Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Tuesday, June 28, 2011

IMPOSTER!!!

Dear readers.

Please spam and destroy these two blogs:
http://alangrinaz.blogspot.com/
http://lilyhasnizan.blogspot.com/

Some citizen of LOSERville and PSYCHOTIC City telah memalsukan dan mempergunakan gambar2 adik2 sepupu aku (Lily dan Rina) dan mencuri identiti mereka untuk menghasilkan dua extremely lame dan corny blog yang aku tak tau apa tujuannya. Sekaligus telah jeopardise gambar2 bapak dan mak sedara aku (yang bukan bernama Khadijah, harap maklum), gamba adik sepupu aku Nana and two other pictures of two unknown person yang the psycho anggap sebagai "brother" dan "sister"-nya.

Coockoo for Cocoa Puffs!

To the owners of that blog... come on. Get a life will ya? If you want to live in a fantasy, I suggest writing a novel or direct a movie. At least you will get money out of it. Do this again and you will be inside my next novel as another loser character. That is never a good thing, you know.

Saturday, June 25, 2011

Mentang2 dia menang RM350,000

Woi, korang ni melampau betulla. Aku taula brader tu baru menang RM350,000. Perlu ke aku punya blog dan aku punye tracker, tapi "Jep Sepah" je yang banyak korang google untuk sampai ke blog aku?

Kecik ati aku jadi novelis kalau macam ni...


Friday, June 24, 2011

How the week has gone with the wind...

It seems like the universe is conspiring for me not to write my next story.

Aku telah berusaha sedaya upaya selama tiga minggu untukmenyiapkan semua kerja yang aku patut buat dalam masa sebulan, demi mendapatkan satu waktu clear untuk aku menulis novel. Aku dah bahagikan masa aku:
Siang : Kerja translation
Malam : Kerja gosip news (and reviews if any)
Tengah malam : Menulis novel

But there is a thing called "Shai cuma ada sepasang tangan dan sepuluh jari", which means that even when I have a lot of energy in my body tapi kalau jari aku sakit... to quote JAMBU... "...apa pun tak boleh".

So minggu ni sepatutnya aku siapkan semua kerja aku yang ada jadi aku dah ada masa full time untuk novel. Tapi tiba-tiba hari Selasa Aying warded. Okay, for those yang tak tau, Aying is my brother, the third in my family. Dia dah demam sejak Jumaat tapi tak kebah2 dan asyik demam balik (atau dalam bahasa Indonesia, "Penyakitnya kambuh"). So Selasa tu dia pun pegi drive semula ke DEMC untuk check dengan doktor. Pergi pagi, sampai pukul 12 tak balik2. Tau2 je rupa-rupanya dia kena tahan kat hospital untuk check darah.

So the whole issue was... Aying suspected denggi. But doctor also suspected him kena kencing tikus (which is funny when you say it, NOT funny when it becomes your disease). Tapi DEMC punya second and third class wards dah penuh, so cuma tinggal first class wards yang harga over RM500. Sekali lagi aku katakan, kalau aku ni Ramlee Awang Murshid, mungkinlah aku biar je dia masuk ward first class tu (ahaha, sorry Abang Ramlee, ni kira cam saya mendoakan prosperity abang la ni). Tapi siapa nak bayar? Insuran pun tak akan cover penuh ward first class.

Bertambah pening kepala aku ialah bila ayah aku pulak ada masalah pendengaran, which means, it's like I am the only one there to make decisions. Dad wants him to be transferred to PPUM. Done. Doctor tanya sama ada nak hantar dia sendiri ke hospital atau nak pakai ambulance. Here is my train of thoughts at that time:

1. Kalau naik kereta, ayah kena hantar kereta Iswara balik rumah and then come back for the Kancil. I can't drive - I don't have a license because I have trust issues with other drivers. Isn't that cute?
2. Kalau naik ambulance, at least dia akan hantar terus ke ER, which means less hassle in trying to locate kat mana nak daftar, kat mana nak tanya itu dan ini. Since we're in Malaysia, you know how it is...
3. I can ride in an ambulance and explore something new just in case I wanna write such scene in a novel.

So, dengan bayaran sebanyak RM270 (yes, ambulance swasta is THAT expensive) riding a very uncomfortable van angkut-like ambulance that have a very noisy siren and makes you think, "No wonder people died on the way to the hospital", I sent an SMS to my sister (yang tengah dalam perjalanan balik ke rumah) to come to the hospital segera because I only have RM50 in my wallet.

Sent the dude into the ER, uruskan semua hal pendaftaran dan X-ray fee, bladiblabla, then listen to the ER doctor yapping away about how people always want to sue them (if she didn't stop, I swear to God I will sue her) dan sejam lepas tu baru mak, ayah dan kaklong sampai.

Balik rumah only after 11pm, lepas Aying dapat wad. The only good thing about dengue (nope, nothing is good about dengue), is that you don't share a room with anybody else. Balik tu tak tido sebab cuba nak menulis, lepas tu baca plak komen editor aku dan dalam penat2 tu aku suruh dia scrap out jela kerja aku (there was no room for thinking about Girls Generation photo at that moment). Memang tak boleh tido sampai Subuh.

Esoknya plak boss satu lagi email tanya kalau aku boleh buat another set of translations. Aku terpaksa tolak for the week sebab kena ulang alik tengok si Aying. Petang tu my cousin Dila and family datang jenguk, same goes with Pak Long yang datang dari meeting. Tak boleh tidor jugak malam tu sebab kena siapkan kerja. Pukul 4 baru nak merangkak naik katil. Tapi belum sempat rasa tidur yang nyenyak, mak panggil kata Aying dah discharge. Pergi pulak uruskan dia punya discharge bills and blablablabla (I hate company HR. Their lateness membuatkan aku terdampar di kaunter bayaran selama sejam).

Oh by the way, PPUM has the weirdest building blocks ever. My family sesat nak ke ER, then aku sesat nak ke ward Aying, and earlier today nurse bagi arahan yang salah untuk tunjuk kat mana kaunter admin. Entah kenapa la orang yang kerja kat bangunan sendiri tak tau kedudukan utama admin part dan which fax number is to be used for faxing GL.

Tengah fikir yang bila Aying dah keluar ni aku boleh la start menulis novel, boss translation bagitau esok dia akan datang hantar kerja, aku ada press conference and movie screening on Tuesday and my weekend akan dipenuhi activity booksigning Pesta Buku Selangor (whisch is at 2 to 5pm. Harap maklum). Where was my novel-week? Gone with the wind.

Oh by the way, thanks to semua yang concern dan mendoakan kesihatan Aying. Alhamdulillah he is okay now and dah mula menjahanamkan laptop aku balik serta menengok AVATAR untuk kesekian kalinya sampai aku rasa nak muntah tengok makhluk biru. Drats.

Aku ni menulis blog ke menulis diary ke menulis novel hidup sendiri?

Tuesday, June 21, 2011

The Whole Day with my Dad

Haji Kamarudin bin Haji Ahmad @ Ahmat adalah seorang lelaki tua berumur 64 tahun yang aku sangat takuti masa aku kanak-kanak. Kalau beliau threaten nak lempang, beliau akan lempang. Kalau beliau ajar Matematik, jangan berani-berani nak garu kepala sekalipun memang sebenarnya kepala memang gatal masa tu. Memang nak kena rotanlah jawabnya.

Tapi sebagai anak kedua, there is something about that fact yang membuatkan aku - sekalipun takut dengan ayah - masih cuba untuk menduga tahap amukannya, partly sebab anak kedua memang ada that sense of trying to attract their parents. Yes, huge attention issue especially when the first born was a girl, so I'm like the been-there-done-that. Sebab tulah aku menjadi anak perempuannya yang paling menguji kesabaran. Aku tahu betapa susahnya untuk seorang ayah menahan diri daripada merotan anak perempuan, tapi aku memang biasa kena. Hahahahaha. Ya, aku yang carik pasal, so no sweat. 

Tapi dalam masa yang sama aku juga sangat admire ayah. Aku admire his love for my mum sampai sanggup tinggalkan Jakarta sekalipun tinggal exam seciput lagi sebelum dia akan dapat degree (sekalipun nowadays aku akan kata "bapak aku menggatal nak kahwin masa tu"). Aku admire his taste for knowledge dalam semua hal (ada tak orang lain study bil eletrik TNB sampai boleh explain tentang rotation meter?). Aku admire his crude jokes. Aku juga admire the fact that he can say almost all absurd things you can possibly think of (macam menyamakan kereta Proton Saga dengan perempuan jalang - "Cantik di luar, buruk di dalam".)

Semalam aku temankan ayah pergi TNB. Ayah memang ada masalah pendengaran sekarang ni, jadi sekalipun dia cuma nak tanya soalan je kat kaunter perkhidmatan, aku kena ikut sekali just in case dia tak dengar atau tak dapat teka mulut pegawai perkhidmatan tu (ya, my dad now reads mouth). Tapi masalahnya aku memang tak faham apa masalah sebenar bapak aku dengan bil letrik rumah kitorang yang cuba dia jelaskan pada pegawai tu. Nasib baik dia berjaya guess apa yang pegawai tu cakap. 

Sepanjang dalam perjalanan balik, bapak aku cerita fasal meter rotation kat aku. Okay, biasanya aku memang dengar je suma citer dia, tapi kalau ada satu topik yang paling tak menarik minat aku selain matematik, adalah topik bekalan letrik rumah aku. Lepas tu singgah stesen minyak dan beli cendol kat Seksyen 9. Ayah terbaca pasal baucer RM100 yang kerajaan Selangor nak bagi pada warga tua dan terus excited.

Balik rumah je ayah bukak cerita fasal bil letrik lagi pada mak. Ayah kata bil letrik rumah meningkat sebab muka kakak aku bercahaya (maksudnya ialah kakak aku selalu tertidur dengan laptop dia masih menyala kat depan mata, jadi  dalam gelap cuma nampak muka dia je yang bercahaya.). Lepas tu dia kata dia nak daftar Twitter (aku dan mak gelak guling2 mendengar kenyataan rasmi lelaki yang tidak tech-savvy ini) dan nak buat novel bertajuk "SENJA DI JAKARTA". 

"Dulu aku pernah tulis sikit. Tapi mungkin sebab aku bercita-cita nak tulis novel yang kontroversi, jadi anai-anai makan manuskrip aku." kata ayah pada mak.

Aku cerita kat ayah pasal the whole last Friday punya case (argh, sangat susah nak menceritakannya bila aku tak boleh bercerita betul-betul kat blog). Aku rasa dalam banyak-banyak benda yang bapak aku bangga dengan aku, ini kali pertama aku tengok muka dia bangga gila, macam seolah2 aku baru menang Pullitzer Prize. Aku rasa kebanggaan bapak aku, ialah bila anaknya menerima ancaman dalam hidup atas nama kerjaya. Dia tak berhenti-henti bincang pasal benda tu dan baca email bos aku berkali-kali seolah-olah dalam email tu bos aku nak bagi aku anugerah insan cemerlang. 4 tahun aku bekerja di syarikat tu, ini kali pertama bapak aku rasa macam kerja aku ni sangat worth my time. Hahahaha. I mean, ada artikel kecik kat dalam majalah RAPI bulan ni pasal buku aku pun tak berjaya membuatkan bapak aku sebangga kes Jumaat lepas.

Bila mengenangkan balik yang benda macam tu yang buat bapak aku bangga dengan aku, aku rasa macam patutlah ada skru yang tercabut dalam otak anak2 dia. 

Ya, sepanjang hari semalam aku habiskan menemankan ayah membuat kerja-kerja hariannya. Pergi bayar bil, study bil letrik, pergi isik minyak, pergi beli kuih. Tapi aku rasa ayah sangat enjoy buat kerja-kerja mundane tu. Dia enjoy merokok kat luar rumah sambil termenung tengok pokok jambu. Dia enjoy baca semua buku yang ada kat rumah aku, sampai ke pamplet GIANT pun dia study bagai nak rak. Dia enjoy mengancam nyawa kucing aku dan ketawakan Phibun bila mangkuk ayun tu larikan diri dari dia.

I always thought my father wanted to be a professor or a writer (based on how he always talk about writing a book and stuff). But instead, he just love to be a father.

Happy Father's Day, Ayah. You are the only father for me, in this world and HereAfter.


Saturday, June 18, 2011

Shai's Perfect(?) Week

Ada banyak benda yang aku nak tulis tentang minggu ni. A lot actually that happened. And yet, I don't even know how to start. And I was even advised not to talk about the best part of it. Darn it.

Tapi...

Isnin lepas adalah permulaan yang grim. Ahad tu aku dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Shah. Kalau nak kata aku kenal sangat dengan Shah, tak jugak. Dia bukan satu sekolah, satu tempat kerja, atau satu kawasan perumahan. Tapi dia husband kepada Hawa - our angel. Seriously, if there is an angel on earth, Hawa would be it. I met the guy when they were dating. When they were married. When they got Qiesya. So his death felt real to me. It doesn't feel like a story you heard from someone you knew. It even felt grotesquely real when you witness Hawa siram air mawar atas kubur jenazah. Suddenly you have this weird feeling that at that age, Hawa should not be spreading flowers on a grave, with a daughter in her arms while other people looking at her and sympathising. It felt surreal.

Shah should not become a subject in a blog. But all this week, that he had become.

I had two movie screenings the next day. The morning in Mid Valley, and the afternoon in One Utama. That's not the point at all. Nor it is that I was still recuperating from going to majlis pengebumian the day before and only arrived home at 12am and spending the whole night finishing work. It's just that.... man, Damansara taxis are rip offs. I was charged RM40 for a taxi ride from Mid Valley to One Utama, how dumb was that? But since aku tak ada masa dan dah terlambat, aku tak dapat nak habiskan masa untuk mengamuk kat teksi tu. Aku cuma bayar, babikan je dia dan harap kat akhirat esok aku boleh tuntut balik dan terus cari surau.

Dah tu pulak, aku siap solat (dan qadha solat Subuh sekali), tapi bila sampai kat location, rupa2nya kena tunggu lagi sejam sebab artis belum sampai. Tau tak betapa membaranya hati aku sebab kena bayar teksi RM40 hanya untuk menunggu artis lambat? Kalau aku boleh solat dan sampai pukul 2 tepat, apa masalah diorang nak sampai lambat sangat? Ha? Ha? Kalau aku tau, dah lama aku naik bas je. Baru kene RM2.50. Camsial. Balik tu kene RM40 lagi sebab terus balik Shah Alam naik teksi. Masa tu dah tak pedulik dah. Tak pasal2abang teksi tu kena dengar bebelan aku pasal filem dan artis, siap aku iklankan website ofis sekali.

Rabu tu ada preview lagi. Aku siap tertidur dalam wayang selama lima minit sebab kebosanan dan juga sebab dah tiga malam tak cukup tido. Balik tu nak naik teksi sampai Kelana Jaya, rupa2nya diorang sume pakai flat rate RM25. Alasan: "Jauh kena pusing." Siapa suruh kau pusing jauh2? Ko hengat aku tak pernah naik teksi sampai Kelana Jaya ke? Teksi sampai KJ pakai meter baru RM8. Ko nak suruh aku naik teksi sampai sekangkang kera kena RM25? Aku memang anti-Damansara je sekarang ni. Unless aku kena pergi rumah Mun kat Kota, atau ada kerja yang aku tak boleh tolak, pi mampos la sama Damansara. Tak hingin aku jejakkan kaki kat sana, IKEA meatballs or no IKEA meatballs.

Apartment pon harga sejuta.... gile ke apa. Aku bakar semua club2 yang ada kat situ baru korang tau langit tu tinggi ke rendah. Maaf atas bebelan ini.

Lepas tu aku baru nak berehat, bos SMS kata kena hantar kerja sub sebelum Khamis. Rasa nak menangis bila baca SMS tu sebab masa tu aku memang dah tak ada daya ketahanan untuk buat kerja lagi dah. Semua orang ingat kerja aku senang. Meh aku bagitau. Unlike what people might think, I am not a bilingual person, let alone speak three languages with ease. I don't even speak English in real life and unless I need to, I prefer to answer questions in Malay (especially if I know the english speaker can speak malay). But my work entails me to be grammatically correct in BM, English and Indonesian. To think in grammatically correct words are not THAT easy. To think in grammatically correct words AND write a creative piece of writing at the same time? TORTURE. Thinking in grammatically correct Indonesian and turn them to Malay or English? GROTESQUE.

It gets to my head more than anything. I can write. I can move around. But my head pays the price. Headache tahap babi hutan tercekik belantan woooh. At one point I was even thinking that this is too severe to be called a migraine and suspect myself of having brain cancer. Nauzubillah! Aku drama queen je tu.

Tapi kerja diteruskan.

Oh, aku dah tak mimpi Jep Sepah lagi lepas tiga malam berturut-turut. Awwwwwwh, I kinda miss dreaming about him. Hahaha.

Dreams should be a private matter right? Nahhhh, I always think my dreams are too exciting not to share it with people. It's a novel of its own!

Monday, June 13, 2011

It becomes clearer

Death becomes clearer through bloodshot eyes



It was the last song on Shah's facebook last Friday.


Aku tak tau nak tulis apa. I would never understand and I don't event want to pretend like I will understand the depth of despair during this trial times for Hawa dan little Qiesya.  Let's just sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Shah Reedza, beloved husband and father of a 2 year old girl.


Al-Fatihah.



Sunday, June 12, 2011

Kenapa Jep SEPAH?

Two days in a row I have been dreaming the weirdest dream.

Aku mimpi Jep. Yes. THAT Jep. Dari kumpulan SEPAH. Of MAHARAJA LAWAK. Sangat aneh, since like, tak ada sebab logika untuk mimpi Jep SEPAH. Entah, mungkin sebab novel terakhir aku, ada watak bernama Jeb, atau mungkin sebab aku tengok MAHARAJA LAWAK... aku pun tatau.

First, I dream Jep Sepah ajak aku kahwin lari sambil "likas". (don't ask. my friend dah tengok maksud likas dalam kamus. it's that machine yang gulung benang).
Then, aku mimpi Jep Sepah mintak maaf tapi dia tak jadi masuk reality show Korea dengan aku. Dia nak masuk dengan Cameron Diaz. (don't ask. mimpi aku memang kebiasaannya tak berapa nak difahami)

I told Mun about the dreams and she was like, "Ko ni asyik mimpi Jep je ni, apa kata ko tulis surat kat dia."

Aku nak tulis surat apa kat Jep?

Dear Jep SEPAH.
Saya asyik mimpikan awak.

............................................................................... gile ke apa.

Look, if I have like ten more dreams in a row starring Jep SEPAH in it, I will write him a letter by then. Or sue him for entering my state of sub-conscience, walaupun aku tak rasa dia bersalah dalam hal ini.

Aku rasa aku terlampau banyak bekerja.....

Friday, June 10, 2011

Aku seorang novelis tapi terlampau banyak kerja lain

Aku sangat excited nak menulis novel. Tapi masalahnya kerja aku banyak.

Sangat tak seronok buat kerja lain selain menulis novel. Tapi disebabkan cek royalti aku tidak sebanyak Ramlee Awang Murshid, aku haruslah mengorbankan penulisan novel seketika dan memberi laluan kepada pekerjaan untuk membayar bil dan hutang piutang.

Tapi seriously, aku sangat gatal tangan nak tulis novel. Aku tengah tulis tiga buah novel sekaligus. Itulah masalahnya. Tiga sekaligus kan?

Pertama, adalah projek trio dengan Zara Amani dan Liza Nur (atau Shikin dan Liza). Kali ini aku nak buat cerita tentang players. Aku dah lama mengelak dari buat kisah mengenai players kerana aku nakkan the ripe time - masa yang sesuai untuk aku menulis kisah tentang golongan ini tanpa ada perasaan prejudice. I know some of them, and I don't want them to think that I am writing about them. So lepas 4 tahun aku simpan keinginan ni, aku rasa the time is ripe enough for me to write what I know. There are men who call themselves players. But there are "players" - real ones. Bukan versi cheesy Awal Ashaari dalam "Syurga Cinta" ye.... hahahahaha.

Kedua, sambungan Aku Kan Novelis. Ya, aku tak suka sekuel. Tapi aku tak berniat nak jadikan cerita ni sekuel. Banyak yang aku nak sampaikan, dan cara paling mudah untuk aku sampaikan adalah melalui Safiah. Aku rasa AKN adalah social responsibility aku. Lagipun sangat mudah untuk aku masuk ke dunia Safiah dan Roul semula. Terlalu mudah untuk aku meletakkan Roul pada tempatnya dan terlalu mudah untuk aku keluarkan sarcasm Safiah. Sebenarnya sangat susah untuk aku tulis novel lain bila aku dah keluarkan semua sarcasm aku dalam Safiah. She has wiped me clean. Roul adalah watak lelaki paling mudah untuk aku tulis. His eccentricity is just so easy to write. Sebab he's just a do it kind of character - my own version of a Jack Sparrow. Bukan aku kata Roul tu Jack Sparrow, sebab langsung tak sama dan tak inspired by that pon. I am just saying, macam mana mudahnya Johnny Depp nak kembali ke dalam watak Sparrow, begitu mudahnya aku nak menulis watak Roul.

Ketiga, kisah wanita takut komitmen. Oh, aku sangat nak tulis cerita ni dari dulu lagi. Aku rasa aku antara orang yang paling memahami istilah commitment-phobic dan relationnya to women. Aku dah boleh bayangkan watak yang aku nak jadikan watak utama.

Tapi tulah, banyak sangat nak tulis, tapi sedikit sangat masa yang ada. Aku siap beli buku untuk aku jot down lines sebab aku selalu sangat tak berkesempatan nak menulis. Buku tu aku panggil buku tabib (aku beli kat kedai yg jual bende2 pelik tu.... buku tu mmg bentuk buku tabib zaman dulu kala. Hahahaha).

Entahlah, aku memang tengah berusaha keras menyiapkan kerja aku secepat mungkin supaya aku ada waktu untuk tulis cerita2 semua ni. Tapi tulah.... Paklong aku kata time is a mental construct. AKu sedang cuba construct mental aku tapi aku rasa ,acam ada banyak unsur destruction je sekarang ni.

Monday, June 6, 2011

Marrying Gambit

Aku jarang nak bercerita tentang perkara peribadi sangat kat blog ni, tapi sekali-sekala, apedehalnye jah (aku kesian dgn mak Nabil yang dah menjadi sebahagian daripada made-up words anaknya)...

Suatu hari aku berborak dengan Mun yang mengatakan bahawasanya:
"Shai, aku tak pernah terbayang lelaki macam mana kau akan kawin. Aku boleh bayangkan orang lain akan kawin dengan orang yang macam mana, tapi aku tak boleh bayangkan lelaki yang sesuai dengan kau."

Aku gelak.

Lalu aku pun ceritalah pada Tim.
"Aku selalu bayangkan Mun marrying someone yang dalam bidang business, atau mungkin engineering. Aku boleh bayangkan kau kahwin dengan penceramah bebas atau pakar motivasi ala2 Ustazah Gelang Banyak (itu gelaran aku untuk Ustazah Nor Bahyah) dengan hasben dia. Tapi Mun kata dia tak terbayang aku akan kahwin dengan siapa."

Tim gelak.

Aku sambung.
"Aku macam nak rasa bangga sebab macam aku ni sangat unik sampai tak ada sesiapa yang sesuai. Tapi dalam masa yang sama aku jugak rasa risau mendengarnya."

Tim gelak lagi. Lepas tu aku harap dia sambung dengan something yang reassuring. Tapi dia kata.
"Ha'ahlah, Shai. Bila kau cakap apa yang Mun cakap tu, baru aku sedar, aku memang tak terbayang kau akan kahwin dengan lelaki macam mana."

Adakah aku patut risau?

Dinie kata.
"Tulah. Betul jugak. Nak kata kau ni serius, memang kau serius. Nak kata kau lawak, kau lawak jugak."

Lepas tu Dinie sambung.
"Aku rasa kau akan jadi macam aku dengan laki aku. Kau akan kahwin dengan lelaki yang tak sama macam kau."

Aku sebenarnya tak rasa reassured langsung. Mungkin aku sesuai dengan mutan, macam Havoc atau Gambit............................................................. ye, entry ni saja2 je terpengaruh dengan cerita X-Men. Tapi aku rasa Gambit memang sesuai dijadikan hasben. Dia pandai memasak dan pandai main card. Boleh layan bapak aku main Blackjack halal (suka hati aku je menghalalkan Blackjack). Dia juga mempunyai tongkat yang panjang untuk digunakan untuk jolok buah cempedak di luar pagar. Haha. Lagipun nama dia Remy LeBeau. Gila karat ah nama Shai LeBeau.... macam adik beradik Shia LeBeouff.

Aku still rasa Gambit versi filem sangat tak best dan merosakkan Gambit.

Maaflah, orang yang tengah tunggu kerja masuk memang macam ni. Aku tak tau apa yang cuma aku sampaikan.


Saturday, June 4, 2011

The trans, the rev, the shorties and the long-one

Ini cara terbaru untuk update aktiviti diri sendiri. Semalam sempat la berbual kejap je dengan Shikin (Zara Amani). Budak baru habis belajar sekarang sudah kerja sambil hiking tiap malam. Amatlah susah untuk mengetahui update dirinya. Apatah lagi Cik Liza yang jarang dapat berbual.

Jadi mari kita update status diri melalui kerja.

TRANSLATIONS
Buat masa ni dah sampai ke episod 196. Nak start on episod 197 tapi macam rasa nak merangkak ke ruang tamu dan tengok TV saja. Usaha membuat terjemahan untuk cerita Indonesia ini dah menjadikan aku robotik, tanpa perasaan atau usaha untuk mencari di mana rasionalnya setiap babak dalam cerita. TV Al-Hijrah is airing PARA PENCARI TUHAN. Impian translation aku sebenarnya adalah untuk menterjemah PPT. PPT adalah show berdakwah yang bagus dan sangat basic, tapi dibuat dengan cara yang sangat menghiburkan. Aku rasa perasaan menterjemah PPT pasti sama macam masa aku terjemah "Flag of Truth" untuk Astro Oasis masa bulan puasa lepas. Rasa macam ada sense of existence - macam dah berbuat pahala sebab memudahkan saudara seagama untuk memahami cerita zaman Khulafa Ar-Rashidin.

NEWS AND REVIEWING
Selasa pi tengok "X-Men: First Class", Jumaat pi tengok "Super 8". Company tengah busy dengan Movie Carnival kat IPC Mall so mungkin sebab tu sampai ada dua press preview aku gantikan untuk minggu ni. Sejak menulis gosip Korea, aku juga dah jadi robotik. I love some Korean variety shows, tapi aku memang sangat anti-girl group. Especially the new ones yang lagu tak seberapa, tapi tarian dan pakaian macam minta diri dirogol. It's like, what is the point of your so-called feminisme if Korean young girls are taught to wear porno costumes and to act cute and dumb just to entertain people? Aku tak nak persoalkan tentang kumpulan K-pop fake kat Malaysia ni sebab semua orang pon panggil diorang fake. I am just saying, SNSD restarted the wave again by being just cute. 3 years later, the new ones are becoming fake cute and more annoying. 
Sekalipun aku macam memuji SNSD, ketahuilah bahawasanya aku memang tak minat girl group Korea dan pakaian baru diorang pun menjadi subject of my scrutiny. Nyanyi je tak boleh ke? Kenapa nak jadi poster girl for lonely old men around the world? It's creeping me out.

