Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, May 30, 2012

The Wedding, The Trial, The Lawyer

Sorry.

Dah lama sangat tak menulis kat blog ni. Banyak sangat benda yang perlu difikirkan, perlu dibuat, perlu dikaji. Sepanjang dua tiga minggu ni sibuk berulang-alik ke Ampang untuk jumpa lawyer, di samping menyiapkan kerja translation, news dan articles yang bertimbun yang perlu disiapkan sebelum perbicaraan kes kitorang bermula. Sebelum kes pulak, kawan baik aku kawin. Jadi banyak jugak habiskan masa membantu sikit2, almaklumlah, orang keje kat Sabah, kawin orang Kelantan, majlis kat Shah Alam.

LAWYER(S)

Aku rasa dalam tiga minggu ni dah entah berapa kali to and fro pejabat lawyer, email lawyer atau call lawyer. Aku dan Mun buat lawak, "While orang lain ada husband pada usia 29 tahun, kita pulak ada lawyer." In ironic sense, it is indeed funny. In another part of our ridiculous brain, it made us feel older, wiser and "sooo matang!" (bak kata member aku) for having a big case using a big shot lawyer. But in all seriousness, in my perfect life, I would never dreamed of hiring a lawyer for a lawsuit. As mature as it sounds, needing a lawyer means your life sucks.

But anyways, we do love our lawyers. Yes, two lawyers and a lawyer in training - which means we have three. They are the coolest bunch ever. Despite the rocky start, we don't treat them like a lawyer, tapi lebih kepada macam sisters dan abang sendiri. You don't know how much it means to us to have someone who knows the ups and downs of a legal case tells you "No worries." So, to our lawyers, you guys are the bomb!

TIM KAHWIN

Alhamdulillah, lepas banyak dugaan yang dihadapi, lepas naik turun emosi, lepas konflik selama dua tiga tahun, akhirnya Tim jumpa jodohnya. Tuhan tu memang Maha Adil sebab bila sampai je waktunya untuk seseorang tu berkahwin, sekejap saja jadinya dan mudah saja nak sampai. Aku rasa the first time Tim cerita fasal seorang ustaz yang baru jadi guru kat sekolahnya ialah pada Disember tahun lepas. Masa tu belum ada apa-apa lagi. Baru hint2.

Then macam kilat, Tim terima Ustaz Adnan, bulan March diorang bertunang dan bulan Mei diorang kawin. Sebagai someone yang kenal Tim sejak berusia tujuh tahun, hal tu belum sink in dalam otak aku. Aku belum betul2 churn the fact that Tim dah kawin. Mungkin little by little aku akan masukkan dalam otak yang kini bestfriend aku isteri orang dan kalau something happened to her, aku akan belasah Ustaz Adnan.

Ahahaha, jangan risau. Aku tau Ustaz Adnan yang gentleman itu tak akan hurt kawan aku. But just in case, ustaz, saya ini pemegang tali pinggang hijau Silat Gayong. Remember that. (Ceh, baru hijau dah berlagak).

Anyway, dari Jumaat, Sabtu sampai Ahad lepas, aku sibuk menolong2 kat rumah Tim, carikan tudung kawin (minah ni nak kawin, tapi banyak lagi benda tak selesai). Then aku dan Nad carik lagi kain untuk buat tudung kawin, belikan veil untuk dia, Nad plak hantar kain tu untuk jahit buat tudung, Mun pulak jadi mak andam secara tetibe (sbb Tim tak upah mak andam). And antara kitorang tiga orang, entah sapa entah yang jadi pengapit pun aku tatau.

Tapi hari Ahad tu agak susah nak bagi sepenuh hati sebab risaukan trial esoknya. Ha'ah, esok trial, hari ni Tim kahwin. That's how we roll. Berbulan madu dalam court. Ada sesapa berani buat? Hanya Timah. Hahaha.

Walaupun risau tu, sempat pergi Bangi untuk sambut besdei bulan Mei. Sedara mara aku ramai yang besdei bulan Mei, so paklong aku memang akan buat serentak untuk semua orang. Nana, cousin aku yang nak kawin akhir tahun ni nak suruh aku jadi emcee wedding dia dengan Shasha. Aku tengah piker alasan untuk tak jadi emcee, tapi rasa berdosa plak kalau tak emcee sbb ni wedding dia. Oh aku stress. Hahaha.

Tapi semua orang sangat snagat encouraging dan mendoakan kitorang berjaya dalam court. Paling terharu bila uwan kata, "Tak apo. Uwan doaaaa yo kokngah dapek." Paklong dan Pakkak pun encourage bersungguh2 and kata "We support you. We support you. We support you." Well, Paklong and Pakkak pun tengah menyaman orang. Huhu.

COURT TRIAL

Kalau anda nak tahu perasaan pergi court........................ camharam.

Perasaan a week before, camharam. Perasaan three days before, camharam. Perasaan bangun pagi solat hajat, rasa macam nak menangis keluar air mata darah. Perasaan panjat tangga Batucaves court Shah Alam, camharam dan exhausting. Perasaan tunggu giliran untuk jadi witness, camharam. Perasaan bila bailif panggil Mun untuk ke kandang saksi, camharammmmm sangat. Perasaan bila Mun keluar dan sengih?

Lega nak mamposssss.

Bukan semua orang yang naik ke kandang saksi. Mun sorang je yang wakilkan kitorang semua. Aku rasa kesian dengan dia, tapi she is the best choice there is. Kalau ada antara kitorang yang paling cautious, paling careful dan paling into details, Munlah orangnya.

Kalau ada yang belum tahu apa kes kitorang, well... senang kata kami adalah pihak plaintif. Kami yang menyaman. Itu saja yang dapat aku jelaskan buat masa ni sebab walaupun trial habis dalam dua hari instead of three, decision hakim hanya akan dibuat pada bulan Julai so in the meantime, tawakkal Alallah saja. Kitorang dah go through hell and back sepanjang tiga tahun ni, kitorang dah buat segalanya untuk work things through. Lawyers pun dah buat yang terbaik, jadi tak ada apa lagi yang boleh dibuat selain daripada bertawakal dan berdoa. Kalau menang, itu rezeki dari Allah. Kalau tak, itu cobaan dariNya.

Tapi the trial is a bittersweet experience. Do I want to go through with it again? HELL NO. Ko pernah rasa perasaan lima minit terakhir dalam dewan peperiksaan? Perasaan putus cinta? Perasaan bila ko bukak surat dan diberitahu yang jawatan yang kau pohon tu kau tak dapat? Perasaan menunggu doktor bagi keputusan diagnosis? Perasaan bila tengok musuh ko kena tampar? Think of all that and roll it into one. Macam tu la rasanya setiap kali ada saksi baru masuk. Perasaan risau bila kawan kau masuk kandang saksi, perasaan marah bila defendan putar belitkan fakta sekalipun dah bersumpah depan hakim, perasaan puas bila lawyer ko berjaya buat defendan stutter, perasaan bila lawyer ko datang dan jelaskan apa yang baru berlaku like some kind of sports commentator menerangkan cara Yaya Toure menjaringkan gol.

It's an experience yang aku cherish but I don't want to go through again. Kalau aku nak tulis novel tentang situasi dalam court, I would be able to as I am in it first hand. Ia buat aku lebih mengharga tugas seorang lawyer - banyak yang perlu diorang faham, perlu diorang teliti dan fikir on the spot. For me, it's like a creative science, a polished skill of deduction.... or at least, that's how our lawyers made it seemed to be. Diorang punya sistem macam sistem dalam improv - kalau nak dilihat dari sudut sains comedy. Ada feeder, dan ada killer. I love the fact how one of them feeds and the other one kills it. It's an extreme sport of social science. It's nothing like in the movies - the reality of a court is very boring. Bukak satu page, baca. Bukak page ni baca. Lawyer berfikir panjang........................ sangat sebelum tanya satu soalan. Tunggu pulak saksi bukak dokumen dan baca. Oh, sangat boring. But as soon as it's time for the kill, it's like "Dude, this is awesome."

I mean, memang keputusan belum keluar. Kitorang tak nak terlalu yakin dengan apa yang dah berlaku. Anything can happen. Sakit jantung tu masih ada, walaupun sekarang dah makin surut. Tapi yang penting, right now it feels so good to see these people yang dulunya tanak jumpa kitorang, anggap kitorang tak penting, pandang kitorang dengan mendongakkan kepala penuh kesombongan dan anggap kitorang bodoh sebab tak boleh selesaikan masalah yang kononnnya trivial, kini stutter depan hakim, kini tunduk asyik menjawab "Saya tak tahu" dan "Saya tak pasti" dan kena marah dengan lawyer kitorang sebab jawab tepape.

Oh, if only she knew. If only she knew how her colleagues and her boss yang selama ni dia puja dan dia agungkan semuanya meletakkan kesalahan atas bahu dia. Semua orang sebelumnya bersaksi yang mereka tak tahu dan mengatakan dia yang bertanggungjawab. Bila sampai ke gilirannya, dia yang dibombard dengan soalan, dia yang dimarahi lawyer sebab tak faham soalan, dia yang kena jawab semua soalan sebab dia tak boleh jawab "Tidak tahu" macam orang lain. Dia yang diperbodohkan.

Aku tak nak jadi orang yang berdendam. Tapi sebagai manusia, aku tak boleh deny yang sekurang-kurangnya aku rasa it's a poetic justice. Whatever happened in the next two months, at least I have seen them lost their prestige in the face of adversity.

Terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Terima kasih buat saudara-mara yang memahami. Terima kasih kepada Yeh dan kakak aku yang sudi datang untuk melawat kami di court. Terima kasih semua yang SMS, PM, call dan ucapkan good luck. Terima kasih buat ibu bapa kami yang memahami dan bersama kami through and through. Thank you sooo much for Nad, Mun dan Tim. I thank Allah that I am blessed with the best of friends. THE BEST. I don't think I would ever find such friends like them again. Anda tahu bila anda senang dan susah bersama dan tidak sekali2 pun cuba bail out, that you are going to be the best of friends fid dunya wal akhirah.

Dinie, don't ever think I forget to include you too.

Insya Allah.

Oh, aku rasa sebak pulak menulis tentang kawan2 dan family aku. Cis, emoshenel brat. Semalam Tim dah buat statement sebak dah:
"Aku rasa bersyukur kita dapat Karamjit."
"Aku bersyukur Allah bagi kita Karamjit."
Uhuhuhuhuhuhu..... sebak weh.


5 comments:

Sashikala Mariesoosay said...

nice..! funny when reading ur warning to ustaz...that u are having green belt...:)) doesn't know what the case was..but i can feel the all the "perasaan" which u asked to roll it into one...u are so great lah cik shai..

aranhellstorm said...

part yaya toure je buat gua impress ngan lu.. wakakaka

anyway, aku harap korang menang, kalau menang boleh pergi final...

eh, ni cerita court case ke euro2012 semi final?

:P

Shai Kamarudin said...

Shika - ahaha, not that great if u saw how miserable i looked circa 2009-2011. mcm hampeh

Aran - dlm byk2 jihad aku, ko respek sbb aku sebut yaya toure je. cis, cani lenkali aku sebut yaya toure je la sepanjang masa.

aranhellstorm said...

heh, aku impress la. bukan respek. anyway, may court verdict favor u guys.

Shai Kamarudin said...

oh, aku anggap dua2 tu sama je. ahahahahaha. thanks.