Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, November 12, 2012

Those songs... Part III (HIgh School Musical?)

Pergh, the third version datang lambat gila. Ini disebabkan aku terlalu sibuk dan terpaksa bagi laluan pada entry yang tak embed with Youtube vids supaya blog aku ni tak hanged.

Anyways, ini lagu2 yang mengingatkan aku tentang zaman2 remaja di SMKA Kuala Selangor

RABITAH HATI



Maaflah sebab suara yang menyanyi ni ada lari key kat second verse (and almost every verse). Tapi masa zaman sekolah, kitorang lebih menganggap lagu ni macam lagu sekolah berbanding our actual lagu sekolah sampai komposer lagu sekolah kitorang kecik ati. Ahahahaha.
Eh, sape yang nyanyi kat Youtube ni? Maghfirah la, bukan maghrifat. Apakah itu maghrifat? Cheh.

TEMAN - XPDC



Tapi lagu ni memang cam lagu yang sangat popular masa aku sekolah menengah. Semua orang kalau dengar lagu ni memang akan tunggu bahagian "ku nanti nanti nanti nanti sendiri lagi".

WINDS OF CHANGE - SCORPION



Apalah bebudak remaja ini faham tentang the fall of the Berlin Wall atau signifikan lagu ni dengan peristiwa tu. Pada kitorang, lagu ini adalah lagu yang kitorang akan dengar setiap pagi sebab pekerja dewan makan akan bukak radio dan main lagu Scorpion. Setiap kali dengar lagu ni, aku teringat era form one. Aku sangat tak suka era form one. Asik jadi bahan buli orang je.

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD - ELLA


Of course kitorang sangat ingat lagu ni sebab masa kitorang form three, kitorang perform lagu ni masa jamuan akhir tahun ASPURI. Tapi kitorang buat versi nasyid. Masitah was the solo singer. Aku ingat aku tgh tido dalam bilik waktu tengah hari sebab migrain, bila suddenly bebudak bilik aku kejut and kata, "Weyh, kitorang nak buat nasyid untuk jamuan aspuri. Lagu Standing in the Eyes of the World". Asalkan tak suruh aku yang jadi solo, aku ok kan je. Ahahahaha.

SENJA NAN MERAH - AWIE & ZIANA ZAIN



Aku sangat ingat lagu ni sebab dulu ada sorang senior kitorang mengorat Masitah dengan lagu ni. Setiap kali si Mas lalu depan kelas diorang, dia akan panggil, "Masitah!", and then bila minah tu menoleh, dia sambung "...kita termangu di bawah pepohon..." seolah2 dia sebenarnya sebut "Masihkah" dan bukan "Masitah". Kalau bukan disebabkan dia memang buat lawak yang sama every single day, kitorang tak perasan pon dia tengah mengusik si Mas.

SALAM TAJ MAHAL - UMIE AIDA



Zaman2 sangat obses dengan M.Nasir, aku tengok filem yang sebenarnya tak best mana ni disebabkan M.Nasir berlakon jadi watak Masterji, siap curik tengok kat kantin sekolah waktu riadah. Pastu hari-hari nyanyi lagu ni, although sebenarnya lagu ni tak sedap pon. Ahahahahaha.

PUJI-PUJIAN - RAIHAN



Masa aku form two, suddenly Malaysia was exploded with the nasyid revolution. It started with Raihan and this song. Masa album ni keluar, aku pesan kat Redzwan Shah (Motot) untuk belikan kasetnya (ya, kaset. Sungguh antik. Ahahahha) kat Tanjong Karang. Bila gotong-royong je mesti main lagu ni. Bila nasyid jadi satu in-thing masa tu, bebudak yang sekolah agama suma rasa cam best and sangat advance in the trend. Suddenly semua orang pun minat bebudak nasyid. Ahaha.

KESILAPANKU KEEGOANMU - SITI NURHALIZA



Ya, zaman aku adalah zaman kegemilangan Siti. Aku tak minat Siti, sebab masa tu aku rasa aku terlalu cool dan cuma dengar lagu M.Nasir je. Aahahahaha. But aku ada seorang senior satu dorm. Katil dia sebelah katil aku dan kekadang bila kitorang boring, dia memang sangat suka Siti dan akan menyanyi lagu ni. Then dia tak sambung belajar kat SMKAKS bila masuk form four. Then I heard she joined BINTANG RTM. Tak lama lepas tu dia join MALAYSIAN IDOL Season 2. Tak lama lepas tu dia join GANGSTARZ under the group AKASIA. She was then known as Oya Akasia. But during those time I knew her, she was only known as Kak Suria.

AS LONG AS YOU LOVE ME - BACKSTREET BOYS


Zaman aku remaja, the world was all about boybands. One of the most popular song at the time was ALAYLM. Masa tu BSB macam the pioneer to other boybands with cheesy dances and stupid sing-along lyrics. Unbeknownst to me, when I am at the age of 29, the world is again under the helm of cheesy dances and stupid sing-along lyrics. And it's called K-Pop.

BISO BONAR - HATTAN



Oih, orang kampong den. I love this song, but the bus driver yang bawak bas Metro Kuala Selangor - Klang suka sangat bukak lagu ni time kitorang balik dari asrama atau dari rumah nak balik asrama, sampai setiap kali aku dengar lagu ni, aku teringat bau bas, its constant brake dan suara announcement "Satu ringgit satu ringgit. Kain murah satu ringgit!" kat Ocean Klang.

JIKA - MELLY GOESLAW



Lagu pertama Indonesia yang jadi sangat hit kat Malaysia pada tahun 1999 sampai menyebabkan hampir bertahun lamanya radio Malaysia filled with Indonesian songs. During that time, aku tingkatan empat. Khaty (Faizatul Ismah) suka buat konsert kat barisan belakang dan nyanyi lagu ni time perhimpunan whilst waiting for perhimpunan dimulakan.

DENGARKANLAH - AMY MASTURA



Masa aku form four, budak bilik aku si Yak suka menyanyi lagu ni sambil meniru gaya Amy Mastura menyanyi. Kitorang suka stack tilam tinggi2, and then jadikan pentas, and she would be singing it sambil gayakan fesyen rambut Amy Mastura at that time. Yes, we were in need of entertainment at that time. Yak je sumber entertainment kitorang. Ahahaha.

IF YOU ONLY KNEW - GIL & THE MOFFATS



Lagu favourite Zunn masa form four. The Moffats was the 90s Jonas Brothers.


 

2 comments:

rb said...

ko bleh buat playlist dah haaa....lagu2 nostalgia..hehehehe.aku gi blog ko,pasang lagu2 nih sambil buat keje...

Shai Kamarudin said...

ahahaha... memula senarai aku byk, tapi byk lagu2 yg bila dgr balik cam...... apakah ini>?????