CERPEN
Ya Allah, dah berkurun tak tulis kot. Aku rasa segan nak jumpa Kak Eton...

NOVEL
Janjinya adalah untuk siapkan pada bulan Ogos, tapi disebabkan kesibukan masing2, aku tak tahu bila agaknya nak betul2 selesai. But anyway. Ini excerpt:

                  Lif tersebut ditutup dan kembali melakukan tugasnya untuk menghantar Wulan ke lobi sementara pemuda itu menekan butang P ke parkir.
                        Pemuda itu menoleh sejenak ke arah Wulan dan memberikannya sekuntum senyuman. Wulan membalasnya dengan senyuman yang pendek. Dia tidak punya keinginan untuk berbual tatkala ini.
                        “I guess you are ballsy.” Ujar lelaki itu dengan perlahan tanpa memandang Wulan.
                        “Hmm?” Wulan tidak pasti dia mendengar dengan betul atau memang itu yang lelaki itu ucapkan.
                        “I said, I guess you are ball-sy.” Ujar lelaki itu lagi, menekan perkataan ‘ball’ dan ‘sy’ itu.
                        “Excuse me?” Wulan merasa agak terganggu.
                        Lelaki itu ketawa rendah apabila menyedari Wulan tidak memahami jenakanya. Dia menudingkan jarinya ke arah beg Wulan di mana stress ball itu masih elok diam.
                        “Ada bola atas beg awak.” Ujarnya, menjelaskan keadaan.
                        Wulan mengekori arah jari lelaki itu dan menyedari kebodohannya sendiri.
                        “Oh! Tadi atas meja. Macam mana boleh...” Wulan tidak menghabiskan kata-katanya tetapi terus mengambil bola tersebut dan memasukkan ke dalam beg tangannya.
                        “Stress ball eh?” tanya pemuda itu. Wulan tersenyum mengangguk.
                        “Tell me about it. Masa pertama kali saya bekerja kat sini, saya pun ada stress ball jugak.” Jelas lelaki itu tanpa diminta. Jelas sekali dia seorang yang mesra sekalipun gayanya tidak menunjukkan dia seorang pemuda yang sedemikian.
                        “It was black with a smiley face on it. Sentiasa tersenyum memandang saya bila saya stress dengan kerja yang banyak, as if it was mocking me.” Ujar pemuda itu lagi.
                        “Buat awak rasa nak remukkan senyuman atas stress ball tu?” tanya Wulan.
                        Lelaki itu ketawa.
                        “EXACTLY.” Ujarnya dengan begitu ghairah sambil mengangkat keningnya. Ada lesung pipit di pipinya apabila dia tersenyum nakal. Matanya turut tersenyum dengan sendirinya apabila bibirnya mengukir senyuman itu, melahirkan garisan halus yang muncul di hujung mata.
                        Entah kenapa Wulan terbayangkan lelaki ini pasti manja dengan ibunya.
                        Lif berhenti apabila sampai di lobi dan membukakan pintunya.
                        “Saya pergi dulu.” Ujar Wulan, memberikan senyuman yang lebih ikhlas daripada yang tadi. Lelaki itu memberikan tabik hormat dengan tangannya yang memegang kot. Kot tersebut menggelongsor ke pelipat sikunya apabila dia berbuat demikian.
                        Wulan melangkah pergi. Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi tahu nama lelaki itu. Namun apabila dia menoleh, pintu lif sudah pun ditutup.
                        “Takpelah.” Ujar Wulan pada dirinya sendiri. Dia meneruskan langkahnya. Dia harus segera ke stesen LRT KLCC sebelum tren terakhir meninggalkan stesen. Peristiwa stress ball itu berlalu dari fikirannya dengan pantas.