Ini tahun kedua aku masukkan gambar dalam blog dan bukan FB. Bukannya apa, kakak aku dah upload gambar yang sama dalam FB tu, jadi macam tak syok nak post gambar berkali-kali. Aku ada rancangan untuk buat album "Sebelum Selepas" sebenarnya - tapi sebab gambar tu dah pun masuk FB, jadi cam agak pointless nak teruskan hajat tu. Ada benda-benda yang aku snap, aku sorang je yang paham kenapa aku snap. Like I said, I am the kind of person who makes caption inside my head first before I snap a picture. The picture is not really important. I am no photographer. I am a storyteller. Photographers use photos to tell a story. I use a story to tell a photo. Get it? Jadi ini adalah gambar benda-benda yang aku snap yang aku saja paham kenapa:
|
Lemang. Mungkin benda lain boleh dilepaskan, tetapi janganlah cuba beritahu Uwan aku "Tahun ni tak payah buat lemanglah ye...", memang nak kena marah dengan uwan la tu namanya. That is like telling Picasso, "Tak payahlah melukis lagi." |
|
What's with the shoes? Seorang budak umur 6 tahun yang sibuk nak pakai kasut dia jugak sebab tengok kakak sedara dia pakai kasut baru. Seorang kakak sedara yang tak akan cuba pun beli kasut Carlo Rino if not for a fact that it has 20% discount tag on it. Itu pun aku masih anggap expensive. I don't step on money, so why should I wear money on my feet? |
|
Bila anda lahir sebagai wanita Minangkabau, anda bekerja keras untuk menyiapkan makanan untuk tetamu |
|
Kalau anda lelaki Minangkabau, anda lepak je depan TV tengok MAHARAJA LAWAK Raya... nope, that's not just Minangkabauians. That's men as a gender in whole. |
|
Rumah ni tak penting. Yang penting adalah apa yang ada di belakangnya. Sungai. Kalau orang tanya apa yang special kat kampung aku, aku memang tak ada jawapan lain selain daripada sungai. |
|
Bunga api zaman sekarang sangat pathetic. Bunga api pelangi tu dahla tak keluarkan warna lagi, kecik, kontot, pastu baru tiga kali pusing dah habis dah isik dia. And asik keluarkan sparks of fire. I mean, dulu zaman aku kecik2, kalau main bunga api tak pernah pulak kulit aku melecur. Ini tak. Api keluar merecik-recik macam sparks gunung berapi pastu kena kat tangan sakit wohhh.... kesian bebudak zaman sekarang. Dapat bunga api pathetic. |
|
Melawat atuk. Bersihkan tempatnya. Bacakan yasin dan doa untuk dia. We love you and miss you much, atuk. Al-Fatihah. |
|
Masa aku jumpa aiskrim ni aku gelak sensorang. Dulu kat sekolah rendah, aiskrim ni harga 20 sen. Kalau tak ada aiskrim ni, mesti beli aiskrim BINTANG yang harga seposen. Sekarang harga aiskrim ni 60sen dan hanya boleh dijumpai di kedai2 kampung macam Kedai Gomok. |
|
Kedai Gomok. Gomok adalah seorang tauke kedai berbangsa Cina yang berbadan Gemuk. Adakah dia marah orang panggil dia "Gomok"? Dia lagi suka, sebab it means his store is famous around Sri Menanti. Everybody knows Gomok. And you can find almost all snacks yang korang suka masa korang kanak2 dulu dan tak lagi jumpa kat bandar tu ada dijual kat kedai dia. So selain daripada sebuah kedai kampung, aku sentiasa anggap Kedai Gomok macam muzium makanan ringan zaman kanak-kanak aku. When most stores ditutup musim raya, Gomok sentiasa bukak kedai untuk jual ais. |
|
Hantu dalam kamera. Aku tengah masukkan kamera dalam beg dan tiba-tiba kamera tu snap sendiri. Bila aku check masa nak masukkan dalam laptop, jumpa gambar ni. Sekali pandang macam ada hantu Ju-On kan? Aku anggapkan jela hantu JuOn umah aku ikut balik kampung. Hahahaha. |
|
The car has a VIP sticker on it dan convoy tiga buah kereta sekali. Tapi aku bukan tertanya-tanya tentang itu. Aku cuma rasa aneh tengok diorang siap berhenti kejap untuk amik gambar kerbau sampai buat jalan jadi slow kejap. Kitorang duk teka it's Nasa dan bini barunya Marion Caunter itu (they say dia org Pilah) while my cousin was hoping it was Tengku Ali of Negeri Sembilan sebab Yamtuan Besar dulu grow up di kampung kitorang. Tapi entahlah, tak tahu siapa, yang penting sangat jakun pada kerbau, okay... |
|
Aku duk gelakkan ayam ni sebab kena berteduh bawah tu bila hujan. Sebenranya gambar ni masa tengah hujan gerimis. Cuma camera aku tak capture the droplets. Nampak tak ayam jantan yang basah dan kesejukan kat luar tu, macam mat rempit bawah jambatan time ribut. Hahahaha. |
|
My brother's cynical attempt dalam menyindir group2 male idol Korea yang suka nak ambil gambar konon comel. |
|
Selamat Hari Raya from me and my happy emak. |
Kucing aku si Phibun belum balik lagi. Tak tau mana dia merayau. Agaknya tengok kitorang tak ada kat rumah, dia pun pergi bermusafir di Aidil Fitri.
No comments:
Post a Comment