Minggu lepas aku sibuk tahap ba.....dak laut.
ISNIN
Aku tak ingat apa aku buat hari Isnin. Kehidupan aku agak vague setiap kali Isnin menjelma.
SELASA
Aku ada press preview dan press conference filem terbaru pengarah Singapore, Wee Li Lin, "Forever". I always have a soft spot for Wee Li Lin's movies. Sekalipun selama aku bekerja dalam bidang bidan terjun kewartawanan hiburan ni dah lama, tapi aku bukan jenis yang pedulik artis. Oleh sebab yang demikian artis pun tak pernah pedulikkan aku. Kami sama2 tak pedulik. Jadi aku bukanlah macam Michelle Melodi yang dikenali semua golongan artis. Tapi it's different dengan Wee. I can't vouch that she remembered my name, but for her to smile at my tiny camera despite of all the big DSLR around with that tiny recognition, I knew that she remembered me. And I have always loved her movies and her female voice - she is fun and flirtatious, intelligent and yet not too feministic. And her movies is how I want my novels to be remembered. Check out review filem FOREVER kat right side blog ni.
Then pergi ofis untuk hantar press kit yang dah macam setahun bertimbun tu. Aku baru tak lawat opis tiga bulan, press kit macam tak lawat 5 tahun. Oh, untuk pemahaman umum dengan bahasa yang mudah, press kit adalah things yang pengedar filem bagi pada reviewer untuk dijadikan reference ketika menulis ulasan atau menulis berita. Think of "First Aid Kit" and buang the "First Aid" part of it. Yes, it means something like that without the peti and the bandage. Hahahaha (aku makin menyusahkan maksud benda tu je).
Balik tu aku teringat bahawasanya ofis satu lagi belum jawab soalan aku fasal 14 filem yang aku kena review. Jadi aku pun hantar SMS pada editor aku tanya apasai takdak sapa jawab email aku dari kamis lepas. Tapi dia kata suh datang dulu ke ofis untuk amik aku punye free passes dan baru bincang. Aku dah lupa pasal free passes tu sbb aku tau dah diri sendiri kalau dapat free passes memang tak pernah guna. Dulu aku ada free passes to any movie screening tapi aku langsung tak guna sampaila hujung tahun. Biasanya orang pergi kerja untuk dapatkan reward kan? Instead, aku kena amik reward supaya diberikan kerja. Tak dibuat dek orang. Tai rasa menyesal jugak sebab tadi dah pegi opis, and kena menapak lagi ke opis. Aku bukan gemar benor KJ tu. Kalau ada dua KJ yang aku tak gemar di dunia, itu adalah Khairy Jamaludin.... dan Kelana Jaya.
RABU
Aku cuba menyiapkan SAFA DAN MARWAH. Sejak bos bagi aku laptopnya, aku kena cue semua kerja translation aku. That means kalau biasanya aku amik masa sejam untuk translate, sejam lagi untuk edit - sekarang aku perlukan sejam translate, sejam edit, sejam masukkan dalam software, dua jam cue. Itu untuk show yang 30 minit. Kalau sejam? Dua jam? Ha, ganda2kan jela semua jam2 tu.
Mun kata MAHB ada this whole bukak booth hari Jumaat and tanya kalau aku free nak join. Aku mana pernah free. Tapi disebabkan aku rasa GMO dah lama tak bukak booth, aku pon agree jela.
KHAMIS
Demi 14 buah filem yang tak ber-review tu, aku pun menapak semula ke CO. Tapi bila aku sampai je, editor aku kata dari 14 movie tu cuma tinggal 1 je yang belum review............................... memang ada rasa macam bunyi cengkerik dalam hati aku masa tu, cam, aku tinggalkan kerja aku yang melambak hanya untuk diberitahu kerja aku tinggal satu je? Bukan sembilan atau sepuluh... tapi satu?
Lepak kat pantry berburak dengan Kak Ani tentang kehidupan (hahaha) sementara tunggu si Mun datang (aku kena gi umah dia untuk assist prepare GMO product for the next day). Kak Ani dah menggunakan falsafah baru iaitu "Lantakkanlah. Aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Akhir bulan dapat gaji."
Petang tu pergi rumah Mun dan habiskan the whole night menyiapkan 70 pieces of crumbles, 5 pies and 40 chocolate moist cake (oh cake tu Mun handle sensorang). Tapi disebabkan aku memang insomnia setiap malam, penat camana pun, aku still takleh tido dgn tenang. Sempat plak tu siapkan 4 news.
JUMAAT
Bukak booth kat MAHB. Nusara nak promote catering so kitorang jual both product GMO dan jugak Beriyani Kambing Nusara. Memula agak slow dan kitorang risau gak. Tapi tetibe bile orang balik solat Jumaat, tetibe tak menang tangan. Aku punyela penat dan haus, aku berjaya habiskan sebotol air mineral, setin air Sprite, sekotak teh ais lemon dan sebotol 100Plus. Pergh, macam tangki ah badan aku hari tuh. Maria called tanya fasal pie sebab nak sambut birthday maknya. Since Nad tengah busy adjusting to her new job, aku cadangkan yang the pie dideliver terus ke Subang Jaya through Mun and suruh Adam amik.
Balik rumah terus lembik.
SABTU
Memula macam nak demam. Aku tak rasa demam tu sebab penat kerja. Demam tu just sebab aku guan energy lebih daripada recharge energy. Tapi sebab dah janji nak jumpa Liza (Nur), petang tu aku gagahkan diri jugak ke Pesta Buku Selangor. Lepak kejap kat situ, lepas tu pi makan kat Secret Recipe sambil berborak pasal hidup (ye, aku mmg suka berborak fasal hidup. hahaha). Lepas Liza balik, aku and kaklong beli stuff and balik umah.
Sementara tunggu dijemput, adala sorang budak umur dalam 3 ke 4 tahun main-main kat tepi aku. Aku tak pedulikla pasal dia berlari-lari melompat2 tuh, tapi yang buat aku tergelak sensorang ialah budak tu menyanyi lagu "Ice ice baby... ding ding ding ding digeding ding..." Macam dah berkurun kot aku tak dengar lagu Vanilla Ice tu and tetibe budak yang memang belum dibuat lagi (probably bapak dia pon baru pandai mengeja masa tu) pada zaman Vanilla Ice popular nyanyi lagu tu.
AHAD
Menyiapkan kerja subtitling yang maha dahsyat. Sebuah filem tahun 1980-an lakonan Rano Karno dan Marissa Haque yang bertajuk KEMBANG SEMUSIM. Sampai sekarang aku belum siap buat sebab:
a) Istilah remaja pada tahun 1980-an, mana aku nak tau. Nak research pun tak ada kat internet.
b) Cerita to reminisce to stuff Khadijah Hashim would write in those days, like a one location movie ala2 "GUESS WHO'S COMING TO DINNER" lakonan Sydney Poitier tahun 60-an dulu. Agak penat nak tengok sebab tak banyak bergerak. Plot is more or less talking at the same spot for more than an hour.
Ha, siap kau.... aku punye diary kehidupan minggu lepas. Lain kali aku menulis macam ni jela eh? Hahahahaha.