Tadi ada press preview. Filem Donnie Yen. "Wu Xia". Ya aku tulis dengan sentences pendek2. Takde alasan.
Aku jarang dapat chinese movies sebenarnya walaupun sebenarnya aku takda masalah pun nak buat review Chinese movies. Oh come on. Seorang Syahida (ya, perangai merujuk diri sendiri as the third person ni memang annoying) telah melalui beberapa tingkat obsession dalam hidup. Dia pernah gilakan filem Bollywood. Pernah gilakan telenovelas (especially Colombia punya), pernah habiskan banyak masa tengok telenovela Filipina, memiliki banyak koleksi anime dan drama Jepun/Korea dan juga pernah menjadi kipas-susah-nak-mati Jay Chou (bukankah aku sudah terlalu tua untuk menggunakan perkataan kipas-susah-nak-mati?)
Tapi ketahuilah sesungguhnya semua obsesi terhadap filem dan drama itu bermula dengan TVB dan filem2 Wong Jing. Ya, ibu bapa jenis apakah mak dengan ayah aku ini kerana membenarkan seorang budak menonton filem2 Wong Jing? Hahahaha. Meh sini aku bagitau. Mak aku gilakan Alex Man. Lepas balik sekolah je, pukul 7 tu mesti nak kena tengok drama TVB dulu, baru start mengaji (mak aku yang ajar mengaji sebab dia tak percaya dengan ustaz2 yang suka buat kelas beramai2 tapi sorang pun murid die tak lulus tajwid). Tahap menengok cerita cina mencapai ke tahap yang ekstrim bila adakalanya filem Ti Lung pun kitorang tengok, apatah lagi filem2 Run Run Shaw yang tak berapa laku tu. Kadang2 dalam filem2 Hong Kong era Run Run Shaw tu, mesti ada babak menyanyi dalam kelab, dan mesti ada lagu yang bunyik familiar - in one film, the singer was singing "Getaran Jiwa" in mandarin.
.............................. apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya ni? Aku pun tak sure.
Novel yang sedang aku tulis berada di mukasurat 16. Tapi sebab aku taip menggunakan font paling kecik yang ada kat Word tuh, dengan saiz 8, single line, so kire sendirilah berapa page kalau ubah ke format novel. Aku ada tiga buah filem Indonesia baru yang belum diterjemah. Kerja news memang tiap2 hari ada, so citer panjang pun tak guna. Tapi semalam tepon Kak Ani tanya payment dah masuk ke belum. Lepas tu Kak Ani bagitau payment bulan lepas punya amount, aku gelak cam nak mati.
Sungguh ironik dulu aku kerja bagai nak rak sampai Sabtu Ahad pun keje jugak, tapi gaji aku yang dulu tu sama macam yang aku dapat untuk payment freelance bulan lepas. Memangla sejak freelance aku masih bekerja Sabtu dan Ahad, tapi aku kerja Sabtu dan Ahad tu sebab aku career-casanova yang kerja banyak tempat.
So kalau pencapaian orang lain ialah naik pangkat atau naik gaji, aku anggapkan pencapaian peribadi aku ialah mendapatkan amount freelancing dengan nilai yang sama gaji aku bekerja tetap suatu masa dulu dengan syarikat yang sama - cuma kali ni gaji tu aku dapat atas kerja aku sendiri, bukan campur dengan kerja orang lain yang aku kena siapkan, bukan campur kena marah sebab tak siapkan kerja (disebabkan buat kerja orang lain), dan buat kerja yang tak ada kena-mengena dengan department aku, dan keletihan duduk dalam kesesakan jalan raya every single day.
Yep. I have gone a long way (dramatik la tuh...)
No comments:
Post a Comment