Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, April 2, 2012

Orang lain bertunang, kenapa kau yang run around?

Aku bukan malas tulis blog. Tapi sekarang ni memang musim sibuk. Kadang2 aku baru sempat tulis lima paragraph novel, kerja translation masuk. Pagi-pagi kena hantar news. Same ol same ol, cuma bulk bertambah sebab novel tak siap-siap.

Sebenarnya aku tak perlu berusaha sangat pun sebab tahun ni supposedly ada dua projek aku dengan Buku Prima pending editing. Semua dah ada kat tangan editor, tunggu queue publishing je. Cuma bezanya satu tu novel remaja dan satu lagi tu projek trio. I'm set for this year, actually. Tapi tulah. Ada sekuel AKN dan "Indie" (working title) in process dan satu lagi projek trip plak muncul. In the midst of all other works, memang aku tak sempat nak breathe. Mak kata, "Bila la aku nak bermenantu kalau macam ni?"

Sorilah, mak. Saya dah offline bab nak berkenalan2 atau nak bercinta bagai. Daripada aku waste emosi dan masa into all that, baik la aku buat keja atau pi buat segala jenis benda mengarut yang aku takkan boleh buat bila umur dah over 60. Ingat nak pi treasure hunt hujung minggu ni, tapi by the looks of it, kije banyak sangat wohhh.

Anyways, last weekend sepupu aku Dila bertunang. Lepas bapak aku bagi arahan dictatorial bahawasanya aku kena siapkan semua kerja before pukul 2pm (that means 10 news, 2 articles and 1 review dalam masa lima jam), siapkan sume kerja, sempat plak potong rambut sekejap (rambut aku dah jadi beban rather than asset, so I chopped it off like a boss - you know, ala Shakira in that whatever video clip... hahahaha), kemas baju, and off we go to Motang, Senanti, Nogoghi.

(Kalau anda orang Negeri Sembilan, anda pasti boleh memahami nama tempat itu dengan sekali baca sahaja)

Disebabkan kami bertiga je (aku, mak n ayah) yang sampai dulu, kitorang la yang kena bertungkus lumus gak.  Hantaran Dila ada lima lagi yang belum selesai, katil belum kemas, bunga rampai belum dibuat, ada marshmallows yang belum disalut coklat lagi, sambal belum dimasak, etc etc etc.

So daripada pukul empat petang, kerja aku ialah assist Dila memasang tirai dan cadar (cuaca memang agak shit masa tu dan aku kena pakai dress hitam aku sebab ada ramai org asing kat sekeliling rumah, jadi takleh change ke baju kelawar yang oh-so comfortable). Then potong pinang dengan kacip uwan yang dah tumpul dan berkarat. Haduiyai. Tuhan saja yang tahu betapa terseksanya jari jemariku cuba meracik pinang guna kacip kuno yang rupanya dah macam patut masuk muzium. And then mak pulak ajar hisap rokok daun.

Actually, mengajar anak hisap rokok daun ni memang kerja normal bagi semua orang tua especially di kampung aku. Masa aku kecik dulu pun nenek aku ajar hisap rokok daun (tanpa tembakau la. kalau pakai tembakau, memang la nenek aku melampau. hahaha). Ni kiranya diajar semula. So sekarang kiranya aku dah tau cara lipat rokok daun.............................. aku tatau apa point ilmu tu. Aku just anggap je itu ilmu. Hahahaha. The fact is that while we were doing that, bakal tunang Dila datang untuk hantar kek. He saw me from the dining room, dan tanya Dila "Sape tu?"

Dila jawab, "Oh, itulah kakngah yang masuk majalah hari tu."

Luckily aku tengah minum air kat fridge masa tu. Imagine dia tanya soklan tu masa aku tengah nyalakan api dengan rokok daun kat mulut..... that would be epic. Not proud, but epic.

Then aku dengan Dila duk hiris pandan. Bayangkan hiris pandan untuk more than 100 guests, tapi cuma ada dua orang je yang buat kerja. By the 6th time, aku punya tangan dah tak boleh go. Makkak, Pakkak n Ikah sampai later, so aku biarkan Ikah tolong Dila buat sireh junjung sebab after working on 13 typing jobs dan meracik all day, jari aku dah buat rebellion menentang keupayaan aku.

Next day aku bangun lambat sebagai tanda revolusi terhadap fitrah manusia untuk bangun awal dan buat kerja. Lagipun by that time, Nana dan Lilliee dah balik, so aku persetankan semuanya. Itu pun masih run around with stuff. Time2 ni la aku bersyukur bila Mun ada dengan aku masa Tim bertunang arituh, sebab bila Mun ada, aku tak berfikir and ikut je apa dia suruh buat. Bila tak ada Mun, aku terpaksa berfikir. I hate thinking, especially when it comes to womanly stuff. Ahahahaha.

Tahniah on your engagement Dila, my cuz!

Aku, Nana (I used her name in SOALNYA HATI), Dila (I used her name in SOALNYA HATI), Ikah  and Lilliee (I used her name in PLAIN JANE)
Ni la hasil lepas berhempas pulas sepanjang hari

2 comments:

izza said...

matang, sri menanti, negeri.

betul tak?

den tgh belajar sket2 jadi org noi since pindah somban nih.

Shai Kamarudin said...

dua dah btol. satu tu salah. motang is mertang. hahahahaha.