Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, March 26, 2012

Cara membuat projek trio

Sabtu dan Ahad lepas, aku dan Shikin (Zara Amani) pergi lepak kat umah Liza Nur.

Cadangan asal sebenarnya nak bincang fasal trio. Tapi disebabkan editor masih belum usik pun manuskrip yang kitorang hantar Disember lepas, kitorang tak dapat proceed dengan all those ideas yang nak dibuat untuk promote projek tu.

Sebenarnya projek trio tu cuma 'Projek Chums' - something yang kitorang intended untuk buat -as chums/buddies/good friends - secara tahunan supaya takkan ada satu tahun di mana kitorang tak keluarkan buku. Bukan senang nak keluarkan satu novel setahun, apatah lagi penulis macam aku yang kisahnya hanyalah kisah orang biasa. Bukan senang nak buat kisah orang biasa - tanpa overdramatisation, tapi tak terlalu over dari sudut ideologi atau terlalu controversial untuk penerimaan orang. Jadi cara paling mudah ialah dengan keluarkan trio.

Itu rancangan asal trio. Aku tak tahu apa pulak publisher punya take on the whole idea. Sebab analoginya samalah macam buat majlis - kau cuma nak majlis kahwin yang simple kat tepi laut dan dihadiri orang2 terdekat tapi mak bapak nak majlis kat dewan dan panggil semua orang yang dikenali. The clash of odeas memang akan berlaku sebab there will always be the business side and the creative side of everything.

But anyways, kami putuskan kot2 buku tu dapat sambutan, kami nak buat trio yang seterusnya. Dan kalau nak tahu macam mana cara kitorang bertiga buat kerja, it is something like this:


"Macam mana dengan atuk dan nenek?"
"Mungkin ada tapi dah tua."
"No, I think we should just buang altogether. Akak tak nak nanti ada orang akan tanya what about their grandparents? We want them to be totally off."

"Maybe your character should know them."
"But then we have to write their stories. I don't want them ada watak penting. Kita tak banyak pages untuk muatkan semuanya."
(*sambil melingkar atas sofa, degan kertas dan pen, dan muffin yang dah tinggal bekas atas lantai*)

Dan...

"Macam mana dia interact?"
"Mungkin something happened kat tempat kerja."
"Mungkin ada sth yang akan relate kan them both. Like a memory."
"Tapi karakter kau dengan aku punya karakter tak ada link whatsoever except for that one part kan?"
"Tapi kalau akak punya karakter dengan kita punya jumpa, mungkin ada someone yang jumpakan diorang?"

(*sambil makan maggi goreng*)

Dan...

"Let's use first name basis."
"No, kalau nama dia macam ni, maksudnya karakter I punya nama pun kena ada something like that."
"It must have a name yang biasa. Nama yang normal pada tahun 80-an, something yang seorang mak akan rasa 'cool betul nama anak aku ni' tapi sebenarnya sangat corny."
"Dengan weird spelling."
"Bapak dia mesti nama yang bunyiknya macam sangat macho dan sangat tak guna dalam masa yg sama."
"Macam *toot*?"
"Hahahahahaha.... itu just 'tak guna'. Tak macho pun."

(*Sambil teguk air coklat)

Dan juga sesi bash novel aku:

"Seriously Shai, bagi la karakter ko chance untuk bercinta."
"Tapi memang watak novel aku bercinta pon."
"No. Ko suka letak kat belakang sekali dia punya happy ending."
"Ya, betul. Atau sangat vague. Kesian la."


Ya, macam tulah cara kitorang habiskan pagi Sabtu. Lepas tu tertido dengan jayanya. Lepas tu pergi makan free kat rumah sedara Shikin yang sambut birthday. Lepas tu pergi melalak karaoke kat Semenyih. Lepas tu pergi dataran KL untuk tengok skydivers (di mana aku end up beli bubble gun dan annoy every single cars on the road with bubbles). Lepas tu balik tido. Pastu bangun makan McD.

Dan begitulah caranya anda menulis "Projek Chums" (not our official name, by the way). Anda kena spend time dengan novelis lain, saling mengutuk dan mengeji, saling nyanyi lagu "Unintended" sekuat hati dan kemudian buat plan seterusnya yang entah bila nak dilaksanakan.

Or at least, that's how we deal with our shit.

3 comments:

mia kaftiya said...

tetibe rasa mcm tgh baca aku kan novelist part dimana iza tgh bersmbg dgn safi..

oh, jugak rasa mcm leen tgh mkn sambil sembg dgn... emai.

*garu kepala*

Shai Kamarudin said...

ahahahaha, sbb macam itulah aku bercakap in real life :P

Zara Amani said...

hahahahaha!!! nak curik ni masuk blog saya?


*permission granted*

thanks! :p