Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, September 12, 2011

WULAN

WULAN dah siap.

Bermakna aku dah boleh start menulis AKN2 dengan tenang. Lepas tulis AKN2, boleh tulis novel baru dan lepas tu nak rehat sekejap. Quality Control, beb (atau bahasa layman-nya, MALAS).

Speaking of WULAN, alhamdulillah ini adalah antara novel paling pantas aku pernah tulis. Itu adalah kerana (haha, "itu adalah kerana") aku bekerjasama dengan orang, jadi tak boleh ikut suka hati mak bapak aku. Rasa pelik jugak, sebab masa mula-mula rancang tu aku takut aku yang tak siap tepat pada masanya. Habislah, aku tak boleh gelar diri Procrastinator Ulung lagi. Liza called this afternoon saying that cuma tinggal beberapa puluh mukasurat je lagi untuk ceritanya siap (codename: MADEMOISELLE) sementara Shikin baru nak start sebab hari tu ada obstacles sikit.

Harapnya dapatlah keluar sebelum Pesta Buku (konon-konon nak keluarkan masa Karnival Karangkraf... harammmm...)

Excerpt:


             “Dia akan dihukum juga nanti.” Itu saja balasan Neal.
            “Tapi saya rasa kalau nak hukum dia, tuang saja asid pada ‘barang’ dia, biar terhakis.” Ujar Wulan lagi.
            “Ah, you’re one of those.” Neal sengih.
            One of those apa?”
            “Jenis perempuan yang mengancam lelaki dengan ugutan untuk buat sesuatu pada alat kelamin mereka. ‘Aku akan kerat kau punya’, atau ‘aku akan kerat kau punya dan paksa kau telan’, atau ‘aku akan gantung kau punya lepas tu bakar kau hidup-hidup’. Macam tu.” Jelas Neal.
            “Ada experience ke?”
            “Bekas girlfriends.”
            Wulan tidak dapat menghalang dirinya daripada tersenyum mendengar jawapan lelaki itu. Kali ini Neal kenal senyuman itu. Senyuman memerli dan takjub dalam masa yang sama.
            “Kenapa ada S dekat belakang perkataan tu? Banyak nampak?” tanya Wulan.
            “Oh, saya tak suka nak menipu. Saya memang sukakan perempuan.” Balas Neal, sambil mengusap stereng keretanya.
            “Ah, you’re one of those.” Balas Wulan pula. Neal mengiyakan dengan mengangkat sebelah keningnya,