Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, May 16, 2012

The people who taught me

Kalau aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kat Facebook, memang tak cukup. Aku ada ramai cikgu. Cikgu di sekolah, cikgu di U, cikgu di rumah, cikgu di merata2 tempat. So, lebih mudah untuk aku tribute an entry to them all.

Thank you:

Sekolah rendah (SRK Raja Muda & SRA Seksyen 3):


Cikgu Rosmiah (masa darjah satu aku tak pandai membaca lagi... yela, aku tak tadika dan cuma suka melukis. Bagai nak rak la dia mengajar aku membaca. TRIVIA: perkataan pertama yang aku berjaya eja ialah RUMAH). Cikgu Rohaya, Puan Ramlah, Puan Ng (masa darjah empat, aku dapat 100/100 dalam Muzik, aku rasa cam music maestro wooo dan aku tak pernah sebut nama dia sebab aku skema, berusaha nak sebut nama dia as Ng tanpa berbunyi Eng....), Cikgu Maimoon (aku sangat takut tahap gaban. Aku pernah kena tengking sebab tanya soalan bodoh/ aku dan Budiman pernah kena berdiri dalam kelas sebab buat lawak sesama sendiri pasal baju dia/ aku, Yoong, Usamah pernah kena berdiri di luar kelas, bersila luar kelas, dan macam2 aktiviti hukuman di luar kelas/ komik aku kena rampas dengan dia. Baik, memang aku yang selenge dalam hal ini), Ustazah Maimunah (yang tolong aku dengan esei untuk masuk asrama), Ustaz Rosli (yang panggil aku "Fauziah Latiff" dan perasan hensem...), Ustaz Mohd Don (oh, crush!), Ustaz Nasir (aku takut gila dengan dia. Dahla dia jiran belakang umah kitorang), Ustazah Zainab, Ustazah Azlili (aku memang sentiasa ingat nama2 yang garang), Ustazah Salbiah, Ustazah Sabariah (macam filem "Ibu Mertuaku" plak, kan?).

Sekolah Menengah (SMKA Kuala Selangor)
Cikgu Saleh (yang berusaha nak bagi aku faham Add Math walaupun otak aku dah shut down. Suruh aku beli tiket balik Kashmir bila tak lulus add math, panggil aku "Juhi"), Cikgu Zaleha (pernah sebat tangan aku dengan pembaris. Seharian tangan aku bau wangi, most probably sbb Cikgu Zaleha mmg sentiasa berbau minyak wangi), Cikgu Rokiah (di mana aku belajar Sejarah dengan jitu dan juga seni sarcasm yang jitu), Ustaz Ghazali (yang makin popular sekarang, tapi suatu masa dulu tempat aku mengadu sampai meleleh2 air mata. Wahahaha), Ustaz Ziyad dan Ustazah Uraidah (couple yang sangat cute), Ustazah Ann Surina (yang suka gelak bila aku cakap apa pun dan buat aku sgt faham dan suka subjek Bahasa Arab), Cikgu Shamsinar (yang pernah datang mengajar kelas malam dan bersalin pada hari yang sama, sungguh berdedikasi), Ustaz Sariman (seorang lagi yang mengajar aku seni sarcasm dan loyar buruk), Cikgu Azizi, Cikgu Wan Ramlah, Cikgu Ismail (Sains Tingkatan Tiga... awkward times), Ustazah Mahfuzah (yang sentiasa cheerful), Ustazah Naseemah (maafkan saya sebab sentiasa tidur dalam kelas), Cikgu Yusof, Cikgu Norliza, Ustaz Ezani, Cikgu Aida (yang sentiasa berusaha buat kelas Pendidikan Seni interesting), Cikgu Zul (yang pernah jerit kat aku, "Mak cik! Larilah! Bontot berat!"), Cikgu Noorazman (yang sangat cool bila happy, sangat scary bila mengamuk), Teacher Noorul (teacher paling cantik pernah aku jumpa seumur hidup), Teacher Elina (yang paling banyak tolong aku develop english aku), Kak Miha (yang akan bebel "Kamu tu tak pandai!" kalau kitorang buat kerja memandai2)

UIA Matrics
Ustaz Nasser (lecturer Chinese Muslim yang bagitau aku, "You're unique, Syahida. It's just you don't know it yet" dan somehow mengubah aku jadi siapa aku sekarang), Ustaz Yasin Mohd Yasin dari Sudan (yang berjalan sangat laju sebab pakai kasut cheetah print dan sangat ditakuti, tapi sangat humorous bila the first BM word dia belajar dari kitorang ialah "Berambus"), Ustaz Zairul dari Kelantan (sangat hensem, sangat distracting), Ustaz Fairuz (sangat hensem, sangat distracting, sangat mudah untuk dibuli), Mr. Rasyad Bakashmar (aku curik ayat dia jadi catchphrase, "Takoot aku, ustazzzz"), Ustaz Maszlee Malik (yang sekarang dah jadi penulis terkenal. Dulu bila aku kata aku minat Leonardo DiCaprio, dia balas, "Apa? Suka Paprik? Shai, likes to drink tea and eat nasik paprik."), Ustaz Khalid dari utara (OMG, sangat sangat sangat rindukan Ustaz Khalid yang panggil aku dan Izza "Naqibatain" (dua orang Naqibah), panggil aku Shushu, dan selalu sebut benda yang salah sebab duduk Arab Saudi lama sangat).

UIA Main Camp
Dr. Alfateh Abdullahi Abdel Salam dari SUdan (aku paksa diri amik lima kelas dengan dia, sbb dia advisor aku dan sebab dia susah sgt nak bagi aku A. Selagi tak dapat an actual A, selagi tu aku amik kelas dengan dia), Dr. Wahabuddin Ra'ees dari Afghanistan (sangat terkenal sebab hensem dan ada aura Afghani warrior or those kind of thing, dan ramai org suka dia sbb dia paksa kitorg berfikir macam scholars), Mdm Zeenath Kauthar dari Bangladesh (the best untuk political philosophy dan anything regarding feminism, and akan tolak markah ko kalau ko punya grammar tak betul), Dr. Garoot from Sudan (aku salu berangan je dlm kelas dia sbb dia bagi nota power point. Aku jadi dumb kalau lecturer bagi nota), Dr. Ishtiaq Hossein from Bangladesh (who taught me that you have to know all the points, not just one opinion and one view. Lecturer yang buat aku jadi rajin baca paper and political books, journals and stuff), Prof. Ataul Huq Pramanik from Bangladesh (sangat garang sampai ada budak kena heart attack dalam kelas dia, seriously. Tapi sebenarnya dia just one of those sweet old man yang you just have to know how to talk to in order to understand him), Dr. Osman Chua (semua orang join kelas dia sebab senang nak dapat A), Dr. Rahman Tang, the blind Chinese wiseguy (who taught me to make fun of every misery. aku sangat suka dia sebab he says the funniest things about his condition, from Anita Sarawak pakai botoks "Saya yang buta ni pun tahu" to kenapa dia tak akan dapat kahwin dengan Siti Nurhaliza, "Saya ni cina, buta pulak tu" to pink toilets equals gay, "Kalau kamu tengok orang lelaki tu rumahnya kaler pink, apa maknanya tu? Kalau saya takpe, sebab saya buta, saya tak nampak warna apa saya pilih".

SELAMAT HARI GURU!!! You guys are the best!      

2 comments:

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

oh, memories...
smg Allah memberkati semua usaha mereka.
amiin!

Shai Kamarudin said...

Amiiin