designer (Kak Syreen) untuk mengorek tentang novel terbarunya. Aku pulak saja-saja nak mengganggu para editor di TeenPrima tentang novel horror yang aku tulis dan aku hantar bulan lepas. Juga tentang novel trio aku, Shikin dan Liza.

Dipendekkan cerita (sebab cerita panjang2 pun buat perabis masa korang je):

1. Aku kena buat cadangan ilustrasi untuk novel horror aku. Bila agaknya boleh siap tu, aku pun tak tau. Mari kita tengok jadual kerja bulan ini. Hmmmm.....
2. Novel trio tak dapat dikeluarkan masa PBAKL sebab itu projek baru jadi kena buat betul-betul. Maknanya apa? Mestilah maknanya aku tak ada novel baru keluar masa Pesta Buku. Hahahaha. Maafkan saya, pembaca semua. It's out of my hand.
3. Kak Sri tak tertipu dengan donut Big Apple kitorang. Darn it.
4. Kami telah buat bising di dalam Buku Prima selama dua jam. maafkan kami, staf BP yang lain. Salahkan Shikin. Dan Nine. Dan probably Encik Ali. Hahahaha.
5. Artikel Kak Azni tentang aku dan MCK dah keluar dalam majalah DARA bulan Mac. Get that in stores now.
6. Sempat borak dengan Nine, Shida, Puan Echah yang masih nak mengaku dirinya Cik, Firdaus dan juga Kak Siti tentang buku. Dan benda-benda tak berkaitan buku. *cough*cough*
7. Siapa yang masih belum beli buku MCK, contest akan habis bulan Mei. Cepat weyh. Dapat Blackberry kalau menang, yaw.
8. Curik tengok jadual buku yang akan keluar dari bulan Januari sampai bulan Oktober. Ramai penulis baru nampaknya. Dhuha keluarkan manuskrip baru lagi. Cis, sangat rajin perempuan itu.
9. Amik gamba tapi dapatla sekeping dua je sebab bateri kamera aku hancus disebabkan belum charge sejak gi PD arituh. Oh ya, arituh aku gi PD selama 2 days 1 night. Tatau kenapa mesti nak laporkan kat blog, but whatthehell...
10. Saya ingin meminta maaf kepada semua pembaca saya kerana saya masih belum siap novel. Tak tahu dapat keluar tahun ni atau tak disebabkan senarai BP pun dah nak penuh dah untuk tahun ni. But no worries, masih ada novel trio tu. (Siapa tah yg worry....)
11. Bapak sedara aku kata aku dapat keluar majalah berkat kena buli masa kecik................ adakah itu cara Pak Long aku nak menjustify pembuliannya terhadap anak saudara sendiri suatu masa dulu? Hahaha.

Dan ini adalah gambar yang aku tak tau kenapa aku nak kena bagi orang tatap. Hahaha.

Saya telah disuruh untuk posing dengan artikel tentang diri sendiri. Dahla pakai baju yang sama dengan gambar photo shoot. Muka tak mekap. Baju luar dah terover pakai. In my defense, baju luar tu sangat best dan aku beli dengan harga RM15. Mana nak dapat kat kedai woooooh.

Bersama Kak Siti Zarinah, antara tulang belakang projek MCK, dan Kak Azni yang buatkan write-up artikel. 
Add caption

Sorang tengah baca majalah DARA, lagi dua orang tengah bincang salah siapa diorang tertelefon orang yang salah. Ini adalah para editor di TeenPrima, harap maklum. 


Anywayssss... jangan lupa dapatkan MCK Series! Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.


Sila click untuk besarkan.


No comments: