Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, August 11, 2010

"But that's just my schedule for Ramadan!" - Dr House.

Aku tahu aku tak patut membeza-bezakan bulan, tapi aku memang suka Ramadhan.

Aku tak ingat bila first time aku puasa. Aku ada vague memory tentang usia pre-school. Mungkin sebab tak tadika kot (*memandang muke bapak sendiri dengan dendam sebab menggunakan alasan "Tadika mahal."... pernah jumpa tadika free ke kat Shah Alam ni?*). Mungkin masa darjah satu kot. Dulu bila first time puasa memang suka buat perangai kot, since aku tak tadika (*memang saja2 menyalahkan semua perangai buruk zaman kanak2 atas ketiadaan didikan tadika*). Tapi yang aku ingat bila time sahur je mesti nak saja2 buat perangai.

"Nasik panas sangat!"
"Tak suka makan ayam ni, nak ayam goreng!"
"Lauk tak sedap!" 

Makdik kata dulu kalau tengok perangai kitorang, dia ada urge nak tampor2 je, tapi mak aku sabar jela melayankan kerenah kitorang. Tapi kalau bapak aku... memang dia tampar terus tanpa warning, so memang padan muke la anak2 Haji Kamarudin. Sile tampar anak2 anda. It works.

Darjah 3 aku start puasa penuh. Gile bangga tahap apa tah masa tu. Semua sebab nak lawan kaklong. Mak punya bijak la tu. "Dulu kaklong darjah ni dah puasa penuh. Dulu kaklong darjah ni dah khatam Quran." Sebagai anak kedua herself, mak aku tahu weakness anak kedua ialah dia sentiasa nak show off yg die lebih better dari anak pertama (disebabkan kurang kasih sayang... yela, dahla anak second, perempuan pulak tu. Been there done that, more like...). So aku pon kejarlah kakak aku, untuk menunjukkan, heleh, bukanlah die best sangat pon.

Masa masuk SMKA Kuala Selangor... puasa itu adalah satu event yang sangat ditunggu sebab tak ada riadhah. Aku tak taulah kenapa diorang paksa students semua wajib keluar gi riadah. Kalau orang taknak pi main bola tampar, orang taknakla. Apesal nak pakse pakai baju sukan and lepak kat luar asrama? Bila puasa, riadhah tak ada. Jadi maksudnya kurangla aktiviti paksaan yang tak berapa nak berfaedah (kalau tanya aku, antara main bola sampai penat and tertidur kat musolla masa kuliyah maghrib dengan tidur kat asrama dan sambung tido masa kuliyah maghrib, agaknya mana aku pilih?).

Aku tak pernah walau sekali pun sahur kat dewan makan sekolah. Dari yang aku dengar, sahur dewan makan amatla disgusting. Kalau makan lunch biase pon kari ikan die macam Sungai Nil, bayangkan abang2 dewan makan memasak jam 4 pagi? Sup sayur tak rupe sup sayur. Sayurnya hancur boleh jadi jus kangkung. Lepas tu bile berbuka, kena pulak cari member untuk cukupkan meja sebab meja dah ditentukan supaya tak ada sesapa yang tak ada tempat duduk. Itula time UE terbentuk - bila aku join Ayim, Mass, Tim, Ann, Dinie, Deqno, and Zana. Lepas tu kena tuduh buat geng.... lapan orang geng budak form 2 di sekolah agama, ape sangatla jenayah boleh dibuat? Paling2 pun tiru tanda tangan warden untuk keluar outing. Tak Legenda Budak Setan langsung... Tapi masa puasa la paling suka outing sebab nak beli ayam rangka dekat pasar BB Kuala Selangor.

Masa kat UIA, 3rd year, malam2 buta je aku, Iza, Ayong atau Ika akan pegi beli nasi, tomyam dengan telur bistik untuk 4 orang kat Mahallah Asma untuk buat makan sahur 4 hours later. Pernah sekali, kitorang dah beli lauk-pauk, and letak kat depan. Tidur tunggu waktu sahur. Sekali tu semua bangun tengok dah pukul 8. Rasa air mata ini bagai mengalir lesu melihat telur bistik dan tomyam yang tidak berusik sementara perut berbunyi sebab tak sahur, namun harus digagahkan jua.... lepas tu terus kitorang sahur pukul 12 malam je.

Kalau berbuka pulak, mesti nak pergi beli kat Suka-suka Catering, tak kire la kene jalan jauh siket. Mestila kena berbuka dengan ikan keli goreng minyak dengan ayam kunyit die, diiringi sambal tempoyak dan bergedil...........................my GOD!!! Suka-suka Catering, I love you.... 

Masa kerja kat CO, bersahur dekat rumah macam biasa, tapi tak pernah dapat berbuka dekat rumah. Bayangkanla walaupun bos kasi Muslim staff balik awal, tapi kalau keluar pukul 5 dekat ofis Kelana Jaya sementara orang lain semua balik pukul 4.30 lalu LDP, agak2nye sampai rumah dengan aman tak? Bas penuh, jam macam haram, sampai pukul 8 masa bapak aku nak pergi tarawikh. Last2 aku keluar opis pukul 8 malam je, time traffic lengang. Kadang2 pukul 11 malam baru berbuka. Time tak puasa, makan Tim Tam dengan Maria. Kadang2 diorang yang lain ajak pergi lunch kat kedai. Agak tak senonoh kot untuk berbuat demikian.... boleh mendatangkan fitnah atau diangkat naik van mayat oleh jabatan agama walaupon memang takleh pose.

Masa start buat freelance, rasa dunia lebih aman. Boleh puasa dengan tenang. Kalau masuk opis buat subtitle, masa rasa berlalu dengan cepat. Tiba2 je dah pukul 6. Balik tolong mak masak untuk berbuka. Hari2 dapat sahur and buka dengan family. No more jus sayur atau berbuka karipap dalam bas. Boleh tidor lambat atau tak tidor langsung. Boleh buat kuih raya pukul 1 pagi tanpa risau besok kat opis tak larat nak bukak mata. Gumbire rie je.

Ni tahun kedua berpuasa dengan gumbire rie. Selamat berpuasa. Yang tak reti2 nak puasa penuh walaupon dah besar panjang tu, janganlah mengada2 tertanya2 kalau ada permintaan Allah tak makbulkan. Nak puasa pon malas, ade hati nak dapat semua benda yg dimintak...

2 comments:

sil said...

woh, kenangan terindah ramadhan! good for you to hv what you hv right now. it suits you right!

Shai Kamarudin said...

haha.
yeah, subversive me need not to stick to one job. I'll be annoyin some one way or anther. :P