Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, January 10, 2013

Menunggu yang Berpenunggu

Hujung minggu lepas, editor hantar SMS, suruh check email.

Editor hantar PDF.
Disuruhnya aku periksa suntingan kedua - meaning manuskrip dah ubah dari bentuk manuskrip ke bentuk novel. Contohnya dihantar dalam bentuk PDF.

Terlampau excited sampai terpaksa baca dua tiga kali untuk pastikan tak ada masalah atau rasa tak puas hati. Seronoknya menulis untuk TeenPrima berbeza dengan buku dewasa. Mungkin lebih penat dari sudut mereka-reka ayat, sebab perlu kurangkan bahasa yang tak semenggah. Tapi seronoknya sebab TeenPrima ada ilustrasi.

Lepas excited tak hengat, aku tanya editor sama ada dah boleh diiklan dalam Facebook atau belum. Tak sabar nak tunjukkan buku baru, dengan bahagian baru dan genre baru kepada pembaca, selepas setahun lebih tak keluarkan buku.

Editor kata nanti dulu. Ada beberapa protokol dengan orang atasan yang perlu diselesaikan.

Tapi aku macam tak boleh nak bersabar. Kena bersabar. Tak boleh! Sabar saja. Oh my God, this is hell!

Apa yang aku boleh buat cuma ini saja:



Mari kita lihat kalau waktu-waktu yang Nurul Syahida habiskan membaca Stephen King akan membantu dia menghasilkan sesuatu dalam genre yang sama...........................

No comments: