Dua jam lepas melambabai (aku shortened-kan melambai dengan babai. yes perosak bahasa I am) Mun yang pulang ke rumah (lepas tumpang tido di rumah aku after balik dari screening THE RITE), Mun telefon aku semula dan tanya kalau aku free.
"Kita kena pergi jumpa auditor. Aku nak pergi sendiri tapi kena ada dua signature." katanya.
"Auditor kat mana?" tanya aku.
"Jalan Masjid India."
Owwwkeeeeey. KL at 4pm.
Pergi City One Plaza dan terus ke Semua House untuk jumpa auditor. Sementara menunggu Sanjay sampai, kitorang dipekakkan telinga dengan perbualan sekeliling kat kedai mamak tu. It was madness. Aku tak faham kenapa semua orang perlu bercerita sekuat-kuat hati dalam restoran yang memang bergema.
Lepas selesai hal audit semua tu (whoa, terbang lagi duit), singgahlah tengok-tengok baju kat Semua House tu. Aku ingatkan Mun supaya kalau dia perlu ke sini lagi (member nan seorang itu selalu ke area tu untuk business cateringnya) untuk ajak aku sekali sebab aku nak beli some salwar kameez yang gila gorgeous. Instead, Mun ajak aku pi tengok kat Plaza City One yang gila gamaknya sungguh murah dan cantik. FYI, aku bukanlah manusia yang paling suka bershopping di dunia (pekerjaan aku yang tak menentu ini menentukan tahap pembelian aku harus rasional), tapi memang sungguhlah rasa sakit jantung menengok baju yang cantik2 itu.
In the end cik salesgirl meyakinkan aku untuk membeli churidar Pakistan yang baru di-smuggle dari Islamabad (aku tipu bab smuggle dari Islamabad, tapi memang baru amikla) yang dijual dengan harga RM190 dan diturunkan harga sampai RM120 - the shalwar, the churi dan selendangnya sekali. Lepas beli aku mengalami sindrom shopaholic (aku bukan shopaholic la yang pentingnya) di mana aku persoalkan "Bila aku nak pakai baju ni ponnnn?"
Kalau korang jumpa aku kat wedding Bitun berpakaian seperti foreigner, paham-paham jela.
Lepas beli tu kitorang stuck dalam traffic jam. Mun menjelaskan kepada aku bahawasanya dia tak ingat apa-apa tentang filem yang kitorang tengok semalam selain the fact dia rasa editor aku nampak lebih bergaya masa dia berambut panjang (tak, itu bukan babak dalam filem tu). Kitorang stop kat Tesco Shah Alam sebab Mun kena buat sticker untuk catering dengan si Aik Yong. Lelaki cina yang sungguh talkative itu bercerita tak henti-henti dengan kitorang sampai pada satu saat dia tersedar yang dia rupa2nya terbagitau rahsia customer dia kat kitorang (dengan exclamation point "Aiyark! I tak sepatutnya bagitau kau orang benda tu!"). Sebagai menghormati bisnes dia dan sebagai menghormati Aik Yong sebagai insan yang sangat baik hati, aku tak ceritakanlah apa rahsia yang dia beritau kitorang tu.
Aku pi tengok2 orang meniaga household appliances kat tengah2 TESCO tu sementara Mun melayankan si Aik Yong, dan masa aku tengah check out cleaning appliance, tauke dia datang dan explain panjang lebar kat aku fasal benda tu sambil mengeluarkan mop and tunjuk cara mengelap lantai guna mop dia tu. Last2 aku beli pengelap tu sebab uncle tu
On the way nak keluar dari TESCO (ketika aku tengah cuba suruh Mun ingatkan aku to never again berborak dengan mana2 uncle yang jual household appliances), one old Indian dude tegur aku and tanya sama ada aku student UIA, sebab dia kata muka aku familiar.
Entah kenapa tetiba kitorang sume end up berborak. Pak cik India beragama Islam itu adalah pemilik restoran mamak kat Shah Alam. Walaupon aku ada tulis namanya di FB, di sini biarlah kita kenalinya sebagai Nana Patekar (sempena nama pelakon Bollywood yang aku rasa paling real di India).
Nana Patekar bila difikirkan adalah seorang pedant - dia ada komen dan kritikan bagi setiap perkara. Ia juga membuatkan aku terfikir, aku mungkin perlu mandi bunga untuk mensucikan diri aku dari asik terjumpa pedantis. Tapi dalam masa yang sama aku juga rasa ada sesetengah perkara yang dia katakan tu betul. Tapi memandangkan aku wanita yang suka menentang tapi malas nak bertekak, aku dengar saja la apa yang dia cakapkan. Antaranya:
"Kopitiam makes 400% profit from selling the same thing a mamak restaurant sells, but with higher price." (TRUE).
"Restoran mamak tak mau buat macam tu sebab kata kesian orang yang lower class income yang selalu datang minum kat kedai mamak. There is no need for sense of pity in business." (I BEG TO DIFFER - do you know why sesetengah chinese business sangat maju nowadays? Ironically, they do what Rasulullah did thousand of years ago. They tell you the truth (or at least, make you believe them). If everybody wants to do what Kopitiams did, they will be bankrupt in 5 years time because they don't understand the first basic thing about telling the truth.)
"A woman will say bad things about a guy from experience. They will also make up rules about relationship based on a failed one." (TRUE)
Sepatutnya kitorang balik pukul 8, but instead kitorang balik pukul 10.45 sebab berborak. Hell, I serrrriously do not want to turn into my dad.
Bila fikir balik, aku tak pasti sama ada sebenarnya memang aku ni orang yang muka familiar yang dia cakapkan tu sebab seingat aku masa aku kat UIA, aku masih lagi gemuk, selekeh dan tidak pernah mekap walau secalit. Even kawan-kawan UIA yang jumpa aku semula lepas lama tak jumpa tak kenal aku sekali pandang. Aku rasa Nana Patekar itu salah orang maaaaa.
Oh anyway, this pic dibawah ini dipostkan sebab Cik Jis kita yang jelita nak tahu tentang churidar yang ku beli di Plaza City One itu.
2 comments:
Bukan saja aku yg jelita, churidar itu juga sgt jelita. Next time aku nak dtg sana ah beli. Aku bajet Jln TAR dh murah dah. Chait! Dkat lg Plaza One ni dgn ofc aku.
ha tulah. tempat ni mmg cam hidup segan mati takmau je, tp dalam die penuh wonders. akakaka
Post a Comment